Tuesday, August 14, 2012

PUTAR BELIT BERBAYAR!!!Peguam sanggah fitnah jahat Raja Petra



MP PKR Subang R Sivarasa menafikan dakwaan oleh penulis blog Raja Petra Kamaruddin bahawa beliau membimbing P Balasubramaniam dalam kenyataan bersumpah pertama oleh penyiasat persendirian itu berhubung kes pembunuhan Altantuya Sharibuu.

Dalam satu tulisan blog hari ini, MP itu berkata tulisan Raja Petra bertarikh 14 Ogos itu mengandungi "rekaan berniat jahat" dan merupakan "putar belit" yang mencampur aduk kebenaran dan rekaan untuk kesan dramatik.



“Malangnya bagi beliau, penipuan tetap penipuan," kata Sivarasa.

Sivarasa turut mengakui bahawa beliau, Raja Petra dan Balasubramaniam pergi ke sebuah restoran Itali selepas bertemu peguam, M Puravalen pada 2 Julai 2008.

Katanya, mereka berada di restoran itu memandangkan Puravalen telah mempunyai komitmen untuk makan malam lain bersama rakan-rakannya.

"Kami tidak pergi ke sana hanya untuk membincangkan mengenai sidang media," katanya yang menambah, Balasubramaniam turut menyebut kandungan SD tersebut kepada yang hadir.

Tambahnya, peguam Americk Sidhu, yang merupakan peguam Balasubramaniam, merangka SD pertama tersebut "selepas perbincangan dan pertemuan berminggu-minggu" dengan bekas polis itu.

Americk juga hadir ke restoran berkenaan, pada sidang media pada hari berikutnya di ibu pejabat PKR, katanya.

“Agak sukar ditanggap jika disebut senario di mana saya memberi tunjuk ajar kepada Bala di hadapan peguamnya sendiri dan orang yang saya baru temui untuk pertama kali," katanya.

Turut dinafikannya ialah dakwaan Raja Petra bahawa anggota Unit Tindakan Khas polis, Azilah Hadri dan Sirul Azhar yang didapati bersalah membunuh Altantuya, juga hadir di rumah Paravalen.

“Ianya tidak benar bahawa Bala mengenali Sirul dan Azilah dan fakta itu diberitahu kepada saya dan Puravalen. Sekiranya Bala sememangnya mengenali Sirul dan Azilah, beliau pastinya didakwa bersama mereka," kata Sivarasa.

Sebaliknya, Balasubramaniam hanya direman selama dua minggu selepas kematian Altantuya tetapi dibebaskan tanpa didakwa.

Sivarasa juga menafikan dakwaan Raja Petra bahawa beliau berjanji untuk mengatur pembiaya kepada Balasubramaniam bagi membuat temubual dengan Malaysiakini untuk memburuk-burukkan usahawan Deepak Jaikishan dan timbalan menteri Umno Datuk Hamzah Zainuddin.

“Saya tidak biasa membayar sesiapa untuk membuat kenyataan palsi. Saya ada kegunaan lebih baik untuk wang berjuta-juta yang diperlukan untuk itu, yang tidakpun saya miliki," katanya.

2 comments:

Anonymous said...

syukur, raja petra dah kembali ke pangkal jalan, menyebarkan kebenaran dan menafikan kebathilan. yang benar akan terlihat jugak akhirnya

aku said...

terbaik..blog ni penyokong KELING.!!!
TQ