Wednesday, October 24, 2012

AMBIK KO FATHUL BARI!!! Dijemput berwacana tak datang, dok berani komen kot jauh...



Mantan mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr. Asri Zainal Abidin semalam telah memberikan jawapan yang pedas kepada Ulama Muda UMNO, Fathul Bari Mat Yahaya berhubung dengan kenyataan ulama muda itu yang menolak hujah Dr.Asri bahawa ulama-ulama yang menyertai UMNO telah hanyut.

Di dalam datu mesejnya melalui Twitter, Dr. Ari menyelar ulama muda UMNO berkenaan dengan menulis:

    "Bla dijemput berwacana x dtg, lepas tu komen tak puashati. Politik wang disebut sendiri oleh wakil (UMNO) sendiri"

Dr Mohd Asri sebelum ini berkata, tokoh-tokoh ulama yang menyertai UMNO "hanyut", antara kerana tidak boleh menerima persekitaran politik parti teras Barisan Nasional (BN) itu.

Asri, antara tokoh agama yang melihat arena politik tempatan dari dekat berkata, pengalaman masa lalu menunjukkan bahawa sebahagian ulama yang menyertai UMNO tidak timbul dalam peranan disebabkan kewujudan amalan politik wang.

Katanya, ulama-ulama terbabit tidak dapat mengadaptasikan pendekatan dan persekitaran politik diamalkan dalam UMNO.

Sambil menekankan bahawa peranan ulama dalam pemerintahan bukan sesuatu yang baru dan telah wujud sejak zaman nabi lagi, ahli akademik ini menambah: "Tapi, masalah dalam parti pemerintahan, politik wang selalu digunakan dalam Umno, ini akan menyebabkan para ulama hanyut."

“Selain itu, kalau kita lihat dalam persekitaran UMNO, agama mereka tidak kuat dan ini akan memberi kesan kepada para ulama sekiranya menyertai UMNO," kata Asri pada siri Wacana Sinar Harian ke-15 bertajuk "Peranan Ulama, Menasihati Pemimpin” semalam. Wacana dianjurkan oleh Sinar Harian.

Selain itu, Asri turut menegaskan, tugas ulama sepatutnya menegakkan keadilan sosial dalam masyarakat, bukannya berpihak kepada mana-mana parti politik.

“Jangan pula kita meraikan ulama yang mengampu mana-mana parti politik, ini kerana agama tidak membenarkan ikut sesuatu yang kita tiada ilmu mengenainya," jelas Asri.

Pada masa sama, Asri turut menegaskan bahawa sekiranya percaturan wang dalam politik sering digunakan oleh mana-mana parti termasuk Umno sendiri, tampuk pemerintahan itu seharusnya berundur.

“Dalam pemerintahan, kita tidak sepatutnya menggunakan wang untuk sesuatu agenda politik, tapi perlu menjaga kebajikan rakyat.

“Tapi apa yang dilihat sekarang, pemerintahan Umno masih menggunakan wang. Amalan menghulur semakin subur dalam kalangan pemimpin.

“Jadi, sekiranya ini berterusan, UMNO patut berundur,” jelas beliau lagi.

ULAMA UMNO HANYA BERANI TERJAH DAN BERHUJAH DARI JARAK JAUH... BERDEPAN BERSEMUKA EMPAT MATA TAKUT MENIKUS..SERUPA MACAM PEMIMPIN TERTINGGI MEREKA NAJIB RAZAK, CAKAP BERDEGAR-DEGAR BESAR KONONNYA TIDAK GENTAR PADA SESIAPA, BILA DSAI AJAK DEBAT TERUS SENYAP MEMBISU KATA ITU BUKAN BUDAYA KITA DAN TAKUT DSAI DEMAM!!!!OMAK KAU

2 comments:

Anonymous said...

serupa najib jugaklah nie.....dey machaaa...kasi roti canai fathul bari rendek.....hihihihihi

Anonymous said...

di j.b roti canai najib semakin mendapat perhatian.. petanda positif tu..