Wednesday, February 5, 2014

NAJIB LEMAH TAPI LEGA!!! Usaha Mahathir kembali menjadi PM sukar kerana usia

Datuk Seri Najib Razak kini berdepan tekanan yang kuat dari dalam serta luar partinya.Malah, adiknya sendiri Datuk Nazir meluahkan kebimbangannya, sambil menasihati Najib melakukan yang terbaik buat negara.

Penentangan terhadap pentadbiran Najib datang daripada pihak konservatif Umno yang diterajui bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad yang pernah memerintah Malaysia selama 22 tahun.

Isu Allah yang ditimbulkan pimpinan veteran parti itu dilihat senjata paling ampuh bagi menumbangkan Najib.

Di samping itu, tekanan dari luar Umno turut menyebabkan Najib dilihat tidak lagi stabil.

Rakyat Malaysia menghentamnya berhubung kenyataan harga kangkung yang dibuatnya. Kini Najib berdepan cabaran bagi mengemudi BN bagi menghadapi pilihan raya kecil Kajang yang ditandingi penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sudah tentu Najib tidak dapat menghadapi laluan getir di dalam pilihan raya kecil itu.

Pelbagai pihak berkata Najib seakan tidak mahu bertanggungjawab terhadap isu Allah dengan berkata penyelesaian 10 perkara yang ditandatanganinya menjelaskan kalimah tersebut bebas digunakan penganut ajaran Kristian. Bagaimanapun, setiap negeri mempunyia enakmennya sendiri.

Bekas presiden Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) Datuk Zaid Ibrahim menulis di dalam tweetnya: “Putrajaya mahu menyerahkan tanggungjawabnya kepada Selangor. Satu alasan pemimpin pengecut.”

Najib mendiamkan diri ketika ketegangan agama di antara umat Islam serta penganut Kristian berlanjutan. Apabila beliau bersuara, ternyata kenyataannya mendatangkan rasa kecewa.

Prestasi BN yang merudum ketika PRU13 menyebabkan Najib kini diserang pengkritiknya. Perkara yang sama pernah menimpa bekas Perdana Menteri kelima of Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2009

Prestasi Najib lebih teruk kerana BN kehilangan undi popular buat kali pertama tetapi beliau meraih lebih banyak kerusi parlimen (88 kerusi) berbanding Tun Abdullah pada PRU12 (79 kerusi).

Ini disebabkan berlakunya Tsunami Cina yang menyebabkan masyarakat itu mengundi DAP.

Bolehkah Najib mengekal kedudukannya selaku perdana menteri? Adakah Umno akan tetap menerimanya walaupun beliau dilihat kurang berjaya mengekalkan populariti?

Pensyarah Sains Politik di Universiti Utara Malaysia (UUM) Mohd Faisol Keling berkata: “Kegagalan Najib melakukan transformasi serta ketidakupayaannya mengurus negara dengan berkualiti memberikan kesan besar kepada pengaruhnya, di dalam Umno sendiri.”

Faisol berkata, pentadbiran Najib gagal melakukan analisa sewajarnya bagi kesejahteraan ekonomi negara.

“Ketika era Mahathir, pembuat dasar seperti Tun Daim Zainuddin merupakan tokoh berwibawa.

“Najib kini dilihat gagal menangani pelbagai isu, baik oleh masyarakat serta ahli Umno.

“Imejnya pernah menjadikan beliau diangkat. Kini, prestasinya sebagai Perdana Menteri diadili melalui kepimpinannya,” tambah Faisol.

Beliau juga kurang optimis bahawa Najib bakal mempertahankan pengaruhnya ketika berdepan kritikan daripada partinya sendiri.

Ketika ditanya kemungkinan Tun Mahathir kembali menerajui negara, Faisol berkata: “Saya kurang pasti sejauh mana Mahathir mampu kembali menerajui negara. Beliau mampu memberi pendapat.

“Tetapi kerana usianya, sukar bagi Mahathir kembali ke tampuk pemerintahan.”

“Memang benar ada yang menggesa beliau kembali kerana pencapaiannya ketika menjadi Perdana Menteri.”

Najib bagaimanapun tentu tidak akan membiarkan dirinya jatuh. Apa yang bakal berlaku? Umno bakal roboh dari dalam?

Sumber: Ant Daily (BM)

No comments: