Monday, February 28, 2011

Tak reti-reti Menteri Umno bangang ni, baik letak sahaja jawatan Menteri

Awat la bangang sangat Menteri Umno ni, kuasa kawal harga barang di bawah kuasa kementerian bukan bawah kuasa Kerajaan negeri.

Kalau tak faham lagi baik letak jawatan , kalau tak boleh nak kawal harga barang mengaku saja lah.

Ceramah depan orang Umno boleh la, puak-puak Umno bukan reti apa anguk saja. Janji boleh masuk .

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Hal Ehwal Kepenggunaan dan Koperasi, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mencabar PAS supaya menjual gula pada harga yang lebih rendah di negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat.

Katanya, jika PAS benar-benar mahu membuktikan bahawa mereka mampu menurunkan harga gula ke paras yang lebih rendah, ia perlu diperluaskan ke negeri-negeri lain sehingga hujung tahun ini.

"Saya cabar PAS jual (gula) di seluruh negeri yang mereka perintah dengan harga murah daripada harga yang ditetapkan oleh kerajaan. Saya cabar PAS buat di Kelantan dan Kedah serta negeri-negeri lain yang diperintah oleh Pakatan Rakyat," katanya kepada media selepas merasmikan bangunan koperasi peserta-peserta Felcra Rumpun Makmur Temerloh Berhad dan Program Pemodenan Kedai Runcit (TUKAR) di sini, Isnin.

Beliau sebelum itu mendedahkan bahawa pihaknya mengesan aktiviti penjualan gula pada harga RM1.80 oleh penyokong PAS di sebuah kedai di Lipat Kajang dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau.

Harga penjualan gula pasaran yang ditetapkan oleh kerajaan ialah RM2.10.

Bagaimanapun menurut Ismail Sabri, berdasarkan pemantauan oleh pihaknya, aktiviti penjualan gula pada harga rendah berkenaan hanya bertahan selama sehari.

"PAS konon nak tunjukkan mereka boleh jual barang murah, mereka tawar jual gula lebih murah dari yang ditetapkan oleh kerajaan di Lipat Kajang.

"Tapi saya difahamkan oleh pegawai yang buat pemantauan sudah tak ada, kalau ada memang kita pergi ramai-ramai beli," katanya.

Justeru Ismail Sabri berkata, tindakan berkenaan adalah gimik politik yang dilakukan PAS sempena pilihan raya kecil DUN Kerdau bagi meraih undi.

"Soalnya kenapa waktu pilihan raya sahaja yang dijual harga murah, kalau betul mereka mampu tak perlu tunggu sehingga pilihan raya.

"Kenapa di Kerdau sahaja yang dijual murah, PAS dah perintah di Kelantan dan Kedah, kenapa di Lipat Kajang sahaja? PAS hanya menjadikan ini sebagai gimik pilihan raya...untuk mengaburi mata pengundi yang nak menunjukkan PAS mampu untuk menurunkan harga barang," katanya.

Ditanya kemungkinan PAS mendapat bekalan gula pada harga yang lebih rendah sehingga mampu menjual dengan harga murah, Ismail Sabri berkata: "Mereka tak dapat bekalan murah, tapi sengaja tanggung kerugian...jual (walaupun) rugi dalam musim ini.

Berhubung kemungkinan PAS Pusat memberi subsidi gula bagi menampung kerugian berkenaan, Ismail Sabri berharap agar pemberi subsidi berkenaan akan diperluaskan untuk dinikmati oleh rakyat di tempat lain.

"Kalau beri subsidi gula di Kerdau, tolong beri subsidi di tempat lain juga," katanya.

4 comments:

Anonymous said...

memang bangang....sebab tu nama anak pun sama nama dgn mamat libya kena usir..baik punyerrr banganggggggg...!

Anonymous said...

memang 2x bangang pya menteri.. mana ade dlm dunia ni orng berniaga beli mahal jual murah ? ade pun di selangor zaman bn dulu yg jual banglo dn tanah kat wak khir joyo... harga pasaran 6.5j jual kt wak khir 3.5j.punyale bangang.. gula murah pun kata si bangang kt pahang tu dijual dibwh harga pasaran .... bukti tak de... nahi tipu ahli umnoapco yg berjiwa hamba boleh lah....

leekonyou said...

Isnin, 28 Februari 2011
CALON PAS BERKELULUSAN DIPLOMA YANG BOLEH KAWTIM?

2:29 PM MymassaVoice
Setelah mempersoalkan kelulusan akademik calon BN di Kerdau dan Merlimau, kini PAS dengan sendirinya membogelkan calon mereka.



Dalam risalah edaran ini, Yuhaizad diperkenalkan sebagai LULUSAN DIPLOMA TASAWUR ISLAM. Dari mana Yuhaizad dapat DIPLOMA ni?




Daripada beberapa blog pro pembangkang, team mymassa mendapati Yuhaizad dikatakan mendapat DIPLOMA DI ILHAM. Ape ke jadah ILHAM NI? Untuk mengetahui lebih lanjut sila lihat maklumat yang kami dapat dari blog ILHAM.... www.ilhampusat.blogspot.com.




Rupa-rupanya calon Parti Auta Sokmo (PAS) berkelulusan Diploma daripada pusat pengajian tinggi yang tak diiktiraf. Yang peliknya, institusi yang ala-ala pusat tuisyen ni hanya dibuka UNTUK AHLI PAS SAHAJA. Ertinya, kalau dah belajar kat Markas PAS, tanpa pengiktirafan, tak mustahil kelayakan diploma ni pun boleh dikawtim. Sebabnya yang mengajar kat ILHAM ni pun pemimpin-pemimpin PAS, bukannya guru murshid.



*Institut pengajian agama untuk KRONI. Menantu pun boleh jadi pensyarah. (Sumber: http://amin1982.wordpress.com/2009/02/23/diploma-ilham-semester-2-kelas-1/)

ILHAM ni institusi pengajian tinggi taraf KANGKUNG. PENSYARAH PUN KANGKUNG. PELAJAR PUN KANGKUNG. SEBABNYA, KALAU TAKDE JAWATAN DALAM PAS, JANGAN HARAP BOLEH MEMOHON.




Nampaknya masuk PAS bukan sahaja dijanjikan SYORGA oleh NIK AZIZ. Malah pergi dengar ceramah dekat MARKAS PUN BOLEH DAPAT DIPLOMA!


*Berbuih la PAS kena jawab lepas ni. Sebab kami telah membongkar SATU PENIPUAN TERBESAR PAS KEPADA AHLI-AHLINYA. Pengikut-pengikut PAS TOTOK percaya bahawa MAHFUZ BEAN dan MAT SABU KAKI SAPU ada kelayakan akademik yang tinggi. Silap-silap kalau depa ni tipu ada PHD dari ILHAM pun pengikut-pengikut YANG WALA SERTA JUMUD akan percaya.

YUHAIZAD ADA DIPLOMA? KAHKAHKAH........

INGAT PAS.....INGAT AUTA....
INGAT PAS....INGAT FITNAH......
INGAT PAS....INGAT ZINA

Anonymous said...

melayu menyamar cina tak sedaq untung sungguh. kalau tak da blog tok sah mai buat komen panjang berjela tak da faedah orang nak baca.

blog umno orang meluat nak baca banyak sangat pembohong, mari tempek blog PAS .