Thursday, April 3, 2014

KEISTIMEWAAN PAGO GOMO!!! Boleh menaiki kapal selam Scorpene

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengesahkan identiti blogger Papa Gomo sebagai Wan Muhammad Azri Wan Deris yang dilaporkan menaiki kapal selam Scorpene pada 9 Disember 2011 sempena Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi (Lima) 2011.
 
Pengesahan itu dibuat melalui jawapan bertulis di Dewan Rakyat bagi menjawab soalan lisan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli yang meminta menteri pertahanan menyatakan tarikh dan tahun bila seseorang bernama Wan Muhammad dibenarkan menaiki kapal selam Scorpene.

Dalam jawapan bertulis tersebut, Hishamuddin memaklumkan Papa Gomo atau Wan Muhammad bersama wakil media lain menaiki kapal selam Scorpene bagi tujuan perkongsian maklumat.

"Wan Muhammad Azri Wan Deris (No KP:830121-03-5019) menaiki kapal selam Scorpene pada 9 Disember 2011 sempena Lima 2011," kata Rafizi dalam kenyataannnya yang memetik jawapan bertulis tersebut semalam.


Susulan daripada jawapan itu, Rafizi menyelar blogger tersebut kerana menafikan indentitinya sebagai Papa Gomo dan tidak pernah berada di dalam kapal selam Scorpene.

Rafizi berkata, jawapan menteri pertahanan itu mengesahkan Wan Muhammad berbohong kepada mahkamah.

"Ini merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 193 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan memberi keterangan palsu kepada mahkamah.

"Kesalahan ini boleh dijatuhkan hukuman penjara 7 tahun dan boleh ditahan," katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.

Rafizi berkata, semasa memberi keterangan dalam kes saman Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadapnya Wan Muhammad menyatakan dirinya tidak pernah berada dalam kapal selam tersebut.

Sehubungan itu, katanya, beliau bersama Ahli Parlimen Padang Serai, N Surendran akan membuat laporan polis terhadap Wan Muhammad  atas kesalahan di bawah Seksyen 193 Kanun Keseksaan pada Selasa minggu depan (8 April, 2014) supaya tindakan segera dapat diambil terhadap Papa Gomo.

“Saya ingin melihat sama ada pihak polis akan mengambil tindakan menahan Papa Gomo serta merta di bawah Seksyen 193 dan mahkamah mengenakan hukuman penjara yang sewajarnya terhadap Papa Gomo,” katanya

Selain itu, katanya, beliau akan memfailkan saman terhadap Wan Muhammad atas fitnah terhadap dirinya di blog Papa Gomo yang mendakwa punca beliau dipecat daripada Petronas adalah kerana pecah amanah. – 3 April, 2014.

No comments: