Monday, June 2, 2014

BELUM 3 HARI MENANG!!! Tiada tanah pertanian untuk orang India, semua itu temberang.........


Barisan Kemajuan India Se-Malaysia (IPF) menafikan terlibat dengan apa yang dikatakan pendaftaran menjadi ahli untuk dapatkan tanah rancangan pertanian, yang mensasarkan pengundi India Malaysia di Teluk Intan.

Borang itu didakwa diedarkan oleh petugas kempen IPF semasa kunjungan dari rumah ke rumah ketika kempen pilihan raya kecil Teluk Intan.

Borang berbunyi: "Saya memohon menjadi ahli Parti IPF Malaysia di bawah kepimpinan M. V. Mathiyalagan dan serta memohon untuk tanah rancangan pertanian."

Bagaimanapun, dalam satu kenyataan hari ini, IPF berkata Mathiyalagan bukan lagi menjadi ahli IPF.

Bernama melaporkan tahun lepas bahawa Pendaftar Pertubuhan (ROS) mengiktiraf M Sambanthan sebagai pemimpin parti itu, berikutan krisis kepimpinan antara beliau dengan Mathiyalagan.


"Sila betulkan sumber berita anda kerana kami sedang dalam proses mengambil tindakan undang-undang untuk melindungi imej dan reputasi dan beberapa laporan polis telahpun dibuat pada individu itu.

"Mathiyalagan adalah bekas ahli IPF yang telah dipecat daripada parti kami dan kami telah memenangi kes terhadapnya baru-baru ini," kata parti itu, merujuk kepada laporan Malaysiakini pada 30 Mei mengenai skim yang didakwa itu.

Malaysiakini telah pada masa itu cuba menghubungi IPF untuk mendapat pengesahan tentang dakwaan itu serta kesahihan borang,  tetapi usaha menghubungi parti itu tidak berjaya bagi mendapatkan komen.

Cubaan untuk menghubungi parti itu pada hari ini untuk mendapat maklumat lanjut mengenai penafian itu juga tidak berjaya.

No comments: