Beliau merujuk laporan media bahawa dua karya seni yang merupakan sebahagian daripada pertandingan seni perdana di Balai Seni Visual Negara di Kuala Lumpur yang ditarik balik, kelmarin.
Satu daripadanya ialah catan oleh Cheng Yen Pheng yang mengandungi perkataan “ABU=ASHES” manakala satu lagi baju-T yang dicetak dengan huruf Arab ‘Fa’ dan ‘Qof’, oleh artis Izat Arif Saiful Bahri.
“Jika hasil karya ini menyinggung, kenapa mereka mempamerkannya sejak Oktober tahun lalu? Seni adalah medium untuk menceritakan atau luahan yang menggambarkan kebimbangan dan isu-isu lazim dalam masyarakat,” kata Nazmi dalam kenyataan.
Katanya lagi, Balai Seni Visual Negara sepatutnya tidak menghalang seseorang artis untuk melakukan komentar politik atau sosial, menerusi karya seni mereka.
Justeru beliau meminta pihak berkenaan serta Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan menjelaskan kepada orang ramai alasan yang kukuh terhadap pembuangan hasil karya mereka itu.
“Jika gagal menangani isu tersebut, hasil karya seni tidak akan bertahan lama dan dihargai oleh orang ramai malah hasil karya seni di Malaysia akan pudar,” katanya.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=59299
No comments:
Post a Comment