Saturday, August 18, 2012

PARIT BUNTAR!!! Dr Mujahid, Ust. Abu Bakar dan pimpinan PAS Parit Buntar rai anak yatim di Iftar Perdana


 


































PARIT BUNTAR, 17 Ogos : Ahli Parlimen Parit Buntar Dato' Dr. Mujahid Yusuf Rawa, Pesuruhjaya PAS Perak yang juga bakal calon DUN Titi Serong Ust. Abu Bakar Husin dan pimpinan PAS Parit Buntar telah meraikan anak yatim di majlis iftar perdana di sini. 
 
Pengerusi Ehya Ramadhan Ahmad Azhar Sharin berkata, majlis ini dianjurkan oleh PAS Parit Buntar dengan kerjasama Pusat Khidmat Ahli Parlimen Parit Buntar bagi meraikan anak-anak yatim, guru-guru PASTI dan murabitun.
" Lebih dari 700 orang telah hadir di dalam majlis tersebut yang turut disertai oleh oleh PAS kawasan yang berhampiran seperti kawasan Bagan Serai dan Larut. 
 
" Sumbangan telah diberi kepada anak-anak yatim, petugas-petugas parti, guru-guru PASTI dan juga petugas media yang sering melaporkan aktiviti PAS kawasan atau Pusat Khidmat Parlimen Parit Buntar" katanya 
 
Ahmad Azhar berkata, majlis ini merupakan acara kemuncak program Ehya Ramadhan PAS Parit Buntar bagi tahun 2012 ini. 
 
" Dana ramadhan yang disumbangkankan oleh orang ramai pada tahun ini melebihi RM 90,000. Kami sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih kepada para dermawan yang sentiasa memberi sumbangan mereka pada setiap tahun.
 
" Derma tersebut digunakan untuk membantu fakir miskin, anak yatim, ibu tunggal,guru-guru al- quran dan pesakit di hospital dalam parlimen Parit Buntar"katanya
 
Majlis ini turut dihadiri oeh  YB Yunus Jamhari, ADUN Kuala Kurau, YB Ustaz Husin Din ADUN Selinsing, YB Ustaz Ramli Tusin ADUN Semanggol, Hj Othman Maseri, Bendahari PAS Perak, AJK PAS Parit Buntar, AJK Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat dan Nisa Parit Buntar. MKA
 









No comments: