Monday, September 30, 2013

PEMILIHAN PAS!!! Empat YDP PAS kawasan kekal di Melaka

MELAKA: Lima PAS kawasan di negeri ini selesai mengadakan mesyuarat agung masing-masing  iaitu PAS Kawasan Bukit Katil, Kota Melaka, Jasin, Masjid Tanah dan Tangga Batu, manakala PAS Kawasan Alor Gajah akan mengadakan mesyuarat agung pada 5 Oktober depan.

Empat  daripada lima kawasan yang bermesyuarat agung mengekalkan Yang Dipertua (YDP) masing-masing membabitkan tiga Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri iaitu Ustaz Kamaruddin Sidek (Jasin), Ustaz Mohd Nor Omar (Tangga Batu) dan Mohd Sofi Abdul Wahab (Bukit Katil).

Setiausaha Perhubungan PAS negeri, Harun Mohammed (atas) kekal sebagai YDP PAS Kota Melaka. Kesemua mereka dipilih tanpa bertanding.

PAS Kawasan Masjid Tanah mendapat YDP  baru apabila Ustaz Imran Abdul Imran dilantik menggantikan Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman yang uzur.

Ustaz Imran yang juga bekas  Timbalan Yang Dipertua sesi lalu dilantik tanpa sebarang pertandingan.

Di Jasin, Timbalan dan Naib Yang Dipertua sesi lalu, Yuhaizad Abdullah dan Azrin Majid dipilih dengan mengenepikan saingan mereka dalam pertandingan satu lawan satu.


Ketua Urusan Ulama disandang  Ustaz Faizol Ahmad manakala Ketua Dewan Pemuda, Yuzi Azhar. Ketua Dewan Muslimat pula diamanahkan kepada Shopiah Ahmad.

PAS Kawasan Tangga Batu menyaksikan semua jawatan utama kecuali Ketua Urusan Ulamak dipilih tanpa bertanding.

Selain Ustaz Mohd Nor (kiri), Timbalan YDP diamanahkan sekali lagi kepada Rafie Ahmad dan Naib YDP disandang oleh Husni Balis Ali.

Ketua Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat diamanahkan kepada Mohd Hanim Abas dan Amidah Haron. Ustaz Musa Mohamed pula dipilih sebagai Ketua Urusan Ulamak.

Bagi Kawasan Masjid Tanah, semua jawatan utama juga dimenangi tanpa bertanding dengan Naiib Yang Dipertua PAS Kawasan sesi lalu, Ustaz Julasapiyah Kassim diamanahkan sebagai Timbalan YDP dan Ibrahim Daud dilantik sebagai Naib YDP manakala Ustaz Hilmi Harun dilantik sebagai Ketua Urusan Ulamak.

Ketua Dewan Pemuda disandang oleh Azmi Sambul manakala Ketua Dewan Muslimat diamanahkan kepada Radziah Muhammad.

PAS Kawasan Kota Melaka mendapat Naib YDP dan Ketua Dewan Pemuda yang baru apabila Norazizan Md Nordin dan Hafiz Abdullah diamanahkan menjawat jawatan-jawatan tersebut.

Timbalan  YDP, Ahmad Saidin dan Ketua Dewan Muslimat sessi lalu, Siti Faizah Ismail mengekalkan jawatan masing-masing.

Bekas Yang Dipetua PAS Kawasan Kota Melaka, Ustaz Abdul Rahman Jaafar pula dipilih menjadi Ketua Urusan Ulamak.

Bagi Kawasan Bukit Katil semua jawatan utama dimenangi tanpa bertanding dengan Timbalan dan Naib YDP sesi lalu iaitu Mohd Ali Sharif dan Md Yassim Musa dipilih semula perwakilan.

Ketua Urusan Ulama dan Ketua Dewan Pemuda disandang  Ustaz Mohd Khairi Abdul Aziz dan Jauhar Md Dawi yang menang tanpa bertanding.

Naib Ketua Dewan Muslimat sesi lalu, Maisarah Abu Bakar diamanah sebagai Ketua Muslimat yang baru.

Adun Bukit Baru, Dr Khalid Kassim pula dipilih bersama 15 yang lain sebagai Ahli Jawatankuasa.

PAS Kawasan Jasin, Masjid Tanah dan Tangga Batu mengadakan mesyuarat Ahad lalu, manakala Kota Melaka dan Bukit Katil mengadakan mesyuaratnya masing-masing pada 28 dan 22 Oktober.

No comments: