Friday, March 14, 2014

LAPORAN TERKINI!!! Najib tak mengaku MH370 dirampas, terus cari di dua koridor baru

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menolak laporan media pesawat MH370 dirampas dan pencarian pesawat ini sedang dijalankan memasuki fasa terbaru ke arah dua koridor baru di utara Malaysia dan satu lagi di selatan negara ini. 

Koridor utara adalah menuju ke Turkmenistan, Kazakhstan serta utara Thailand manakala koridor selatan ialah di Indonesia dan selatan Lautan Hindi.

Perdana menteri berkata demikian pada sidang medianya sebentar tadi.
2.32pm: Sidang media berakhir. Wartawan diminta mengemukakan soalan untuk dijelaskan dalam sidang media teknikal jam 5.30pm.

2.30pm: PM sahkan pesawat tidak dikenali yang dikesan menukar arah dan terbang ke arah barat ialah #MH370.

Katanya, ia berdasarkan kerja-kerja forensik oleh FAA, NTSB, AAIB dan pihak berkuasa Malaysia


Katanya, laporan bahawa pesawat itu dirampas masih satu spekulasi. Pihak berkuasa masih menyiasat semua kemungkinan.


Katanya, pencarian diteruskan di dua koridor. Pertama: Dari utara Thailand hingga ke Kazakhstan. Kedua: Dari Indonesia ke Lautan Hindi.


Operasi di Laut China Selatan dihentikan, katanya.

2.23: Najib mengumumkan kronologi peristiwa kehilangan MH370 yang disahkan setakat ini.


2.20pm: Najib berkata dia mengarahkan pihak berkuasa Malaysia berkongsi semua maklumat MH370 dengan semua pihak berkuasa terlibat.


2.19pm: PM memulakan sidang medianya.

No comments: