Saturday, July 14, 2012

SERTAI PAS!!! Azam baru pelakon Adam Hamid

KUALA LUMPUR - Pelakon Adam Hamid berazam untuk mengubah dunia seni tanah air ke arah yang lebih baik dan berpaksikan syariat lebih-lebih lagi apabila dirinya sudah secara rasminya menjadi ahli Pas seumur hidup bermula malam tadi.

Menurutnya, dunia seni kini semakin lalai dan ramai penggiat seni tidak menghiraukan perintah-Nya ketika berkecimpung dalam dunia seni.


"Ramai yang leka dengan perintah-Nya dan melakukan yang terlarang.


"Jadi saya berasa terpanggil untuk mengajak mereka ke arah yang lebih baik dan berkongsi ilmu yang saya ada walaupun sedikit," ujarnya ketika ditemui selepas sesi ceramah pada majlis Siri Himpunan Hijau ke Putrajaya Peringkat Wilayah Persekutuan di sini, malam tadi.


Pada mulanya, beliau mahu bersara dalam bidang seni tetapi rakan-rakan artis melarang kerana khidmatnya sebagai pelakon dan pengarah masih lagi diperlukan.


"Saya akan bersara jika ada pihak-pihak tertentu yang menyenaraihitamkan nama saya untuk terlibat dalam mana-mana pihak produksi lakonan.


"Saya juga berharap agar dengan saya menyertai Pas ini tidak disalahertikan oleh mana-mana pihak," tambah beliau.


Beliau menambah, hanya menyerahkan segalanya kepada takdir berhubung statusnya dalam bidang seni tetapi bagi dirinya sendiri, usaha dalam bidang lakonan tetap akan diteruskan kerana ia sudah sebati dalam jiwa.


Ditanya adakah hanya mengikut trend artis kini yang semakin ramai mula menyertai arena politik tanah air, beliau lantas menafikan.


"Tidak. Saya tidak pernah terikut-ikut dengan langkah artis lain menyertai politik. Saya mula bergiat aktif dalam arena politik sudah lama tetapi baru kali ini saya meyerahkan borang keahlian secara rasmi dan saya merupakan pengikut setia Pakatan Rakyat," ujarnya.SH

1 comment:

Sivarat said...

Usually objective statements comes at the top of resume. Reader is likely to read your objective statement first. Take sufficient time to write your objective statement. Do not write what you want in a job. You can tell the employer what you expect from a job in interview. Instead of it cleverly tell the employer what you can do for him. Avoid writing statements such as where I can advance my skills. Utilize my skills etc. Such statements makes employer think what kind of work suites you instead of what you can do. Students can enter both of these fields after acquiring the correct education. Most programs begin at the associate's degree level and prepare students for careers or further training at the bachelor's degree level. Develop the needed technical and artistic skills for a career by obtaining a film and photography degree from a school that is approved by the National Association of Schools of Art and Design, Commission on Accreditation. Jobless Benefits Extension Bill 99ers Desire a Tier 5 to Survive