Difahamkan dua buah tayar kereta dirobek dan ditoreh manakala sebuah cermin kereta dipecahkan.
Salahuddin yang juga Naib Presiden PAS mengetuai kira-kira 8,000 peserta yang membantah projek petrokimia RAPID di Sungai Rengit, Pengerang, Johor.
Kedua-dua
tayar kereta milik Penggerak Institut Peduli Rakyat (Peduli), Abdul
Rahman Maidin itu dirobek manakala cerminnya dipecahkan sebelum ia
disedari kira-kira jam 1 petang.
Ketika
kenderaan itu dirosakkan, kereta itu diletakkan hanya 500 meter dari
balai polis Sungai Rengit, tidak jauh dari tapak perhimpunan berkenaan.
Selain
itu, dua kereta yang dinaiki aktivis sosial, Hishammudin Rais dan
wartawan Suara Keadilan, Sidiqin Omar pula disimbah asid pagi ini.
Kejadian
yang disedari sekitar jam 7.30 pagi itu berlaku depan rumah yang
mereka tumpangi di Jalan Teluk Ramunia, Sungai Rengit.
Asid
itu dipercayai disimpan dalam plastik itu sebelum disimbah ke bonet dan
pintu kiri kedua-dua kereta itu, menyebabkan cat kenderaan kelihatan
mengelupas.
Perbuatan
itu dipercayai didalangi samseng Umno berikutan pelbagai program yang
cenderung kepada Pakatan Rakyat diganggu kebelakangan ini termasuk tiga
kali simbahan terhadap bas Merdeka Rakyat dan banyak lagi.
3 comments:
di cadangkan lain kali bila perhimpunan PR bawa kereta kebal atau lori baru selamat
Pemimpin pr sedang mengurus pemikiran drakonian harap bersabar
Cai UMNo tak abis2 buat adegan keganasan. Tak demokrat lgsg cai2 uMNo ni.
Post a Comment