Monday, December 6, 2010

Bukan kempen politik, iklan pun tak boleh














SHAH ALAM, 6 Dis.: Sistem keterbukaan yang diamalkan oleh kerajaan negeri Selangor ternyata tidak diterima oleh media-media cetak utama tegas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Beliau merujuk kepada tawaran untuk mengiklankan isi kandungan memorandum kembalikan hak air kepada rakyat yang dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong semalam yang ditolak tanpa memberi penjelasan yang munasabah walaupun kerajaan negeri sanggup membayarnya.

Tawaran itu dibuat supaya rakyat diberi peluang untuk membuat pilihan dalam menilai isi kandungan memorandum tersebut disamping memahami tujuan kerajaan membuat memorandum tersebut yang untuk memperjuangkan hak-hak rakyat dan bukan demi kepentingan politik.

"Kita rasa memorandum itu perlu difahami oleh rakyat dan kita cuba supaya tidak membebankan surat-surat khabar, kita cuba membeli ruang iklan untuk menerbitkan memorandum tersebut, malangnya dia tidak diterima oleh syarikat-syarikat surat khabar utama atas alasan yang tidak diberikan," katanya.

Tan Sri Khalid berkata demikian ketika sidang media selepas menghadiri perhimpunan bulanan jabatan kerajaan Negeri Selangor di sini hari ini.

Beliau turut menegaskan perlu ada kebebasan maklumat dalam sesebuah negara dan memberi peluang kepada kerajaan negeri dalam menyalurkan maklumat-maklumat kepada rakyat.

MUFTI PERAK : AMALAN BERUNSUR KHURAFAT

No comments: