Saturday, September 28, 2013

PEMILIHAN PAS!!! Dato' Dr Isa , Zulhazmi diisytihar YDP dan TYDP PAS Kubang Pasu




Bekas Speaker DUN Kedah,Dato' Dr Abd Isa Ismail kekal menerajui PAS Kawasan Kubang Pasu untuk sesi 2013-2015.

Beliau, calon Timbalan Yang DiPertua Ustaz Zulhazmi Haji Osman ,calon Naib Yang DiPertua Ust Masmawi Sahak serta 12 orang ahli jawatankuasa diishtihar menang tanpa bertanding oleh wakil Jawatankuasa Pemilihan PAS Kedah dalam mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Kubang Pasu ke-37.


Turut mengekalkan jawatan ialah Ketua Urusan Ulamak iaitu Ustaz Hj Mustaffa Abdullah manakala Dr Rohani Abd Muttalib kekal sebagai Ketua Dewan Muslimat dan Ketua Dewan Pemuda diamanahkan kepada muka baru Ustaz Rosidi Mat Isa.

No comments: