Thursday, March 20, 2014

PROVOK PENGUNDI MARAHKAN PR?!!! Setelah gambar bikini Mee Fun gagal, kini tampal pelekat DAP di masjid


Penduduk Kajang hari ini mendapati beberapa masjid dan surau di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) itu pagi ini ditampal dengan pelekat DAP.

Pengarah Pilihan Raya PKR untuk Kajang Zuraida Kamaruddin berkata, selain empat rumah ibadat itu, premis dermawan terkenal Ujang Bagong di Sg Kantan, Saujana Impian dan Kajang Baru mengalami nasib sama.

Menafikan perbuatan petugas Pakatan Rakyat, Zuraida menyifatkan perkara itu sebagai provokasi terhadap Melayu dengan cuba menggambarkan PKR dikawal oleh DAP.

“Pengundi mengambil gambar insiden itu dan hantar kepada kami pagi ini dan kami segera hantar petugas untuk bersihkannya, tetapi sudah tentu sukar kerana ia ditampal dengan pelekat.

“Saya ingin beritahu BN, jika mereka ingin kalah, kalahlah dengan bermaruah. Ini satu langkah terdesak.”

1 comment:

Anonymous said...

Sesiapa yang membuat fitnah akan diazab oleh Allah selagi dia tak minta maaf.