Tuesday, January 22, 2013

PENDEDAHAN TERKINI!!! Kementah beli senjata secara rasuah - Bekas Timbalan Panglima Angkatan Tentera Darat Malaysia

PETALING JAYA 22 Jan: Bekas Timbalan Panglima Angkatan Tentera Darat Malaysia, Lt Jen (B) Datuk Ghafir Abdul Hamid hari ini pertama kali ke program dihadiri Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membongkar kepincangan dasar keselamatan negara di bawah Kementerian Pertahanan (Kementah).

Pada sidang media bermula jam 11 pagi ini di ibu pejabat KEADILAN, Ghafir mendedahkan pelbagai penyelewengan dan kelemahan urustadbir kementerian itu.



Sebahagiannya disebut Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli dalam twitternya sejurus didedah Ghafir.

Rafizi turut hadir mendengar penjelasan tersebut.
Menurut Ghafir, kebanyakan kem di Malaysia adalah kem sementara peninggalan British dan tidak dinaiktaraf.

Tentera juga katanya tidak diberi kelengkapan cukup.
Tulis Rafizi, Ghafir semasa bertugas di Namibia, dalam cuaca sejuk, Kerajaan Malaysia tidak bekalkan baju sejuk kepada petugas, tetapi mereka dipaksa menggunakan tuala untuk menahan sejuk.

“Datuk Ghafir persoalkan kenapa kerajaan Malaysia yang kaya, tetapi kelengkapan dan kem tentera sangat daif sedangkan RM75 bilion sudah dibelanjakan ikut belanjawan,” kata Rafizi.
Ghafir berkata, punca utama perkara itu berlaku kerana amalan kepimpinan Mindef (Kementah) yang beli senjata mahal melalui rundingan terus, terdedah kepada rasuah menyebabkan kos pembelian mahal.

“Amalan beli senjata rundingan terus yang ada rasuah, jejaskan persiapan tentera kita dan abaikan kebajikan tentera,” kata Ghafir.

Tulis Rafizi lagi, Ghafir berkata, pembelian senjata melalui rundingan terus hanya untungkan sesetengah pihak, akibatnya tidak mendapat senjata terbaik.

“Bila Malaysia beli senjata, tiada pemindahan teknologi. Negara lain macam Pakistan lebih miskin tetapi mereka beli termasuk teknologi,” kata Ghafir dipetik.

Tambahnya, Pakistan beli kapal selam pertama dibuat oleh Perancis, kedua dibuat (syarikat) Perancis di Pakistan; menjelang kapal selam kelima, negara itu mampu menghasilkannya sendiri.

(Berita menyusul)

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=43709

3 comments:

Anonymous said...


The Malaysian Army (Malay: Military Land Malaysia ; Jawi: تنترا دارت ... Religious Corps Armed Forces (Religious Corps of the Armed Forces of Malaysia )

Anonymous said...


Dia hanya berkata KEMENTAH membeli persenjataan secara `direct nego'! Pembelian ii secara direct nego bersebab dan bersyarat! Sdra perlu memahami kaedah itu bukan sekadar melempar tanpa ilmu pengetahuan! Bekas Panglima itu juga terlibat secara langsung dalam pembelian tersebut.

Anonymous said...

hai jeneral semua, tak salah nak sertai mana2 parti politik. tapi mengkhianati sumpah setia dan membocorkan rahsia2 kerajaan adalah salah dan akan membahayakan negara. apakah anda semua tidak rasa bersalah dan tak pernah dapat sesen pun dari duit rasuah itu? kalau betol2 berani dan ikhlas, jelaskan berapa banyak duit rasuah yang sudah menjadi darah daging anda semua? RAKYAT PERIHATIN.///