Wednesday, January 8, 2014

KERAMBIT LEKAT DI KEPALA!!! Jika berlaku kepada murid riuh 1Malaysia, kena pada guru siapa yang bersuara?

  • Pelajar ditahan cederakan guruIsmail menunjukkan senjata yang digunakan pelajar terbabit. Gambar kecil, kerambit yang diubahsuai daripada gunting.
 1 / 1 
KANGAR - Polis menahan reman seorang pelajar lelaki berusia 17 tahun selepas mencederakan seorang guru menggunakan kerambit buatan di Sekolah Menengah  Kuala Perlis, kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kangar, Deputi Supritendan Ismail Che Isa berkata, pelajar tersebut ditahan di rumahnya kira-kira jam 1 pagi, semalam.
Katanya, polis turut merampas kerambit yang digunakan untuk mencederakan guru terbabit.

“Kerambit itu dipercayai diubahsuai daripada gunting, jadi kami amat memandang serius kejadian ini kerana kerambit adalah senjata berbahaya yang boleh disiasat mengikut Seksyen 7(1) (a) 1958 kerana memiliki senjata berjadual.

“Pihak polis akan memantau pelajar sekolah terbabit bagi mengawal aktiviti mereka supaya tidak terlibat dengan jenayah,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kangar.

Sementara itu, Ismail berkata, guru terbabit meneruskan tugasnya seperti biasa selepas calar di bahagian bawah mata akibat serangan pelajar tersebut.

Katanya guru berusia 50-an itu mendapatkan rawatan pesakit luar di Klinik Kesihatan Kuala Perlis sebelum membuat laporan polis di Balai Polis Kuala Perlis.

Dalam kejadian kira-kira 8 pagi kelmarin, pelajar tersebut menyerang gurunya selepas menegur gaya rambut punk berwarna yang menyalahi peraturan pihak sekolah.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata bahaya.

“Pelajar terbabit ditahan reman empat hari sehingga Isnin ini bagi membantu siasatan,” katanya.

No comments: