Monday, October 28, 2013

PEMILIHAN PAS!!! Dato' Nik Amar calon sesuai untuk jawatan Timbalan Presiden PAS


Datuk Mohd Amar Nik Abdullah diberi kepercayaan untuk merebut jawatan Timbalan Presiden PAS.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Pertandingan dalam merebut jawatan Timbalan Presiden PAS mungkin berlaku pertembungan antara penyandangnya Mohamad Sabu dan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah walaupun Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mendapat pencalonan terbanyak bagi jawatan itu.

Pertembungan antara Mohamad dengan Mohd Amar akan menyaksikan  perlawanan satu lawan satu antara kumpulan ulama dan bukan ulama.

Mohamad sudah mengesahkan sejak dari awal lagi akan mempertahankan jawatannya itu dan kempen secara rasmi juga bermula melalui Facebook apabila satu akaun "Matsabu4tp" dibuka.

Mohd Amar pula mendapat kepercayaan golongan ulama PAS untuk merebut jawatan itu dan melalui kenyataannya kepada media, beliau membayangkan akan bertanding jawatan timbalan presiden.

Tuan Ibrahim sehingga kini masih belum membuat keputusan walaupun dikatakan lebih bersedia untuk bertanding jawatan naib presiden sahaja kerana belum bersedia menggalas jawatan nombor dua PAS itu buat masa ini.

Beliau kini bertarung antara kehendak sendiri, pimpinan tertinggi parti atau pencalonan yang dibuat oleh pimpinan PAS kawasan di seluruh negara.
Muktamar PAS ke-59 akan diadakan pada 22 hingga 24 November depan di Shah Alam dan pemilihan pucuk pimpinan utama parti akan diadakan.

Datuk Seri Abdul Hadi Awang menang kerusi presiden tanpa bertanding baru-baru ini apabila tiada pencabar dan merupakan satu-satunya calon yang layak untuk jawatan itu. 
 
Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub yang turut dicalonkan untuk jawatan timbalan presiden mengesahkan hanya akan mempertahankan jawatannya sekarang dan tidak akan bertanding jawatan nombor dua parti Islam itu walaupun disahkan layak bertanding.

"Saya rasa jawatan timbalan terlalu tinggi untuk saya dan sekarang saya mempertimbang untuk mempertahankan jawatan saya saja," kata naib presiden PAS paling kanan itu berdasarkan undi tertinggi yang diperolehinya dalam pemilihan 2011 lalu.

Seorang lagi calon timbalan presiden PAS yang layak bertanding, Datuk Husam Musa juga belum membuat sebarang keputusan sehingga kini walaupun mendapat pencalonan kedua terbanyak selepas Tuan Ibrahim untuk jawatan itu.

"Sehingga kini saya belum membuat apa-apa keputusan lagi," kata Husam ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Namun dalam satu forum di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur -Selangor (KLSCAH) sebelum ini, Husam bertanya kepada hadirin: “Kenapa saya perlu bertanding melawan Abang Mat," katanya merujuk kepada nama gelaran Mohamad ketika menjawab soalan hadirin apakah beliau akan bertanding merebut jawatan timbalan presiden PAS.

Husam menerima banyak pencalonan berdasarkan pencapaian peribadinya sebagai pemimpin PAS dan ketika menjadi Exco kerajaan negeri Kelantan.

Penganalisis mengatakan, jika berlaku pertembungan satu lawan satu antara kelompok ulama dan bukan ulama, yang kalah bakal rasa terpinggir.

Jika Mohamad menang bermakna ulama akan terasa tersisih manakala jika Mohd Amar menang, sebaliknya juga akan berlaku bagi kumpulan bukan ulama.

Sehubungan itu, timbul cadangan supaya semua yang layak, kecuali Salahudin kerana sudah membuat keputusan, bertanding bagi menghormati pencalonan dibuat oleh kawasan PAS di seluruh negara.

Ini kerana, pertandingan beberapa penjuru akan memperlihatkan kemenangan sesuatu calon disebabkan populariti dan bukan kerana kelompok masing-masing.MI

2 comments:

Hadi said...

Salam... Saya teringat kenyataan yang dikeluarkan oleh S/U dewan ulamak (Dato' Nik Zawawi) sedikit masa lalu bahawa PAS adalah sebuah parti mengikut sunnah Rasulullah s.a.w. Jadi persoalan yang timbul di kalangan kami yang jahil al Quran dan as Sunnah ni ialah kenapa ada pertandingan di dalam parti Islam? Kan Sunnah mengajar kita supaya bersyura...jadi buatlah keputusan di dalam syura tu... tak perlulah ada pertandingan macam UMNO.. gegak gempita bumi Malaysia bila puak-puak ini berebut jawatan....

Anonymous said...

Tak perlukan nik amar..jgn rosakkan apa yg ada.