Saturday, August 4, 2012

BINA IPD BRICKFIELDS!!! Pemimpin UMNO kaut untung lagi?

SHAH ALAM, 4 OGOS : Projek pembangunan Semula Ibu Pejabat Daerah (IPD) Brickfields di Kuala Lumpur mengundang kontroversi apabila kenyataan Menteri Pembangunan Wilayah bercanggah dengan apa yang dipaparkan pada papan tanda tapak projek itu.

Lebih serius lagi, kontraktor yang didakwa terlibat di dalam projek itu ada kaitan degan Umno Bahagian Bukit Bintang.

MP Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar berkata papan tanda projek lot 18 itu menunjukkan cadangan menukar zon kegunaan tanah daripada institusi kepada perdagangan (pembangunan bercampur) dan bukannya sebagai tapak IPD Brickfields.

Sebelum ini, Menteri Pembangunan Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata tapak tersebut akan digunakan untuk membangun semula IPD Brickfields.

Nurul Izzah menyifatkan kenyataan Raja Nong Chik bukan sahaja mengelirukan, malah mengundang rasa tidak puas hati penduduk Brickfields dan Bangsar.

“Saya mendesak Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar untuk bercakap benar tentang hal IPD Brickfields dengan menyatakan apakah status sebenarnya?

“Dan mengapakah kenyataan beliau bercanggah dengan apa yang kelihatan pada papan tanda yang didirikan di Lot 18?,” Nurul Izzah berkata di dalam satu kenyataan media.

Dalam pada itu, Nurul Izzah turut mendesak Raja Nong Chik  memperjelaskan kedudukan Pengarah Primamuda Holdings Sdn Bhd, Mariany Mohamad Yit.

Syarikat tersebut terlibat dalam pertukaran tanah Lot 18 sebagai balasan membangunkan Lot 55 (Balai Polis Jalan Travers).

“Apakah kedudukan Mariany yang juga Ketua Wanita Umno Bukit Bintang telah mempengaruhi pemberian projek pembangunan Lot 55 dan landswap Lot 18?

“Dan jika didapati perkara tersebut adalah benar, maka Menteri Wilayah seharusnya meminta maaf kepada warga Lembah Pantai dan penduduk Brickfields khususnya kerana mengecewakan penduduk yang mengharapkan IPD Brickfields dikembalikan ke lokasi asal di Jalan Tun Sambanthan,” katanya lagi.

Jika Raja Nong Chik tidak jelaskan perkara tersebut, satu demonstrasi aman penduduk akan diadakan di depan Lot 18 pada 10 Ogos.Selangorku

No comments: