Saturday, October 13, 2012

NAJIB TERDESAK!!! Melawat rumah Tun Datu Mustapha untuk redakan kemarahan bumiputera Sabah


Rupanya, muslihat Perdana Menteri Najib yang kini dalam rangka lawatan dua hari ke Sabah, yang akan melawat kediaman Allahyarham Datu Mustapha Datu Harun, yang digelar Bapa Kemerdekaan dan Bapa Pembangunan Sabah, hari ini, terbongkar.

Najib dijadual berkunjung ke kediaman Allahyarham, yang dinamakan 'Istana Tun Mustapha' pada sebelah tengah Hari selepas menyempurnakan majlis perasmian Program Jelajah Janji Ditepati di Kompleks Sukan Kudat.

Antara yang dijangka menyambut ketibaan Najib ialah anak Allahyarham iaitu Amir Kahar, yang merupakan bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah semasa pemerintahan Parti Bersatu Sabah (PBS) dan bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Banggi.

Lawatan Najib itu kununnya merupakan satu pengiktirafan kepada Allahyarham, seorang negarawan dan pahlawan yang banyak berjasa kepada negara serta rakyat Sabah.

Datu Mustapha merupakan Yang Dipertua Negeri Sabah pertama selepas pembentukan Malaysia pada 16 September 1963, dan Ketua Menteri Sabah ketiga (dari 1967 hingga 1975) selepas Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (Usno) memenangi pilihan raya pada tahun 1967.

Allahyarham dilahirkan di Kampung Limau-Limauan, Kudat dan ketika Perang Dunia Kedua, beliau antara pemimpin Sabah yang dikehendaki tentera Jepun kerana keberaniannya menentang penjajah itu.

Beliau merupakan pengasas kepada Usno, satu daripada parti yang berperanan penting dalam rundingan kemerdekaan Sabah daripada British, seterusnya pembentukan Malaysia pada 1963.

Pada tahun 1990, Datu Mustapha menjadi Ketua Perhubungan Umno yang pertama selepas parti itu melebarkan sayapnya ke Sabah ketika situasi politik di negeri ini tidak stabil.

Sementara itu, bekas Setiausaha Agung Usno, Onn Ariffin menyifatkan Allahyarham sebagai seorang pemimpin yang berdisiplin tinggi, tegas dan berani.

Onn, yang merupakan antara pemimpin Usno paling rapat dengan Datu Mustapha, berkata kepimpinan berani dan tegas Allahyarham adalah hasil cabaran yang dilalui sepanjang kerjaya politiknya. 


Bagaimanapun pemerhati politik menyifatkan kunjungan Najib Altantuya sebagai bukti Umno terdesak mengekalkan sokongan Bumiputera Islam selain meredakan kemarahan bekas pemimpin Usno yang terpaksa membubarkan parti itu bagi memberi laluan kepada Umno bertapak pada 1990.


Malah semasa Datu Mustapha meninggal dunia pada 2 Januari 1995, tiada seorang pun pemimpin Umno negeri jauh sekali pusat menziarahi Allahyarham di kediamannya sebagai tanda simpati dan pernah disahkan bekas pemimpin Usno sendiri.


Ternyata kedatangan Najib hanya mahu menambah luka yang belum sembuh di hati bekas pemimpin Usno yang kini ibarat melukut di tepi gantang di negeri kelahirannya sendiri!

JALAN PULANG

No comments: