Saturday, February 8, 2014

NAJIB GAGAL TUNAI JANJII!!! Timbalan Menteri letak jawatan berkuatkuasa Isnin ini



 



























Pengerusi Hindraf, P. Waytha Moorthy (gambar) melepaskan jawatan sebagai timbalan menteri ekoran kegagalan Putrajaya menunaikan janji kepada kaum India, sebagaimana yang dilaporkan The Star.

Memetik kata-kata Setiausaha Hindraf P Ramesh, The Star melaporkan peletakan jawatan Waytha sebagai timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri akan berkuat kuasa pada Isnin.

Ramesh berkata, jawatankuasa pusat sebulat suara memutuskan Waytha meletakkan jawatan kerana kerajaan sengaja melengah-lengahkan janji bagi membantu masyarakat India.

"Kami sudah melakukan segala yang boleh – menandatangani perjanjian dengan musuh semata-mata demi kepentingan masyarakat India Malaysia yang miskin dan dengan kepercayaan bahawa Barisan Nasional akan memenuhi janji-janjinya.

"Kami berputus asa menanti saat itu menjadi kenyataan selepas lapan bulan mencuba," katanya.MI – 8 Februari, 2014.

1 comment:

Anonymous said...

Let the cabinet ministers from Sabah and Sarawak follow suit!
Men of honor and integrity need to stand up and be counted!