Wednesday, April 30, 2014

SOSMA GANTI ISA !!! Polis tahan rakyat Malaysia dituduh pengganas

SOLIDARITI4SAIDENKUALA LUMPUR 30 APR: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mempersoalkan tindakan kerajaan Malaysia menahan rakyat Malaysia di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas 2012) atau SOSMA.

“Mengapa penahanan dengan tuduhan misi jihad ini dilakukan sebaik sahaja Presiden Amerika Syarikat (AS), Barrack Obama selesai mengadakan lawatan beliau ke Malaysia?

“Timbul persoalan bahawa ini merupakan satu cubaan untuk membodek AS agar Malaysia dilihat sebagai sebuah negara sekular yang bersekutu dengan AS,” kata Ketua Penyelaras SAMM, Badrul Hisham Shaharin atau CheguBard.

CheguBard turut mempersoalkan apakah penahanan kali ini bagi mendapat sokongan White House dalam isu kecelaruan demokrasi yang berlaku Malaysia seperti dibangkitkan oleh Presiden AS Barrack Obama ketika lawatannya minggu lalu.


Mengikut laporan media, kesemua yang ditahan merupakan kumpulan yang kononnya akan berlepas ke negara bergolak untuk berjihad.

“Sekali lagi, akta drakonian ini digunakan untuk menahan orang awam atas kesalahan yang belum berlaku.

“Penahanan atas satu kesalahan yang berdasarkan kepada andaian. Sedangkan risikan PDRM mengakui ada di antara orang kena tahan ini tidak mempunyai rekod kesalahan lampau,” kata CheguBard.

Tambahnya, mengingatkan PDRM tidak mengabaikan hak-hak Orang Kena Tahan sepanjang kes ini disiasat.

“SAMM akan terus memerhati dari dekat perjalanan kes ini dan mengambil tanggungjawab penuh dalam usaha membebaskan aktivis kami daripada pertuduhan ini serta kebajikan isteri dan waris beliau,” katanya.

Beliau turut menyeru peguam rakyat dan gerakan masyarakat sivil tampil membantu membebaskan aktivis SAMM daripada segala pertuduhan.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=61162

No comments: