Tuesday, January 29, 2013

PARIT BUNTAR!!! Wacana Agenda Berkebajikan Wanita dapat sambutan

PARIT BUNTAR : Wacana Agenda Berkebajikan Wanita Malaysia anjuran Dewan Muslimat PAS Parit Buntar begitu berjaya dan mendapat sambutan baik dari golongan wanita di Parit Buntar 
 
Pengarah program Norijan Omar berkata,  program ini adalah usaha Dewan Muslimat PAS Parit Buntar merangka strategi untuk turun ke akar umbi bagi menjelaskan kandungan Agenda Berkebajikan Wanita Malaysia khususnya wanita di luar bandar.
 
“ Wacana hari ini bertujuan mengupas dan menghadam agenda tersebut sebelum meneruskannya di peringkat parlimen dan cawangan.
 
“Agenda Berkebajikan Wanita Malaysia mampu menyediakan program yang lebih berkesan khususnya terhadap wanita di luar bandar” katanya 

 
Norijan berkata, dua ahli panel telah dijemput untuk membentangkan kertas kerja berkaitan Agenda Berkebajikan Wanita Malaysia . 
 
“ Mereka ialah Ketua Muslimat Pas Malaysia  Siti Zailah Mohd Yusoff yang membentangkan kertas kerja bertajuk ‘Apa itu Caruman Wanita Malaysia? ‘. 
 
“ Manakala Ketua Penerangan Dewan Muslimat Pas Malaysia  Aiman Athirah Al-Jundi membentangkan kertas kerja bertajuk ‘Penerangan Agenda Berkebajikan Wanita Malaysia’”katanya

Turut hadir dalam majlis ini ialah Pesuruhjaya Pas Perak Ust. Abu Bakar Husin, Ahli Parlimen Parit Buntar Datuk Dr. Mujahid Yusuf Rawa, Ketua Muslimat Pas Perak Dr. Najihatussalehah Ahmad dan Ketua Muslimat Pas Parit Buntar Rahimah Osman
 
Sementara itu , Aiman Athirah semasa membentangkan kertas kerjanya menjelaskan Agenda Wanita Malaysia menggariskan tujuh tuju-tumpu wanita sebagai usaha memperkasa dan memberdaya ekonomi, politik dan sosial golongan itu di negara ini.
 
“ Agenda ini digunakan sebagai dasar dan polisi utama Wanita Pakatan Rakyat bagi mengangkat martabat kumpulan itu sebagai salah satu komponen dalam masyarakat sekaligus melaksanakannya jika  berjaya menawan Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang.
 
“ Tujuh tuju-tumpu ini terkandung  dalam buku agenda yang bertemakan ‘Wanita Berdaya Negara Sejahtera’” katanya 
 
Beliau menyifatkan ia satu cabaran yang besar kepada Wanita Pakatan Rakyat dan memuji usaha Dewan Muslimat Pas Parit Buntar menganjurkan wacana berkenaan untuk memberi kefahaman tentang agenda tersebut.
 
“Mendekati wanita di bandar tidak  sama dengan wanita di kawasan desa dan pedalaman dan cabaran kita yang besar adalah di luar bandar.
 
“Saya yakin Pakatan dapat menguasai Putrajaya sekiranya agenda ini mendapat sokongan wanita di luar bandar” katanya
 
Ucapan aluan Ketua Muslimat Pas Parit Buntar 
 
Ketua Muslimat Pas Malaysia membentangkan kertas kerjanya
 
Aiman Athirah membentangkan agenda kebajikan
 
Sambutan kaum wanita memenuhi dewan

No comments: