Tuesday, February 25, 2014

ABANG MAT SABU DAH BERSUARA!!! Jangan rasa lebih 'besar' dari parti, akhirnya keluar parti



Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu memberi perhatian secara serius masalah dalaman PAS di mana dalam sejarahnya beberapa tokoh, termasuk yang berpendidikan agama, meninggalkan parti.

Walaupun parti telah mengenengahkan mereka dan mereka telah berkembang hingga menjadi pemimpin, malangnya akhirnya mereka meninggalkan parti, sama ada menyeberang dengan menyertai Umno, menubuhkan NGO, terus menerus mengkritik PAS atau berdiam diri.

Pada hal, kata Haji Mohamad Sabu, sepanjang sejarahnya para tokoh yang meninggalkan PAS ini telah mendapat tarbiyah malah pernah memberi tarbiyah kepada ahli, menjadi pemimpin penting dan sebagainya. 
 
Ertinya, katanya, parti telah mendidik mereka, menyuburkan bakat mereka sebagai pemimpin polilitk, memberikan mereka ruang dan kesempatan untuk membina kekuatan sebagai tokoh dalam PAS yang akhirnya dikenali ramai. Akhirnya mereka meningalkan parti dengan pelbagai alasan.

Mereka ini, termasuk yang berpendidikan tinggi agama dan ada juga di kalangan professional serta ahli veteran.

Dalam hal ini saya selalu teringat pesan bekas Presiden PAS, Ahlmarhum Ustaz Fadzil Mohd Noor, bahawa, “Kita berjuang dalam gerakan Islam ini seperti berada dalam sebuah kafilah yang sedang dalam perjalanan. Ada ketikanya mereka yang tidak sabar, telah terjun dari kafilah yang sedang berjalan itu, tetapi kita yang ada dalam kafilah tersebut meneruskan perjalanan.”

“Saya selalu berfikir,” kata Haji Muhamad Sabu, “siapalah saya tanpa PAS,”  katanya ketika merasmikan Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden di Shah Alam Ahad lalu.

Sebagai pemimpin atasan parti, beliau sangat menyedari akan kedudukannya  sebagai Timbalan Presiden PAS, bahawa tanpa berada di dalam PAS, tidak akan ada orang yang mengenali beliau sebagai tokoh politik dan tidak akan ada orang yang memberikan penghormatan kepadanya jika beliau bukan pemimpin PAS.

Maka itu Haji Muhamad Sabu sangat menyedari hakikat ini.

Sikapnya ini memancarkan bahawa beliau pemimpin yang sentiasa sedar akan dirinya, kakinya sentiasa berjejak di bumi nyata, bukan dari kelompok orang yang merasakan dirinya lebih besar dan lebih hebat dari  parti yang diangggotainya. 

Kerana itu Haji Muhamad Sabu berusaha memenuhi tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya.

Maka itu, beliau mengharapkan supaya setiap pendukung PAS, khususnya pemimpin, supaya sentiasa berfikir bahawa dengan PASlah mereka dapat berkembang, melaksanakan perjuangan Islam dan membawa mereka kepada kedudukan sebagai tokoh dan pemimpin.

Saya dapat memahami bahawa tentulah belliau berharap, tidak akan ada tokoh yang merasa dirinya lebih hebat, lebih berilmu, lebih terkenal dan lebah ‘besar’ dari parti sendiri, maka itu seolah-olah parti hanya ‘menumpang’ kehebatan dan kebesarannya. Tanggapan seperti ini sama sekali tidak wajar.

Sementara itu, untuk mengatasi masalah keluar parti ini, beliau menyarankan supaya pendekatan tarbiyah kepada warga PAS dikaji semula, diberi nafas baru dan pemahaman baru yang mendalam mengenai kehadiran mereka dalam parti Islam, terutama peringkat pemimpin, dalam menangani isu-isu politik terkini.

Dalam ucapannya itu beliau menghuraikan sepuluh arahan Presiden PAS – bersifat dalaman dan luatan - untuk dilaksanakan oleh warga PAS yang berpusat kepada arahan supaya semua wagra PAS mematuhi arahan parti dan pemimpin. Jangan pula, katanya, selepas keputusan parti dan arahan dibuat, ada pula yang tidak mematuhinya dengan pelbagai alasan.

Dalam Munaqasyah Ucapan Dasar itu, pimpinan Dewan Ulamak, Pemuda dan Muslimat menyampaikan program gerak kerja mereka yang berpusat kepada memperkasa PAS Selangor. Adapun penyampaian kertas kerja Pengarah Pilihan raya PAS Sealngor, Cikgu Jaafar Shamsudin dan pembahasnya, Dr. Dzulkefly Ahmad sangat mengesankan.

Secara terperinci Cikgu Jaafar menghuraikan strategi PAS dalam PRU yang lalu menyebabkan PAS dapat memenangi 15 kerusi Dun di Selangor. Huraiannya itu begitu meyakinkan dan demikian juga pengulas kertas kerjanya, Dr. Dzulkefly Ahmad yang menghuraikan strategi untuk PAS memenangi lebih banyak kawasan Parlimen dan Dun dalam PRU akan datang.

Dua tokoh strategis PAS Selangor ini mempunyai pendapat yang sama bahawa PAS/Pakatan Rakyat belum lagi dapat menembusi kawasan kubu Umno/BN di kawasan utara Selangor, seperti Tanjung Karang, Ulu Selangor dan Sabak Bernam.

PAS Selangor, kata  Dr. Dzul, mestilah mengatur strategu dan mencari kaedah baru supaya dapat menawan kawasan tersebut dalam PRU akan datang.

Pakatan Rakyat telah dapat menawan kawasan bandar di Selangor, tetapi belum lagi dapat menawannya di kawasan Melayu, khususnya di luar bandar.

Namun pada Munaqasyah PAS Selangor itu dapat dilihat keazaman yang kuat PAS/Pakatan Rakyat, bukan saja untuk mempertahankan kerusi Dun dan Parlimen yang ada di Selangor, bahkan berusaha untuk mencapai kemenangan lebih besar.

Bagi PRK Kajang sendiri pada 23 Mac ini, PAS Selangor berjanji untuk menggembleng seluruh tenaganya untuk membantu calon Pakatan, DS Anwar Ibrahim mencapai kemenangan.

Saya diberitahu oleh Pesuruhjaya PAS Selangor, Ir. Iskandar Samad bahawa PAS Selangor sudahpun membuka bilik gerakannya di Kajang dan dijangka warga PAS di Selangor akan bertumpu di Kajang nanti. Dengan itu tidak benar sama sekali andaian bahawa kononya tidak semua ahli PAS Selangor berminat ke Kajang nanti.

Menurut pemgamatan saya setelah menghadiri Munaqasyah PAS Selangor itu, PAS Selangor berpadu bersama komponen Pakatan Rakyat bukan saja dalam hal PRK Kajang, tetapi keseluruhan gerak kerja Pakatan hingga mencapai kemenangan besar dalam PRU akan datang.

Tidak ada kedengaran ‘suara terpencil’ dalam PAS Selangor yang konon hendak menjauhkan diri dari PRK Kajang. Maka itu, harapan Umno/BN selama ini untuk melihat perpecahan dalam PAS/Pakatan Rakyat terutama di Selangor tidak akan berhasil.

PAS Selangor akan berada dalam sebuah barisan bersama PKR dan DAP untuk bekerja sama sepenuhnya menjayakan misi Pakatan di Kajang.

Pada hari penamaan calon, 11 Mac depan di Kajang, rakyat akan menyaksikan kesepaduan pendukung Pakatan Rakyat. Mohamad Sabu akan bersama hadir di sana, di samping Ketua Pengarah Pilihan raya PAS, Dr. Mohd Hatta Ramli yang akan mengetuai kontijen PAS dalam PRK Kajang itu.

1 comment:

bat8 said...

Bagi suara-suara sumbang yang sedang mabuk masyuk dalam percintaan dengan UMNO iaitu parti bumiputra pelbagai kaum dan ugama- nasihatlah mereka meninggkan PAS dan bersatulah dengan buah hati pengarang jantung dengan secara sah dan halal.