Bagaimanapun, jelasnya, pihak Jakoa mempunyai hubungan baik bersama Pejabat Daerah dan Tanah serta jabatan-jabatan negeri lain.
“Saya rasa sedikit tersinggung kerana Kerajaan Negeri Selangor memang tiada perhubungan secara langsung dengan Jakoa.
“Apabila saya panggil Pengarah Jakoa Selangor dua tahun lalu untuk adakan mesyuarat berhubung isu pewartaan tanah orang asal, mesyuarat itu tidak diadakan di Pejabat SUK atau Pejabat Jakoa, tetapi diadakan di luar.
“Ini kerana mereka tidak dibenarkan untuk mengadakan mesyuarat rasmi dengan pejabat saya.
“Walaubagaimanapun di peringkat daerah, Jakoa dan Pejabat Tanah mempunyai hubungan yang lebih baik. Saya harap pihak Jakoa lebih profesional.
“Saya tiada niat untuk mengutuk sesiapa, kita hanya mahu bekerjasama secara baik. Kita mahu selesaikan isu pewartaan tanah orang asal sahaja,” katanya semasa menjawab pertanyaan Lee Kim Sin (PKR-Kajang) berhubung isu penempatan orang asal di negeri ini.
Namun, menurut Elizabeth, beliau tidak mempunyai masalah sekiranya pihak Jakoa mempunyai hubungan baik bersama Pejabat Tanah dan Daerah asalkan segala isu dapat diselesaikan dengan baik.
No comments:
Post a Comment