Wednesday, August 1, 2012

NAJIB Vs RAFIZI!!! Rafizi jadi Hero Rakyat , Najib jadi Musuh Rakyat

Penahanan Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli di bawah Akta Institusi Perbankan dan Kewangan (Bafia) ( Sebut mafia ) pagi ini menggambarkan politik dendam kerajaan yang ditunjangi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, motif penangkapan Rafizi jelas berunsur politik bertujuan mendiamkan beliau daripada terus mendedahkan dokumen melibatkan pimpinan Umno BN.

Sejak pendedahan skandal National Feedlot Corporation (NFC) tahun lalu, beliau mendapat ramai seteru yang berkuasa dan akan gunakan apa saja cara untuk mendiamkannya.

“Saya yakin penangkapan ini adalah berkaitan dengan skandal NFC dan juga George Kent yang baru diberi kontrak (LRT Ampang) jutaan ringgit,” kata Ketua Pembangkang itu dalam satu kenyataan.

Mengecam penangkapan itu sekeras-kerasnya, Anwar juga menyatakan sokongan penuh kepada Rafizi dan berharap beliau dapat melalui dugaan dan sentiasa yakin keadilan akan berpihak kepada yang benar dan berani.

Ini hanyalah satu cara mereka untuk menakutkan rakyat yang ingin mencari kebenaran di sebalik kontrak dan kronisme yang melibatkan Umno BN,” kata beliau.

Azmin Ali yang sependapat dengan Anwar menyifatkan penangkapan itu bertujuan untuk menutup pembongkaran penyelewangan dan salah guna kuasa pimpinan kerajaan daripada pengetahuan rakyat.

Beliau berkata, penangkapan itu membuktikan Perdana Menteri sangat terdesak berhubung skandal NFC yang membelenggu Umno BN.

KEADILAN percaya Umno BN sedang mengguna pelbagai cara untuk menutup pekung penyelewengan dan salah guna kuasa daripada menjadi pengetahuan rakyat.

“Namun kita yakin, rakyat Malaysia akan terus bersatu menolak rasuah dan salah guna kuasa demi kemaslahatan negara,” katanya dalam kenyataan.

Justeru, beliau menyeru rakyat bangkit menyokong Rafizi serta mendesak mahkamah membicarakannya dengan adil.

"Semoga beliau terus diberi kekuatan oleh Allah SWT untuk meneruskan perjuangan demi rakyat,” kata Azmin.

Ahli Parlimen Lembah Pantai yang juga Naib Presiden, Nurul Izzah Anwar turut mengutuk tindakan polis mengancam untuk memecahkan pintu rumah Rafizi ketika serbuan polis pagi tadi.

Kita perlu selamatkan beliau. Jangan berputus asa kerana Malaysia miliki rekod teruk dalam menangani pejuang,” katanya yang turut berada di Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini.

Ketua Cabang Batu Pahat, Syed Hamid Ali dalam facebook beliau mengatakan, suara kebenaran anak muda dan cerdik pandai serta jujur dan berani yang ditekan pemerintah adalah tanda perubahan besar yang hampir tiba.

Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin juga mempersoal tindakan polis dan Bank Negara Malaysia di awal pagi lagi menyerbu rumah Rafizi, seolah-olah beliau adalah penjenayah besar.

Ini menunjukkan sistem keadilan Malaysia masih sama,” kata Shamsul dalam twitternya.

Presiden Kelab Penyokong Anwar Ibrahim (AIC), Saifuddin Shafi Muhammad berkata, penangkapan oleh pentadbiran Perdana Menteri itu membawa pentafsiran positif bahawa nyawa BN akan berakhir tidak lama lagi.

Cukuplah penindasan, penghinaan dan rompakan yang mereka (Umno BN) lakukan bukan sahaja ke atas harta tetapi hak dan maruah rakyat Malaysia.

“Janji bahawa BN menzalimi rakyat sudah ditepati, kini masa untuk membalas dengan menumbangkan mereka pada PRU 13 akan datang,” katanya.

Srikandi juga mempersoal ketelusan sistem perundangan negara kerana bertindak ‘double standard’ dalam kes yang melibatkan pimpinan Pembangkang.

Dalam kes ini sepatutnya yang menjadi tumpuan ialah penyelewengan dan rasuah oleh pimpinan Umno, bukan individu yang cuba untuk menyelamatkan hak rakyat,” kata Ketuanya, Siti Aishah Shaik Ismail.

Katanya, dengan pendakwaan ini jelas menunjukkan kerajaan Umno semakin terdesak dan tertekan dengan segala bentuk penyelewengan yang dibongkar pimpinan Pakatan Rakyat.

Srikandi mengajak seluruh anak muda Malaysia untuk bangkit dan berani menyatakan kebenaran walaupun ditekan oleh pemerintah yang zalim,” katanya.

Pendakwaan Rafizi turut mendapat reaksi di kalangan pimpinan DAP dan PAS.

Ketua Publisiti DAP, Tony Pua berkata, tindakan itu memberi tamparan hebat kepada usaha membasmi rasuah yang mahu dilaksanakan pentadbiran Perdana Menteri.

(Ia) melemahkan lagi prestasi yang lebih rendah mengenai Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dalam Program Transformasi Kerajaan (GTP),” kata Pua dalam satu kenyataan.

Beliau menyifatkan tindakan itu sebagai ‘membalas dendam’ terhadap si pembocor maklumat.

Pemuda PAS pula beranggapan, penahanan bekas Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor itu menunjukkan Kerajaan Persekutuan tidak ikhlas dan telus dalam memastikan negara bebas daripada rasuah.

Kerajaan sepatutnya melihat isu yang ditimbulkan oleh Rafizi jauh lebih utama dan penting berbanding tindakan tindakan beliau yang membocorkan maklumat,” kata Naib Ketua Dewan itu, Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob.

Raja Ahmad malah berkata, langkah Rafizi itu wajar dipuji kerana bertujuan memastikan negara bebas daripada ‘penyangak rasuah’.

2 comments:

Amuraria said...

demi menuntut keadilan & ketelusan,di 1malaysia adalah satu kesalahan berat ? ABU saja penyelamat !

Hamdan Rukun said...

HE!HE!HE!

HANGPA LANGGAQ UNDANG UNDANG, HANGPA CEROBOH HAK ORANG LEPAS TU BILA KENA TANGKAP KATA INI POLITIK PUNYA HAL.

BILA HUSAM DAN GUAN ENG SAMAN ORANG YANG BERTANYA SESUATU YANG DEPA TAK SUKA, HANGPA KATA BETOI PULAK...