Monday, October 7, 2013

PEMILIHAN PAS!!! Yohanis, YDP paling muda di Pahang


 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
JERANTUT: PAS Kawasan ini mencipta rekod dalam mesyuarat agungnya semalam apabila perwakilan memilih Yohanis Ahmad, 35, sebagai Yang Dipertua Kawasan (YDP) yang baru paling muda di Pahang.

Yohanis, mantan Ketua Pemuda PAS Jerantut sesi lalu menang menggantikan Dr Hamzah Jaafar yang mengundurkan diri.

Bagi jawatan TYDP dan NYDP pula dimenangi tanpa bertanding masing-masing oleh Yousliyddy Desa dan Rahman Teh.

Jawatan-jawatan lain yang dimenangi tanpa bertanding ialah Ketua Urusan Ulama Alias Mahmud, Ketua Pemuda Zakhwan Ahmad Badardin dan Ketua Muslimat Roskhainuazmani Razab.

Sementara itu Yohanis ketika berucap sebaik sahaja diumumkan sebagai YDP baru, mengisytiharkan pelancaran program Tahun Menawan Jerantut (TMJ) pada 2014.

Beliau yang juga bekas calon PAS Dewan Undangan Negeri (Dun) Pulau Tawar pada pilihan raya umum (PRU) lalu berkata, serentak dengan itu PAS Jerantut akan menubuhkan pusat khidmat komuniti di setiap Dun bagi menangani setiap permasalahan rakyat.

Selain daripada itu ketiga-tiga Dewan akan diperkasakan disamping akan diwujudkan Lajnah Hisbah bagi mamantau setiap program kawasan.

Yohanis berkata, PAS Jerantut akan melancarkan semula program ‘satu Harakah satu rumah’ bagi tujuan memperkayakan maklumat di kalangan ahli.

No comments: