Sunday, February 23, 2014

TINGGAL MIC!!! Penyokong MIC sokong PAS serah borang sertai DHPP



Pemuda PAS
Penyerahan borang ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) daripada pemuda India kepada Ketua Pemuda PAS Gombak yang juga Ketua Pemuda PAS Selangor, Syarhan Humaizi membuktikan PAS semakin bertambah penyokong dan parti Islam yang mendapat tempat utama di kalangan orang bukan Melayu terutama golongan anak muda.

Wakil belia Kampung Fajar, Surent A/L Raju telah mengetuai penyerahan 28 borang ahli DHPP dalam majlis pertemuan bersama Dewan Pemuda PAS kawasan Gombak di Kampung Fajar, Hulu Klang.

Menurut Syarhan, inilah kali pertama DHPP Pemuda ditubuhkan dikalangan anak muda PAS kawasan Gombak.


Ini kerana konsep mesra rakyat yang diamalkan oleh wakil rakyat Pakatan Rakyat tanpa mengira waktu turun membantu penduduk menjadi faktor orang bukan Melayu memberi sokongan kepada PAS.

“PAS sebagai entiti yang tidak pernah membezakan antara kaum dan status menjadikan ia menjadi pilihan anak muda sekarang ” katanya.

Tambah beliau, PAS sekarang sudah terbuka untuk semua dan PAS mempunyai DHPP untuk orang bukan Islam bergerak bersama PAS.

Menurut beliau lagi, pemuda-pemuda India Kg. Fajar ini juga antara tulang belakang dalam menjayakan lagu “Pas For All” versi Bahasa India terbitan Pemuda PAS Gombak.

Surent berkata, beliau dahulunya penyokong MIC yang sentiasa ditakuti dengan bahayanya PAS dengan hudud oleh MIC menjadikan rakan-rakan mereka sentiasa menjauhi PAS sehingga satu ketika apabila ada sahaja janji-janji manis oleh MIC tidak dapat ditunaikan menjadikan rakan-rakan mereka cuba beralih arah kepada PAS.

“Dan terbukti apabila bersama PAS, mereka makin memahami perjuangan PAS dan Islam,” katanya.

Tambah Surent lagi, apabila bersama PAS, mereka lebih yakin, kerana bagi mereka perjuangan PAS adalah lebih mulia dari UMNO kerana PAS berpegang dengan teguh agama mereka.

Jelas beliau dengan penuh semanagat.

Pengarah Program, Dr. Fairuz Azmi yang juga Pengerusi Lujnah Perpaduan Nasional Dewa Pemuda PAS Gombak berkata, program seperti ini akan diteruskan lagi untuk mendekatkan anak muda kepada PAS.

Turut hadir dalam majlis tersebut AJK Dewan Pemuda PAS kawasan Gombak.

selangorkini

No comments: