Friday, February 28, 2014

ISTAC DIFITNAH GEREJA!!! Kasihan pegawai kerajaan didakwa sedang dibaptiskan

Kedua-dua gambar ini menunjukkan ISTAC, bukan gereja.

Kedua-dua gambar ini menunjukkan ISTAC, bukan gereja.

Dua tahun lepas, 29 Febuari 2012, saya bersama-sama rakan sekerja telah menghadiri satu program anjuran agensi kerajaan LPPKN untuk membincangkan Dasar Keluarga Negara. 

Kebanyakan hadirin terdiri daripada kakitangan kerajaan, tetapi anggota NGO seperti saya turut hadir sekali.

Program itu diadakan bertempatan di International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC), di Bukit Tunku, Kuala Lumpur.

Semalam, dua tahun selepas program itu, saya diberitahu oleh seorang rakan sekolah bahawa satu dakwaan telahpun disebarkan melalui beberapa blog dan forum di Indonesia yang mengatakan bahawa ramai orang Islam di Malaysia sudahpun murtad. 

Dalam pos-pos blog dan forum tersebut, dipaparkan pula gambar saya, rakan sekerja saya, dan para peserta lain yang menghadiri program LPPKN dua tahun yang lepas.

Ada antara pos-pos itu menyatakan bahawa gambar itu sebenarnya menunjukkan orang Islam yang baru sahaja dibaptiskan di gereja! Ada juga yang menyalahkan PAS dan DAP.

Terperanjat saya membaca dakwaan dalam blog-blog tersebut – ISTAC dijadikan gereja pula! 


Kasihan pegawai-pegawai kerajaan dalam gambar itu. Mereka cuma menjalankan tugas menghadiri program LPPKN, tetapi akibatnya difitnah murtad. 

Kasihan juga saya dengan PAS dan DAP. Bila isu murtad ditimbulkan, selalu sahaja DAP yang kena – kali ini PAS pun tak terlepas (padahal, program itu dianjurkan kerajaan BN). 

Kasihan juga saya dan rakan sekerja saya. Muka disebarkan merata-rata, tetapi kami tidak tahu pun. Lagi-lagi bulan itu bulan pertama kami berdua mula bekerja.  

Haih…Mungkin blogger-blogger dan golongan forum-warrior itu betul-betul keliru. Mungkin dalam pandangan mereka, dewan ISTAC betul-betul kelihatan seperti gereja. 

Entahlah.Walau bagaimanapun, supaya tiada lagi kekeliruan, saya telah memaparkan satu gambar komposit dalam pos blog ini yang menunjukkan bahawa gambar yang disebarkan melalui blog-blog serta forum-forum itu sememangnya menunjukkan dewan ISTAC, dan bukannya gereja. Anda juga boleh meng-google istilah “ISTAC Malaysia” dan lihat apakah gambar-gambar yang keluar.

Nasib baik rakan sekolah saya mengancam muka saya dan menunjukkan gambar itu kepada saya. Kalau tidak, saya femes tanpa pengetahuan saya. Renchung

3 comments:

renchung said...

Thanks for the re-post.

Unknown said...

Assalamualaikum..ini bukan fitnah :) tapi kesalahpaman..keslahpahaman ini terjadi karena ruangan dan tempat duduk yang mirip dengan gereja..seandainya dua foto ini di upload sejak awal saya yakin kesalahpahaman ini tidak akan terjadi :) wassalamualaikum

Mikrofon Dakwah said...

Menyebarkan suatu yang tidak benar tanpa TABAYYUN dahulu bisa jadi itu fitnah,,, bagaimana gambar atau berita aslinya mau di sebar ??? sementara kita tak menyangka akan ada yang menyebarkan berita bahwa itu adalah gereja..... maka berita ii hadir sebagai counter opini/ peringatan bahwa berita sebelumnya itu bohong... :)