Thursday, May 15, 2014

PRK TELUK INTAN!!! Berjasa nak bertanding, adakah calon ISMA Melayu berwibawa jadi calonnya ?


IPOH: Barisan Jamaah Islamiyah SeMalaysia (Berjasa) mengumumkan akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan, 31 Mei ini.
  
Presidennya Mohd Yusuf Harun berkata parti itu akan bermesyuarat di Kuala Lumpur esok bagi menentukan calon yang akan bertanding pada PRK.
  
"Kita akan umum dan perkenalkan calon pada Majlis Pengenalan Calon Parti Berjasa bagi PRK Teluk Intan dalam masa terdekat," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
  
Beliau berkata parti itu yang selama ini menjadi pemerhati pasif kepada senario politik semasa, mengambil keputusan untuk menyertai gelanggang politik secara aktif, proaktif dan inovatif.
  


PRK Parlimen Teluk Intan diadakan berikutan kematian penyandangnya Seah Leong Peng, 58, daripada DAP pada 1 Mei lepas.
  
Penamaan calon PRK Teluk Intan akan diadakan pada 19 Mei.
  
Pada pilihan raya umum ke-13, Seah, 48, menewaskan calon Barisan Nasional Datuk Mah Siew Keong dan calon bebas Moralingam Kannan dengan majoriti 7,313 undi. - Bernama

No comments: