Monday, December 6, 2010

Umno tolong insaf sikit



KOTA BHARU, 7 Dis. : PAS menyangkal dakwaan parti mereka sudah tersasar daripada perjuangan asal mereka seperti yang didakwa UMNO.

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, pelbagai tohmahan dan andaian buruk yang dilemparkan kepada PAS termasuk hubungan baik bersama DAP dan Pakatan Rakyat adalah satu rekaan semata-mata untuk menjatuhkan parti berkenaan.

Menurutnya, ahli-ahli yang berada di dalam PAS mengetahui perkara yang sebenarnya daripada orang UMNO.

“Orang PAS sendiri lebih tahu daripada UMNO, pada zaman Nabi Muhammad saw dahulu pun ketika berada di Makkah orang bukan Islam yang menjaganya, Nabi berbaik dengan orang kafir.

“Saudara saudari dalam UMNO tolong insaf sikit, kerana waktu kita hendak tahluf kertas kerja diluluskan oleh Dewan Ulama PAS,” katanya.

Terdahulu beliau merasmikan Majlis Pelancaran Dataran Rakyat Bandar Baru Tunjong, dekat sini.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan, Datuk Husam Musa.

Nik Aziz juga menegaskan supaya semua ahli dan rakyat tidak perlu bimbang dengan keadaan yang melanda PAS sekarang kerana tahluf berkenaan dianggotai oleh alim ulama dan ia diluluskan oleh PAS Pusat.

“Ahli-ahlinya juga terdiri daripada pakar-pakar, alim ulama, mufti yang jauh lebih tahu daripada orang UMNO,” katanya.SH

MUFTI PERAK : AMALAN BERUNSUR KHURAFAT

Read more ...

Najib memang terdesak



KUALA LUMPUR, 6 Dis. : Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan serangan terhadapnya oleh Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Razak sebagai tindakan terdesak untuk mengalih pandangan terhadap isu kepincangan kerajaan.

Menurutnya, serangan berkenaan bukan gaya Najib dan ini seolah-olah memberi petanda yang jelas mengenai pelancaran 'perang' dalam menghadapi pilihan raya umum tidak lama lagi.

“Jelas sekali Najib seperti terdesak dan merasa terkepung walaupun seluruh instrumen kekuasaan dalam kerajaan telah diarahkan terhadap saya dan pemimpin Pakatan Rakyat (PR).

“Tapi di sini, isunya adalah Perdana Menteri yang menggunakan polis, kehakiman dan media untuk melancarkan serangan peribadi yang teruk terhadap saya dan pemimpin PR,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen, di sini, semalam.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu juga turut menempelak ucapan Najib pada Konvensyen BN, kelmarin, bahawa wujud nepotisme dalam PR.

"Nepotisme sebenarnya turut berlaku kepada Najib sendiri yang memperoleh kuasa sebagai Perdana Menteri kerana ayahnya bekas Perdana Menteri.

“Jadi bagi Najib bercakap seperti itu, dalam fikiran saya sungguh mengejutkan,” katanya.

Anwar juga menyangkal dakwaan Najib yang menuduh pembangkang sebagai 'anti-nasional' dan mempersoalkan apakah perjuangan untuk memerangi rasuah dan perkauman dianggap 'anti-nasional'.

“Kami bahkan menyerahkan diri pada Perlembagaan. Semua tiga parti dalam PR menandatangani kenyataan, menyerahkan diri untuk jaminan keluhuran Perlembagaan,” katanya.

Anwar menambah bahawa dengan menolak konsep Ketuanan Melayu, tidak bermakna dia bersikap 'anti-Melayu'.

Dalam sidang media yang sama, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, beliau setuju dengan Anwar bahawa tindakan Najib melakukan serangan terhadap pembangkang adalah tanda jelas bahawa Perdana Menteri merasa cemas berikutan sokongan padu rakyat kepada PR.SH

MUFTI PERAK : AMALAN BERUNSUR KHURAFAT

Read more ...

Khir Toyo dah tak jadi Ketua Pembangkang



SHAH ALAM, 6 Dis. : Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo melepaskan jawatannya sebagai Ketua Pembangkang Selangor berkuat kuasa serta merta.

Beliau mengambil keputusan itu selepas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan memperoleh dua lot tanah dan sebuah rumah bernilai RM6.5 juta pada harga RM3.5 juta, dua tahun lalu.

Difahamkan beliau akan menghantar surat peletakan jawatan kepada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Teng Chang Khim dalam masa terdekat.

"Berkenaan jawatan dalam parti, ia terserah kepada pucuk pimpinan UMNO mengenai kedudukan saya. Jika ia menjadi masalah besar kepada parti, saya rela mengundur diri.

"Namun sebagai Wakil Rakyat, saya akan terus berkhidmat walau atas platform mana pun sehingga mahkamah membuat keputusan," katanya dalam kenyataan di blognya, semalam.

Sebelum ini, Mohamad Khir pernah digantung menghadiri persidangan dewan selama 12 bulan selepas mengkritik Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) Selangor.SH

MUFTI PERAK : AMALAN BERUNSUR KHURAFAT

Read more ...

PAS memang layak ganti Umno


KUALA LUMPUR, 7 Dis. : PAS lebih layak menggantikan UMNO bagi menguruskan negara ini jika memperoleh kemenangan dalam pilihan raya umum akan datang dengan persetujuan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

Pengerusi Lajnah Pendidikan PASPusat, Datuk Abu Bakar Chik berkata, komponen Pakatan Rakyat (PR) perlu meyakini keikhlasan dan keupayaan PAS kerana ia layak mengepalai kerajaan.

“PAS tidak pernah mengkhianati, tetapi yang menjadi pengkhianat adalah orang lain,” katanya selepas sidang media berkenaan penubuhan dana pendidikan PAS, di sini, semalam.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Lembaga Amanah berkata, walaupun PAS tidak mempunyai kerusi di Sabah dan Sarawak, tidak bermakna PAS tidak boleh memimpin Kerajaan Pusat.

Berkenaan penubuhan Dana Pendidikan PAS, katanya, ia adalah komitmen PAS kepada institusi pendidikan, khususnya dan masyarakat amnya dalam usaha bagi memartabatkan pendidikan Islam dan memberi peluang kepada pelajar dan tenaga pengajar mendapat kemudahan prasarana di sekolah.

Pas menyasarkan RM1 juta hasil sumbangan daripada golongan korporat dan orang ramai.

Majlis makan malam berkenaan penubuhan dana pendidikan itu bersama Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan diadakan pada 29 Januari 2011 di Hotel Blue Wave, Shah Alam.SH

MUFTI PERAK : AMALAN BERUNSUR KHURAFAT

Read more ...

Polis memang hebat, tapi tak bertempat













KUALA LUMPUR, 6 Dis. : Tindakan polis melepaskan gas pemedih mata dan pancutan air meriam dan memukul rakyat yang hadir pada perhimpunan anjuran kerajaan negeri Selangor semalam terus dibidas oleh pelbagai pihak.

Suara Rakyat Malaysia dan Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor membidas kezaliman yang ditunjukkan pihak berkuasa ke atas 15,000 orang yang hadir di Masjid Negara semalam.

Ahli parlimen Klang, Charles Santiago adalah antara mangsa yang diheret dan ditendang oleh beberapa anggota polis apabila beliau cuba membantu seorang warga emas.

Ketika kejadian itu, Charles melihat seorang wanita dipukul dan bajunya koyak-rabak akibat kekasaran polis.

Operasi polis semalam menyaksikan kira-kira 48 orang ditahan, dan empat meriam air dikerah ke beberapa lokasi di ibu negara.

Ketumbukan polis mengangkat senjata dan merempuh 1,000 orang awam yang berarak di Stesen Keretapi Kuala Lumpur.

Mereka menjadi sasaran polis walaupun berhimpun secara aman untuk mengiringi Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim bagi menyampaikan memorandum kepada Istana Negara untuk memohon supaya hak menguruskan air dikembalikan kepada rakyat.

Tanpa sebarang provokasi, tiba-tiba ribuan orang diserang oleh pasukan polis persekutuan, menyebabkan ramai yang cedera.

" Seorang wanita berhampiran saya sedang menangis tetapi polis terus memukul orang, merobek baju, dan mereka benar-benar di luar kawalan.

" Wanita di sebelah saya dipukul, wanita tua juga dipukul, baju dirobek. Mereka pukul untuk apa? Adakah ini arahan Ketua Polis Negara yang baru?," katanya lagi.

Ketika ditanya media apakah penganjur telah mendapat permit menganjurkan perarakan itu, Pengarah Eksekutif EMPOWER, Maria Chin berkata rakyat telah dikhianati kerajaan Malaysia.

" Saya tidak fikir isunya tentang permit. Pertamanya kita punya hak untuk berada di sana. Mereka telah memberi kita lampu hijau kepada kita. Mereka benarkan kita menyerahkan memorandum ke Istana Negara. Tetapi apabila mereka melepaskan tembakan gas pemedih mata, mereka sebenarnya memungkiri janji mereka. Rakyat sebenarnya memberi kepercayaan kepada polis," ujar Maria.

Sementara itu, Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) berpandangan pihak berkuasa telah dengan sengaja melanggar undang-undang.

" Jika kita lihat dalam Bersih, hakim memutuskan Bersih adalah perhimpunan aman. Ini bermakna 48 yang ditahan polis itu telah ditangkap sewenang-wenangnya," ujar wakil SUARAM, Woon Hui.

Di sidang media yang sama, ahli parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, polis jelas berniat jahat dalam cubaan terdesak untuk untuk menyuraikan perhimpunan itu.

" Pihak PDRM mengizinkan empat kereta, menteri besar dan exco diiring polis ke istana. Jelas mereka mempunyai niat jahat, kerana belum pun kereta kami melepasi kawasan selamat itu, pihak FRU telah menembak ke arah kami. Menteri besar, exco dan saya sendiri terperangkap dalam asap gas pemedih mata dalam kereta kami," ujar Dr. Dzul.

MUFTI PERAK : AMALAN BERUNSUR KHURAFAT

Read more ...

Baru sekor jerung, banyak lagi jerung lain




















KUALA LUMPUR, 6 Dis.: Anggota Jawatankuasa Khas SPRM, Salahudin Ayub mendakwa, pendakwaan ke atas Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo hanya satu peratus daripada keseluruhan kes berprofil tinggi yang ada.

Katanya, biarpun beliau mengalu-alukan pendakwaan oleh pihak Peguam Negara itu, namun rakyat tidak mudah untuk berasa teruja dengan tindakan itu.

Ini kerana, negara mempunyai pengalaman sewaktu Tun Abdullah Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri apabila dua kes berprofil tinggi yang didakwa di mahkamah, akhirnya digugurkan apabila menjelang pilihan raya.

"Ini satu peratus dari keseluruhan kes berprofil tinggi yang ada.

"Kita ada pengalaman zaman Mr Clean (Tun) Abdullah Ahmad Badawi menangkap Eric Chia dan Kasitah Gadam, tetapi kes berprofil tinggi itu digugurkan bila berlaku pilihanraya," katanya yang juga Naib Presiden PAS.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan ke atas Khir Toyo, yang juga bekas Menteri Besar Selangor, yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini atas tuduhan rasuah.

Selain Khir, seorang lagi yang didakwa adalah Pengarah Ditamas Sdn Bhd, Shamsuddin Haryoni.

"Saya harapkan satu perbicaraan adil dan telus, itu sahaja. Apa yang berlaku pada Khir Toyo ini jangan terhenti di sini sahaja.

"Kita bimbang ini juga trend sama berlaku sekarang," kata Ahli Parlimen Kubang Kerian itu.

Dalam pendakwaan hari ini, kedua-dua tertuduh tidak mengaku bersalah.

Khir Toyo, 45, didakwa berhubung pemilikan dua lot tanah dan sebuah rumah mewah di Seksyen 7, Shah Alam.

Beliau mengaku tidak bersalah ketika tuduhan itu dibaca di hadapan Hakim Azhaniz Teh Azman Teh.

Beliau didakwa telah mendapatkan untuk dirinya dan isteri Datin Seri Zahrah Kechik, 45, suatu barang berharga dengan suatu balasan yang beliau ketahui tidak mencukupi iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di alamat no 8 & 10, Jalan Suasa 7/1 L, Shah Alam, daripada Ditamas Sdn Bhd melalui pengarah Ditamas, Shamsuddin Hayroni, dengan harga RM3.5 juta, sedangkan hartanah itu telah dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.

Khir Toyo didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7, Shah Alam, pada 29 Mei 2007.

Adun Sungai Panjang merangkap Ketua Pembangkang Dun Selangor itu didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

MUFTI PERAK : AMALAN BERUNSUR KHURAFAT

Read more ...

Khir Toyo pun cakap mahkamah akan bersihkan namanya, tak faham lagi






















SHAH ALAM, 6 Dis. : Mantan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo tidak menolak kemungkinan pendakwaan beliau atas tuduhan rasuah di mahkamah hari ini didorong oleh kepentingan politik.

Ditanya oleh pemberita sama ada tindakan terhadapnya itu ada kaitan dengan pilihan raya yang diuar-uarkan akan dipanggil oleh Perdana Menteri Najib Razak tidak lama lagi, Khir akur terhadap kemungkinan itu.

"Saya tidak tahu, sebagai seorang ahli politik, saya mungkin berfikir begitu, tetapi biarkan sistem kehakiman membersihkan nama saya dahulu", kata beliau sejurus selepas di dakwa di Mahkamah Sesyen hari ini.

Ditanya sekali lagi kemungkinan wujudnya agenda politik tertentu disebalik tindakan mengheretnya ke mahkamah, Khir hanya berkata: "Saya tak nak ulas perkara itu".

Khir bagaimanapun yakin kes terhadap beliau adalah rapuh dan beliau akan dibebaskan.

"Saya beli rumah ini atas rasa 'willing seller' dan 'willing buyer'. Pemilik yang pertama mengatakan dia beli rumah daripada owner (pemilik) sebelum ini RM6.4 juta, tapi dia jual kepada saya RM3.5 juta, semua ikut peraturan dari segi bank urusniaga bank dan sebagainya, “ kata beliau.

Khir didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini atas tuduhan mendapatkan untuk dirinya dan isteri Datin Seri Zahrah Kechik, 45, suatu barang berharga dengan suatu balasan yang beliau ketahui tidak mencukupi iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di alamat no 8 & 10, Jalan Suasa 7/1 L, Shah Alam, daripada Ditamas Sdn Bhd melalui pengarah Ditamas, Shamsuddin Hayroni, dengan harga RM3.5 juta, sedangkan hartanah itu telah dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.

Khir didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi menteri besar Selangor, di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7, Shah Alam, pada 29 Mei 2007.

ADUN Sungai Panjang merangkap Ketua Pembangkang DUN Selangor itu didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyiasat kes tersebut ekoran dakwaan yang dibuat oleh ADUN Sekincan, Ng Suee Lim.

Ng mendakwa hartanah seluas 50,000 kaki persegi itu dibina pada anggaran kos RM20 juta, manakala tanah itu dibeli dengan harga RM3.8 juta.

MUFTI PERAK : AMALAN BERUNSUR KHURAFAT

Read more ...

Bukan kempen politik, iklan pun tak boleh














SHAH ALAM, 6 Dis.: Sistem keterbukaan yang diamalkan oleh kerajaan negeri Selangor ternyata tidak diterima oleh media-media cetak utama tegas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Beliau merujuk kepada tawaran untuk mengiklankan isi kandungan memorandum kembalikan hak air kepada rakyat yang dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong semalam yang ditolak tanpa memberi penjelasan yang munasabah walaupun kerajaan negeri sanggup membayarnya.

Tawaran itu dibuat supaya rakyat diberi peluang untuk membuat pilihan dalam menilai isi kandungan memorandum tersebut disamping memahami tujuan kerajaan membuat memorandum tersebut yang untuk memperjuangkan hak-hak rakyat dan bukan demi kepentingan politik.

"Kita rasa memorandum itu perlu difahami oleh rakyat dan kita cuba supaya tidak membebankan surat-surat khabar, kita cuba membeli ruang iklan untuk menerbitkan memorandum tersebut, malangnya dia tidak diterima oleh syarikat-syarikat surat khabar utama atas alasan yang tidak diberikan," katanya.

Tan Sri Khalid berkata demikian ketika sidang media selepas menghadiri perhimpunan bulanan jabatan kerajaan Negeri Selangor di sini hari ini.

Beliau turut menegaskan perlu ada kebebasan maklumat dalam sesebuah negara dan memberi peluang kepada kerajaan negeri dalam menyalurkan maklumat-maklumat kepada rakyat.

MUFTI PERAK : AMALAN BERUNSUR KHURAFAT

Read more ...

Mari tengok rakyat naik marah , Songkok Tiga Jengkal Umno dah bergoyang

http://i986.photobucket.com/albums/ae343/toirtap/050508-monkey-404_668094c.jpg



ORANG PERAK


Teman tak nafikan Allah tak ubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu mengubahnya, tetapi tidakkah anda terfikir wahai Melayu baru, pendapatan anak bangsamu tidak setimpal dengan harga barang keperluan seharian. Melayu baru harga sekampit beras berat lima kilogram adalah RM13, ikan kembung sekilo R 8, gula RM2.10, petrol satu liter RM1.90, perbelanjaan sekolah anak yang ditanggung adalah RM3 satu hari, cuba anda kalikan jika ada anak yang bersekolah ada empat orang berapakah jumlah nya. Untuk pengetahuan anda kebanyakan pekerja adalah di sekitar gaji RM500-800 sebulan, adakah anda rasa cukup perbelanjaan selama satu bulan? - WAK DOL

Harga petrol RON95, diesel, LPG dan gula naik lagi. Rakyat yang berpendapatan rendah terus tersepit dan kesusahan akibat kenaikan harga barang. Akhbar menyiarkan perbandingan harga barang di Malaysia yang dikatakan masih rendah berbanding negara jiran iaitu Indonesia, Singapura dan Thailand. Masalahnya kita bukannya duduk di Indonesia, Singapura dan Thailand jadi perbandingan tersebut adalah tidak wajar dan sekadar hendak menenangkan rakyat Malaysia sahaja. Pastinya selepas ini akan keluar di akhbar-akhbar tentang keperitan rakyat Malaysia dengan kenaikan harga barang. - 6019465xxxx

Pengundi yang mengundi UMNO BN jangan marah dan mengeluh atas kenaikan kos sara hidup berikutan harga minyak dinaikkan walaupun menteri memberi jaminan tiada kenaikan harga minyak masa PRK Galas dan Batu Sapi. Kami yang tidak memilih UMNO BN memang terpaksa dan dipaksa menerima apa saja HADIAH dari parti pujaan anda. Sokonglah sampai mati pun UMNO BN tidak akan berubah. Pengundi UMNO tentu dapat beli minyak dan barang keperluan dengan harga murah. - KOTA SEPUTIH

Kenaikan harga barang seperti minyak, diesel, gas asli cecair LPG tidak wajar dinaikkan kerana barangan keperluan lain turut akan naik atas alasan kos pengangkutan. Rakyat akan mengeluh kerana minyak menjana pembangunan negara. Kerajaan harus menangani masalah ini segera jangan asyik janji saja Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan. Kita bimbang PRU ke 13 BN akan tumbang, cuba kaji semula mengapa PRU-12 BN hilang banyak kerusi ini disebabkan kenaikan harga minyak. - AJIE



ORANG KEDAH, PERLIS, PENANG

Sejak akhir-akhir ini kerap kemalangan jalan raya yang melibatkan kereta, ada yang terbakar. Diminta pihak yang berkenaan dan kerajaan menjalankan siasatan terperinci. Mungkinkah disebabkan minyak RON 95 yang kebanyakan kita gunakan?- RAKYAT KECEWA

Memang alasan kenaikan minyak tidak munasabah. Tulisan saudara JAAFAR SAIDIN, KULIM harus diberi perhatian oleh kerajaan dan semua pihak. Kenapa harus dibandingkan dengan negara-negara seperti itu. Kenapa negara Brunei tidak disebut.- RAKYAT KECEWA

Khas untuk Ketua Pemuda UMNO Kedah yang membantah kenaikan harga air di Kedah, apakah tindakan anda sekalian dengan kenaikan harga gas, gula, minyak petrol dan diesel dan yang lainnya. Apakah kenaikan harga ini tidak membebankan rakyat. Diharap anda semua tolong beri penjelasan. - KG LABI

Apabila minyak dan gula naik, kerajaan buat perbandingan dengan negara jiran sedangkan negara jiran seperti Thailand dan Singapura tiada pun hasil minyak. Negara kita adalah sebuah negara kaya kerana banyak hasil dari sumber sepert minyak, balak, kelapa sawit, teh, gula, getah, padi, pelabuhan Pasir Gudang/ Kelang/Penang, kutipan cukai tol dan duit saman Trafik/JPJ, kemanakah perginya semua duit itu sehingga hutang negara terus meningkat berbilion ringgit dan nilai duit negara kita pula makin jatuh. - ROSMA

Terima kasih kerajaan BN kerana membuktikan bahawa rakyat sentiasa didahulukan, dengan menaikkan harga barang keperluan. Nampaknya rakyat kena akur lagi dengan hambatan kos sara hidup yang semakin melambung angkara percaturan ekonomi pemboros. Kepada mereka yang sudah celik dengan suasana politik semasa negara, wajarkah UMNO/BN diberi mandat lagi dalam PRU akan datang? ANAK SIAM KEDAH.

Harga gula, minyak dan gas naik lagi. Kemana perginya Ketua Pemuda UMN0 Kedah, Ketua Pemuda Gerakan Kedah dan Pemimpin BN Kedah yang lantang bersuara kononnya membela rakyat isu kenaikan harga air di Kedah tempoh hari. Kenapa hari ini membisu. Kepada kementerian janganlah buat bandingan negara kita dengan Singapura, yang menanggung bebanan adalah rakyat. -WARIS KG HUJUNG KAI



ORANG MELAKA


PENINGKATAN harga minyak dan barangan seiring dengan peningkatan sokongan rakyat pada kerajaan. Semakin besar sokongan, semakin besar juga kenaikan barangan. Inilah padahnya memberi sokongan kepada parti yang telah rosak. - ROBIN HOOD MODEN 1MALAYSIA, MELAKA



ORANG SELANGOR

HARGA minyak naik lagi, alasan kerajaan tetap sama. Syor supaya keuntungan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) disalurkan dalam bentuk subsidi untuk membantu meringankan beban rakyat khasnya golongan berpendapatan rendah. - EMBAH JOTO


ORANG PAHANG

Harga minyak naik lagi! Janganlah nak naikkan harga barang yang membebankan rakyat. Tapi nak dibandingkan dengan negara jiran yang tak punya hasil sumber mentah sendiri, memang mahal. Di sana tiada minyak sendiri! Cukup-cukuplah bebankan rakyat- DR TAKBODOH

Kenapa KPDNKK dilihat tidak mampu menyekat kenaikan harga barang keperluan asas, masalah ini setiap masa berlaku membebankan rakyat yang berpendapatan kecil kebanyakan masyarakat luar bandar yang mempunyai ahli keluarga yang ramai, mana janji pemimpin pemerintah yang begitu megah melaungkan slogan Rakyat Didahulukan, atau bermaksud sebenarnya rakyat dibebankan dengan pelbagai cara mengikut hati pemimpin sahaja tanpa ambil peduli penderitaan rakyat. - iNSAN MELAYU KELIRU


SH

MUFTI PERAK : AMALAN BERUNSUR KHURAFAT

Read more ...

Kasitah terlepas, Eric Chia bebas, Khir Toyo tahu dah jawapannya











KUALA LUMPUR, 6 Dis. : Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berharap pendakwaan terhadap Khir Toyo atas tuduhan rasuah tidak berpaksi kepada agenda politik Umno semata-mata.

Beliau berkata pihak yang mengamalkan rasuah dan menyalahgunakan kuasa harus diheret ke mahkamah demi mendapatkan keadilan.

Ini bagi memastikan mereka yang salah tidak mengulangi perbuatan itu di samping member keinsafan kepada semua pihak.

Namun pada masa sama, Tan Sri Khalid berkata pendakwaan terhadap Khir Toyo tidak dilakukan hanya untuk memperbaiki imej Umno.

" Saya berharap mereka-mereka yang menyalahgunakan kuasa atau rasuah akan mendapat keputusan yang terbaik oleh mahkamah supaya menjadi satu halangan kepada semua yang ingin mencubanya kemudian. Saya (juga) harap ini bukan sebagai satu drama hanya untuk menunjukkan bahawa Umno sudah mula bertaubat dan membersihkan orang-orang mereka," kata Khalid.

Kebimbangan Tan Sri Khalid dan pemimpin lain berpaksi kepada hakikat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum ini turut mengheret beberapa "jerung” ke mahkamah tetapi gagal mensabitkan tuduhan rasuah ke atas mereka.

Antara mereka ialah bekas Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi Tan Sri Kasitah Gadam dan Pengerusi Perwaja Tan Sri Eric Chia.

Kasitah dibebaskan pada tahun 2009 manakala Eric Chia terlepas dari hukuman pada tahun 2007.

Hakim dalam kedua-dua kes menegur pendakwaan kerana gagal memanggil saksi-saksi penting, sehingga menjadikan kes terhadap dua tokoh itu rapuh.

Khir Toyo dan pengarah Ditamas Sdn Bhd, Shamsuddin Haryoni dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini atas tuduhan rasuah. Kedua-duanya mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan tersebut.

Khir Toyo, 45, didakwa berhubung pemilikan dua lot tanah dan sebuah rumah mewah di Seksyen 7, Shah Alam.

Beliau didakwa mendapatkan untuk dirinya dan isteri Datin Seri Zahrah Kechik, 45, suatu barang berharga dengan suatu balasan yang beliau ketahui tidak mencukupi iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di alamat no 8 & 10, Jalan Suasa 7/1 L, Shah Alam, daripada Ditamas Sdn Bhd melalui pengarah Ditamas, Shamsuddin Hayroni, dengan harga RM3.5 juta, sedangkan hartanah itu telah dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.

Khir Toyo didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi menteri besar Selangor, di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7, Shah Alam, pada 29 Mei 2007.

ADUN Sungai Panjang merangkap Ketua Pembangkang DUN Selangor itu didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

MUFTI PERAK : AMALAN BERUNSUR KHURAFAT

Read more ...

Najib terdesak












KUALA LUMPUR, 6 Dis. : Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan serangan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Razak terhadap Pakatan Rakyat khususnya PKR dalam ucapan di Konvensyen BN semalam sebagai keras dan tindakan terdesak.

Anwar berkata, ucapan Najib yang juga Perdana Menteri itu jelas menggambarkan rasa cemasnya terhadap perkembangan politik semasa dan salah satu cara untuk mengalihkan kepincangan pentadbiran BN.

"Ucapan serangan Najib keras dan melambangkan sikapnya yang terdesak dengan perkembangan politik sekarang, nak alih isu kepincangan dalam pentadbiran dan rasuah dalam BN sendiri. Ini nampak lain dari 'style' Najib yang biasa.

"Maknanya ini pelancaran perang untuk menghadapi pilihan raya," kata Anwar dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Ketua Pembangkang itu juga berkata, isu 'keluarga dalam PKR' yang dibangkitkan Najib sangat tidak relevan kerana kedudukan Najib juga berlatar belakangkan hubungan keluarga.

"Beberapa isu beliau bangkitkan begitu aneh seperti isu keluarga dalam parti dan sebagainya, datangnya dari seorang yang naik atas kapasiti ayahnya Perdana Menteri, lantik sepupu sebagai Menteri Dalam Negeri dan masih membangkitkan isu peribadi," katanya merujuk kepada ayah Najib, Tun Abdul Razak dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang merupakan sepupunya.

Anwar yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh turut mempersoal dakwaan Najib bahawa Pakatan Rakyat anti nasional.

Saya nak tumpu tentang Pakatan ini, beliau memberikan gambaran seolah-olah Pakatan Rakyat mengalami perpecahan. Isu apa?Anti nasional isu apa? Kita berpegang pada perlembagaan. Adakah menentang rasuah itu anti nasional?Cara melayani tunjuk perasaan aman rakyat menuntut hak mereka itu juga anti nasional?" soalnya.

Tambahnya, jika benar Najib seorang pemimpin yang bertanggungjawab, beliau akan memberi peluang kepada Pakatan Rakyat untuk membalas hujahnya secara bersemuka.

"Kalau benar beliau pemimpin bertanggungjawab, beliau tidak harus mengeluarkan kenyataan tak bertangugjawab dan harus beri ruang kepada pembangkang untuk menjawab. Ini seorang Menteri bercakap di hadapan ahlinya, tak beri ruang untuk kita menjawab. Ini membelakangkan semangat demokrasi dan perbahasan segar," katanya.

Sementara itu, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dengan nada sinis mengucapkan terima kepada kasih kepada Najib kerana memberikan mesej jelas kepada rakyat bahawa Pakatan merupakan gabungan masa depan.

"Saya ucap tahniahlah kepada Najib kerana tak dapat sembunyikan rasa cemasnya.

"Terima kasih juga kepada beliau kerana serangan beliau itu memberikan mesej jelas kepada rakyat bahawa Pakatan merupakan gabungan masa depan bagi rakyat Malaysia," kata beliau yang juga ahli parlimen Pokok Sena.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng pula meminta satu suruhanjaya siasatan diraja ditubuhkan bagi menyiasat kehilangan RM 52 bilion saham bumi untuk membuktikan keihklasan BN.

"Kalau Perdana Menteri serius menangani rasuah kita harap beliau boleh adakan suruhanjaya siasatan diraja ke atas skandal saham bumi sebanyak 52 bilion ringgit yang telah dilesapkan kerana sungguhpun RM52 bilion saham yang harus diberikan kepada golongan melayu ataupun bumiputera miskin sudah hilang, tiada sebarang tindakan diambil.

"Kenapa tak ada sebarang tindakan BN terhadap skandal ini?Jelas mereka hanya nak kekalkan kekayaan kroni mereka," katanya yang juga ahli Parlimen Bagan.

Najib dalam ucapan dasar sempena Konvensyen BN di Wisma MCA semalam menggelarkan Pakatan Rakyat sebagai pakatan nepotisme dan anti nasional.

MUFTI PERAK : AMALAN BERUNSUR KHURAFAT

Read more ...

Kerajaan Selangor mahu ambil alih industri air














SHAH ALAM, 6 Dis. : Kerajaan Negeri Selangor hari ini menegaskan isu pengambilalihan industri perkhidmatan air di negeri itu bertujuan menghalang kezaliman akibat lemahnya perjanjian dan pelaksanaan industri tersebut untuk sekian lama.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam perutusan Maal Hijrah 1432 hari ini berkata dalam isu perkhidmatan air di negeri ini, apa yang malang adalah rakyat diminta menanggung segala kelemahan melalui bantuan kewangan oleh Kerajaan Persekutuan kepada syarikat konsesi tersebut di samping usaha syarikat pemegang konsesi itu meningkatkan harga air dengan kadar yang sangat tinggi.

"Perkara itu berlaku disebabkan wakil rakyat yang dipilih gagal memastikan mereka mewakili kepentingan rakyat.

"Tanpa diwakili, dan ianya tidak dibentang serta dibahaskan di Parlimen, jelaslah bahawa rakyat dimangsakan oleh Barisan Nasional.

"Kerajaan Negeri Selangor yang kini dipimpin oleh Pakatan Rakyat yakin bahawa industri perkhidmatan air ini boleh diuruskan dengan lebih mapan kelak selepas diambil-alih.

Rakyat Selangor khususnya kata Khalid, berhak mendapat perkhidmatan air bersih pada kadar munasabah dan bukan dibuat secara telunjuk lurus kelingking berkait.

"Sebagai penegasan, satu memorandum berkenaannya telah dipanjangkan kepada DYMM Tuanku Yang di-Pertuan Agong.

"Saya berharap, usaha Kerajaan Negeri Selangor untuk membawa perubahan kepada kehidupan bernegara yang lebih baik akan terus disokong oleh rakyat.

"Di samping itu, teguran dan tunjuk ajar kepada kami amatlah penting dalam usaha memastikan keadilan itu hidup dalam setiap detik waktu," ujar beliau.

Dalam pada itu, beliau turut menjelaskan ketibaan 1 Muharam 1432 Hijrah menandakan detik mula tahun baru bagi umat Islam seluruh dunia.

Di mana sebagaimana lazimnya, sambutan tahun baru ini sering diiringi dengan pembaharuan tekad di samping azam baru yang luhur.

"Umumnya, kemahuan untuk berubah daripada kurang baik kepada baik atau baik kepada lebih baik itu adalah maksud perubahan yang seiring dengan ajaran Islam.

"Konsep ini pernah menjadi sebutan ramai ketika Dasar Pandang ke Timur popular di Malaysia. Ia disebut sebagai kaizen, istilah yang menerangkan konsep serupa dalam bahasa Jepun.

Lazimnya, manusia tidak meletakkan tekad dan azam yang buruk dalam kehidupan mereka. Secara fitrahnya, manusia mengimpikan kehidupan terbaik untuk diri masing-masing. Namun, kepelbagaian realiti membuatkan apa yang dilihat baik dan buruk oleh manusia itu rencam sama ada dari segi nilainya atau dari segi pentadbirannya.

Hijrah ujar Khalid, bukan hanya kisah Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat meningggalkan Mekah dan ke Madinah.

Ia juga bukan sekadar petunjuk kehadiran tahun baru.

"Harus diingati bahawa Rasulullah S.A.W dan para sahabat r.anhum telah bertolak ke Madinah di hujung bulan Safar dan tiba pada 12 Rabiul'awal.

"Tanggal 1 Muharam hanya dipilih oleh Saidina Umar r.a. kemudian. Seluruh peristiwa Hijrah ini tentulah mempunyai makna besar kepada kehidupan manusia, khususnya umat Islam.

Tambah beliau, Hijrah Rasulullah s.a.w. memberi makna besar dalam hidup bernegara di mana kita dapat menyaksikan bagaimana masyarakat disusun berasaskan prinsip universal yang adil kepada semua.

MUFTI PERAK : AMALAN BERUNSUR KHURAFAT

Read more ...

MIC pula nak tunjuk hero cari publisiti













SHAH ALAM, 6 Dis. : Exco Selangor, Dr. Xavier Jayakumar mendakwa adanya usaha menjatuhkan reputasi kerajaan negeri dengan mendakwa kerajaan pimpinan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak telus dalam pengagihan biasiswa mahupun pinjaman pendidikan pelajar India di negeri ini.

Menurut Xavier, Pemuda MIC seharusnya membuat kajian terlebih dahulu berhubung jumlah permohonan dan pengagihan biasiswa yang diberikan Yayasan Selangor kepada masyarakat India sebelum membuat sebaran tindakan.

"Ini semua amalan kurang baik untuk menarik media oleh pihak tertentu dalam usaha memburukkan pentadbiran Kerajaan Negeri dimata rakyat," demikian kata Xavier.

Kira-kira jam 11.00 pagi tadi, Pergerakan Pemuda MIC yang dipimpin oleh Setiausahanya Sivaraajh menghantar memorandum membantah diskrimisnasi terhadap pinjaman dan biasiswa terhadap pelajar India oleh Kerajaan Negeri.

Memorandum tersebut mendakwa hanya tiga orang pelajar India sahaja menerima pinjaman pendidikan oleh kerajaan negeri pada tahun ini menerusi Yayasan Selangor selain mendakwa pimpinan Pakatan Rakyat mengamalkan sikap pilih kasih.

Namun menurut Xavier, tindakan tersebut tidak ubah untuk mencari publisiti semata-mata. Bahkan katanya, rekod membuktikan ketika zaman peerintahan MIC dahulu, nasib anak-anak kaum India lebih dipinggirkan berbanding kini.

" Ini semua satu cara untuk mendapat publisiti disurat khabar dan sebagainya.

" Tetapi kalau kita melihat kepada sejarah,berapa pelajar yang mendapat bantuan biasiswa semasa zaman pemerintahan MIC dahulu? Ketika itu pelajar India ramai yang tidak dapat,di Universiti pun pelajar India tidak mendapat tempat,sekarang sahaja sudah meningkat," tambah Xavier lagi.

Xavier yang juga Adun Sri Andalas ketika dihubungi Tv Selangor memberitahu kenyataan ini adalah satu tuduhan semata-mata kerana kerajaan negeri menerusi Yayasan Selangor katanya, sentiasa prihatin dalam pelakasanaan pemberian pinjaman dan biasiswa kepada anak Selangor yang mahu meneruskan pelajaran.

" Semua yang terpilih kita serahkan kepada yayasan selangor untuk menguruskan bantuan.

" Kita memang telah menyemak isu ini,pemohon yang tertinggi adalah dari kaum Melayu,diikuti kaum India dan Cina,"tambah beliau lagi.

Berikut data pembahagian pembiayaan pendidikan oleh Yayasa Selangor ;


Bangsa Jumlah Pemohonan Jumlah penerimaan

Melayu > 1000 505
India 53 28
Cina 12 12

Justeru, Xavier menyeru pihak Yayasan Selangor supaya menghebahkan laporan sebenar untuk maklumat semua pihak termasuk rakyat agar tidak berlaku salah faham sehingga dimanipulasi untuk menjatuhkan imej kerajaan negeri Pakatan Rakyat.

"Apa yang Yayasan Selangor perlu buat ialah mendedahkan kepada media tentang laporan sebenar biasiswa yang telah diberi supaya semua pihak tahu," tambah beliau lagi.

Yayasan Selangor ditubuhkan 40 tahun lalu oleh kerajaan Umno-Barisan Nasional untuk menyediakan peluang pendidikan kepada para pelajar miskin menerusi Rancangan Khas Pendidikan dengan kerjasama Kementerian Pendidikan.

Namun semasa pemerintahan kerajaan BN, ia tidak pernah diaudit selama lima tahun bermula dari tahun 2005.

MUFTI PERAK : AMALAN BERUNSUR KHURAFAT

Read more ...

Keluar BN , tak sanggup lihat BN salah guna kuasa









TENOM, 6 Dis. : Parti Maju Sabah (SAPP) keluar daripada Barisan Nasional (BN) pada September, 2008 kerana parti itu tidak lagi sanggup melihat karenah penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa yang berleluasa berlaku dalam kepimpinan kerajaan BN.

Tegas Timbalan Presidennya Datuk Eric Mojimbun, malahan teguran yang dibuat oleh parti parti kecil dalam BN khususnya SAPP langsung tidak diambil peduli oleh mereka walaupun tujuan SAPP adalah ikhlas demi melihat kelangsungan pentadbiran dan kepimpinan BN menuju kearah landasan yang betul.

"Kita bukan merajuk tetapi tindakan kita mahu menyelamatkan rakyat dan negeri ini dari terus menuju kemunduran yang berterusan...kerana kita dalam 47 tahun bersama membentuk Malaysia hak asasi kita mengikut dalam Perlembagaan terus terbiar, maksudnya kita rakyat Sabah terus dibelenggu kemiskinan," kata beliau ketika berucap merasmikan majlis Induksi Ahli Ahli Baru SAPP kawasan Kemabong di Hotel Perkasa dekat sini pada Ahad.

Mantan CDO Saul Salleh.Hadir bersama dimajlis itu, Timbalan Speaker DUN Sabah Datuk Frankie Chong Yu Chee, mantan Menteri Kewangan semasa kerajaan Parti Berjaya Datuk Haji Mohd Noor Mansor, Naib Presiden SAPP Jimmy Jawatah, Ahli Majlis Tertinggi Steven Gaimin dan Ketua Pergerakan Pemuda SAPP Pedalaman Rudy Sulaiman Mairi.

Eric seterusnya menegaskan bahawa selagi kepimpinan SAPP masih berada dalam BN selagi itu hak parti itu bersuara lantang untuk menyuarakan sesuatu perkara yang bertentangan dengan aspirasi rakyat khususnya diSabah tidak digalakkan malah dilabel sebagai menentang dasar perjuangan kerajaan BN.

Tegas beliau, SAPP tidak dapat menyembunyikan kemarahannya terhadap kelibat segelintir pemimpin bersifat kuku besi Kuala Lumpur berhubung penyelesaian masalah Pendatang Asing Tanpa izin (PATI), Kad pengenalan Palsu, penyelewengan dan korupsi yang berleluasa dimana sehingga kini masalah tersebut masih berkeadaan tergantung.

Peserta kursus induksi SAPP"Perjuangan SAPP semata mata untuk membela rakyat Sabah dalam usaha mahu memertabatkan bangsa dan maruah negeri selain meningkatkan taraf hidup rakyat dengan harapan lambat laun rakyat akan terkeluar daripada kepompong kemiskinan," tegas Eric.

Datuk Eric yang juga Ahli Parlimen Sepanggar seterusnya menegaskan, bahawa agak malang sekali dimana laporan media baru baru ini mengejutkan banyak pihak apabila Bank Dunia mengatakan Sabah merupakan negeri yang termiskin diMalaysia.

"Saya bertanya diri saya sendiri, siapa yang mengakibatkan masalah ini berlaku? Sejurus itu ia mengingkat saya...siapa lagi kalau bukan tindak tanduk pemimpin pemimpin UMNO di Semenanjong yang suka membazir dan menggunakan peruntukkan yang berlebihan untuk kroni kroni mereka tetapi tidak sampai kepada sasaran tepat. Siapa yang menjadi mangsa kita diSabah pembangunan tidak sampai...kalau sampai pun lambat," tegas beliau dengan nada kesal sambil merujuk beberapa kawasan dipedalaman merungut kerana jalanraya rosak terok tidak dinaik taraf malah rakyat mendakwa setiap hari bergelut dengan lumpur.

Terdahulu, wakil peserta Induksi Kemabong yang juga mantan Pegawai Pembangunan Masyarakat (CDO) Kemabong Saul Salleh yang telah menyertai SAPP sebulan lalu berkata, beliau tidak sanggup lagi bersekongkol dengan perjuangan UMNO yang sering dicurigai rakyat keikhlasannya terhadap membangunkan kawasan disitu.

Katanya, cukuplah UMNO bertapak disitu selama empat penggal namun untuk meneruskannya sudah tidak ada kemungkinan lagi kerana mereka telah muak dengan kelibat buruk kepimpinan UMNO selama ini ibarat pepatah ada mengatakan "Bertuan dimata, ber Raja di mulut dan ber Sultan dihati".

Sebaliknya tegas Saul, rakyat jelata diperingkat akar umbi sudah faham dengan jelas bahawa mereka (rakyat) memerlukan perjuangan sebuah parti tempatan seperti SAPP dimana hanya parti tempatan sahaja yang mengerti masalah rakyat diSabah dan mampu menyelesaikan masalah mereka.

Oleh : Mail Mathew

MUFTI PERAK : AMALAN BERUNSUR KHURAFAT

Read more ...

Kerajaan Selangor ikut nasihat Sultan


























SHAH ALAM, 6 Dis. : Kerajaan negeri akan menggunapakai nasihat Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang mahu tindakan segera diambil untuk memastikan negeri ini tidak mengalami krisis air pada masa depan, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

" Kita menerima cadangan TuankU. Kita mesti membuat persediaan terhadap keadan-keadaan kekurangan air dan seterusnya. Itu kita akan lakukan, sebab itu kita nak mempercepatkan proses penswastaan ini supaya dapat dijalankan dengan cepat dan tertib," kata beliau.

Semalam, Tan Sri Abdul Khalid berkata kerajaan persekutuan akhirnya memberi persetujuan kepada kerajaan negeri untuk membuat tawaran semula kepada empat syarikat konsesi termasuk Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) bagi pengambilan aset mereka.

Kerajaan negeri akan menawarkan Syabas, Puncak Niaga, Splash dan Abass RM6 bilion, jumlah yang hampir sama ditawarkan sebelum ini, namun tidak dipersetujui oleh kerajaan persekutuan Umno-Barisan Nasional.

Jika tawatan itu diterima, kerajaan negeri akan mendapat hak semula untuk menguruskan industri air Selangor dan berpeluang menawarkan kemudahan itu pada harga yang lebih murah daripada Syabas.

Dalam wawancara dengan akhbar The Star semalam, Sultan Sharafuddin mahukan kemelut antara kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan diselesaikan secepat mungkin dan berharap kedua-dua pihak mengenepikan perbezaan politik mereka demi kebajikan rakyat Selangor.

Tan Sri Khalid berkata teguran oleh Tuanku tidak harus dilihat sebagai memihak kepada sesiapa tetapi dibuat atas keprihatinan baginda terhadap rakyat Selangor.

"Baginda mengingatkan bagaimana usaha yang terbaik untuk melakukan sesuatu, boleh jadi ada orang mengintrepetasikan sebagai amaran tapi bukan. Ini adalah satu nasihat. Rakyat berpayung kepada Raja kerana nasihat kebijaksanaan Raja. Itu yang paling penting," tambah Khalid lagi.

Sultan Sharafuddin semalam bertitah bahawa baginda menyedari setiap tegurannya kepada kerajaan negeri sekarang akan mendapat liputan meluas di media arus perdana.

Kenyataan itu dilihat sebagai bertunjangkan hakikat bahawa media arus perdana dikawal oleh Umno-BN dan sebarang kenyataan istana terhadap Pakatan Rakyat akan disensasikan.

Namun dalam wawancara sama, Sultan Idris Shah mengingatkan bahawa beliau sentiasa menegur kerajaan negeri apabila perlu dari dulu lagi, apabila Selangor dibawah pimpinan Umno-BN.

Khalid berkata tidak ada pihak yang harus memutarbelitkan amanat Sultan Sharafuddin.

"Tuanku berkata baginda membuat teguran bukan hanya pada 2008 sehingga sekarang, tetapi Tuanku membuat kenyataan ini sejak tahun 2002, saya ada baca, 2004 pun ada juga, jadi maknanya baginda konsisten. Maknanya Sultan mengingatkan pegawai kerajaan lebih baik jangan berpolitik tapi buat kerja, " tegas Tan Sri Khalid.

MUFTI PERAK : AMALAN BERUNSUR KHURAFAT

Read more ...