NONEPemilihan PAS semakin rancak apabila lapan pemimpin parti itu disebut-sebut sedang mengintai peluang mencuba nasib merebut jawatan naib presiden pada pemilihan parti itu November ini.

Sekalipun mesyuarat kawasan masih berlangsung sehingga 30 September ini dan pencalonan mereka masih belum jelas, namun cakap-cakap mengenai kecenderungan hasrat mereka kini sudahpun tersebar luas.

Tiga penyandang Salahudin Ayub, Datuk Mahfuz Omar dan Datuk Husam Musa dijangka mempertahankan jawatan mereka, sementara Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Amar Abdullah dikatakan turut tersenarai merebut jawatan naib presiden.

Sumber-sumber PAS memberitahu Malaysiakini, ahli jawatankuasa PAS Pusat Datuk Mujahid Yusof, ahli parlimen Bukit Gantang Idris Ahmad, Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan dan setiausaha Majlis Syura Ulama Datuk Nik Zawawi Salleh bakal turut bersaing bagi jawatan itu.

"Salahudin, Mahfuz dan Husam dijangka mempertahankan jawatan. Manakala yang lain belum membuat keputusan, tunggu pencalonan (dan sokongan dahulu) sebelum (umum) tanding," kata sumber-sumber kepada Malaysiakini.

Pada pemilihan lalu Salahudin meraih 753 undi, Husam (660) dan Mahfuz memperolehi 616 undi, sekaligus melengkapkan tokoh profesional ke jawatan naib.

damansara memo to kpm 210206 idris ahmadBerdasarkan bacaan semasa, sumber-sumber berpendapat Salahudin dan Mahfuz berpeluang cerah mempertahankan jawatan itu memandangkan populariti dan sokongan kepada mereka di peringkat akar umbi khususnya di kalangan Muslimat dan kawasan tertentu di negeri tertentu.

"Salahudin dan Mahfuz masih laku. Mahfuz mendapat sokongan (kawasan) di sebelah utara dan beberapa kawasan di Negeri Sembilan," katanya.

Sumber-sumber turut berkata peluang Husam dilihat tipis memandangkan beliau tidak memegang apa-apa jawatan utama dalam kerajaan negeri termasuk kurangnya sokongan di peringkat akar umbi.

Oleh itu, antara tokoh yang dilihat memberi saingan sengit merebut jawatan itu adalah Idris yang kini sudah berjawatan anggota parlimen Bukit Gantang dan ahli Majlis Syura Ulama.Malaysiakini