Wednesday, February 20, 2013

DULU UMNO SEKARANG PAS!!! Pak Din KB sertai PAS, tamparan hebat buat UMNO Bagan Serai



19 Feb 2013 : Munajat dan Ceramah Perdana PRU-13 Peringkat Negeri Perak, Masjid Tinggi Bagan Serai terlakar sejarah bagi PAS Perak apabila Adris B. Salleh 66 tahun yang lebih dikenali Pak Din KB oleh penduduk setempat menyertai PAS secara rasminya disini.



Pak Din KB yang dahulunya orang kuat UMNO dan kini menjadi ahli PAS memberi tamparan hebat buat UMNO Perak khususnya UMNO Bahagian Bagan Serai.



Pak Din KB yang sekarang menetap di Kubu Gajah Gunung Semanggol telah menjadi ahli UMNO sejak 26 tahun yang lalu juga pernah memengang banyak jawatan-jawatan terpenting didalam UMNO hari ini telah terbuka pintu hati bersama PAS untuk memperjuangankan Al-Quran dan Hadis sebagai landasan.




Antara jawatan penting yang pernah disandang Pak Din semasa didalam UMNO ialah Timbalan Ketua merangkap Ketua Penerangan UMNO Cawangan,Perwakilan UMNO Cawangan ke UMNO Bahagian Bagan Serai, Pemerhati dalam Persidangan Agung UMNO Malaysia (PAU),Pencandang untuk calon UMNO bagi N11 Gunung Semanggol dan banyak lagi.



Jawatan terakhir Pak Din KB ialah Setiausaha JKKK Bukit Putus Gunung Semanggol Perak yang dipegang selama 17 tahun.



Pak Din KB telah diberi penghormatan oleh PAS pada majlis ini apabila mewakili 30 ahli baru PAS yang lain bagi menyerahkan borang keahlian PAS kepada YBhg Ustaz  Nik Abduh Nik Aziz  Timbalan Pemuda PAS Malaysia disaksikan oleh beberapa pimpinan PAS yang lain.

Serah borang keahlian PAS: Orang Kuat UMNO dah jadi ahli PAS

“Tentu ramai ahli UMNO dok intip saya malam ini”- Ujar Pak Din KB diawal ucapanya.



“Saya berjanji akan taat setia bersama dengan PAS dan tidak akan belot dengan perjuangan”



“Terimalah saya sebagai pejuang bersama tuan-tuan bagi memastikan PRU-13 ini UMNO akan tumbang di Negara ini..!!!!” – Kata-kata pembakar semangat dari Pak Din KB mengakhiri ucapan ringkasnya.

Antara kepimpinan  PAS Negeri Perak diatas pentas mendengar ucapan Pak Din KB,turut kelihatan Cikgu  Mala
Klip Video Ucapan Pak Din KB Masuk PAS: 

No comments: