Friday, March 28, 2014

MUSA HITAM BONGKAR!!! Mahathir berada di KL bukan di China semasa kes Memali

Tan Sri Musa Hitam yang dahulunya dipersalahkan dengan peristiwa Memali itu mendedahkan bahawa Tun Dr Mahathir yang terlepas kerana mengatakan beliau di China sebenarnya berada di Kuala Lumpur semasa kejadian tersebut. – Gambar diambil dari YouTube, 28 Mac, 2014. Tan Sri Musa Hitam yang dahulunya dipersalahkan dengan peristiwa Memali itu mendedahkan bahawa Tun Dr Mahathir yang terlepas kerana mengatakan beliau di China sebenarnya berada di Kuala Lumpur semasa kejadian tersebut. – Gambar diambil dari YouTube, 28 Mac, 2014.  

Selepas hampir 30 tahun peristiwa Memali berlaku, bekas timbalan perdana menteri Tun Musa Hitam mendedahkan bahawa perdana menteri ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad berada di Kuala Lumpur, bukannya China sebagaimana yang diberitakan sebelum ini.

Pendedahan ini dibuat sendiri oleh Musa yang juga menteri keselamatan dalam negeri ketika peristiwa itu berlaku pada 19 November 1985 yang mengorbankan 14 orang dan berpuluh yang lain cedera.

Musa mendedahkan perkara ini dalam Diskusi Politik Malaysia: Dulu dan Sekarang anjuran Kerajaan Negeri Kelantan yang diadakan di Kota Bharu malam kelmarin.

Turut serta bersama beliau sebagai panel adalah naib presiden PAS Datuk Husam Musa dan moderatornya adalah Profesor Madya Datuk Dr Mohmamad Agus Yusof.


Musa ketika menjawab soalan Agus berkata, Dr Mahathir berada di Kuala Lumpur ketika kejadian itu bahkan, "Dua tiga hari selepas kejadian itu pun dia berada di Kuala Lumpur."

Ia disambut oleh Agus dengan berkata "Oh my God," dengan nada terkejut ekoran pendedahan Musa itu kerana media melaporkan Dr Mahathir berada di China ketika kejadian itu berlaku.

"Ok, my God, our God," kata Musa menyambut kenyataan Agus sambil ketawa dengan pendedahan itu.

Dalam diskusi itu juga Musa berkata, "titik hitam dalam politik saya adalah Memali, saya cakap terus terang." Musa berkata, itulah juga yang dinyatakan beliau kepada kawan-kawanya dalam politik dan di mana-mana.

Menurut ensiklopedia bebas, Wikipedia, peristiwa Memali berlaku pada 19 November 1985. Insiden ini mengorbankan 14 orang dan berpuluh-puluh yang lain tercedera serta penahanan beratus-ratus orang.

Kesemua yang ditahan telah dibebaskan kecuali 36 orang.

Mereka ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Dalam pertempuran antara orang kampung dengan pihak polis, Ustaz Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali dengan Ibrahim Libya terbunuh.

Polis memanggil operasi ini sebagai 'Operasi Angkara atau Operasi Hapus'.

"Ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri Malaysia berada di China," menurut Wikipedia, dan kini baru didedahkan sebaliknya oleh Musa apabila beliau berkata ketika itu Dr Mahathir berada di Kuala Lumpur.

Peristiwa Memali berlaku apabila polis cuba menahan Ibrahim Libya di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana didakwa mengamalkan ajaran sesat.

Ibrahim pula tidak mahu menyerah diri kalau mahu ditahan di bawah ISA. Akibatnya polis merempuh perumahan Ibrahim Libya dan pengikutnya dengan kereta perisai dan mengakibatkan 14 terbunuh.

Musa dipersalahkan dengan peristiwa itu dan Dr Mahathir selaku perdana menteri terlepas kerana dia diberitakan berada di luar negara ketika itu, iaitu China.

Pendedahan Musa hari ini akan memberikan satu episod baru dalam peristiwa hitam ini.

PAS menyifatkan semua yang terbunuh sebagai mati syahid manakala Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim menziarahi kubur Allahyarham dan pengikutnya serta menyiramkan air mawar di atas pusara mereka. – 28 Mac, 2014.

8 comments:

Anonymous said...

MEREKA YANG BONGKAR NI PUN DAH YAKIN MEREKA TIDAK AKAN MENERIMA SEBARANG HUKUMAN.ITU SEBAB BERANI BONGKAR .YANG LEMBU BODOH NI AMAT SERONOK KONONNYA PERISTIWA ITU TELAH TERBONGKAR.SEKIRANYA KEADILAN ITU MAHU TIMBUL DIMALAYSIA INI MEREKA YANG TERBABIT MAHATHIR,HANIF SERTA MUSA HITAM NI MESTI DIJATUHKAN DIHUKUM MATI MANDOTORY.BARU NAMA NYA BONGKAR FAHAM BERUK

hah! said...

Baru tahu? Lama dah Tun Musa/Team B beritahu; sebelum Pemilihan UMNO 1987.

hah! said...

Baru tahu? Lama dah Tun Musa dan Team B beritahu perkara ini ...........sebelum pemilihan UMNO 1987 lagi! Biarkan perkara yg lama itu berlalu! Yang perlu kita fikir sekarang ialah golongan manakah yang perlu disokong untuk mencari keredhaan Allah SWT.

Anonymous said...

Saya lupa. Betul kah tu? Dah lama sangat noh?

Anonymous said...

Bila tukar parti, kutuk macam macam. Bila ahli pas/pkr masuk bn. BN sanjung mereka, tapi pas/ pkr kutuk.
begitu juga sebaliknya.
Bukankah ini namanya HIPOKRIT?.
Atau ini memang sifat semua ahli politik.

Anonymous said...

Mahathir ada di KL.
soalan
Siapa bertanggung jawab atas operasi dimemal?
Jawapan: menteri dalam negeri.

soalan
siapa memantau operasi dimemali?
Jawapan
menteri dalam negeri.

Soalan
siapa menteri dalam negeri
jawapan
musa hitam.

Soalan
Kenapa selepas 30 tahun baru buka rahsia.
jawapan
nak lari dari parti sebab dah tak ada jawatan.

Anonymous said...

anon 21:13...kau tak kenal lg perangai mahathir syaitan diekanali tu....sbbnyer...perangai mahathir...bila arahannyer mesti dipenuhi....mahathir nie mmg suka masuk campur mana tindakan kementerian lain.....lg satu musa hitam ada kata dahulu...kalu dia menentang mahathir...mungkin dia juga akan dituduh meliwat. binatang pulak.......kalu kamu tak kenal tlg jgn komen bodoh disini...jadilah kamu lembu kondo tu......bila raya (pilihanraya)...kene sembelih ler korang....

Anonymous said...

anaon 21:13...dibawah musa hitam,,,kau boleh tgk kemajuan syarikat SUN WAY.....nak komen jgn komen bangang jer...cari fakta dulu.....