Tuesday, January 8, 2013

LAYANAN 5 BINTANG!!! Perkembangan baru polis yang dipuji


MACHANG: Pakatan Rakyat menyifatkan ada perkembangan baru dalam politik negara apabila pegawai tertinggi polis bersedia mengadakan pertemuan dengan penganjur perhimpunan 12 Januari ini.

Pada pertemuan yang diadakan di Bukit Aman semalam pasukan polis diketuai Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dan turut disertai pegawai-pegawai kanan lain.

Manakala Pakatan Rakyat diketuai Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, suasana layanan yang disifatkan lima bintang jarang berlaku sebelum ini.


“Mungkinkah pihak polis seperti sudah merasakan ada sesuatu perubahan akan berlaku selepas pilihan raya umum ke-13 tidak lama lagi.

“Sepatutnya pasukan polis yang menjaga keselamatan negara memberi layanan baik kepada mana-mana pihak, yang mungkin akan menjadi kerajaan,” katanya pada ceramah pra Himpunan Kebangkitan Rakyat di padang Majlis Daerah Machang di sini, malam tadi. (Gambar)

Hadir sama Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa, Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan, Zulkifli Mamat, Ketua Penerangan, Datuk Dr Muhamed Fadzli Hassan, Ketua Penerangan Pemuda PAS, Ahmad Fadhli Shaari dan Presiden R, Nazri Deraman.

Turut hadir Pengerusi Sekretariat Kebajikan Rangkaian Bekas Anggota Tentera (Kerabat) Cawangan Kelantan, Mejar (B) Mohd Yusoff Ali dan bekas Setiausaha Gerakan Kelantan, Lau Chin Chua.

Saifuddin yang juga anggota parlimen Machang berkata, suasana yang berlaku di Bukit Aman semalam mampu mencipta sejarah baru negara kita.

Husam pula berkata, kaji selidik yang dijalankan Majlis Profesor Negara (MPN) memberi gambaran Pakatan mampu menguasai 110 kerusi parlimen pada PRU-13 ini.

Oleh itu katanya, MPN bercadang membuat kajian selidik kedua kemungkinan bimbang dengan petunjuk awal yang dikesan pada kajian pertama.

Beliau berkata, bilangan 110 kerusi sudah memberi kelebihan bagi membentuk kerajaan dengan majoriti mudah.

Beliau juga mendakwa Umno Kelantan kemungkinan besar mencalonkan lebih ramai calon lulusan bidang agama pada PRU-13 bagi menggambarkan parti itu juga hendak kepada Islam.

Mejar (B) Mohd Yusoff berkata, setiap anggota tentera dipotong gaji sebanyak RM100 setiap bulan yang dimasukkan ke dalam Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Katanya, selain itu kerajaan juga menjanjikan mahu memberi tambahan 5 peratus daripada jumlah simpanan dalam tabung terebut.

“Namun sampai sekarang wang yang dijanjikan itu tidak diberi sehingga ramai anggota tentera yang berhenti sebelum tempoh ditetapkan hidup susah, ada yang bekerja sebagai pemandu teksi, lori dan pegawal keselamatan.

“Anehnya LTAT difahamkan mempunyai aset sehingga RM69 bilion. Jadi ke mana duit tersebut dibelanjakan sehingga bekas tentera sekarang hidup dalam keadaan susah,” katanya.

1 comment:

Anonymous said...

Pihak pun polis lebih tahu bahawa PR akan memerintah....agaknya. ha ha ha