Nampaknya sudah
hampir pasti perdana menteri Malaysia bukannya Najib tetapi
suaminya sendiri yang tak pernah bertanding dalam mana-mana pilihanraya
ataupun mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong, tak lain tak
bukan Rosmah Mansor!
Negara serantau
Asean lain seperti Thailand dan Kemboja diwakili perdana menteri
masing-masing tetapi Malaysia memecah tradisi sejak mencapai kemerdekaan
apabila menghantar isteri perdana menteri mengetuai rombongan kerajaan
yang sudah pastinya segala perbelanjaan dibayar oleh rakyat.
Hatta di zaman
Mahathir dan Pak Lah sendiri tidak pernah menghantar isteri
masing-masing mengetuai delegasi rasmi kerajaan ke mana-mana majlis
rasmi sesebuah negara apatah lagi Brunei merupakan sahabat akrab sejak
dahulu lagi.
Singapura pun
mengikut tatacara protokol tepat antara sesebuah negara apabila
menghantar Menteri Luar, K Shanmugam mewakili republik itu dan bukannya
isteri perdana menteri Lee Hsien Loong, Ho Ching.
Tidak perlulah
Najib Altantuya memalukan Malaysia sekali lagi dengan tindakan tidak
beradab malah menjadi buah mulut sejak sekian lama apabila Rosmah kerap
mewakili kerajaan ke majlis rasmi terutamanya di luar negara.
Walaupun Najib mempunyai jadual ketat sekalipun, protokol tetap protokol dan
isteri perdana menteri tidak perlulah terlebih sibuk mencari publisiti
murahan hingga pernah ditegur beberapa lama dulu kerana penampilannya
tidak disenangi delegasi sesetengah negara ketika Najib
melakukan lawatan rasmi ke luar negara.
Tindakan Rosmah
ini bukan saja memalukan Malaysia tetapi secara tidak langsung menghina
Brunei kerana tidak menghantar wakil rasmi kerajaan yang dipilih oleh
rakyat atau Yang di-Pertuan Agong!
JALAN PULANG
1 comment:
Salam,
Saya dl,kini dan slamanya tidak akan menyokong UMNGOK..tetapi sy rase xwajar kita memperlekehkan kehadiran beliau di majlis tersebut..sy rase beliau hadir di majlis tersebut, cuma wife beliau yakni puan rosmah terkehadapan dan dia seharusnya lah menutup aurat..sedangkan permaisuri dan putri Sultan brunei pun menutup aurat..menutup aurat tu kan ke arahan Allah..sesungguhnya lebih nmpk cantik dan manis klu puan rosmah kita menutup aurat..
Post a Comment