Monday, March 8, 2010

'SMS' jamin Mohsin tak sokong BN


IPOH, 8 Mac : Satu SMS yang mendakwa bahawa ahli parlimen Bagan Serai Mohsin Fadzli Samsuri - yang keluar PKR dan menjadi wakil rakyat bebas - memberi jaminan tidak akan menyokong BN, kini disebar di kalangan pemimpin akar umbi Pakatan Rakyat di Perak.

Ahli Majlis Syura Ulama PAS, Ahmad Awang berkata, SMS tersebut juga menjelaskan sebab Mohsin keluar parti pada Rabu minggu lalu.

“Beliau ada hantar mesej pada beberapa orang yang dekat dengannya (di Bagan Serai). Beliau cuba beri perjelaskan sebab beliau mengambil tindakan (keluar parti) itu.

“Kononnya, walaupun sudah keluar parti, beliau memberi jaminan tidak akan menyebelahi BN (di parlimen),” kata Ahmad yang juga bekas naib presiden dan pesuruhjaya PAS Perak.

Minggu lalu, selepas mengisytiharkan keluar parti, Ahmad memberikan tempoh tujuh hari kepada Mohsin - sehingga 10 Mac ini - untuk kembali kepada PKR atau mengosongkan kerusi parlimennya.

Ahmad dilaporkan berkata, jika Mohsin enggan memenuhi tuntutan tersebut, pihaknya akan menganjurkan solat hajat selama tujuh hari supaya Allah menghukumnya kerana khianat pada perjuangan.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Ahmad berkata, beliau telah melihat SMS tersebut dan akan memeriksa ketulenannya dahulu, sama ada benar-benar dihantar daripada Mohsin.

Bagaimanapun, tambahnya, sekiranya SMS itu tulen, Mohsin masih perlu mengumumkan perkara tersebut kepada orang awam, termasuk menyatakan sokongannya kepada Pakatan, walaupun bukan lagi sebagai ahli parti.

“Beliau kena umumkan di Bagan Serai, kena panggil pihak media. Saya boleh jadi pengendali majlis itu,” kata Ahmad yang memberikan laluan kepada Mohsin di Bagan Serai setelah dua penggal menjadi calon pembangkang.Malaysiakini

Read more ...

Penjenayah payah, yang ini mudah belasah






KUALA LUMPUR, 7 Mac: Polis menyerbu ceramah sempena dua tahun kemenangan Pakatan Rakyat Wilayah Persekutuan walaupun diadakan di tanah dan bangunan milik kerajaan negeri Selangor iaitu di padang Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru.

Akibat sebuan itu, tiga petugas Pakatan cedera, seorang cedera di tangan manakala dua lagi lebam pada muka, leher dan kepala. Mereka kemudiannya membuat laporan polis.

Anggota polis dan FRU bertindak menyerbu perhimpunan itu selepas Naib Presiden PKR, Azmin Ali memulakan ucapannya tidak sampai lima minit selepas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berucap sebelumnya.

"Bangunan ini, tanah ini bukan milik Umno, bukan milik Rosmah (isteri Perdana Menteri), tetapi milik kerajaan negeri Selangor atas nama menteri besar, Tan Sri Khalid Ibrahim..." tegas Azmin disambut tepukan orang ramai.

Sebaik sahaja selepas berkata demikian, kira-kira 50 FRU yang sudah bersedia seawal Khalid sedang berucap sebelum itu lagi, menyerbu ke pentas dan menghentikan Azmin dari berucap.

Menurut maklumat, ada beberapa petugas dan orang ramai yang dipukul oleh FRU kerana cuba menghalang serbuan itu.

(Gambar: Tiga petugas Pakatan Rakyat yang cedera )

Ketika itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah belum sampai.

Di atas pentas adalah Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Dr Lo' Lo' Ghazali, anggota Parlimen kawasan Titiwangsa, Tan Sri Khalid dan beberapa kepimpinan Pakatan Rakyat wilayah yang lain.

Akibat serbuan itu keadaan menjadi kecoh dan pemimpin pakatan terpaksa masuk ke dalam dewan sebelum berunding dengan pihak keselamatan.

Hampir seribu penyokong yang hadir bagaimanapun tidak berganjak dari tempat duduk masing-masing sambil melaungkan 'reformasi'.

Selain itu, mereka juga membaca doa beramai-ramai memohon program tersebut dapat diteruskan.

Setelah hampir 20 minit berbincang, polis kemudian membenarkan ceramah diteruskan tetapi hanya boleh dibuat di dalam dewan sahaja.

Ekoran itu, semua para hadirin yang berada di padang diminta masuk ke dalam dewan.

Anwar dan isterinya tiba kira-kira jam 10.25 malam dengan disambut teriakan reformasi dan takbir dari orang ramai.

Dalam ucapannya selepas itu, Mahfuz mengucapkan terima kasih kepada polis kerana dengan serbuan itu orang ramai katanya semakin benci kepada Umno.

Azmin memberitahu, tindakan polis menyerbu majlis pada malam ini setelah mendapat tahu satu VCD akan dilancarkan oleh Anwar berkaitan dengan fatwa terbaru ulama tersohor, Dr Yusof Qardawi berkaitan dengan Liwat II.

VCD tersebut bertajuk 'Fatwa Mutakhir Yusof Al-Qaradawi berhubung Konspirasi ll terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar sewaktu melancarkan VCD itu berkata, Qardawi tiga minggu lalu telah mengeluarkan fatwa bahawa mereka yang terlibat dengan perancangan fitnah liwat terhadapnya adalah dihukum munafik, manakala mereka yang membantu menyebarkan fitnah itu dihukum fasik.hrkh

Read more ...

Prestasi 2 tahun kerajaan negeri Pakatan Rakyat


KUALA LUMPUR, 8 Mac : Pakatan Rakyat secara tuntas memperlihatkan kerjasama dan muafakat utuh demi memasti serta menjamin kemaslahatan rakyat. Pakatan Rakyat akan sentiasa menjunjung prinsip-prinsip Perlembagaan yang menjamin hak orang Melayu, agama Islam sebagai agama Persekutuan, kedudukan istimewa Raja-Raja Melayu dan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi.

Pakatan Rakyat akan terus memastikan dasar-dasar yang dilaksanakan didasari prinsip ketelusan dan pertanggungjawaban. Berdepan dengan masalah perkauman yang meruncing, rakyat di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat menunjukkan perpaduan kaum yang semakin jitu dan utuh. Negeri-negeri Pakatan menunjukkan prestasi ekonomi yang memberansangkan jika dibandingkan dengan negeri yang ditadbir umno-barisan nasional.

Selangor

Negeri Selangor mencatatkan jumlah pelaburan sebanyak RM6.76 billion pada tahun 2009 dan mencipta sebanyak 20 753 peluang pekerjaan. Dari jumlah pelaburan tersebut, RM 2.752 billion(40.8%) merupakan pelaburan tempatan. Manakala Projek Industri yang diluluskan di Selangor berjumlah 278, ianya merupakan yang tertingi dicatatkan di Negara ini.

Kerajaan Negeri Selangor juga mensasarkan enam hingga tujuh peratus pertumbuhan dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun ini daripada penguncupan sebanyak 3.87 peratus tahun lepas.

Selangor juga mencatatkan penurunan indeks jenayah sebanyak 5.3 peratus iaitu sebanyak 54,339 kes sepanjang tahun 2009 berbanding 57,704 kes pada tahun sebelumnya.

Kerajaan Negeri juga memperuntukkan kira-kira RM6 juta kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR) di negeri ini bagi menjalankan aktiviti pendidikan dan pembelajaran berteraskan Islam sepanjang 2010. Peruntukan ini diberikan kepada SAR yang tidak pernah mendapat sebarang peruntukan kewangan dan peralatan pembelajaran dari Kerajaan Negeri mahupun sumbangan individu.

Pulau Pinang


Pulau Pinang meluluskan sebanyak 104 projek industri(ketiga tertingi). Dasar CAT (daya saing, pertanggungjawaban dan ketelusan) menjadi pemangkin kepada kejayaan Pulau Pinang untuk merekodkan lebihan belanjawan(surplus) sebanyak RM 88 juta berbanding jangkaan defisit sebanyak RM 35 juta(belanjawan 2008)

Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga mewujudkan 200 ekar hub pendidikan untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai pusat pendidikan terunggul. Pengiktirafan serta bantuan kewangan (pemberian tunai) kepada pelajar terbaik SPM dan STPM serta para huffaz.

Bantuan kewangan kepada Sekolah Agama Rakyat berjumlah RM 97 ribu per sekolah, RM 60 ribu kepada setiap sekolah cina dan RM 63 ribu kepada setiap sekolah tamil. Jumlah keseluruhan ialah RM 11.3 billion. Berjaya membasmi kemiskinan tegar dalam masa satu tahun dan menjamin setiap keluarga mendapat RM 500 sebulan.

Kedah

Pelaburan adalah penyumbang kepada pembangunan ekonomi negeri. Di bawah kepimpinan YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak, Kedah telah mencatatkan pelaburan keseluruhan lebih RM839 juta bagi tempoh Januari hingga September 2009, dengan nilai pelaburan tempatan sebanyak RM279.4 juta dan pelaburan asing sebanyak RM559.8 juta.

Kini dengan keluasan 1,000 hektar kerajaan mendapat hasil RM16.7 juta, tidak termasuk cukai per tan metrik bila balak dikeluarkan dari hutan. Sedangkan di bawah pentadbiran umno-bn, dengan keluasan yang sama, hanya mampu mengutip RM3 hinggga RM4 juta sahaja termasuk cukai kayu pertan metrik. Kejayaan ini merupakan hasil dari pelaksanaan dasar yang telus serta tidak berkompromi dengan rasuah.

Kelantan


Semenjak 20 tahun lepas Kerajaan Kelantan secara berterusan dianaktirikan akan tetapi Kelantan tetap berjaya dengan program negeri berkebajikan.

Program Kifalah untuk anak yatim, golongan miskin, ibu tunggal dan orang kurang upaya telah menjadi contoh kepada banyak negeri. Begitu juga dengan program Perbadanan Ladang Rakyat yang membantu golongan marhaen, Bandar Baru Tunjung dibina menjadi pusat komersil satelit kepada Kota Bharu.

Kerajaan Negeri berjaya mengambil alih bekalan air daripada Thames Water kepada Air Kelantan. Selain itu PMBK menjadi agensi pelaburan utama negeri yang sebelum ini gagal di bawah pemerintahan BN sebelum 1990.
Kerajaan Negeri berjaya menguruskan 20 sekolah agama bantuan penuh kerajaan negeri yang cemerlang dan menjadi saingan kepada sekolah premier di bawah Kementerian Pendidikan.

Kemahiran pelbagai syarikat multinasional adalah bukti kuasa beli rakyat Kelantan terus kukuh. Sepanjang 20 tahun pemerintahan ekonomi tempatan dibina secara kendiri tanpa bantuan stimulus dari kerajaan Pusat. hrkh

Read more ...

Hormat keputusan PKR pecat Zulkifli


ALOR SETAR , 8 Mac : Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menghormati keputusan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang bertindak memecat Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Noordin sebagai ahli parti.

Katanya, MPP PKR itu berhak membuat pemecatan itu dan Pakatan Rakyat Kedah akur pada keputusan yang telah dibuat.

“Itu hak PKR, mereka lebih berhak buat keputusan. Memandangkan Zulkifli adalah wakil rakyat yang mewakili PKR, parti itu lebih berhak membuat keputusan. Saya yakin pentadbiran di sini tidak akan terjejas dengan pemecatan itu kerana beliau hanyalah seorang Ahli Parlimen,” katanya.

Azizan mengulas tindakan MPP PKR, kelmarin yang sebulat suara memecat Zulkifli Noordin sebagai ahli PKR, ekoran tindakan Ahli Parlimen itu membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan kelantangannya membidas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng serta wawancara yang dianggap keterlaluan disiarkan di TV3.

Azizan berkata, pihaknya sentiasa menghormati setiap keputusan yang dibuat oleh parti-parti komponen Pakatan Rakyat, dan tidak pernah mempertikai keputusan yang dibuat.

Bagaimanapun, Azizan enggan mengulas mengenai desakan MPP PKR yang mahu Zulkifli mengosongkan kerusi Parlimen Kulim Bandar Baharu yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-12 lalu.

Ditanya mengenai pelantikan wakil rakyat Padang Serai, N Gobalakhrisnan yang akan memangku tugas Zulkifli, seperti diputuskan oleh MPP PKR kelmarin, Azizan berkata, pihaknya tiada masalah dengan cadangan itu dan menerimanya dengan hati terbuka.

“Jika benar PKR Pusat telah melantik beliau memangku tugas-tugas Zulkifli di sini, saya tiada masalah dengan pelantikan itu. Saya cuma harap beliau dapat melaksanakan tanggung jawab terhadap rakyat dengan bijaksana,” katanya.SH

Read more ...

Umno terus bangkitkan isu perkauman


SHAH ALAM, 8 Mac : UNMO tidak pernah berhenti membangkitkan isu perkauman dan agama untuk mengalih perhatian rakyat, terutamanya orang Melayu daripada terus menyokong Pakatan Rakyat (PR), demikian kenyataan Exco Kerajaan Negeri Selangor yang juga pemimpin DAP Selangor, Teresa Kok dalam ucapannya pada Konvensyen Pakatan Rakyat (PR) Selangor di Dewan Jubli Perak, di sini, semalam.

Menurut beliau, apabila mereka (UMNO/Barisan Nasional) gagal memujuk rakyat dengan dasar dan program yang adil, mereka mula menimbulkan fitnah untuk memecah belahkan rakyat.

“Bagi pemimpin UMNO dan BN, kehilangan tampuk pemerintahan bermaksud kehilangan peluang ekonomi untuk mereka dan kroni mereka.

“Mereka memang takut dengan skandal kewangan dan tanah yang kita bongkarkan dan mereka bimbang dengan dasar serta program mesra rakyat yang dilaksanakan kerajaan PR,” katanya.

Teresa berkata, inilah yang menyebabkan peluang UMNO untuk merampas Selangor adalah tipis.

Dalam tempoh dua tahun ini, PR yang dianggota Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAS dan DAP telah menghadapi bermacam cabaran, dugaan dan kesulitan yang tidak pernah dialami sebelum ini oleh kerajaan terdahulu di negeri ini, katanya.

“Hampir setiap Exco PR di Selangor diserang oleh parti musuh dan media yang dikawal mereka. PR diganggu pihak polis dan disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” katanya.

Katanya, walaupun usaha pihak berkuasa itu dihargai tetapi mereka tidak boleh berpihak kepada satu pihak sahaja.

Beliau berkata, walaupun banyak usaha untuk menjatuhkan PR seperti khabar angin yang tersebar, namun PR Selangor masih kukuh dan mantap malah segala usaha jahat pihak musuh telah digagalkan.

Teresa dalam ucapannya juga berkata, PR berjaya memerintah dengan selamat dan sempurna dan mampu melaksanakan mandat yang diberikan oleh rakyat.

Menurut beliau, hubungan yang mesra di antara PKR, PAS dan DAP adalah asas ikatan PR di Selangor.SH

Read more ...

Keluar parti, masih ada badi Umno


KOTA BHARU , 8 Mac : Kelab Penyokong PAS menyifatkan tindakan beberapa Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) keluar parti sebagai tanda ‘badi’ UMNO masih terlekat ke dalam segelintir ahli parti itu.

Pengerusinya, Hu Pang Chaw berkata, kebanyakan ahli PKR berasal dari Barisan Nasional (BN) dan tidak mustahil beberapa pendekatan ahlinya khususnya mereka yang kecewa menjurus ke arah parti yang dianggotai mereka sebelum ini.

“Tindakan keluar parti ini adalah manifestasi budaya UMNO yang masih terlekat, ia muncul ketika parti menghadapi masalah,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Pang Chaw mengulas perkembangan terkini yang berlaku dalam Pakatan Rakyat (PR) termasuk beberapa Ahli Parlimen PKR yang berpaling tadah.

Mereka ialah Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim (Bayan Baru), Tan Tee Beng (Nibong Tebal) dan Mohsin Fadzil Samsuri (Bagan Serai) yang baru-baru ini mengumumkan keluar parti dan menjadi wakil rakyat Bebas.

Pang Chaw bagaimanapun berkata, apa yang berlaku kepada PKR tidak mengejutkan memandangkan parti itu masih baru dan dalam proses untuk memantapkan pentadbirannya.

“Benda ini bukan berlaku kepada PKR, malah pada 70-an dahulu DAP pernah menghadapi senario yang sama, Pas juga tidak terlepas apabila ada beberapa ahlinya keluar dan menyertai UMNO,” katanya.

Menurutnya, PKR mendapat pengajaran berguna di masa di hadapan dengan menitik beratkan soal pemilihan calon yang berkualiti dan berprinsip teguh kepada perjuangan parti.

“Proses ini tidak terlalu buruk, ia cukup memberi pengajaran kepada PKR untuk mengharungi politik di masa hadapan,” katanya.SH

Read more ...

Blog pro-UMNO didakwa siar gambar lucah

BAYAN LEPAS, 8 Mac : Laman blog yang didakwa kepunyaan penulis blog pro-UMNO didakwa menyiarkan gambar lucah dan terlampau.

Ketua Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Badrul Hisham Shaharin berkata, laman blog berkenaan menyiarkan gambar dan artikel yang keterlaluan termasuk menyentuh sentimen perkauman.

Katanya, apa yang mendukacitakan, laman blog berkenaan turut dihiasi gambar-gambar superimpose melampau termasuk gambar Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ditindih.

“Kami percaya ini adalah antara laman-laman milik blogger pro-UMNO.

“Ini berikutan ada penyokong UMNO yang marah dengan tindakan MCA dan Gerakan tidak menyertai demonstrasi di kedutaan Australia yang dianjurkan oleh Barisan Nasional (BN), dan dalam blog pro-UMNO berkenaan menyiarkan ketidakpuasan hati terhadap MCA dan Gerakan dengan mengatakan mereka tidak berminat untuk mempertahankan kedaulatan Malaysia, sudah terang-terangan ia berbentuk perkauman,” katanya selepas membuat laporan polis mengenai wujudnya laman berkenaan di Balai Polis Sungai Nibong.

Hadir sama, Ketua Pemuda Sosialis DAP negeri, Ng Wei Aik, Exco Pemuda PAS negeri, Mohd Faruk Abdul Rahman dan kira-kira 20 wakil pemuda Pakatan Rakyat (PR).

Wei Aik berkata, kenyataan melalui laman blog berkenaan dilihat mengandungi isu perkauman kerana kaum Cina bukan sahaja berada dalam MCA dan Gerakan.SH

Read more ...

Sunday, March 7, 2010

Kulaan nyambat ikam letak jawatan


BAGAN SERAI, 7 Mac : Satu lagi himpunan pengundi-pengundi P058 mendesak YB Hj Mohsin MP Bagan Serai supaya meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen.

Lebih 200 orang pengundi hadir pada petang tadi di perkarangan rumah sdr Abd Karim di Kg Sungai Bogak. Siri Himpunan seperti ini mungkin akan diteruskan di beberapa tempat lain disamping majlis bacaan yassin dan solat hajat selama 7 hari 7 malam yang telah disusun.

YB Haji Husin Din menyampaikan ucapan kepada hadirin

YB Hj Ramli Hj Tusin turut hadir dan memberikan sokongan moral kepada hadirin


YB Yunus Jamhari Adun Kuala Kurau turut hadir (gambar Ihsan dari albanjari)



Muslimat PAS dan wanita Keadilan yang menyertai demonstrasi mendesak YB Mohsin meletak jawatan




anak muda yang bertungkuslumus memenangkan anda dalam pru12 meminta anda meletak jawatan


Luahan hati pengundi P058 kepada YB Mohsin

Seluruh pengundi P058 sudah tidak mempercayai anda lagi. N12 Selinsing


Read more ...

Mufti atau Mufta?

Terkilan saya apabila Mufti Perak, Sahibus Samahah Tan Sri Harussani Zakaria menyebut nama saya secara terbuka di khalayak. Samada di dalam mesyuarat atau persidangan dewan, menyebut nama seseorang dalam ucapan secara terbuka biarlah dengan kehadiran tuan punya badan.

Sekurang-kurangnya, bolehlah kata-kata tersebut disahkan atau dinafikan. Mufti bukan orang politik yang terdedah dengan kaedah menyerang atau diserang. Mengaitkan nama saya dalam kenyataan politik seorang yang bukan tokoh politik merupakan satu tingkah laku yang tidak beretika. Justeru, apabila mufti mengambil tindakan melagukan nama saya dengan irama politik, saya harus memberikan jawapannya.

Adil juga jika saya menukilkan dahulu sebahagian ucapan beliau di program Dialog Za’ba, Perpaduan Melayu: Cabaran dan Realiti di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), minggu lepas. Antaranya beliau berkata,

“Kenapa Pas tidak boleh bergabung untuk membentuk kerajaan yang sudah pasti akan memperoleh majoriti 100 peratus Melayu memerintah.

“Saya telah berjumpa dengan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kelantan dan berbincang hampir dua jam, pada awalnya beliau tidak bersetuju tetapi akhirnya dia kata idea itu bagus tetapi tidak dapat memberi keputusan kerana ia bergantung kepada Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Saya maklumkan bahawa tidak berapa rapat dengan Hadi, jadi jika cadangan itu baik saya minta beliau (Nik Aziz) maklumkan kepada Hadi. Semasa dalam perjalanan balik iaitu berada di Cameron Highlands, Hadi telah hubungi saya dan bersetuju dengan cadangan itu.

“Tetapi Hadi kata dia tidak boleh buat keputusan kerana ia bergantung pada negeri iaitu Pesuruhjaya Pas Negeri (Ahmad). Saya juga telah hubungi Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din dan dia juga bersetuju,”

Saya ingin menyentuh berkaitan kenyataan yang menyebut beliau datang ke rumah saya. Benar atau tidak, terserahlah kepada khalayak. Bagi saya, ini di antara beliau dan saya. Cuma pertanyaan saya, tidakkah itu satu keterlibatan dengan politik? Sedarkah beliau bahawa kerajaan Perak yang dirampas dari tangan rakyat hari ini didokong oleh UMNO, sebuah parti yang meyakini bahawa politik dan agama tidak boleh bercampur? Dalam bahasa mudahnya, politik suku agama suku.

Jika mufti sendiri sanggup turun melaksanakan urusan berkaitan politik, ertinya beliau beranggapan tugasnya sebagai mufti meliputi tugas politik. Adakah bagi beliau, politik dan agama mesti selari, tidak boleh berpisah? Jika demikian, beliau telah mengiktiraf perjuangan PAS adalah benar. Jika tidak, kenapa libatkan diri dengan politik? Bukankah itu salah mengikut akidah UMNO?

Inilah yang diperjuangkan oleh PAS. Tegak berdirinya PAS dengan perjuangan menjadikan Islam sebaagai cara hidup. Tidakkah al-Quran sebuah kitab yang syumul? Isinya bukan sahaja akidah, bahkan soal ekonomi, politik, rumahtangga, psikologi dan kaunseling, semuanya ada di dalam al-Quran. Tidakkah ini merupakan tiang seri perjuangan PAS sejak sekian lama? Jika mufti Perak beranggapan politik dan Islam perlu selari, selangkah kaki beliau sepatutnya sudah berada di dalam PAS!

Jika beliau tidak berpandangan Islam dan politik perlu selari, tetapi terus terlibat dengan politik dengan jubah seorang mufti, maka dengan sendirinya beliau telah menjadi ejen. Dalam kes ini, beliau telah menjadi ejen UMNO. Hilang luruh kemuliaan seorang mufti kalau merelakan diri menjadi ejen. Apatah lagi menjadi ejen sebuah parti politik sekular.

Saya kira, jika seorang mufti yang menjadi ejen parti politik sekular, itu bukanlah lagi al-mufti (yang memberikan fatwa) tetapi al-mufta (yang diberikan fatwa). Cukuplah sekadar itu respon balas saya terhadap kenyataan beliau.

NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT

Pejabat Menteri Besar Kelantan.

Read more ...

Umno pening hendak lagakan tiga parti dalam PR

SHAH ALAM, 7 Mac : Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, jika perlu beliau sanggup melepaskan jawatan ketua pembangkang kepada DAP yang kini mendominasi jumlah kerusi Pakatan Rakyat di parlimen.

“Oleh kerana jumlah kerusi PKR sekarang kurang, saya pelawa (tokoh popular DAP) Lim Kit Siang yang lebih banyak pengalaman. Saya tidak akan pertahankan.

“(Bergurau) Saya lebih pengalaman sebagai menteri. Tetapi Lim awal-awal lagi berkata, perkara itu bukan isu,” katanya.

Setelah empat ahli parlimen PKR bertindak keluar parti dan menjadi wakil bebas baru-baru ini, parti itu kini hanya memiliki 27 kerusi berbanding DAP sebanyak 28. PAS pula mempunya 23 wakil dalam Dewan Rakyat.

Pada kebiasaannya, pembangkang yang terkuat dalam parlimen yang akan melantik seorang wakil mereka sebagai ketua pembangkang.

Ketika menyampaikan ucapan perdana sempena Konvensyen Pakatan Rakyat Selangor di Shah Alam hari ini, Anwar juga berkata, usaha Umno yang mahu mengambil kesempatan atas keadaan tersebut tidak akan berjaya.

“Umno pening macam mana hendak lagakan ketiga-tiga parti ini. Mereka tidak tidur. (Kalau tidur dan) mimpi pun, (mimpi) macam mana hendak gaduhkan kita,” katanya disambut gelak-ketawa para perserta.

Sementara itu, Lim yang juga ahli parlimen Ipoh Timur yang berucap sebelum itu turut menyatakan pendirian yang sama.

“DAP komited pada satu matlamat, (iaitu) menuju ke Putrajaya. Anwar akan terus menjadi ketua pembangkang sehinggalah beliau menjadi perdana menteri (pada suatu hari nanti),” katanya.

PKR, DAP dan PAS Selangor hari ini menganjurkan konvensyen pertama mereka dekat bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri bagi mengukuhkan persefahaman antara mereka.

Konvensyen bertemakan “Bermuafakat Menjunjung Amanah Rakyat” itu berjaya menghimpunkan kira-kira 500 peserta daripada ketiga-tiga anggota parti masing-masing di seluruh Selangor.

Berdasarkan ucapan-ucapan pemimpimnya, konvensyen tersebut dilihat cuba mentententeramkan penyokong Pakatan Rakyat supaya tidak bimbang dan panik dengan fenomena keluar parti seorang demi seorang yang melanda wakil rakyat mereka.Malaysiakini

Read more ...

Umno beli ' kuda patah kaki'










KUALA LUMPUR, 7 Mac : Tindakan Umno membeli tiga Ahli Parlimen KEADILAN disifatkan Exco Kanan Kerajaan Negeri Kelantan Datuk Husam Musa sebagai mengguna kuda sakit atau patah kaki untuk berperang.

"Sekarang Umno dan Barisan Nasional sudah beli wakil rakyat KEADILAN dan tukar jadi wakil rakyat bebas. Dulu masa mengundi mereka menang atas tiket Pakatan Rakyat tetapi selepas ambil wang dari Umno mereka jadi bebas.

"Malangnya Umno sudah beli kuda sakit atau patah kaki. Mana ada orang pakai kuda sakit atau patah kaki untuk pergi perang," kata Husam dalam ucapan ringkas beliau pada jamuan makan malam anjuran DAP Kepong di Taman Usahawan Kepong, Kuala Lumpur semalam.

Turut hadir Ketua Umum KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang, Ahli Parlimen Kepong selaku tuan rumah Dr Tan Seng Giaw, Ahli Parlimen Taiping Nga Kor Ming dan Ahli Parlimen Rasah Anthony Loke.

Husam berkata jika Pakatan Rakyat dan rakyat bersatu sudah tentu Umno dan BN dapat ditumbangkan pada pilihan raya umum akan datang.

Menyentuh mengenai isu royalti minyak yang dinafikan kerajaan pusat kepada rakyat Kelantan, Ahli Dewan Undangan Negeri Salor itu berkata mahkamah di Malaysia boleh dianggap sebagai mahkamah "kangaroo".

"Satu-satunya binantang dalam dunia yang ada poket ialah kangaroo. Umno sudah letak mahkamah dalam poketnya. Ia akan lompat ikut ke mana Najib arahkan.

"Itulah akibatnya jika tidak mengikut undang-undang. Dalam kes royalti minyak Kelantan apabila mahkamah sudah jadi mahkamah "kangaroo" mereka tidak mahu bayar royalti. Kerajaan akan jatuh, tamadun akan hancur dan musnah kalau undang-undang tidak mahu diikut. Oleh itu seluruh rakyat mesti bersatu padu dan komited untuk menumbangkan Umno-BN dan menubuhkan kerajaan pusat yang baru," katanya lagi. -SK

Read more ...

Umno jangan mimpi PR retak

BAYAN BARU, 7 Mac: Pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) diingatkan supaya jangan mengimpikan keretakan akan berlaku dalam Pakatan Rakyat (PR) jika hanya segelintir daripada wakil rakyat yang ada dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) menjadi wakil rakyat Bebas kebelakangan ini.

Demikian dinyatakan oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali semasa berucap dalam Majlis Sambutan 2 Tahun Kerajaan Pakatan Rakyat memerintah di Pulau Pinang yang diadakan di tapak pesta, Sungai Nibong semalam.

Menurut Mustafa lagi, Umno dan BN jangan cuba hendak melaga-lagakan kepimpinan PR dengan memperbesarkan isu Ketua Pembangkang di Parlimen.

"Suka saya tegaskan di sini bahawa kepimpinan Pakatan Rakyat yang didokong oleh PAS, PKR dan DAP telah bersepakat dan bersetuju sebulat suara bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim akan tetap menjadi Ketua Pembangkang walaupun tidak menguasai kerusi sepenuhnya dalam Parlimen.

“Bukan Umno atau BN yang menentukan siapa yang akan menjadi Ketua Pembangkang di Parlimen. Kami daripada Ahli Parlimen PR yang berhak menentukannya,” katanya.

Oleh kerana itu, katanya Umno dan BN jangan mengharapkan berlakunya perpecahan dalam PR semata-mata dengan isu sekecil itu.

Beliau mengingatkan pemimpin Umno dan BN supaya memperbetulkan masalah dalaman yang berlaku kepada komponen mereka seperti MCA dengan dua presidennya, PPP dengan masalah yang sama antara Kayveas dan Murugiah, Umno dengan masalah dalaman mereka, MIC yang sudah hilang keyakinan majoriti masyarakat keturunan India dan Gerakan yang sudah hilang keyakinan masyarakat kepada mereka.

"Isu keluar parti ini telah lama wujud sejak zaman Umno lagi. Begitu juga yang pernah berlaku semasa Datuk Asri Muda keluar dari PAS bersama 13 orang sahaja yang mengikut beliau tetapi PAS tetap bertahan sehingga sekarang.

“DAP juga pernah mengalami nasib yang sama suatu ketika dulu. Namun ia tetap bertahan sehingga sekarang. PKR yang sedang mengalami isu yang sama juga tetap akan kukuh apabila membersihkan apa yang mengeruhkan parti tersebut," katanya lagi.

Sementara itu, pelbagai kain rentang menghiasi jalan masuk ke tapak pesta yang merupakan salah satu kawasan yang diwakili oleh Datuk Seri Zahrain Hashim yang mendesaknya melepaskan jawatan sebagai ahli parlimen dengan segera.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa, Pengerusi PKR Pulau Pinang, Dr Mansor Othman dan kepimpinan PR seluruh negeri.hrkh

Read more ...

Ratib palsu


KOTA BARU, 7 Mac : Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan wakil-wakil rakyat yang keluar parti sekadar meratib palsu bagi menghalalkan tindakan mereka.

Katanya, bermacam-macam alasan diberi mereka untuk meninggalkan parti kononnya demi kepentingan agama, bangsa dan negara.

“Namun ia hanyalah ratib palsu. Langsung tidak logik alasan mereka demi menjaga kepentingan agama dan bangsa tiba-tiba menyerahkan diri kepada Umno.

“Sedangkan Umno sebuah parti yang tidak pernah menjaga agama dan bangsa,” katanya pada kenyataan media di sini semalam.

Baru-baru ini tiga anggota parlimen (MP) Parti Keadilan Rakyat iaitu Datuk Seri Zahrain Mohamad Hashim (Bayam Baru), Tan Tee Beng (Nibung Tebal) dan Mohsin Fadzli Samsuri (Bagan Serai) mengumumkan keluar parti.

Manakala anggota parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin dipecat kerana melanggar disiplin parti.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, wakil-wakil rakyat terbabit enggan meletak jawatan untuk bertanding semula dengan dengan kekuatan peribadi sendiri.

“Jika persoalan bertanding semula menjadi isu, ini bermakna pemimpin terbabit hanya memikirkan kepentingan diri dan bukannya kepentingan rakyat.

“Bimbang sangat jika tidak dapat bertanding. Jelas dan terang mereka hanya menjaga kepentingan diri. Syak saya dan juga orang lain semakin kuat, apatah lagi jika benar didorong oleh imbuhan berjuta-juta,” katanya.

Beliau juga berharap PKR tidak mudah berputus asa dengan perkembangan yang berlaku sekarang memandangkan parti itu masih lagi muda dalam gelanggang politik negara.

Menurutnya, PAS sewaktu zaman mudanya dulu juga diancam amalan lompat parti.

Beliau berkata, di Terengganu pernah PAS tersungkur kerana ada yang melompat parti.

“Di zaman Allahyarham Daud Samad dan Allahyarham Datuk Asri Muda, berlaku juga kes lompat parti. Hari ini, PAS sudah dewasa dan matang, tidak lagi kedengaran pimpinan yang melompat seperti dahulu.

“Bahkan Kelantan pernah diperintah dengan kelebihan satu kerusi dengan dua undi. Alhamdulillah, tidak ada yang melompat,” katanya.hrkh

Read more ...

Isu tuntutan royalti, GST bakal dibawa ke Parlimen


BACHOK , 7 Mac : Persidangan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Rakyat Ke-12 pada 15 Mac hingga 15 April depan dijangka akan membincangkan beberapa isu yang sedang hangat melanda negara termasuk berkaitan tuntutan royalti minyak oleh Kerajaan Negeri.

Timbalan Presidennya, Nasharudin Mat Isa berkata, isu tuntutan royalti tersebut merupakan antara isu yang dijangka menjadi perbincangan selain usul berkaitan kepentingan rakyat.

“Terdapat beberapa isu yang mungkin akan dibincangkan nanti dan antara lainnya ialah tentang royalti yang sedang diperkatakan kini.

“Selain itu, antara yang yang bakal dirungkaikan juga mengenai Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan kerana apa yang dilihat kini rakyat didahulukan dalam menerima bebanan," katanya ketika diminta mengulas mengenai usul yang akan dibawa ke Mesyuarat Pertama Penggal :Ketiga Dewan Rakyat Ke-12 nanti.

Nasharuddin ditemui ketika menghadiri Program Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Bachok yang diadakan di Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Bachok di sini, semalam.

Menurutnya, selain itu, isu Cukai Perkhidmatan dan Barangan (GST) yang dicadangkan Kerajaan Barisan Nasional dan dijangka dilaksana pertengahan 2011 bagi menggantikan cukai perkhidmatan dan jualan sedia ada turut menjadi perkara pokok dibincangkan dalam mesyuarat tersebut.SH

Read more ...

Anwar tetap Ketua Pembangkang

BACHOK , 7 Mac : Pakatan Rakyat (PR) tetap mempertahankan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang walaupun parti itu tidak lagi mendominasi pakatan tersebut.

Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa berkata, ketiga-tiga pemimpin pakatan bersetuju dengan kepimpinan Anwar dan tidak timbul soal pengganti yang harus menerajui pakatan itu.

“Pakatan yang terdiri dari PAS, DAP, dan PKR telah bersetuju, walau apa pun Anwar tetap menjadi Ketua Pembangkang.

“UMNO jangan dok nak sibuk nak campur urusan ini. Ikut kami la nak lantik sebagai ketua pembangkang, yang UMNO nak susah-susah itu kenapa?” katanya ketika berceramah di Kampung Kandis dekat sini, malam semalam.

Sebelum ini, jawatan Ketua Pembangkang yang disan-dang Anwar sejurus Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) lalu mula menjadi isu apabila tiga Ahli Parlimen PKR keluar parti.

Ekoran itu, PKR hanya mempunyai 28 anggota di Dewan Rakyat termasuk Ahli Parlimen Sungai Siput, Micheal Jeyakumar Devaraj dari Parti Sosialis Malaysia yang bertanding atas tiket PKR, DAP mempunyai 28 wakil dan PAS 3.

Dalam pada itu, Nasharuddin yang juga Ahli Parlimen Bachok menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) menyiasat Ahli Parlimen PKR yang keluar parti.

“Kita harap SPRM mengambil tindakan sewajarnya atas keraguan itu. Badan itu sepatutnya menyegerakan siasatan sebagaimana siasatan terhadap PR jika timbul keraguan,” katanya.

Nasharuddin, bagaima-napun menyifatkan tindakan tiga Ahli Parlimen PKR itu sebagai proses pembersihan bagi memantapkan parti.SH

Read more ...