Sunday, December 2, 2012

TU DIA!!! "Kami sokong UMNO, tapi diberi sampah" - Penyokong tegar UMNO

(Kami sokong Umno tetapi diberi sampah, kata penduduk Kampung Mohd Noor, Parit Sulong)


'Kami sokong Umno, tapi diberi sampah'

BATU PAHAT: Sekumpulan penduduk Kampung Mohd Noor Batu 5, Parit Sulong, Johor menyatakan kekesalan terhadap Umno negeri itu yang didakwa bukan sahaja gagal menolong malah turut mengainaya mereka.

Ia berikutan tindakan parti yang disokong mereka sejak sekian lama itu tidak mahu membela mereka dalam isu Pembinaan Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Sanitari di Bukit Payung yang terletak hanya beberapa ratus meter dari penempatan mereka.

Ibarat 'diberi madu dibalas tuba', Umno kata mereka tidak mempedulikan nasib penduduk biarpun sudah beberapa kali bantahan dibuat.

"Patut ke bagi sampah kepada kami yang sokong mereka sudah lama?

"Kami ada mintak pertolongan ketua Umno Sri Gading, dia kata dia tak boleh tolong dan suruh kita terima sahaja, patut ke?"
soal wakil penduduk Mohd Nazrin Abdul Samad.

Hampir 10 orang wakil penduduk kampung itu malam tadi tampil di pentas Himpunan Kebangkitan Rakyat di Dataran Rakyat, Parit Haji Salleh Ros, Parit Raja, di sini.

Mereka membawa kain rentang raksasa bertulis, "Bantah, kami tak mahu sampah, sokong Umno dapat sampah" sebagai menyatakan bantahan dan kekesalan mereka terhadap Umno.

Dalam nada merayu, Nazrin dalam ucapannya malam tadi, memohon Pakatan Rakyat membela nasib mereka kerana menganggap Umno sudah tidak boleh diharap lagi untuk membela mereka yang rata-rata orang Melayu.

"Tolong kami, kami rayu kepada Pakatan Rakyat, tolong la pindakan tapak itu jika berjaya ke Putrajaya.

"Hidup Pakatan Rakyat, menang Pakatan Rakyat. Semoga Pakatan Rakyat berjaya ke Putrajaya,
" laung Nazrin disambut lebih 30,000 hadirin.

10 comments:

Anonymous said...

Nasib baik bagi sampah, kalau diberi racun macam kat Pahang lagi teruk.

Sekurangnya boleh juga ahli umno disini buat kerja kitar sampah untuk di jual, sementara tunggu BRIM.

Anonymous said...

La nanti dekat PRU 13 kami bersehkanlah untuk berbakti kepada kau orang. Sampah tu mungkin Pas yang buang kot.

Anonymous said...

Itu kerja pemimpin sampah masyarakat.

rakab said...

"Saya cabar kepimpinan Pas dan Harakah dedahkan apa yang saya tulis itu semuanya salah, memutar belit dan fitnah. Sekali lagi saya ulangi, permasalahan yang saya dedahkan adalah isu penipuan hak anak yatim dan balu-balu Memali. Mereka ditipu oleh sebuah parti yang berpengaruh atas label perjuangan Islam”... C.N Afghan

Ada sesiapa anon Pas yang berani sanggah kenyataan diatas ??

Selama 15 tahun duit tabung memali tak pernah diaudit !...duit lesap entah kemana ?

Pemimpin Pas berpakat sama sendiri makan harta anak yatim memali !!....berjuang atas nama Islam konon !

insafdoh67 said...

Saya sokong klau betul sdara ckp psl tabung memali. Ada bukti x. Klau ada kita report SPRM tentu cepat dia ambik tindakan. Kenapa x Report. Ckp je lebih Bukti x. Jgn kta jd org yg suka Fitnah. INSAFLAH.........

Anonymous said...

orang macam rakab nilah yang dimaksudkan Najib macam nyamuk yang boleh menyebabkan kelambu Umno terbakar.

Najib baru lepas minta maaf masa PAU 2012, kamu jangan buat dosanya yang baru pula Rakap.

Satu komentar kamu di sini Umno bayar berapa duit Rakab.

Kamu jangan tanggung anak bini dengan duit haram Rakap !.

Anonymous said...

Haha puak2 bleh caya dgn cn afghan org yg kecewa dan mula sebar fitnah pabila x dpt tempat dlm kerajaan pr kedah bersekongkol dgn umno sdgkan umno la yg membunuh kwn2 nya d memali itulah balasan allah pd yg x ikhlas dlm perjuangan

Anonymous said...

Yang sokong sgt umno tu nk sgt ke smph? Kalau nk aku boleh bgi lori konvoi pegi umah korang tabur smph. Nak?nak?nak?

Anonymous said...

Rakab, hutang karpet kamu pada Deepak lagi RM 50 bila nak bayar ?.

Anonymous said...

itu tanda Umno BN dah jadi sampah masyarakat.