Wednesday, February 6, 2013

RM 1.2 JUTA!!! Pemimpin UMNO pamer longgokan duit depan penduduk


(Ikmal menunjukkan longgokan duit kepada penduduk ladang Kerila, Tanah Merah)

TANAH MERAH: “Wang berkenaan adalah jaminan atau bukti kepada penduduk bahawa saya Ketua Umno Bahagian Tanah Merah mempunyai sumber kewangan bagi membantu penduduk di ladang itu.

“Saya membawa wang sebanyak itu ke majlis berkenaan bagi menyakinkan penduduk bahawa Umno Tanah Merah di bawah saya bukan menabur janji kosong,” kata Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz, dipetik sebuah akhbar hari ini.

Semalam seorang penduduk dari Ladang Kerilla, Devandran a/l Vadiveloo, 34, mendakwa beliau melihat pemimpin Umno berkenaan membawa wang yang dibungkus di atas meja ketika menghadiri satu program di Kerilla baru-baru ini.


Katanya, perbuatan Ketua Umno Tanah Merah itu secara jelas cuba mengaburi mata masyarakat India dengan menjanjikan sesuatu untuk mereka.

“Saya amat terkejut seorang pemimpin Umno mempunyai wang tunai sebanyak RM1.2 juta. Dari mana seorang pemimpin mendapat wang tunai sejumlah itu.

“Sebagai mewakili masyarakat India di Ladang Kerilla sangat berharap SPRM membuat siasatan terperinci,” ujarnya.

Adun Gual Ipoh, Wan Yusoff Wan Mustafa berkata, tidak pernah berlaku sebelum ini ada pemimpin Umno yang didakwa membawa begitu banyak duit untuk dipamerkan kepada orang kampung.

Katanya, pada awalnya ketika diberitahu pekerja di ladang berkenaan beliau kurang yakin, namun apabila ditunjukkan bukti bergambar keraguan hilang.

Katanya, insiden yang berlaku itu bukan perkara kecil sebaliknya ia melibatkan sesuatu berprofil tinggi, mempamerkan longgokan wang di hadapan penduduk kampung menjelang pilihan raya.

“Oleh itu saya berharap pihak berkaitan menyiasat isu tersebut kerana ia membabitkan maruah penduduk kampung,” ujarnya di sini.

Semalam lebih 50 penduduk dari beberapa kampung di Dun Gual Ipoh membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu Ikmal dan Naib Ketua Umno Tanah Merah, Bakri Mustapa yang didakwa tidak datang mengajar di sekolah.

Surat arah kempen


Sementara itu dalam perkembangan lain jabatan dan agensi di bawah portfolio agama Jabatan Perdana Menteri difahamkan menerima surat arahan daripada pegawai seorang menteri supaya membantu kempen di sebuah kawasan parlimen di Kedah.

Sumber sebuah jabatan berkaitan memberitahu, pihaknya menerima arahan bertulis supaya datang berkempen membantu menteri yang dijangka bertanding di Yan, Kedah.

“Bukan lagi arahan secara lisan sebaliknya dibuat secara bertulis,” dakwanya.

1 comment:

Anonymous said...

Ada sesiapa yang percaya kenyataan Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz,“Saya membawa wang sebanyak itu ke majlis berkenaan bagi menyakinkan penduduk bahawa Umno Tanah Merah di bawah saya bukan menabur janji kosong,”...?

Jika anda percaya bahawa dihadapannya itu adalah duit yang tulen maka anda sudah ditipu hidup-hidup....

Kita jangan lupa bahawa semua pemimpin UMNO Baru dari peringkat cawangan hingga keperingkat pusat adalah penipu, perompak dan penyamun.

Mana mungkin ahli atau pemimpin UMNO Baru boleh mempamerkan duit sah nilai yang banyak dihadapan rakyat kecuali duit yang bertimbun itu bercampur dengan duit palsu atau kertas kosong saja dibahagian tengahnya dan dibalut dengan duit tulen dibahagian luar...

Itu cuma wayang kulit yang nak perbodohkankan pengundi kawasan Tanah Merah saja.