Friday, January 17, 2014

ROSMAH KENA JAWAB!!! Kemana duit peruntukan Permata yang berjuta-juta?

 
 Gambar hiasan
 
Program Permata Negara – sebuah projek yang dikatakan tercetus dari idea isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; ilhamnya bukan berasal daripada cincin permata beliau yang bersinar, tetapi ekoran peningkatan kes jenayah dan masalah sosial dalam negara yang dipercayai berpunca daripada corak didikan semasa kanak-kanak. 

Maka, pada 1 Mac 2007, program ini dilancarkan dan dilaksanakan bagi memberi focus kepada asuhan dan didikan awal kanak-kanak. 

Walau bagaimanapun, bak kata pepatah, Indah Khabar Dari Rupa , program ini hanyalah sekadar satu lagi projek yang menghakis sumber negara dan wang rakyat.

Semasa merasmikan program Horey-Horey Permata 2013 di Dataran Telok Kemang, Port Dickson, Datin Seri Rosmah Mansor mengaitkan kritikan terhadap beliau dan Permata sebagai serangan politik. 

Saya menolak sekeras-kerasnya tanggapan beliau kerana saya komited untuk menegur dan mengkritik sekiranya terdapat unsur-unsur pembaziran wang rakyat.

Sekiranya Datin Seri Rosmah Mansor bertegas bahawa perlaksaan program tersebut bukan pembaziran, apakah beliau bersedia untuk mendedahkan keseluruhan jumlah peruntukkan yang disalurkan bagi membiayai segala perbelanjaan program Permata sejak penubuhannya pada tahun 2007?

Jumlah Peruntukan Mengelirukan, Peruntukan Bajet Tidak Setara Dengan Kenyataan Pihak Permata


Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9) (2006-2010), kerajaan telah memperuntukkan RM 20 Juta bagi pembangunan Permata. Di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) (2011-2015) pula, sejumlah RM 36 Juta diperuntukkan bagi pembinaan 181 buat pusat Permata. 

Seterusnya, seperti yang terpapar dalam Bajet Barisan Nasional bagi tahun masing-masing, peruntukkan yang diberikan kepada Permata adalah berada dalam lingkungan antara RM 20 Juta dan RM 40 Juta seperti berikut:

MP_KAPAR**Nota: Peruntukkan bagi Permata hanya dimasukkan ke dalam Anggaran Perbelanjaan Kerajaan Persekutuan secara rasmi dalam Bajet 2013, manakala peruntukan yang sebelumnya hanya diumumkan oleh Perdana Menteri dalam perbentangan Bajet, tetapi tidak dimasukkan butirannya.

Amat mengelirukan sekali, menurut maklumat Kementerian pula, Program Permata Negara dikatakantelah menerima peruntukan sebanyak RM 150 Juta pada tahun 2013, RM 111 Juta pada tahun 2012 dan RM 100 Juta pada tahun 2011. 

Lebih mengejutkan, Setiausaha Bahagian Permata, Puan Saidatu Akhma Hassan pernah mengeluarkan kenyataan bahawa beliau adalah individu yang bertanggungjawab menjaga dan menguruskan peruntukan RM 150 Juta yang disalurkan kerajaan untuk Program Permata demi mempertahankan Penaung Permata itu sendiri. 

Kenyataan beliau secara tidak langsung mengesahkan bahawa peruntukan bagi program Permata adalah jauh lebih banyak daripada peruntukan yang dinyatakan dalam Bajet!

Persoalannya disini, dari manakah lebihan peruntukan ini disalurkan sekiranya peruntukan bagi Permata benar-benar mencecah lebih daripada RM 100 Juta?

Pertindihan Peranan Permata Dengan Kementerian Pelajaran

Pada hakikatnya, operasi pendidikan awal di bawah Kementerian Pelajaran telah pun diberikan peruntukan. Dalam Bajet Barisan Nasional 2014 yang diumumkan oleh Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, operasi pendidikan awal telah diperuntukan RM 482.3 Juta, manakala dalam Bajet 2013 pula sejumlah RM 488.1 Juta telah disumbangkan bagi tujuan yang sama. 

Apakah operasi yang menelan perbelanjaan sebesar itu tidak dapat menjalankan kewajipan dan tanggungjawabnya dalam memastikan pembangunan pendidikan awal yang sempurna bagi memupuk modal insan yang cemerlang untuk masa depan?

Sesungguhnya, pembangunan pendidikan awal kanak-kanak harus diberi penekanan dan tidak sesekali patut dipinggirkan dalam arus perkembangan pendidikan, memandangkan kanak-kanak nerupakan tonggak negara yang bakal menerajui masa depan dan kepimpinan Malaysia. 

Maka, pembangunan pendidikan kanak-kanak sepatutnya diletak dibawah kuasa dan pemantauan Kementerian Pelajaran, bersama-sama dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (Jabatan Kemajuan Masyarakat, KEMAS), dan bukannya dikendalikan oleh Program Permata Negara dibawah Jabatan Perdana Menteri, semata-mata beliau adalah isteri Perdana Menteri merupakan penaung program tersebut. 

Apakah yang akan berlaku kepada Permata apabila Perdana Menteri hari ini digantikan nanti?

Bukankah ini pembaziran dan penghakisan sumber negara dan wang rakyat?

Manivanan Gowin Ahli Parlimen Kapar (P109)

No comments: