Monday, January 28, 2013

GELOMBANG RAKYAT!!! UMNO makin terdesak pertahan kuasa


Isu agama Islam dan nasib orang Melayu menjadi bahan kempen yang kuat digunakan pihak lawan dalam usaha menghalang pemimpin Pakatan Rakyat..

Justeru itu, Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim berkata, barisan kepimpinan Pakatan Rakyat dengan dibantu penyokong perlu kuat melengkapkan diri dengan persiapan mental dan emosi sebagai menghadapi sebarang kemungkinan yang bakal berlaku dalam pilihanraya umum ke-13 nanti.


“Kita kena muafakat, kita ambil keputusan, kita berhimpun ikhtiar, kita kukuhkan jentera ikhtiar, kita pakat Keadilan, PAS dan DAP kita ikhtiar, akhirnya kita bertawakal kepada ALLAH. Mudah-mudahan ALLAH beri kita ukhwah," katanya.

Menurutnya, sepanjang tempoh mesyuarat Pakatan Rakyat sebelum ini, tidak pernah terdengar suara-suara dari Presiden KEADILAN, Dr Wan Azizah Wan Ismail; Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang untuk membalas dendam sekiranya menang dalam PRU13

“Kita tidak pernah menyuarakan sekiranya kita menang untuk membalas dendam, tetapi semuanya sepakat sekiranya kita menang, kita akan pimpin dengan adil dan soal membela nasib masyarakat,” katanya pada Program Jelajah Rakyat di Pekan Pasir Besar, dekat sini, malam kelmarin.

Turut hadir, Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Mohamad Taufek Abd Ghani; Pengerusi DAP negeri, Anthony Loke Siew Fook dan bekas Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno yang juga ahli parlimen Beaufort, Lajim Ukin.

Anwar berkata, pimpinan Pakatan Rakyat sepakat untuk membersihkan sistem pentadbiran di negara ini.

"Jika ada pemimpin di mana-mana peringkat yang mengamalkan rasuah, kita akan pastikan mereka bakal menerima hukuman penjara," katanya.

Sementara itu, Anwar turut menasihatkan masyarakat di Gemas, Tampin, Kuala Pilah dan kawasan sekitarnya untuk membantu hasrat Pakatan Rakyat dalam menawan Putrajaya dengan menambah bilangan kerusi Parlimen dan DUN di negeri ini.

“Kita kena tawan Negeri Sembilan. Kerusi sikit sangat ni... Pekan Cina, kawasan India, Melayu dari Negeri Sembilan untuk bantu kita tawan Putrajaya," katanya.

Terdahulu, pada siri jelajah sehari di Negeri Sembilan semalam, Anwar turut singgah di beberapa lokasi iaitu Melang, Kuala Pilah; Taman Anggerik, Batu Kikir; Kampung Temeris, Senaling dan terakhir di pekan Pasir Besar.
 
JALAN PULANG 

No comments: