Sunday, December 2, 2012

TAKTIK BURUKKAN PAKATAN!!! Banner bulan Ramadhan disimbah cat merah apa maksudnya......


Gambar YB disimbah cat merah
Banner ni dah lama tergantung sejak bulan Ramadhan. Kalau penyokong PR nak simbah cat , dah lama kena simbah. 
Boleh fikir sendiri la,banner bulan Ramadhan dah tak da harga , tinggal nak buang. Sebelum buang... pekena la orang dulu.....boleh fikir sendiri...
 
BATU PAHAT – Tindakan segelintir individu yang tidak bertanggungjawab dengan menyimbah cat merah ke atas kain rentang dan gambar wakil rakyat amat dikesali.

Tinjauan Sinar Harian di Senggarang, mendapati dua gambar pada kain rentang wakil rakyatnya iaitu Ahli Parlimen Batu Pahat, Dr Mohd Puad Zarkashi dan Adun Senggarang, Ja’affar Hashim diperlakukan begitu.


Ja’affar ketika dihubungi semalam, berkata, kesan simbahan cat merah hanya disedari pihaknya awal pagi kelmarin, dan beliau tidak mengesyaki sesiapa terlibat dalam kejadian berkenaan.


Katanya, beliau faham setiap individu mempunyai fahaman politik masingmasing, namun perlulah ada rasa hormat menghormati antara satu sama yang lain, dan janganlah melakukan sesuatu perkara yang tidak bermoral seperti itu.


“Kita perlulah berlawan dalam politik ini dengan cara yang baik. Jangan kerana sebab berbeza fahaman politik, kita hilang hubungan ukhuwah serta timbul pula perasaan dendam dan sebaran fitnah.


“Jika ada mana-mana pihak yang tidak berpuas hati, pintu kita sentiasa terbuka.


Kita sedia untuk bersemuka, berbincang dan jika malu, boleh juga guna cara lain seperti khidmat pesanan ringkas (sms).


“Asalkan perkara atau masalah yang timbul dapat diselesaikan dengan cara yang baik dan bukannya seperti ini yang menunjukkan betapa rendahnya tamadun kita kerana terlalu ekstrem terhadap politik,” katanya.


Menurut Ja’affar, dia mengharapkan individu yang melakukan tindakan itu akan sedar tindakan yang dilakukannya adalah salah dan tidak melakukannya lagi.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asistant Komisioner Din Ahmad ketika dihubungi masih lagi belum menerima laporan polis berkaitan kes berkenaan.


Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak terlalu terikut-ikut dan dapat mengawal diri masing-masing.Sinar Harian


Billboard di bawah ni masih baru dan berharga , kalau Pakatan nak tumbangkan sendiri, fikiaq 2,3 kali juga.

Tak lama pun billboard ni ditumbangkan, dah ada yang mengaku bahawa SUK Perak yang arahkan billboard ini ditumbangkan.

Bayangkan, dalam kawasan persendirian pun puak-puak ni sanggup ceroboh...



Billboard "Pakatan Harapan Rakyat Harga Minyak Turun" ditumbangkan oleh pihak-pihak yang sakit hati melihat billboard janji Pakatan Rakyat menurunkan harga minyak sekiranya Pakatan Rakyat berjaya membentuk kerajaan selepas PRU13 nanti..

Bila dikatakan "pihak yang sakit hati" tu faham-faham je lah..
takkan orang PR sendiri yang sakit hati dengan billboard tu pulak kan..?

Kalau dilihat dari gambar di bawah ni..
tiang billboard tu dipotong menggunakan gergaji besi..
bukannya tumbang disebabkan hujan lebat,angin ribut ke apa ker..


Dan nampaknya si pelakunya masuk dari arah dalam highway memandangkan pagar tepi highway Utara Selatan tu rosak akbat kena panjat...


Kenapa perlu dilakukan sebegini...?
kita sepatutnya sudah matang dalam berpolitk...
kalau ditakdirkan oleh Allah Pakatan Rakyat akan menang PRU 13 nanti,ditumbangkan billboard,simbah cat merah pada bas pun..PR akan menang juga

Kalau dah tiba masanya rakyat menolak BN.. BN akan tertolak juga sesuai dengan takdir Allah..

tak adanya dengan menumbangkan billboard janji PR turunkan harga minyak ini akan mengutkan UMNO mahupun BN..

Ini adalah keadaan billboard sebelum ianya ditumbangkan..

Yang pasti..
tiada lagi orang lain yang sakit hati melihat janji-janji Pakatan Rakyat di paparkan kepada pengguna lebuhraya melainkan....Liang lahad 

7 comments:

Anonymous said...

Harga minyak turun? Janji dulu pun tak tertunai ni nak buat janji baru ke? Khalid gagap pun cakap manifesto bukan perjanjian, so blh lah letak apa2 je

Anonymous said...

Kami terpaksa buat begini kerana cari sikit wang poket. nak dapat duit pergi kempen umno pun umno dah tak larat nak buat selalu lagi.

Anonymous said...

Terpaksa menurut perentah, jika tidak tak makan anak bini pulak nanti.

Anonymous said...

Terpaksa sentiasa buat kejahatan kerana kami adalah golongan syaitan yang dikenali, ada faham ke ?.

Anonymous said...

Sebelum kami kalah PRU 13 lebih baik kami jahanamkan harta PR dulu.

insafdoh67 said...

Pakatan x akn buat kja yg jahat. Ni kja UBN.. Puok ni pndai blakun. Jd Artis bagus wat filem... Ajar org Muda jd Nakal. Kta jgn Marah yg buat. Kita pakat maki yg ajar surh buat... Org Muda perlu tunjuk ajar..

Anonymous said...

Umno sedang naik minyak dan berminyak untuk menghadapi kegetiran PRU 13.

Yang PR nak turun minyaknya pula apasal.