Hidayatullah.com—Di Kota Surabaya, Jawa Timur, tepatnya di belakang Taman Makam Pahlawan Kusuma Bangsa, Surabaya ada Masjid Muhammad Cheng Hoo yang berkonsepkan seni arsitektur China, maka di Malaysia juga terbangun sebuah masjid yang serupa, yaitu Masjid Beijing atau dikenal dengan masjid China. Terletak di Rantau Panjang, Negeri Bagian Kelantan, Malaysia. Kurang lebih dua kilometer dari perbatasan Malaysia-Thailand. Pintu masuk sebelah timur ke Malaysia dari negara tetangganya Thailand. Masjid Beijing tampak bagaikan istana maharaja China di zaman silam. Saat saya mengunjunginya baru-baru ini, saya tidak percaya bahwa bangunan unik itu adalah sebuah masjid. Kalau tidak ada menara adzan yang berdiri disampingnya, orang akan keliru dan menganggapnya sebuah pagoda. Ada kemiripan dengan sebuah tokong atau pagoda. Keindahan dan keunikan bangunannya sebagai sesuatu unik dalam sejarah Islam dan arsitektur Islam di Kelantan, Malaysia. Terletak di tepi Lebuhraya Pasir Mas-Rantau Panjang, masjid yang berjuluk ‘Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra’ ini dibangun atas ide Menteri Besar (Gubernur) Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sepuluh tahun dulu. Tok Guru, demikian panggilan Nik Abdul Azis Nik Mat, mengusulkan gagasan ini karena melihat belum ada satu pun masjid di Malaysia yang berkonsepkan dan berarsitektur China. Padahal komunitas Muslim China Malaysia jumlahnya ratusan ribu. Mereka juga memerlukan sebuah masjid yang bercirikan arsitektur mereka sendiri. Bagi Tok Guru, bangsa China lebih dahulu memeluk Islam di Nusantara. Karena itu, wajar jika pemerintah negeri Kelantan membangun sebuah masjid khusus seperti itu sebagai lambang penyatuan umat. Tak Bedakan Suku Masjid Beijing dibangun di atas tanah seluas 3.7 haktar. Arsitek dan pekerja ahli didatangkan langsung dari China. Sementara ukiran dan hiasan dalam masjid merupakan hasil tangan juru ukir dari Uzbekistan. Diawali tahun 1996, masjid ini baru selesai pada akhir tahun 2009. Namun sejak 2007 sudah digunakan untuk shalat tarawih dengan seorang imam yang didatangkan dari Republik Rakyat China. Hal ini sekaligus untuk menepati kehendak Tok Guru yang menginginkan seorang imam dari bangsa China untuk sholat jamaah di negeri Kelantan. Pembangunan masjid ini menelan biaya tak main-main, sekitar RM8.8 juta (setara dengan Rp 24 m). Penuh pernik-pernik dan hiasan warna hijau, masji unik ini mampu memuat sekitar seribu jamaah. Di sampingnya berdiri tegak sebuah menara yang dipuncaknya dihiasi lilitan serban atau kopiah sebagai simbol golongan ulama. Yang tak kalah menarik adalah tiang menara yang diukir dengan nama 25 rasul untuk mengingatkan kita bahwa nama-nama Rasul Allah itu penting. Selanjutnya, selain ruang sholat utama di lantai dua, terdapat juga kamar imam, ruang VIP dan ruang audio visual. Di lantai bawah terdapat ruang serbaguna, perpustakaan, ruang rapat, kantor, klinik, tempat mengaji anak-anak (TPA), kelas fardhu ‘ain (ruang kuliah/mengaji), ruang pengurusan jenazah dan WC/toilet. Tak sedikit orang mengecam dan mengkritik kerasa pada awal proses pembangunan masjid ini. Sebagian bahkan mengatakan, penggunaan arsitekstur China –apalagi mirip sebuah pagoda-- hanya akan menghilangkan ciri Melayu. Namun bagi Tok Guru punya alasan lain. Menurutnya, Islam tak pernah membeda-bedakan warna kulit dan suku bangsa. “Dalam Islam bangsa tidak penting, yang terbaik di sisi Allah SWT adalah mereka yang bertakwa,” ujarnya. Meski Masjid Beijing sudah bisa digunakan, namun pembukaannya secara resmi belum dilakukan. Pemerintah Kelantan merencanakan, selain Masjid Beijing yang sudah dibangun, juga akan menwujudkan sebuah pusat perdagangan yang dikenal sebagai Cheng Ho City yang akan dimulai 2011 ini. Tak hanya itu, pemerintah Kelantan juga akan mempromosikan perdagangan makanan halal China. “Kita juga akan adakan World Halal Trade Centre untuk memudahkan produk-produk halal dipasarkan di pasar berkenaan selain dilengkapi dengan Uighur Street,” ujar Menteri Kabinet Negara Malaysia, Haji Husam Musa. */N.Aminah-Ross
Monday, February 28, 2011
Berita Masjid Cina Rantau Panjang dalam akhbar Indonesia
PRK Kerdau : Sejak anak kecil sampai umur 24 tahun, tak siap-siap rumah bukan PR yang perintah tapi Umno BN
Rumah yang kami impikan masih juga belum disiapkan.....
TEMERLOH - Penduduk Kerdau mendengar sekali lagi janji kerajaan untuk menyiapkan Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) Paya Taram yang terbengkalai sejak 20 tahun lalu.
Adakah pilihan raya kecil (PRK) DUN Kerdau yang sedang berlangsung ketika ini akan menjadi penamat kepada permasalahan yang dideritai penduduk selama puluhan tahun itu.
Bagi penduduk, mereka sudah mendengar janji kerajaan mahu menyiapkan rumah tersebut sejak pilihan raya umum (PRU) 1990, 1995, 1999, PRK Sanggang tahun 2000, PRU 2004 dan yang terakhir pada PRU 2008 yang lalu.
Kelmarin, sekali lagi Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Ismail Said mengumumkan kepada media, kerajaan telah meluluskan RM2.2 juta bagi membaiki semula perumahan perumahan milik Perbadanan Setiausaha Kerajaan Pahang itu.
Menurut Ismail, pembaikpulihan itu akan ditanggung kos oleh Syarikat Perumahan Negara (SPN).
PAKR Paya Taram mengandungi 198 unit rumah teres setingkat dengan ukuran 6 meter x 9.3 meter dan mula dibina pada 1988 tetapi projek berkenaan terbengkalai beberapa tahun kemudian sebelum sempat siap.
Lebih mengecewakan lagi, projek kerajaan negeri itu telah diserahkan kepada bank dan pembeli terpaksa memohon pinjaman sehinggalah harga tawaran asal RM25,000 sebuah rumah telah meningkat kepada RM35,000 bagi lot biasa manakala harga bagi lebihan lot dikira sebanyak RM2.50 bagi setiap sekaki persegi.
Seorang penduduk, Sharuddin Mohd Salleh, 50, mengalu-alukan janji Ahli Parlimen tersebut dan berharap masalah tersebut tidak berlarutan lebih lama lagi kerana kebanyakan pembeli rumah itu merupakan penduduk kampung sekitar yang masih belum memiliki rumah.
''Sesetengah daripada kami sanggup menjual lembu dan tanah untuk membeli rumah ini kerana belum memiliki rumah sendiri. Ada pula yang sudah dipotong gaji untuk bayar pinjaman rumah.
“Apabila terbengkalai dan belum diketahui entah bila siapnya, tentulah membuatkan kami tak senang duduk,” katanya.
Tambah Sharuddin, kediaman yang selesa adalah salah satu kewajipan asas bagi sesebuah keluarga yang sempurna kerana dari situ akan lahirlah sebuah masyarakat yang teratur seterusnya menyumbang ke arah keharmonian negara.
Katanya lagi, sebuah kerajaan yang baik dan prihatin pula, lazimnya akan mengambil tanggungjawab memastikan rakyatnya tidak terabai dalam urusan memiliki tempat tinggal.
Seorang pembeli lagi, Siti Fatimah Abdul Rahman, 49, ketika ditemui memberitahu impiannya bagi memiliki rumah sendiri hampir ‘berkubur’ apabila projek berkenaan terus terbengkalai.
“Sejak anak saya kecil dan kini dia dah berusia 24 tahun, rumah yang kami impikan masih juga belum disiapkan”, luahnya dengan nada kecewa.
”Saya sangat kecewa dalam hal ini, sebab telah merancang bersama keluarga untuk tinggal di situ tetapi sampai sekarang rumah itu tidak siap-siap,'' .
“Ini adalah rumah pertama yang saya mohon untuk bersama keluarga dan akibat terbengkalai, saya sekeluarga masih terpaksa menumpang di rumah kakak,'' ujarnya.
Menurutnya, dia telah mengisi borang pada tahun 1989 dan hanya ditemuduga kelayakan pada tahun 2000. Setelah dua dekad menunggu, awal tahun ini pihak kerajaan telah menyuruhnya pergi ke bank untuk membuat pinjaman pembelian rumah berkenaan.
“Saya memang harap sangat rumah ini dapat siap cepat dan kerajaan tidak lepas tangan. Apatah lagi ada pihak yang menjanjikan pemilikan rumah ini tiap-tiap kali pilihan raya”, katanya lagi.- http://n28kerdau.pas.org.my/
PRK Merlimau : Kempen calon PAS memikat
Prk Merlimau: Calon PAS dekati pengundi dengan sekuntum bunga
Bagi calon PAS yang bertanding pada pilihan raya kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Melaka kawasan Merlimau, Yuhaizat Abdullah, taktik itulah yang digunakannya bagi menarik perhatian orang ramai di perhentian bas dan teksi Merlimau di sini hari ini.
Yuhaizat, 38, menghadiahkan sekuntum bunga kepada setiap wanita yang ditemuinya dalam sesi selama lebih setengah jam itu.
Diiringi Mohd Nasir Mustafa, Anggota Dewan Undangan Negeri Kedah kawasan Bukit Rotan, dan beberapa pembantunya, gelagat mereka menghadiahkan bunga menarik perhatian orang ramai di kawasan yang sentiasa sibuk dengan pelbagai pengunjung menikmati selera di beberapa gerai di situ.
“Saya suka sikap peramahnya dan orangnya tampak mesra,” kata seorang pengunjung ketika ditanya mengenai Yuhaizat yang merupakan Timbalan Ketua Pemuda PAS Melaka.
Yuhaizat berdepan calon Barisan Nasional, Roslan Ahmad, 44, dalam pilihan raya kecil itu pada 6 Mac ini, yang diadakan berikutan kematian Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan.
“Insya-Allah, masuk hari ketiga berkempen ini, semua pengundi yang saya temui memberi respons yang baik dan kita akan terus menemui seberapa ramai pengundi di Merlimau ini,” kata Yuhaizat kepada Bernama.
Isteri beliau, Shakila Mohamad, adalah seorang guru dan pasangan itu mempunyai empat cahaya mata.
Ditanya rutinnya sepanjang tempoh berkempen bermula Sabtu lepas, Yuhaizat berkata dari Subuh sehingga lewat malam ia diisi dengan sesi pertemuan dengan orang ramai yang disusun oleh jentera parti.
Beliau adalah pengurus projek penyelengaraan di sebuah universiti di Bandar Melaka dan antara jawatannya sebelum ini ialah menjadi juruteknik di kilang Seimens SemiConduktor di Batu Berendam dari 1994 hingga 1996.
“Saya tahu pembangunan di Merlimau ini memang disediakan oleh BN tetapi masih ada masalah jalan raya, longkang dan parit yang perlu diketengahkan oleh pengundi,” katanya yang menawarkan diri bertanding kerana ingin memberikan khidmat terbaik kepada masyarakat di Merlimau.
Beliau bersalaman dengan semua pengunjung di gerai-gerai makan di situ dan juga memasuki premis perniagaan di Bandar Merlimau yang dikenali juga sebagai Merlimau Lama.
Seorang pembantunya, dalam menarik perhatian pengundi, menggunakan taktik masakan yang sinonim dengan penduduk Melaka – asam pedas – ketika cuba meraih undi daripada seorang pemilik kedai di situ.
“Takkan hari-hari nak masak asam pedas kakak, kita tukarlah masakan lain, cuba dulu,” katanya yang merujuk penguasaan BN di Merlimau sejak sekian lama.
Namun, cubaan itu dibalas oleh wanita pemilik kedai berkenaan yang berkata: “Lauk memang boleh tukar encik, tapi kalau kerajaan, biarlah yang ada ini (BN).”
Calon PAS itu kemudian meminta diri dan beredar meninggalkan kawasan itu untuk menghadiri satu program lain di Permatang Serai. – Bernama
PRK Kerdau : Menyampah tengok sampah, tak pa abang tentera ada boleh kerah tenaga
Prk Kerdau : Menyampah tengok sampah di Temerloh..
Sejurus lepas masing-masing calon tiba di Dewan, para pengiring mencari ruang menunggu pengumuman SPR.
Penyokong BN berada di padang, penyokng PAS di bahagian jalan masuk dan sebelah gerai di kawasan parkir. Di sini penulis dapati longgokan sampah… hati kecil merungut geram, sebab haruman sampah membuat hidung kembang kempis menahan bau yang tidak diingini itu.
Sungguh tidak wajar Pegawai Daerah tidak cakna dengan keceriaan Bandar Temerloh. Tidakkah beliau sedar pada Sabtu 26 Februari itu, ribuan manusia berkumpul di situ?
Mana boleh jadi. PRK adalah fenomena yang tidak kerap berlaku. Wajarlah ambil peluang menaikkan gred kebersihan jadi nombor satu.
Libatkan orang ramai, jangan serah pada kontraktor pemungut sampah pepejal semata-mata. Kreatiflah sedikit.
Memang agak mustahil menjadikan Temerloh sifar sampah terbiar, namun mestilah ada usaha ke arah menjadikannya bersih dan ceria. Memang tidak patut biarkan tahap kebersihan hanya sekadar biasa-biasa sahaja.
Sampah bertimbun angkara kerajaan Umno BN tak buat kerja, tapi yang jadi mangsa Abang-Abang tentera kita. Nasib!!Nasib!!
(baca selanjutnya....)
Calon PAS mahu integriti, calon Umno mahu money
Prk Kerdau : Calon PAS Kerdau muda, wibawa dan berintegriti
Ia diumumkan oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz di hadapan kira-kira 5,000 penyokong Pakatan Rakyat di Markas Induk PAS Kerdau, dekat sini pada 24 Februari lalu.
Turut hadir dalam perisytiharan itu, Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa; Timbalan Presiden KeADILan, Azmin Ali; Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan, Dr Tan Seng Giaw; Naib Presiden PAS, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man; Naib Presiden Ke-ADILan, Fuziah Salleh; AJK PAS Pusat, Mohamad Sabu; Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), Hu Phang Chow serta Pengerusi KeADILan Pahang, Dato Fauzi Rahman.
Pencalonan Hasanuddin yang juga bekas calon PAS di Dun tersebut pada PRU 2008 tepat dengan kehendak massa, kata Tuan Guru Nik Abdul Aziz kerana calon PAS itu seorang calon muda yang sangat wibawa.
Beliau memiliki Diploma Ukur dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, dan dilahirkan dilahirkan di Kampung Loyang, Sanggang dalam Daerah Temerloh, serta mempunyai seorang isteri dan tujuh orang anak.
Mengulas pemilihan Hasanuddin, Pengarah Jentera Pilihan Raya Dun Kerdau, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatkan, calon PAS itu mempunyai hubungan rapat dengan penduduk di Kerdau.
“Beliau sangat dikenali di Dun Kerdau. Saya yakin pengundi akan memberi kepercayaan memilihnya sebagai wakil rakyat,” katanya semasa mengadakan sidang media sejurus selepas perisytiharan calon dibuat.
Ustaz Tuan Ibrahim berkata, PAS sentiasa menampilkan calon yang berwibawa dan bersih, namun parti itu tetap waspada dengan fitnah terhadap calon yang bakal dimainkan Umno-BN.
Beliau berharap proses pilihan raya akan berjalan dengan baik tanpa sebarang unsur provokasi daripada mana-mana pihak.
Sementara itu, bercakap mewakili KeADILan, Azmin Ali menyifatkan calon PAS memiliki integriti dan kewibawaan yang mampu menterjemahkan hasrat penduduk Kerdau khasnya dan Pahang amnya.
KeADILan menyokong penuh pencalonan Hasanuddin, dan berjanji akan membantu menjayakan kempen bagi memenangkan calon PAS itu, katanya.
Dr Tan Seng Giaw ketika ditemui mengucapkan tahniah kepada Hasanuddin yang dipilih PAS dan pimpinan Pakatan Rakyat untuk mewakili gabungan pembangkang di sini. Apa yang pasti katanya, pencalonan Hasanuddin bertepatan dengan hasrat seluruh pengundi Kerdau yang mahukan calon seorang yang muda, berwibawa dan mampu mengutarakan suara pengundi Kerdau.
“DAP akan menurunkan seluruh jentera untuk bantu calon PAS di sini. Kita akan tumpukan kepada pengundi bukan Islam di sini yang peratusannya tidaklah besar, tetapi mampu menyumbang kepada kemenangan,” katanya.
Pilihan Raya Kecil Dun Kerdau diadakan berikutan kematian penyandangnya, Dato’ Zaharudin Abu Kassim.
Proses penamaan calon PRK Kerdau akan diadakan pada 26 Februari, sementara pembuangan undi pada 6 Mac.
Dalam PRU 2008, Hasanuddin mewakili PAS di sini, tetapi tewas kepada calon BN dengan majoriti 1,615 undi.
Beliau mendapat 2,520 undi, manakala Zaharuddin memperolehi 4,135 undi. Walaupun tewas, Hasanuddin berjaya merapatkan jurang majoriti yang sebelum ini.
Tak reti-reti Menteri Umno bangang ni, baik letak sahaja jawatan Menteri

Kalau tak faham lagi baik letak jawatan , kalau tak boleh nak kawal harga barang mengaku saja lah.
Ceramah depan orang Umno boleh la, puak-puak Umno bukan reti apa anguk saja. Janji boleh masuk .
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Hal Ehwal Kepenggunaan dan Koperasi, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mencabar PAS supaya menjual gula pada harga yang lebih rendah di negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat.
Katanya, jika PAS benar-benar mahu membuktikan bahawa mereka mampu menurunkan harga gula ke paras yang lebih rendah, ia perlu diperluaskan ke negeri-negeri lain sehingga hujung tahun ini.
"Saya cabar PAS jual (gula) di seluruh negeri yang mereka perintah dengan harga murah daripada harga yang ditetapkan oleh kerajaan. Saya cabar PAS buat di Kelantan dan Kedah serta negeri-negeri lain yang diperintah oleh Pakatan Rakyat," katanya kepada media selepas merasmikan bangunan koperasi peserta-peserta Felcra Rumpun Makmur Temerloh Berhad dan Program Pemodenan Kedai Runcit (TUKAR) di sini, Isnin.
Beliau sebelum itu mendedahkan bahawa pihaknya mengesan aktiviti penjualan gula pada harga RM1.80 oleh penyokong PAS di sebuah kedai di Lipat Kajang dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau.
Harga penjualan gula pasaran yang ditetapkan oleh kerajaan ialah RM2.10.
Bagaimanapun menurut Ismail Sabri, berdasarkan pemantauan oleh pihaknya, aktiviti penjualan gula pada harga rendah berkenaan hanya bertahan selama sehari.
"PAS konon nak tunjukkan mereka boleh jual barang murah, mereka tawar jual gula lebih murah dari yang ditetapkan oleh kerajaan di Lipat Kajang.
"Tapi saya difahamkan oleh pegawai yang buat pemantauan sudah tak ada, kalau ada memang kita pergi ramai-ramai beli," katanya.
Justeru Ismail Sabri berkata, tindakan berkenaan adalah gimik politik yang dilakukan PAS sempena pilihan raya kecil DUN Kerdau bagi meraih undi.
"Soalnya kenapa waktu pilihan raya sahaja yang dijual harga murah, kalau betul mereka mampu tak perlu tunggu sehingga pilihan raya.
"Kenapa di Kerdau sahaja yang dijual murah, PAS dah perintah di Kelantan dan Kedah, kenapa di Lipat Kajang sahaja? PAS hanya menjadikan ini sebagai gimik pilihan raya...untuk mengaburi mata pengundi yang nak menunjukkan PAS mampu untuk menurunkan harga barang," katanya.
Ditanya kemungkinan PAS mendapat bekalan gula pada harga yang lebih rendah sehingga mampu menjual dengan harga murah, Ismail Sabri berkata: "Mereka tak dapat bekalan murah, tapi sengaja tanggung kerugian...jual (walaupun) rugi dalam musim ini.
Berhubung kemungkinan PAS Pusat memberi subsidi gula bagi menampung kerugian berkenaan, Ismail Sabri berharap agar pemberi subsidi berkenaan akan diperluaskan untuk dinikmati oleh rakyat di tempat lain.
"Kalau beri subsidi gula di Kerdau, tolong beri subsidi di tempat lain juga," katanya.
PRK Kerdau : Bik Mama kempen naik helikopter, SPR kenyit mata
Mantap Beb:Bik Mama Pakai HELi ke Kerdau
Mana Luncai ni tak tahan nak kentut dah ni, Luncai mai la tahan hidung
kan dah cakap..ha ha ha
Siapa PM Mesia..ha ha ha
wow..Bik Mama guna helikopter untuk ke Dun Kerdau..fuyoooo
ini kira kes tak salah guna ‘kemudahan KERAjaan..ha ha ha
mebi Jawatankuasa ‘PEMANDU’ boleh release kes ini..ha ha ha
takpa .ha ha ha..rakyat tetap akan sokong PM Bik Mama..ha ha ha
mKini
Rosmah naik helikopter bantu Najib menang di Kerdau
Bagi yang kurang mengikuti perkembangan politik tanah air, daripada aspek fizikal, di Kerdau sekali imbas seolah-olah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sendiri yang bertanding di DUN tersebut.
Selain dibanjiri warna biru dan hijau bendera parti berbanding – BN dan PAS – kebanyakan poster yang menunjukkan wajah Najib dan calon Pakatan Rakyat Hassanuddin Salim sahaja ditampal di sekitar kawasan seluas 273.27 km persegi itu.
Tinjaun Malaysiakini di sekitar daerah mengundi Kerdau dan ‘kawasan 3+1′ – gugusan Felda Jengka 22, Felda Jengka 23, Felda Jengka 25 dan Felcra Rumpun Makmur – hari ini mendapati amat sedikit gambar calon BN Syed Ibrahim Syed Ahmad ditampal.
Perkara ini menimbulkan persoalan sama ada benar pandangan sesetengah pihak yang melihat keputusan dalam pilihan raya Kerdau sebagai referendum kepada pemerintahan Najib – anak jati negeri Datuk Bahaman itu?
Atau ia sekadar bermaksud BN perlu bergantung sepenuhnya kepada Najib untuk mengekalkan penguasaan di DUN itu yang dimenangi secara turun-temurun.
Tetapi, sejauh mana kepentingan Kerdau kepada Najib sendiri? Menilai tindakan presiden Umno itu, Najib kelihatan lebih berhati-hati kali ini berbanding sebelumnya pengalaman sebelumnya di 14 pilihan raya kecil selepas Mac 2008.
Rosmah naik helikopter
Kali ini, walaupun kempen baru masuk hari kedua, Najib dilihat memecut awal dan mahu memenangi hati 8,999 penduduk di kawasan itu apabila bertungkus-lumus menghadiri pelbagai program dan lawatan di DUN itu – yang dibaca sebagai kempen pilihan raya – sejak daripada awal pagi.
Malah isterinya Rosmah Mansor yang jarang-jarang turun berkempen juga mengiringinya ke kawasan 3+1 yang secara tradisinya merupakan sebagai kubu kuat BN.
Rosmah juga mengakui, oleh kerana Pahang merupakan negeri perdana menteri, beliau terpaksa turun ke kawasan itu walaupun penat dan berpeluh-peluh baru pulang daripada menemai Najib menghadiri program di Labuan jam dua pagi tadi.
“Pagi ini memanglah saya pujuklah juga Datuk Najib, bolehkah saya tak pergi. Dia kata, ‘ini negeri Pahang… Negeri I, you kena pergi.’
“Jadi sebagai isteri yang soleh, yang insya-Allah selalulah mengikut kata-kata suami, saya pun selalulah bersiap dan terus naik helikopter lagi datang ke sini,” kata Rosmah dalam ucapannya kepada kira-kira 200 penduduk Felda Jengka 25 pagi tadi.
Hari ini sahaja, sejak 9.30 pagi tadi hingga enam jam sesudahnya, Najib menghabiskan masa di enam kawasan, termasuklah Jengka 23, Jengka 22, Kampung Baru Sarwar, Jengka 25 dan daerah mengundi Kerdau.
Selain bertemu pengundi di tiga lubuk BN di Felda, beliau turut membawa khabar gembira, antaranya mengumumkan bahawa Felda memberikan pertimbangan khas kepada 7,800 peneroka berhubung “bayaran CESS” dan bayaran balik tanaman semula dari getah kepada kelapa sawit.
PRK Kerdau : Umno BN perintah Pahang , hutang RM 2.17 bilion
|
Gesaan itu dibuat ekoran kenyataan Adnan yang menyebut selama Barisan Nasional menerajui Pahang tidak ada isu untuk dibangkitkan oleh pembangkang dalam PRK Dun Kerdau. Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang juga Pengarah Pilihan raya PAS bagi pilihan raya kecil (PRK) Kerdau dalam sidang medianya hari ini berkata, Laporan Audit Negara yang dikeluarkan baru-baru ini banyak menyentuh tentang kelemahan Kerajaan Pahang yang merangkumi pelbagai skop. Kata beliau, paling utama kelemahan melibatkan pentadbiran dan pengurusan sehingga kerajaan negeri kehilangan sumber pendapatan sebanyak RM227.9 juta ekoran empat buah syarikat-syarikat berkaitan negeri (GLC) gagal membayar balik pinjaman mengikut jadual. Lebih teruk lagi kata beliau, laporan itu juga mendedahkan kerajaan negeri tidak boleh mengambil tindakan terhadap GLC terbabit sekiranya GLC terbabit gagal membuat bayaran. "Jelas dan nyata bahawa inilah antara sebabnya mengapa pakar ekonomi meramalkan kerajaan negeri Pahang berpotensi bankrap," kata beliau dalam sidang media di Markas besar PAS Kerdau hari ini. Turut hadir dalam sidang media itu ialah Timbalan Pengarah Pilihan raya PAS Dun Kerdau, Abdul Wahid Endut dan Ahli jawatankuasa PAS, Dr Dzulkifly Ahmad. Kata Tuan Ibrahim, oleh kerana Lapuran Audit Negara adalah maklumat awam, menjadi tanggungjawab pada Adnan memberi penjelasan kepada rakyat termasuk pengundi di Kerdau, apa langkah-langkah yang telah diambil bagi mengatasi kepincangan-kepincangan tersebut. Selain itu, Adnan juga digesa menjelaskan mengapa kerajaan negeri telah mengalami defisit belanjawan selama 13 tahun berturut-turut dan kini menganggung bebanan hutang sebanyak RM2.17 bilion seperti mana Laporan Ketua Audit Negara tersebut. "Dalam masa yang sama PAS juga menuntut kerajaan negeri di bawah kepimpinan Barisan Nasional mendedahkan prestasi semsasa GLC negeri sebagaimana dilakukan oleh negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat," ujarnya. Mengulas kenyataan Presiden Umno Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak tentang pemilihan Hassanuddin sebagai calon PAS, Tuan Ibrahim berkata ia berdasarkan proses biasa dalam PAS. Nama Hassanuddin katanya, di hantar oleh PAS Kawasan, diluluskan oleh PAS negeri dan seterusnya mendapat kelulusan PAS Pusat dan Majlis Syura. "Pemilihan Hassanuddin juga setelah mengambil kira suasana dan keperluan setempat," kata beliau yang menyifatkan isu pembangunan dan salah urus tadbir sebagai fokus utama di Dun berkenaan. Justeru beliau menyeru pengundi di Kerdau membuat pilihan yang tepat bagi membongkar segala kepincangan demi memperjuangkan kepentingan penduduk Kerdau dan seluruh negeri Pahang. "Calon yang paling wibawa bagi merealisasikan tujuan dan menggalas tanggungjawab ini adalah Hassanurddin Salim, yang berlatarbelangkan integriti, kemampuan serta pengalaman kerjayanya di luar negara," katanya. |
Daftar warga Siam untuk jatuhkan PAS di Kelantan
|
Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Husam Musa, berkata tiga Parlimen, iaitu Rantau Panjang, Tanah Merah dan Tumpat akan menjadi perhatian mereka sebagai ‘target’ untuk merampas negeri ini keseluruhannya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis seminar mahasiswa mahasiswi Mesir, di Balai Islam, Lundang, di sini hari ini. Menurutnya, PAS Kelantan mempunyai senarai penuh berhubung perkara itu. “Kita amat kesal dengan kejadian ini dan sekiranya ia berterusan berlaku, bermakna masa depan negara akan ditentukan oleh warga asing dan bukannya rakyat negara sendiri,”ujarnya. “Ini kerana warga asing itu akan diberi kad pengenalan bagi membolehkan mereka mengundi pada pilihan raya umum akan datang,”ujarnya. Husam menambah, kerana kepentingan diri mereka sanggup berbuat demikian walaupun bersalahan dengan moral dan undang-undang. Beliau seterusnya berkata, sekiranya perkara ini berterusan ia langsung tiada beza dengan kerajaan Mesir yang digulingkan rakyat di bawah pemerintahan Hosni Mubarak. Tambahnya, walaupun menang besar pada pilihan raya baru-baru ini, namun Hosni Mubarak direntap keluar oleh rakyat. “Kiranya menang besar kerana pilihan raya, sudah tentu kebangkitan rakyat menentang kerajaan tidak akan berlaku,” ujarnya. Beliau turut berpendapat, kebangkitan besar itu turut memberi kesan besar pada negara sekitar di Timur Tengah lain yang juga inginkan keadilan. Kata Husam lagi, lanskap politik di Asia Barat akan berubah sekurang-kurangnya setahun akan datang. Program anjuran Alumni Keluarga Pelajar, Kelantan-Mesir itu dirasmikan oleh anggota exco kerajaan negeri, Abdul Fatah Mahmood. Tiga orang pemimpin telah diundang untuk menjayakan majlis itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri, Datuk Mohd Amar Abdullah, Anggota Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof. Manakala wacana serta perasmian penutupnya disampaikan oleh anggota exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa dan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Seramai 1,082 orang pelajar Mesir Kelantan hadir pada majlis yang penuh bermakna buat mereka. Turut berucap pada majlis itu, Pengerusi Persatuan Alumni Keluarga Pelajar Mesir, Ustaz Zulkifli Yusof. |
Merlimau dulu wakil rakyat Umno , tak membangun pun
|
Jika sebelum ini mereka diabaikan dari segala aspek, kini mereka bukan sekadar disogokkan dengan wang, tetapi juga diberikan jalan tar hingga ke hadapan rumah dan diperbaiki longkang-longkang yang rosak. Beberapa orang penduduk di kawasan Merlimau ketika ditemui berkata, dengan itu ternyata, mereka bukan ikhlas hendak menolong, tetapi hanyalah untuk memancing undi bagi mendapat kemenangan dalam pilihanraya. Seorang penduduk yang ditemui, Ismail Abdul Rahman, 77, (gambar) berkata, menjelang PRK Dun Merlimau 6 Mac ini, beliau juga turut didatangi para pemimpin Umno dan turut diberikan jalan tar hingga ke hadapan rumahnya. Menurut beliau, bantuan seperti itu turut diberikan kepada beberapa orang jirannya yang lain, sehingga menyebabkan mereka menjadi hairan dengan apa yang diberikan itu. Katanya, pada hal, beliau dan jiran-jirannya tidak pernah memohon bantuan sedemikian dan mereka sendiri dapat mengagak berapa banyak wang rakyat yang disalahgunakan oleh para pemimpin Umno atau BN untuk kepentingan mereka. "Sebenarnya, dah 45 tahun saya tak dibantu apa pun oleh kerajaan. Kalau ada pun bantuan seperti ini kepada orang ramai yang juga pernah saya kecapi hanyalah zaman Tun Razak dulu. "Jalan tar di hadapan rumah itu pula bukanlah penting sangat. Tak diberikan jalan tar pun kami boleh gunakan jalan sedia ada dengan selesa untuk berulang alik ke rumah. Tapi diberikan jalan tar kami ambil. Diberikan apa saja pun kami ambil," katanya. Beliau yang juga salah seorang pengundi di kawasan itu memberitahu, para pemimpin Umno kini amat terdesak sehingga sanggup memberikan apa sahaja kepada para pengundi terutama di kawasan-kawasan peti undi yang tidak memihak kepadanya. "Dengan itu, ternyata, kita tidak perlu takut untuk menyokong PAS atau pembangkang. Jika dekat pilihanraya, mereka pasti cari kita dan berikan bantuan (yang sebenarnya sogokan) kepada kita. "Kepada para penyokong Umno sendiri pula, yang dapat tu dapatlah, yang tak dapat pun cukup banyak, tetapi kepada para penyokong PAS, kami hanyalah mengharapkan bantuan Allah," katanya. Manakala rakannya, Rusnan Wahab, 52, pula mempersoalkan bantuan wang yang diberikan oleh para pemimpin Umno dan kerajaan Melaya kepada sesetengah nelayan di kawasan itu yang berjumlah antara RM200 hingga RM300 seorang. "Bantuan itu memang cukup kita faham. Ia adalah sogokan untuk pilihanraya. Tetapi apa maknanya diberikan wang? Kalau betul ikhlas nak bantu nelayan bukan wang sebanyak itu yang diperlukan. Wang sebanyak itu apalah sangat dan berapa hari boleh tahan? "Kalau benar-benar nak bantu, berilah bantuan dalam bentuk lain yang diperlukan nelayan di kawasan itu seperti enjin, jaring dan seumpamnya kerana itu semua mahal dan lebih diperlukan nelayan. Tetapi enjin dan jaring tak pula diberikan," katanya. Sementara seorang lagi penduduk yang ditemui, Muhammad Rashid, 32, berkata, longkang di hadapan rumahnya sebenarnya masih elok lagi. "Tetapi yang peliknya, longkang itu pun turut diperbaharui menjelang PRK Dun Merlimau 6 Mac ini kononnya untuk keselesaan orang ramai, walaupun ia sebenarnya tak perlu diperbaiki sekarang, tetapi bila benar-benar perlu diperbaiki nanti," katanya sambil ketawa sinis. |
PRK Kerdau : Tak semua pengundi Felda kelapaq kat Umno
Prk Kerdau: Bukan semua mahu pembangunan
Masih terdapat penduduknya, terutama di kawasan 3+1 - gugusan Felda Jengka 22, Felda Jengka 23, Felda Jengka 25 dan Felcra Rumpun Makmur – yang mahukan ilmu dan lebih bimbingan agama berbanding kemudahan material.
Rokiah, 47, yang pada mulanya malu diwawancara memberitahu Malaysiakini, beliau kecewa kerana sejak awal berpindah ke situ – 65 kilometer daripada Temerloh – tiada ustaz yang masuk dan menyentuh tentang masalah akidah umat Islam.
“Memanglah ada bab agama (diajar di masjid), tetapi bab fadhilat (kelebihan amalan) itu, fadhilat ini. Kita nak akidah. Itu yang penting,” katanya yang lebih mesra dengan panggilan Cik Kiah.
Antara pengalaman sedihnya, cerita Cik Kiah lagi, apabila hendak berangkat menunaikan haji ke Mekah sebelum ini, beliau mendapat berita yang menggambarkan betapa buruknya “masalah sosial” di kawasan itu.
“Ya Allah, masalah sosial ini, ingat lagi masa pergi haji baru-baru ini, ada budak datang, (beritahu) 'Cik Kiah, Cik Kiah tahu, ada tiga orang bersalin anak luar nikah...'
“Tak dan ambil SPM pun. Salah seorang itu memang cerdik budaknya,” kata Rokiah lagi.
Tolak pi, tolak mai
Ditanya sama ada beliau yakin calon BN Syed Ibrahim Syed Ahmad sesuai dipilih bagi menyelesaikan masalah itu kerana mempunyai latar pendidikan agama, Rokiah menjawab ringkas:
“Kalau ustaz pun, kalau dia tak nak didik bab agama dulu, tak pentingkan agama dulu, rasanya sama saja.”
Dalam pilihan raya kecil DUN Kerdau pada 6 Mac ini, Syed Ibrahim dicabar calon PAS Hassanuddin Salim – seorang bekas kontraktor untuk projek berskala besar.
Sementara itu, bagi tiga lagi peneroka Abd Hamid Mohd Zin, Abd Hamid Shafie dan Saifudin Ibrahim, isu sekitar kebajikan Felda nampaknya lebih penting kepada mereka berbanding siapa pun calon bertanding.
“Calon macam mana? Macam biasalah. (ketawa) Kita tengoklah yang mana yang baik,yang mana yang tak baik,” katanya di atas motosikal ketika sampai ke kedai runcit berdekatan rumahnya.
Tetapi, selepas 31 tahun berhijrah daripada Kedah untuk menjadi peneroka di Pahang, bayaran RM1,500 untuk penduduk Felda yang ladangnya diuruskan oleh lembaga itu tidak memuaskan hatinya.
“Bayar sikit sangat. Dia bayar RM1,500. Tolak pi, tolak mai, tak banyaklah,” katanya yang masih pekat dengan loghat negeri kelahirannya.
Akhirnya PM pun umum...
“Dalam pilihan raya umum dulu, kita sudah minta CESS, Alhamdulillah Datuk Najib dah umum terus boleh. Daripada (zaman) arwah Datuk Zaharuddin (Abu Kassim) meninggal kami minta. Akhirnya PM pun umum,” katanya.
Berterus terang mahu terus mengundi calon BN kali ini, beliau berkata isu lain yang menjadi perbualan di kalangan peneroka meliputi soal bayaran bagi tanah yang diusahakan Felda dan isu pertukaran nama di geran apabila pemiliknya meninggal dunia.
“Saya ada tanya, katanya tengah dok proses geran. Dok ada 50 orang lagi (di sini) belum selesai masalah hak milik bila suami meningggal,” katanya.
Tetapi, bagi Saifudin Ibrahim, sebagai generasi kedua, beliau mahukan diberikan tanah kepada kira-kira 300 orang muda sepertinya di Felda tersebut.
“Bukan dapat pun tanah, janji nak buat,” kata lelaki pendiam itu yang sedang berehat di bawah teduh pokok tengah hari semalam.
Banyak tidak OK
Bagaimanapun, penilaiaan Saifudin jelas apabila beranggapan prestasi wakil rakyat daripada BN sebelum-sebelum ini tidak memuaskan.
Beliau juga berpendapat, walaupun banyak projek memasuki kawasan itu akhir-akhir ini, masih banyak yang “tidak OK”.
“Banyak tak OK. Kawasan ini banyak tak OK. (Gelanggang) futsal itu mana buat. Dekat pilihan raya saja buat. Baru-bari ini nak buat dewan serbaguna, (tapi) belum siap lagi,” katanya lagi.
Pertembungan di kawasan 3+1 itu amat penting kali ini bagi menilai sama ada undi orang Melayu masih kekal bersama BN.
Dengan pengundi seramai 3,721 orang di empat kawasan itu, ia amat penting untuk kedua-dua parti bertanding kerana mewakili satu pertiga daripada keseluruhan 8,999 pengundi yang layak.
PRK Merlimau : Umno silap besar pilih anak 'Mat Hantu'
Prk Merlimau : Pencalonan Roslan Satu Kesilapan Besar UMNO

Langkah UMNO BN meletakkan Roslan Ahmad sebagai calonnya untuk pilihanraya kecil N27 DUN Merlimau dilihat oleh ramai sebagai sesuatu yang amat silap dilakukan oleh Ketua Menteri Melaka, Mohd Ali Rustam.
Ini kerana rakyat Merlimau telah "jelak" dan "jelek" dengan keluarga Datuk Ahmad Ithnin seolah-olah Merlimau ini hanya milik keluarga mereka. Ramai berpendapat akan berlaku faktor "protes" terhadap calon BN kerana tidak berpuashati dengan keputusan pucuk pimpnan UMNO yang mengekalkan sistem dinasti di Merlimau.
Ahmad Ithnin adalah merupakan bekas Ahli Parlimen Jasin (dahulu dikenali Melaka Utara) dan bekas Adun Sungai Rambai.
Roslan juga adalah anak saudara bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Abu Zahar Isnin (adik Allahyarham Ahmad Ithnin). DUN Merlimau adalah pecahan daripada DUN Sungai Rambai ekoran persempadanan semula pada 1994.
"Tiada orang lain lagi ke?" tempelak seorang pengundi di DUN Merlimau.
"Asyik-asyik keluarga Mat Hantu," tambahnya, dengan menyebut nama panggilan Ahmad Ithnin sebagai "Mat Hantu" kerana kebanyakan orang Merlimau mengenali Ahmad Ithnin dengan panggilan sedemikian.
Roslan, sepatutnya menolak pencalonnya kerana mengetahui pencalonannya pasti menimbulkan kontroversi bukan sahaja di kalangan pengundi pembangkang malah pengundi BN sendiri.
Masyarakat bukan-Melayu turut "benci" kepada kelompok Mat Hantu yang bagi mereka menyifatkan keluarga tersebut telah berulang-kali jadi wakil rakyat di Merlimau dan hanya mengumpulkan kekayaan untuk kaum keluarga mereka.
Sementara itu, corak kempen UMNO BN yang melampau seperti pengedaran gambar-gambar lucah untuk menyerang PAS dilihat bakal menikam UMNO BN sendiri.
Ini kerana budaya orang Merlimau tidak semudah itu boleh dipengaruhi dengan dakyah kotor melalui penyebaran gambar-gambar lucah untuk memburukkan calon.
Beberapa risalah telah ditaburkan di kawasan pilihanraya DUN Merlimau yang memaparkan beberapa gambar lucah "superimposed" beberapa pemimpin wanita DAP dan PKR disamping wajah TG Nik Aziz yang ditampalkan secara biadab di kemaluan wanita.
"Sehina-hina orang Islam tak lakukan kerja sedemikian, tetapi UMNO BN sanggup melakukan apa saja tanpa memperdulikan batas-batas agama semata-mata untuk memenuhkan nafsu meluap mereka untuk pertahankan kuasa yang semakin mengecut," kata seorang pemimpin PAS Kawasan Jasin.
Sementara itu, laporan dari beberapa pemerhati politik menyatakan tidak mustahil akan berlaku kejutan di dalam pilihanraya kecil DUN Merlimau kali ini akibat kesilapan-kesilapan besar UMNO BN di dalam berkempen.
Mamak masuk Kimma dicabar kemukakan bukti ahli PKR
Keluar parti: PKR cabar kumpulan 97 tunjuk bukti
Naib Pengerusinya Abdul Malik Abul Kassim berkata jurucakap kumpulan itu perlu menunjukkan nama dan surat peletakan keahlian semua 97 anggota yang didakwa telah menyertai Kongres India Muslim Malaysia (Kimma).
"Saya tidak percaya mereka telah melompat ke Kimma kerana saya sendiri tahu bilangan ahli keturunan India Muslim di dua cabang itu," katanya kepada pemberita di Georgetown hari ini.
Abdul Malik, yang juga exco agama, perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna negeri, berkata tindakan ketua kumpulan itu adalah kerana rasa cemburu dan isu kekeluargaan ekoran pelantikan salah seorang saudaranya.
Pada Sabtu lalu, ketua kumpulan itu, Mohamed Ibrahim A Siahoo, memberitahu media bahawa 97 anggotra itu keluar dari parti selepas hilang keyakinan terhadap kepimpinan PKR.
Beliau mendakwa PKR gagal membela nasib dan kebajikan rakyat sebelum menyerahkan borang untuk menganggotai Kimma.
- Bernama
PRK Merlimau : Bab bakar ni sahih angkara Puak-Puak Songkok Tiga Jengkal , dah takut kalah
Prk Merlimau : Pentas DAP dibakar, dipercayai angkara khianat
Menurut pengerusi DAP Merlimau, Shelley Fook, pemilik tanah lapang itu di mana pentas berkenaan didirikan mendapati kepulan asap pada sekitar jam 6 pagi.
"Dia pergi periksa dan mendapati pentas itu dibakar. Dia juga menjumpai sebuah botol kosong dengan kesan petrol,” katanya kepada Malaysiakini.
Namun, hanya permaidani di pentas itu yang musnah kerana bahagian lain diperbuat daripada keluli.
Fook berkata partinya tidak akan membuat laporan polis kerana percaya pihak polis tidak akan bertindak ke atas dalang tersebut.
Pentas itu didirikan bagi majlis ceramah dan juga makan malam bagi merancakkan kempen pilihan raya kecil Merlimau. Antara pemimpin yang dijangka hadir dan berucap adalah setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng yang juga ketua menteri Pulau Pinang.
Mari baca cerita bapa Bob Lokman , dulu dan sekarang

KOTA BHARU - Lokman Ahmad, bapa penulis lirik, pelakon dan pelawak, Bob Lokman, memasang hasrat supaya Bob menjadi wakil rakyat kepada parti yang disertainya suatu hari nanti.
Lokman berkata, tindakan anak sulungnya itu, yang membuat kejutan apabila menyertai Pas pada 19 Februari lalu di Kedah itu sebagai tindakan baik.
“Bob ada menelefon selepas menyertai Pas dan saya meminta Bob jadi wakil rakyat seperti arwah bapa saudaranya (bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lundang, Allahyarham Wardi Ahmad), tetapi dia sertai parti itu kerana mahu mengembangkan Islam, bukan jadi wakil rakyat.
“Saya restuinya kerana dia bergerak untuk Islam sama seperti datuknya, Tok Kenali, tetapi bukan bermakna saya menyokong mana-mana parti kerana saya berkecuali dan hanya mahu menjaga Masjid Tok Kenali,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.
Menceritakan penglibatan Bob dalam dunia seni, beliau berkata, nama anaknya disebut-sebut setelah beliau menulis lirik lagu ‘Isabella’ yang dinyanyikan kumpulan Search suatu masa dahulu.
“Saya akui memang saya pernah tidak mengaku Bob anak saya dengan sering memberikan alasan saya tidak mempunyai anak yang bernama Bob, tetapi ada anak nama Mohd Hakim kerana ketika itu saya cukup benci melihat penampilannya dalam industri seni.
“Pada masa itu, saya marah kepadanya, tetapi dia tetap balik menemui saya setelah memberitahu bapa saudaranya untuk berjumpa saya dan saya mengenakan syarat dia perlu mencukur rambutnya (ketika itu rambut Bob panjang) dan Bob akur,” katanya.
Menurutnya, antara syarat lain yang dikenakan kepada Bob, beliau perlu memakai kopiah ketika balik ke rumah dan sekarang Lokman bersyukur kerana penampilan Bob sudah berlainan dan menjurus kepada kebaikan.
“Bob sering meminta saya mendoakan dia berjaya dalam perniagaan, sebelum ini dia jual Kopi Bob, saya pun turut jual sebab saya tidak mahu dia jadi pelakon. Sekarang dia menceburi perniagaan kad prabayar dan berjaya.
"Kemudian terbaru masuk Pas; malahan saya bersyukur kerana doa saya supaya Allah beri petunjuk kepadanya dimakbulkan,” katanya sambil menyapu linangan air mata.
Lokman berkata, anaknya pernah menerima pendidikan di Maahad Hamidiah, Kajang, pernah menang pertandingan syarahan dan bahas dan belajar di sekolah swasta di Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.SH



