Saturday, January 4, 2014

MARAH GENG TAK NAIK!!! Bapak Hafiz Nordin mula serang Dr Mujahid


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh8nwi7rE_DRxyLSvVaDmKTAqd0fH17T-jldHAdmwSgOFHMDwsA1tTXgplEnDHImR8OAy6pIjLlKDwmPwYTMb3JFgpqw5uietglxHs64-EWobqZZVVYqewo0MzhPQTFp6x8mSIqj1ur6032/s640/Hafiz+Nordin.png 
Hafiz Nordin yang telah dipecat sebagai ahli PAS bersama bapanya disebelah beliau

Berikutan kenyaaannya tidak bersetuju dengan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menyerbu Pertubuhan Bible Malaysia (BSM), Mingguan Malaysia iaitu versi Ahad Utusan Malaysia bertindak melaga-lagakan Datuk Dr Mujahid Yusof (gambar) dengan pemimpin PAS yang lain.

Utusan melaporkan, bekas Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Mohamed Nordin Mohd Nor berpendapat pandangan ahli parlimen PAS itu jauh berbeza dengan bapanya, Yusof Abdullah Ar Rawa yang kini dikatakannya ulama terbilang.


Katanya, selaku seorang bekas pemimpin veteran PAS, beliau berasa terkejut dan dukacita melihat pemikiran Mujahid mempertikaikan tindakan Jais merampas Bible mengandungi kalimah Allah yang dilihat bernada liberal.




"Pandangan Mujahid itu bercanggah dengan pendirian Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib yang menyokong tindakan diambil oleh Jais dalam mempertahankan akidah umat Islam.

"Jadi, kita boleh nampak Mujahid seakan-akan membawa pemikiran liberal yang sedang melanda umat Islam di Malaysia pada masa ini," katanya dalam akhbar milik Umno edisi Ahad, Mingguan Malaysia.


Mujahid dalam satu kenyataan sebelum ini mengemukakan persoalan kebebasan beragama yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan seolah-olah ia tercemar dengan tindakan Jais yang bercanggah dengan perintah Allah.

Katanya, dengan tertera perkataan Allah dalam Bible bukan alasan bagi mengambil tindakan tanpa bukti kukuh terdapat unsur penyebaran dan menggugat akidah tauhid umat Islam.


Mohamed Nordin berkata tindakan Mujahid itu tidak menghormati titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang mengarahkan semua rakyat khasnya di Selangor akur dan patuh kepada larangan pengunaan kalimah Allah bagi mereka yang bukan beragama Islam.


"Saya sendiri amat terkejut dan dukacita kerana pemikiran Mujahid jauh sekali berbeza dengan bapanya, Yusof Abdullah yang merupakan seorang ulama cukup saya hormati."


Semalam Utusan berkata, Harun menggesa pihak berkuasa bertindak tegas terhadap pihak yang cuba meminda Enakmen Agama Bukan Islam yang diguna pakai di negara ini.


Katanya, kedaulatan dan kesucian Islam mesti dipertahankan dan apa sahaja tuntutan atau desakan pihak tertentu agar enakmen seumpama itu dipinda, tidak perlu dilayan.


"Jangan sekali-kali beri muka dan layan tuntutan atau desakan mana-mana pihak yang cuba mencabar kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara ini.


"Saya harap pihak berkuasa bertindak tegas terhadap mereka terbabit kerana kita tak sanggup lihat agama Islam terus dipersendakan," katanya kepada Mingguan Malaysia.


Mengulas tentang penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu dan Iban, Harun berkata, di sebalik usaha itu, tersirat motif tertentu iaitu untuk mempersendakan agama Islam semata-mata.


"Seperti saya nyatakan sebelum ini, tiada sebab kenapa agama Kristian mahu menggunakan kalimah Allah sedangkan kalimah suci itu hanya hak mutlak agama Islam.


"Begitu juga perkataan solat dan zakat. Mereka juga guna perkataan itu sehingga menimbulkan kekeliruan di kalangan umat Islam. Semua ini bertujuan mempersendakan Islam. Kenapa mereka mahu mencampur-aduk agama mereka dengan agama Islam?" katanya.RM

No comments: