Wednesday, December 25, 2013

ZAHID TERGUGAT!!! Didakwa belanja lebih RM 2 Juta, sogok duit dan beras

zahid_hamidiKUALA LUMPUR 25 DIS: Keputusan Mahkamah Persekutuan membenarkan petisyen pilihan raya parlimen Bagan Datoh didengar semula, menggugat kedudukan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Menurut pempetisyen pilihan raya, Madhi Hasan, beliau akan memberikan keterangan dan mendedahkan bukti salah laku pilihan raya yang dilakukan Zahid.

“Melalui keputusan Mahkamah Persekutuan, kita akan beri bukti kukuh mengenai kesalahan yang berlaku ketika pilihan raya umum lepas bagi parlimen Bagan Datoh,” kata Madhi Hasan yang juga Ketua Cabang KEADILAN Bagan Datoh.

“Terdapat dua isi petisyen. Pertama ialah Zahid menyogok pengundi dengan beras dan wang
“Ia salah mengikut undang-undang (Akta Kesalahan Pilihan Raya) kerana pemberiannya jelas bermotif mendapatkan undi.

“Petisyen kedua ialah perbelanjaan pilihan raya Zahid yang melebihi had yang dibenarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya.


“Zahid membelanjakan lebih RM2 juta ketika berkempen, sedangkan had dibenarkan SPR hanya RM 200,000 sahaja,” kata Madhi kepada Keadilandaily.

12 Jun lalu, Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli mendedahkan video di mana Zahid mengaku memberi wang dan beras kepada pengundi.

Zahid didedahkan melakukan rasuah di Dewan Sanmarka, Jalan Sabak Bernam, Simpang Empat, Hutan Melintang atas nama Majlis Mesra Rakyat, yang menyalahi Seksyen 10 (a) (Bahagian III), undang-undang pilihan raya.

“Banyak perbuatan yang melanggar etika pada pilihan raya yang lalu seperti penipuan, rasuah dan sebagainya.

“Kalau perkara ini tak dibendung, ia memberi kesan buruk kepada sistem pilihan raya di negara kita,”kata Madhi.

Hakim mahkamah pilihan raya, Datuk Umi Kalthum Abdul Majid Isnin lalu menerima rayuan keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh pada 15 Ogos yang menolak petisyen keatas kerusi Parlimen Bagan Datoh,Perak yang dimenangi oleh Zahid Hamidi.

Petisyen dibuat Madhi Hasan bersama seorang pengundi, Azmi Sulaiman akan dibicarakan di Mahkamah pilihan raya Ipoh, namun tarikh perbicaraan belum ditetapkan.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=57660

1 comment:

Anonymous said...

Kesian Zahid lepas ni Mat Sabu pula nak saman tak tidor malam dibuatnya.