Thursday, July 28, 2011

Tuan Guru Nik Aziz harap Malaysia menang

KUALA LUMPUR, 28 Julai: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berharap pasukan bola sepak negara memenangi perlawanan menentang Singapura, malam ini.

“Saya berharap agar Malaysia dapat memenangi perlawanan bola sepak menentang Singapura pada hari ini. Semoga dapat melakar sejarah,” ujarnya di laman Twitter.

Secara peribadi, beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berharap penjaga gol anak negeri itu, Khairul Fahmi dapat diturunkan untuk mengawal gawang pasukan negara.

Namun, kata beliau segalanya terpulang kepada percaturan pihak berkenaan.

“Selamat mencipta rekod baru untuk bolasepak Malaysia!” ujarnya.

Pertemuan skuad Harimau Malaysia dengan Singapura pada pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 malam ini dilangsungkan di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Pada perlawanan pertama di Stadium Jalan Besar, Kallang, Singapura 23 Julai lalu, pasukan negara tewas 3-5.

Read more ...

Polis bertindak ganas kerana ditekan Menteri



PUTRAJAYA 28 JULAI :Tindakan polis menggunakan kekerasan pada peserta Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu dipercayai atas tekanan politik dari pihak tertentu dan bukanlah kemahuan mereka.

Menurut Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat, Nik Nazmi Nik Ahmad, tekanan, desakan dan arahan terhadap polis itulah yang akhirnya menyebabkan pelbagai pihak mencemuh tindakan mereka pada hari tersebut.

"Saya faham tekanan yang dihadapi polis. Malah saya salahkan ahli politik kerana yang beri tekanan dan arahan ialah Menteri Dalam Negeri.

"Biar polis lakukan kerja mereka. Sekarang imej mereka buruk kerana ahli politik menekan mereka dan wujudkan budaya (persepsi buruk) seperti ini," kata beliau.

Hal ini dinyatakan Nik Nazmi dalam Forum Debat Kematangan Demokrasi Malaysia anjuran Pemuda Umno Putrajaya semalam.

Pada Himpunan Bersih 9 Julai lalu lebih 1,600 rakyat ditangkap polis kerana menyertai himpunan tersebut.

Pelbagai dokumentasi gambar dan video serta testimoni orang ramai yang tersebar terutamanya di laman maya menunjukkan bahawa polis bertindak ganas dan tidak bersesuaian dengan penyuraian himpunan tersebut.

Malah, seorang peserta meninggal dunia manakala puluhan yang lain mengalami kecederaan.

Bersih 2.0 menganjurkan perhimpunan aman itu setelah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dilihat gagal bertindak di atas lapan tuntutan gabungan 62 pertubuhan bukan kerajaan demi memastikan proses pilihan raya berjalan secara adil dan telus.

Antara tuntutan itu termasuk tempoh berkempen 21 hari, rombakan undi pos, pembersihan senarai pengundi dan penghapusan rasuah politik.

Nik Nazmi turut bertanya mengapa himpunan seperti 'protes kepala lembu' di Shah Alam yang terang-terangan memprovokasi kaum Hindu dibiarkan sahaja oleh kerajaan sedangkan himpunan lain dikekang dengan keras sekali.

"Pokoknya di sini, siapa yang 'double standard?' Siapa yang emosi di sini? Atau adakah bila orang di satu pihak emosi, bukan sekadar emosi tapi cetuskan provokasi dibenarkan?," kata beliau.

Selain Nik Nazmi, panelis lain ialah Ketua Umno Putrajaya, Datuk Zaki Zahid dan Ketua Umum Dewan Pemuda Masjid Malaysia Dr Nawwar Ariffin.

Dr Nawwar yang dilihat mengambil sikap 'atas pagar' sepanjang forum semalam bagaimanapun memberi komen bahawa kadang-kadang tindakan dari pihak kerajaan dilihat bertentangan dengan mesej cuba hendak disampaikan.

"Sebenarnya (jika) niat kerajaan nak berdiskusi tapi dalam masa sama, lakukan tindakan seperti itu (maka) disalah anggap sehingga orang ramai tertanya-tanya apa mesej yang cuba nak diberitahu dengan tindakan sedemikian," ulas beliau lagi.

Read more ...

MCA dan PERKASA ada kerjasama


PETALING JAYA 29 JULAI: DAP hari ini menggesa MCA menjelaskan pendirian mereka berhubung kerjasama parti itu dengan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa).

Ini berikutan protes anjuran MCA minggu lalu bersabit cadangan kerajaan Selangor membina penempatan pekerja asing di Petaling Jaya turut disertai bekas Ketua Pemuda Perkasa, Arman Azhar Abu Hanifah.

Bercakap pada sidang media hari ini, Sekretari DAP Selangor, Lau Weng San menyifatkan MCA Selangor seolah-olah hilang arah untuk membangkitkan isu bagi menentang kerajaan negeri.

Malah parti itu terpaksa menjemput sebuah organisasi ekstrimis Melayu yang sering dikritik sebelum ini untuk menghamburkan kata-kata kesat kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Mereka perlu menilai semula apa yang mereka lakukan. Dalam demostrasi seperti ini mereka menjemput orang daripada pertubuhan yang mereka sendiri mengkritik. Jadi wujud percanggahan dalam pendirian mereka," kata beliau.

Lau sebelum itu menjawab tuduhan yang dilemparkan oleh Ketua Biro Aduan MCA Selangor, Theng Book berhubung rancangan penempatan semula warga asing di Sungai Way yang disifatkan mampu menjejaskan perniagaan rakyat tempatan di kawasan itu.

Ini kerana penduduk tempatan yang menjalankan perniagaan di kawasan itu bergantung sepenuhnya kepada kuasa membeli oleh warga asing yang dianggarkan berjumlah hampir sepuluh ribu orang.

Beliau berkata projek tersebut kini hanya di peringkat cadangan dan belum dibentangkan kepada Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

"Saya tidak faham mengapa MCA Selangor cuba menjadikan ianya isu. Mungkin mereka cuba mendapatkan sokongan politik," kata beliau.

Lau menjelaskan cadangan tersebut amat praktikal dari aspek pelaburan antarabangsa yang memerlukan tenaga kerja secukupnya bagi menjalankan aktiviti pengilangan seharian di kawasan Petaling Jaya.

Oleh yang demikian katanya, penempatan semula bagi pekerja asing mampu meningkatkan efisien dan menambahbaik produktiviti kilang dan pembinaan.

Justeru beliau menyifatkan cadangan tersebut adalah relevan disamping mampu menyelesaikan masalah penempatan haram, insfrastruktur, sampah dan lalu lintas khususnya di Sungai Way.

Lau mengambil contoh aplikasi yang sama pada cadangan pembinaan hostel di Wilayah Pembangunan Iskandar oleh Barisan Nasional (BN) yang akan menempatkan lebih daripada 200 ribu pekerja asing.

Sehubungan dengan itu Lau menggesa agar MCA mendapatkan maklumat daripada kerajaan negeri Selangor sebelum melemparkan sebarang tuduhan.

Read more ...

Wednesday, July 27, 2011

Mari tengok gambar polis yang buat rakaman ketuk ketampi bogel

Ini Mohd. Dzulfatah didakwa membuat rakaman itu ketika Hemy Hamisa sedang melakukan ketuk ketampi tanpa berpakaian. Pada 29 Ogos 2006, Hemy Hamisa Abu Hasan Saari, 28, memfailkan saman itu dengan menamakan Mohd. Dzulfatah Saari (ketika itu berpangkat Konstabel) dan kerajaan selaku responden dan ia diselesaikan di luar mahkamah semalam.

Hemy Hamisa menuntut ganti rugi am berjumlah lebih RM250,000, ganti rugi teladan, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

Ini adalah gambar UM Mohd. Dzulfatah Saari semasa inkuiri awam 5 tahun dahulu. Adakah dia masih bertugas seperti biasa!! The BlackBerry #MaxisPlayBook Own it!
EkEle.Net

Read more ...

Najib semakin tidak popular sehingga terpaksa salah guna pelatih PLKN


Tergamak sungguh Najib memperalat seluruh agensi Kerajaan yang dikerah sejak seminggu lalu termasuk raptai penuh bermula hari Isnin hingga pagi semalam, semata-mata takut kehadirannya tidak dapat sambutan!

Memang benar, sejak jam 10 pagi semalam lagi, kesemua pelatih PLKN dikerah menyambut Najib hingga mereka tidak sempat menunaikan solat Zohor yang nyata wajib bagi pelatih beragama Islam!

Sudahlah begitu, ada yang ditemubual menyatakan bahawa mereka sebenarnya bosan kerana sejak seminggu lalu, tiada satu pun latihan dalam modul mereka dilakukan, sebaliknya diarah untuk menari dan memberi sambutan meriah di KL Sentral.


Najib seharusnya lebih bijak dalam meraih sokongan hinggakan KL Sentral semalam sesak teruk ditambah lagi kawalan ketat anggota polis trafik yang langsung tidak memberi ruang kepada pengunjung, malah memberi keutamaan penuh buat rombongan Najib.


Yang paling kelakar, Raja Nong Chik saling berebut-rebut untuk mengambil perhatian Najib semasa tiba dari platform KLIA Transit hinggakan pengawal peribadi Najib hampir tertolak.


Semua kakitangan KERAjaan termasuk KTMB dan agensi bukan bawah kementerian
Rais yatim turut dikerah menyambut Najib Altantuya. Malangnya cuma 200 orang sahaja

yang hadir

Insiden tersebut sempat dilihat kami yang memantau pergerakan Najib Altantuya sebelum tiba di hadapan Mc Donalds, tempat bermulanya penangkapan 10 aktivis PKR termasuk Rozan Azen, Zaki Yamani, Saachinathan dan lain-lain.

Apa yang dikesalkan, tindakan polis yang sengaja menimbulkan kekacauan di sebalik tuntutan mereka untuk menyerahkan memorandum mendesak Najib membebaskan segara Dr Jeyakumar dan tahanan lain dari Ordinan Darurat.


Hanya 200 orang sahaja yang menyambut Najib , selebihnya 200 orang lagi kesemuanya pelatih PLKN.



Memalukan, Najib Altantuya sememangnya Perdana Menteri Malaysia PALING TIDAK POPULAR!!

Read more ...

Khairi bergelut untuk kembali popular tapi popular - popular


Oleh: TopengMerah

"Kenyataan Ketua Pemuda Umno menerusi Utusan Online hari ini yang mengatakan demonstrasi jalanan bukanlah perkara biasa bagi masyarakat kota besar negara lain adalah mengelirukan. Ini adalah kerana beliau kemudiannya mengakui yang fakta berdemonstrasi di U.S memerlukan permit. Ini secara tidak langsung menunjukkan yang demonstrasi sebenarnya adalah satu kebiasaan di Amerika dan bukanlah satu kesalahan. Malah kerajaan negara Uncle Sam itu sendiri pun tidak mempunyai masalah untuk meluluskan permit, tidak seperti negara kita.

Namun KJ dalam kenyataannya menokok tambah yang peserta demonstrasi di Malaysia lebih bersifat provokatif terhadap pihak berkuasa terutamanya PDRM, suatu kenyataan yang pada pandangan saya tidak berasas dan lebih bersifat emosional semata-mata.

Saya tidak faham kenapa baru hari ini KJ mengungkitkan isu dan tuduhan ini. Sekiranya demonstrasi itu adalah satu perkara yang tidak baik dan salah, kenapa KJ dan Patriot menyibukkan diri turut sama berdemonstrasi? Tindakan ini tak ubah seperti budak-budak yang tidak matang. Malah tujuan Patriot menyertai demonstrasi itu bagi menunjukkan rasa tidak puas hati dan tindak balas mereka terhadap pihak yang lain itu adalah merupakan satu ancaman dan lebih merbahaya. Dia dan Patriot dilihat penuh bersedia bagi membenteras kononnya "penyangak-penyangak jalanan" bagi mempertahankan kestabilan negara. Ini tiada lain melainkan, KJ sebenarnya mahu dirinya dilihat sebagai hero dalam drama ini.

Sekiranya kerajaan Malaysia betul-betul telus dan bersih dan bersifat terbuka dan bukannya autoritarian, sepatutnya permit dapat diluluskan. Dan selepas permit diluluskan, pantaulah aktiviti demonstrasi itu dengan baik. Sekiranya pihak yang telah diberikan permit berdemonstrasi itu gagal mematuhi undang-undang, barulah tindakan keras diambil ke atas mereka.

Sebaiknya KJ harus memberikan kenyataan yang lebih menunjukkan kematangannya sebagai seorang pemimpin pemuda dan bukannya mengeluarkan tuduhan yang tidak berpaksikan kepada fakta.

Saya melihat "kokokan" ini tidak lebih dari satu muslihat beliau untuk mengembalikan populariti nya yang semakin suram dari arus politik perdana."

Read more ...

Masih ingatkah anda kepada Mastermind Ini?

This summary is not available. Please click here to view the post.

Read more ...

Ridhuan Tee... jenis ini talam berapa muka pula?

Oleh Zulkifli Yahaya

Setelah UMNO merasakan mereka berjaya membina persepsi orang Melayu bahawa DAP adalah anti Melayu dan Islam, maka DAP dijadikan ‘hantu’ untuk menakut-nakutkan orang Melayu. Bagi UMNO, apa saja yang datang dari DAP semua jahat belaka dan mesti dilawan habis-habisan.

Penulis ketawa sendirian apabila membaca sebuah laman blog ‘Kedah La’ yang sinis membidas sikap UMNO, berikut antara petikannya:

“UMNO marah tindakan PAS (isu benar pusat hiburan buka untuk Non Muslim dan dilarang untuk Muslim), bukan kerana langkah tersebut tidak betul tapi kerana di antara yang tidak bersetuju arahan awal (tutup terus untuk semua di bulan Ramadhan) ialah DAP.

“Kita lihat di Melaka, DAP membantah pusat hiburan dibuka selepas pukul 12 malam maka sebagai menyanggah bantahan DAP kerajaan BN melanjutkan sehingga pukul 3.00 pagi. Jadi bukan persoalan sesuatu isu itu baik untuk rakyat atau tidak; yang penting bagi UMNO ialah menyanggah apa saja pendirian DAP.

“Cuba bayangkan kalau selepas ini DAP keluar kenyataan ‘Wahai orang UMNO, jangan makan najis..' aku yakin kat Malaysia ni tak perlu buat logi pembentung najis lagi.. orang UMNO akan selesaikan!’

Penulis menghuraikan isu pusat hiburan di Kedah pada keluaran sebelum ini, menjelaskan segala kekeliruan. Banyak persoalan yang diajukan kepada UMNO tidak mampu dijawab, antaranya mengapa selepas BN mewartakan enakmen pada 12 Februari 1998 sehingga tumbang kerajaan pada 8 Mac 2008, tidak ada satu hari pun dalam bulan Ramadhan BN mampu laksanakan.

Jawapan tidak diterima tiba-tiba serangan terhadap kerajaan negeri yang datang. Namun serangannya hanya bertumpu pada satu isu saja, ‘PAS ikut telunjuk DAP’, kerana itu saja ‘ratib’ yang mampu dibuat setelah UMNO diasak ke dinding.

Antara yang mengkritik ialah bekas Menteri Besar Tan Sri Sanusi Junid yang sekian lama hilang dari radar politik Malaysia. “Adakah PAS pusat akan membatalkan keputusan kerajaan negeri yang begitu baik dan Islamik jika Karpal tidak menggertak? Sudah tentu tidak,” ujar Sanusi senada macam pemfitnah yang lain menjadikan DAP sebagai penyebab.

Walhal yang paling kuat menentang enakmen tersebut dikenakan terhadap non Muslim ialah MCA dan gerakan. Ketua Pemuda Gerakan, Tan Ken Liang ugut akan mengambil tindakan mahkamah terhadap kerajaan negeri.

Sanusi sewaktu jadi Menteri Besar adalah juga ADUN Kuah yang di dalam kawasannya terdapat bermacam-macam jenis pusat hiburan dan jualan arak secara terbuka. Antara kandungan Enakmen Pusat-pusat Hiburan yang dirapikan pada 1997 ialah tidak membenarkan ia dibuka pada malam Jumaat.

Ia berjaya dilaksanakan di seluruh negeri sehingga kini, kecuali Langkawi yang tidak mampu dilaksanakan sejak Sanusi mula menjadi ADUN Kuah sehingga kini. Dia hanya pandai cakap berdegar-degar mengkritik kerajaan negeri setelah hilang kuasa.

Sanusi bercakap mengenai keperluan PAS memberi kursus kepada DAP berhubung perlunya menutup pusat hiburan tetapi seorang bekas Exco di zaman Sanusi yang memegang potfolio agama, kini adalah pengusaha pusat hiburan di zaman PAS menerajui kerajaan. Mungkin Sanusi terlepas pandang untuk mentarbiyahnya dulu.

Seorang lagi pengkritik sepenuh masa PAS yang sentiasa menunggu peluang untuk berpencak membelasah PAS ialah bekas rakan serumah saya dan rakan separti di UKM dulu, Dr. Ridhuan Tee Abdullah. Baginya hiburan yang melampau adalah ditegah oleh semua agama.

Memang betul, tapi apakah hiburan melampau yang diberi lessen di Kedah? “Jika hiburan melampau (termasuk arak, judi dan zina yang terdapat dalam premis hiburan) itu dibolehkan, selepas ini suruh anak kita berhibur puas-puas hingga ke pagi,” kata Ridhuan.

Hiburan yang disenaraikan di bawah enakmen pusat hiburan di Kedah ialah karaoke, pentomin, panggung wayang, laser disc, MTV, persembahan pentas, sarkas, pancaragam dengan penyanyi, bowling, snuker, billiard, bar, simulator, disko dan pub. Arak, judi dan zina tidak tersenarai di bawah enakmen pusat hiburan yang diberi lessen. Ridhuan sudah merapu.

Soalnya apakah bagi masyarakat bukan Muslim mereka boleh menerima dengan mudah segala yang tersenarai di atas sebagai satu ‘kesalahan besar’ misalnya bukan Muslim tidak boleh memasuki premis karaoke, sarkas, pancaragam dan wayang gambar; walhal hiburan seperti itu telah masuk ke setiap rumah orang Islam sendiripun (melalui peti tv) tanpa sebarang peraturan menghalangnya.

Mengapa Kementerian Penerangan di bawah kekuasaan UMNO pusat tidak menghalang terus hiburan dalam tv sepanjang Ramadhan?

Ridhuan mengaitkan penarikan balik larangan hiburan untuk bukan Muslim sebagai talam dua muka. Bagaimana pula dengan tiada larangan langsung untuk Muslim (sekalipun) pergi berkunjung ke pusat hiburan di bulan Ramadhan di semua negeri yang dikuasai UMNO/BN? Yang ini berapa muka pula talam mereka?

Di saat UMNO dan seluruh media talibarut mereka mengecam PAS Kedah kerana menarik balik larangan pusat hiburan untuk bukan Muslim, tiba-tiba MCA di Kelantan menyaman kerajaan negeri kerana mengharamkan judi.

Nah, apa sudah jadi, bukan DAP yang mempertahankan mungkar tetapi parti komponen BN! Mengapa UMNO tidak bantah tindakan biadap abang kandung kesayangan mereka itu? Di Kedah, UMNO kutuk PAS kerana benarkan bukan Muslim berkaraoke tapi di Kelantan mereka tersengih-sengih macam kambing jantan bila lihat MCA bantah kerajaan PAS larang rakyatnya berjudi. Ridhuan tentu boleh jawab, jenis ini talam berapa muka?


Cuba UMNO tenangkan fikiran dan mencari halatuju dalam tindakan; mereka sebenarnya menentang kemungkaran atau menentang DAP?

(Ehsan Nota Utara, Harakah)

Read more ...

Dr Muhammad Uthman El-Muhammady dituntut hadir beri penjelasan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis

NONEKerajaan negeri Perlis melalui jawatankuasa fatwanya hari ini mengeluarkan undangan rasmi kepada penceramah popular Dr Muhammad Uthman El-Muhammady yang dikatakan mengaitkan beberapa tokoh agama dengan fahaman Wahabi dan terorisme.

Menurut mufti negeri Dr Juanda Jaya (kiri), undangan rasmi bertulis dihantar kepada felo Institut Pemikiran dan Peradaban Islam Antarabangsa (ISTAC) itu setelah diputuskan anggota jawatankuasanya semalam.

"Kita harap majlis itu dapat diadakan pada bulan puasa ini supaya kurang sedikit unsur syaitannya. Jika tuduhan itu tidak benar, ia dianggap memecahbelahkan orang ramai, mengikut perangai syaitan dan mengancam negara," katanya.

Dalam tradisi Islam, Ramadan dikatakan bulan berkat kerana syaitan dikatakan 'terikat' pada siang hari ketika umat Islam berpuasa.

Malaysiakini difahamkan, dalam taklimat tertutup Majlis Keselamatan Negara (MKN) di Putrajaya Isnin lalu, bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan 40 ulama muda Umno antara yang dikaitkan dengan fahaman itu.

NONEDikatakan juga taklimat itu juga mendakwa Arab Saudi sebagai dalang di sebalik jaringan itu.

Bagaimanapun, semalam, Dr Juanda mendedahkan beliau dan institusi kerajaan negeri Perlis turut menjadi mangsa kepada "tuduhan liar" dalam majlis di mana Dr Uthman terlibat sebagai seorang pembentang kepada mufti dan wakil majlis agama Islam negeri yang hadir.

Libatkan haji ke Mekah

Bercakap kepada Malaysiakini semalam, Dr Juanda berkata, Dr Uthman boleh memilih tarikh di mana beliau mempunyai kelapangan untuk membentangkan semula idea-ideanya kepada anggota jawatankuasa fatwa negeri dan ahli akademik yang akan dijemput.

ti religio-corruption workshop 231105 muhammad 'uthman el-muhammady"Majlis ini juga terbuka kepada orang awam dan pihak media supaya setiap pihak dapat menilainya," kata Dr Juanda yang juga felo pelawat di Universiti Oxford.

Menurut Dr Juanda, Dr Uthman perlu membuat penjelasan itu kerana implikasi dakwaan dalam taklimat itu melibatkan amalan penting umat Islam seperti mengerjakan umrah dan haji umat Islam di Mekah - wilayah yang ditadbir Arab Saudi.

"Menjelang Ramadan juga, ramai iman daripada Mekah dijemput mengimani solat Tarawikh di negara ini, kita bimbang amalam mereka tidak sah pula nanti," katanya.

Arab Saudi merupakan negara yang paling dikaitkan dengan fahaman Wahabisme, terutamanya oleh golongan Orientalis. Di Malaysia pula, Perlis satu-satunya negeri yang dikaitkan dengan amalan itu walaupun pemimpin dan ulamanya sering menafikannya.

azlanUsaha Malaysiakini mendapat komen Dr Uthman dan MKN setakat ini belum berhasil.

Dr Uthman merupakan tokoh maal hijrah kebangsaan pada tahun 2005. Pemegang ijazah doktor persuratan kehormat (D Litt) daripada Universiti Sains Malaysia (USM) itu terkenal kerana kajiannya dalam bidang akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Read more ...

Nasib 40 pemuda dari ulama UMNO kepada 'Pengganas'


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiU4mKQGDMmKMCwiOHXZ8cjPCemrLB0hZzbEiduzu6E2vTQAUcOuFZWRLmyYjI5IA2CWTLRzJFxCOg6NclDpN2pT9QDv9IjstphGnu9rUMkmP8Y1-df94c3UJgGCAP9bIc6-1KafB1_s6Xe/s320/40+ulama+UMNO.jpg
SHAH ALAM 27 JULAI : Tindakan Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengaitkan 40 ulama muda Umno dengan fahaman Wahabi dan terorisme kelmarin disifatkan sebagai habis madu sepah dibuang, walaupun sudah berhempas pulas mempertahankan kerajaan.

Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan Tantawi berkata, antara tindakan itu ialah apabila kumpulan ulama terbabit menyerang PAS berhubung isu kontroversi Festival Fesyen Islam (IIF) yang dinaungi isteri Perdana Menteri Rosmah Mansor serta menempelak penganjuran perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu sebagai bertentangan dengan syariat Islam dan manhaj salafus soleh.

"Tidak semena-mena, setelah Ulama' Muda Umno mengerah segala keringat, ilmu dan masa untuk mempertahankan kerajaan dan memburukkan BERSIH 2.0 , kini mereka pula disenaraikan sebagai wahabi dan lebih malang dikaitkan pula sebagai pengganas," ujarnya.

"Ternyata usaha Ulama' Muda Umno tidak langsung dihargai, kedudukan mereka kini seperti habis madu sepah dibuang merata - rata,"katanya.

"Saya tidak pasti apakah benar matlamat mereka menyertai Umno adalah untuk menyelamatkan diri mereka dari terus dilabel sebagai wahabi dan pengganas atau tidak," katanya dalam satu kenyataan media.

Namun, beliau bersyukur apabila bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Asri Zainul Abidin tidak "terpedaya" walaupun dihulur "bantal empuk" untuk beliau menyertai Umno bersama kumpulan itu pada Jun tahun lalu.

Isnin lalu Malaysiakini melaporkan, dalam taklimat tertutup Majlis Keselamatan Negara (MKN) di Putrajaya pada hari sama, bekas mufti Perlis Dr Asri dan 40 ulama muda Umno antara yang dikaitkan dengan fahaman Wahabi dan aktiviti terorisme.
Menerusi laman blognya semalam, Nasrudin turut mempersoalkan mengapa Pemuda Umno tidak membela kumpulan itu walaupun pada masa sama mempertahankan Dr Asri.

"Apakah Pemuda Umno merasakan ulama muda Umno ini menjadi saingan mereka lalu membiarkan mereka dipalit label pengganas?" soalnya sinis.

Ujar Nasruddin lagi, walaupun beliau mengenali sebahagian daripada anggota ulama muda Umno itu namun tidak tergambar difikiranya melalui raut wajah dan sosok tubuh mereka, bagaimana mereka boleh tersenarai sebagai pengganas.

"Kini saya termenung di anjung musolla sambil mengenang isu ini dan hati saya berdetik, kalaulah 40 ulama muda itu menyertai PAS lalu berganding memperjuangkan Islam, membasmi kejahilan, menentang kezaliman, membenteras kemungkaran dan menegakkan syariat, alangkah manis dan indahnya," ujarnya.

"Berbaloi digelar 'pengganas' oleh kerajaan Umno dan BN kerana menentang mereka," tulisnya lagi dalam artikel itu,"tambahnya lagi.

Read more ...

Dah tak boleh nak jawab, SPR salahkan agensi lain


SHAH ALAM 27 JULAI : Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dilihat bersifat defensif dan mengelak dari mengambil tanggungjawab di atas kepincangan sistem pilihan raya di negara ini.

Beberapa soalan yang diajukan peserta Wacana "Apa Selepas 9 Julai" semalam ditepis Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar sebagai salah agensi-agensi kerajaan yang lain.

Misalannya kewujudan pengundi yang meragukan dalam daftar pemilih dikatakan berpunca dari kegagalan Jabatan Pendaftaran Negara mengemaskini data warganegara, ataupun keluarga pengundi mati hidup semula tidak memaklumkan kematian anggota keluarga berkenaan kepada JPN.

"Daftar pemilih kita ini dari 1959. Daftar pemilih yang sama dikitar sampai ke sekarang. Di bawah Perlembagaan tiada kuasa dapat keluarkan nama pengundi tanpa pengesahan dari jabatan berwajib.

"Tetapi kalau sudah waris tak melapor pada JPN, macam mana pengkalan data nak kemaskini yang si anu itu dah meninggal dunia,"katanya.

Dalam perkembangan lain, Wan Ahmad berkata soalan yang diajukan para peserta wacana terlalu spesifik dan lebih layak diajukan kepada kerani SPR.

"Tadi Datuk Wan beritahu, bagi orang yang mati, warisnya kena maklumkan baru dikeluarkan (dari daftar pemilih). Bagi askar, polis, pelajar di luar negara, macam mana nak keluarkan? ,"soal salah seorang peserta wacana semalam.

Namun jawapan yang diharapkan, tidak diberikan oleh Wan Ahmad yang kemudiannya mengundang 'boo' oleh peserta wacana itu.

"Soalan anda terlalu teknikal. Kita ada pelbagai peringkat...saya bercakap sebagai dasar, tuan-tuan cakap pasal budak kerani punya kerja.

"Tuan-tuan tak boleh berbincang,"kata Wan Ahmad.

Selepas itu, moderator wacana itu, Wan Saiful Wan Jan meminta wacana itu ditamatkan atas arahan pihak atasan.

" Okay ini sahaja masa yang kita ada. Saya dimaklumkan bukan sahaja kita diminta untuk berhenti, tapi nak gulung pun tak sempat sebab ada arahan dari atas. Bukan Karangkraf, tapi atas lagi,"kata beliau.

Wacana anjuran Karangkraf semalam menyaksikan Pengerusi Bersih, Datuk Ambiga Sreenevasan dan Wan Ahmad berdepan dengan cemuhan hadirin mengenai hala tuju sistem pilihan raya di negara ini.

Wan Ahmad yang di'boo' terpaksa meminta hadirin bertenang dan memberikannya ruang untuk memberikan penjelasan.

Manakala Ambiga pula berdepan dengan hadirin yang mendakwa kononnya Bersih tidak mengambilkira kepentingan rakyat dalam menganjurkan himpunan 9 Julai lalu.

Read more ...

Kerajaan Malaysia lakukan tindakan penafian perundangan - Bourdon



SHAH ALAM 27 JULAI : Peguam Hak Asasi Perancis, William Bourdon tidak melihat pengusirannya dari Malaysia sebagai 'dipergunakan atau dijadikan mangsa' oleh Suara Rakyat Malaysia (SUARAM).

Kenyataan Bourdon itu menolak alasan rapuh yang dikeluarkan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi sebelum ini kononnya Bourdon adalah mangsa politik SUARAM.

Bourdon berkata, beliau datang ke Malaysia adalah sebagai seorang peguam dan tindakan kerajaan Malaysia menghalangnya berjumpa dengan anak guamnya adalah suatu tindakan penafian perundangan.

Bourdon Jumaat lalu, ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum dihantar pulang ke Perancis pada sebelah malamnya, tanpa sebarang alasan daripada kerajaan Malaysia.

"Pihak berkuasa cuba menjadikan Suaram sebagai 'hantu' dalam usaha mengusir saya,” katanya.

Bourdon diusir selepas beliau menghadiri majlis makan malam di Pulau Pinang, 21 Julai lalu, apabila beliau memberi taklimat mengenai perkembangan siasatan kehakiman Perancis berhubung skandal pembelian kapal selam Scorpene bernilai RM7 bilion ($2.8 bilion) oleh kerajaan Malaysia.

Kerajaan didakwa menerima komisen sebanyak RM540 juta dari firma pertahanan Perancis DCNS pada tahun 2002, melalui syarikat Perimekar iaitu subsidari KS Ombak Laut Sdn Bhd, yang mana pemegang saham utamnya adalah isteri Abdul Razak Baginda.

Razak Baginda adalah rakan rapat Menteri Pertahanan ketika itu, Datuk Seri Najib Razak. Razak Baginda didakwa terbabit dalam pembunuhan wanita warga Mongolia Altantuya Shariibuu.

Namun mahkamah membebaskannya daripada tuduhan tersebut.

Pada Disember 2009, SUARAM memfailkan aduan kepada mahkamah Perancis mengenai hal itu dan mendapatkan khidmat Bourdon.

Read more ...

Dah tak ada yang nak sambut Najib, budak-budak PLKN jadi mangsa



Najib dan rombongannya telah menaiki kereta api laju Express Rail Link, dari Putrajaya menuju ke stesen KL Sentral bagi mengedarkan bendera Jalur Gemilang menjelang sambutan hari kebangsaan pada 31 Ogos ini dan ketibaannya pada 2.10 petang dikatakan disambut 1,000 orang yang menunggu sejak 11 pagi.

Gambar diatas adalah sekeping gambar yang membuktikan Najib masih mempunyai sokongon yang kuat dari Rakyat Malaysia… tapi jika diperhatikan betul-betul yang menjadikannya ramai adalah Pelatih PLKN

Demi menggembirakan Najib, pelatih-pelatih PLKN telah diangkut dan dibariskan bagi menyambut ketibaannya disepanjang laluan untuk beliau merasmikan kempen Kibarkan Jalur Gemilang di KL Sentral..

OBJEKTIF

Program Khidmat Negara akan dilaksanakan bagi mencapai objektif yang telah digariskan seperti berikut:

1.Meningkatkan semangat patriotisme di kalangan generasi muda.
2.Memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasional.
3.Membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni.
4.Menyemarakkan semangat kesukarelaan.
5.Melahirkan generasi muda yang lebih cergas,cerdas dan penuh keyakinan diri.

Tak ada pun dikatakan Program Khidmat Negara akan dilatih untuk menyambut kenamaan..ASD

Read more ...

Rakyat dah tahu video polis penipu sebab tu tak laku

KUALA LUMPUR, 27 Julai: Video Bersih 2.0 yang dirakam dan ditayangkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) ternyata tidak diminati oleh orang ramai untuk menontonnya atau 'tidak laku', sehingga Menteri Penerangan terpaksa digunakan untuk memberikan publisiti mengenainya.

Sekiranya video itu menarik dan benar-benar menceritakan kejadian sebenar, ia pasti akan menarik perhatian orang ramai menontonnya tanpa dipaksa.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) menegaskan, dengan itu, pihak PDRM hanyalah melakukan kerja yang sia-sia dan membazirkan wang rakyat untuk menghasilkan video itu kerana ia tetap tidak diminati oleh orang ramai.

Menurut beliau, nasib video polis itu samalah seperti nasib filem-filem negara yang sememangnya tidak menarik minat orang ramai untuk menontonnya walaupun pembikinannya mengambil masa agak lama dan memakan belanja yang besar.

Katanya, untuk tidak mensia-siakan pembikinan video itu, pihak kerajaan kini terpaksa memaksa stesyen-stesyen TV di tanah air menyiarkannya tetapi usaha tersebut tetap gagal, apabila hanya pihak RTM sahaja yang sudi menayangkannya.

"Keengganan stesen-stesen TV lain khususnya TV swasta untuk menayangkan video polis itu kerana diyakini video itu tidak akan menarik perhatian orang ramai untuk menontonnya, malah kalau disiarkan pasti akan memberikan kesan buruk kepada stesen-stesen TV itu sendiri.

"Kini media-media utama tanah air yang dikuasai kerajaan sudah tidak lagi dipercayai oleh orang ramai. Sekiranya video polis itu juga turut disiarkan, orang ramai pasti akan menjadi lebih tidak mempercayai stesyen-stesyen TV berkenaan. Menyedari hakikat itulah stesen-stesen TV swasta enggan menyiarkannya," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai seruan Menteri Penerangan, Datuk Seri Dr Rais Yatim supaya rakyat negara ini hanya melihat video Bersih 2.0 yang ditayangkan oleh PDRM berhubung himpunan Bersih 2.0.

Menurut Mahfuz, saranan Rais itu sememangnya menggelikan hati kerana ia jelas membuktikan video tersebut tidak diminati oleh orang ramai untuk menontonnya, sehingga menyebabkan pihak kerajaan terpaksa menggunakan Menteri Penerangan untuk membuat publisiti mengenainya dan membuat seruan seperti itu.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena juga yakin pihak RTM sendiri sebenarnya turut tidak berminat untuk menyiarkan video itu, tetapi ia terpaksa disiarkan juga kerana terpaksa setelah dipaksa oleh kerajaan BN yang memerintah negara kita sekarang.

"Rakyat negara kita sekarang sudah semakin cerdik. Rakyat sendiri tahu yang mana video yang bermutu dan yang mana video yang tidak bermutu.

"Rakyat sendiri tahu yang mana video yang benar dan yang patut ditonton dan yang mana video yang tidak benar yang tidak patut ditonton malah kalau ditonton pasti hanya menggelikan hati.

"Oleh itu, pihak kerajaan sendiri dapat mengambil pengajaran dari nasib malang yang dialami oleh video polis itu untuk mengetahui realiti sebenar tentang rakyat di negara kita sekarang yang sudah tidak boleh diputarbelitkan lagi," tegas beliau.

Malah semakin diputarbelit, tegas beliau, rakyat akan menjadi semakin marah dan meluat dengan kerajaan sehingga menyebabkan segala tindakan kerajaan sekarang akan menjadi pertikaian di kalangan rakyat.

"Begitulah nasib kerajaan BN kini setelah sekian lama memerintah dan setelah sekian lama memutarbelit dan menzalimi rakyat dalam pelbagai aspek," ujar beliau.

Read more ...

VIDEO TERKINI : 10 ditahan ketika cuba serah surat pada Najib


KUALA LUMPUR, 27 Julai: 10 orang termasuk enam anggota Angkatan Muda Keadilan (AMK) ditahan polis di stesen Sentral Kuala Lumpur hari ini.

Mereka ditahan kira-kira jam 2.50 petang ketika sedang berbaris bersama pelatih PLKN menyambut ketibaan Datuk Seri Najib Razak untuk merasmikan kempen Kibarkan Jalur Gemilang di sini.

Antara yang ditahan termasuklah Timbalan Ketua Penerangan AMK Rozan Azin Mat Rasip, Exco AMK Pusat, Zaki Yamani, Zulfikar Ali Ariffin, Manivannan Gowindasamy dan pembantu ahli parlimen Ampang, Mohamad Fareez Kamal Intidzan.

Insiden berlaku apabila Zaki cuba masuk ke dalam laluan Najib bagi menyerahkan sepucuk surat kepada Perdana Menteri itu.

Sebaik sahaja beliau masuk sambil memanggil "Datuk Seri", empat pengawal peribadi Najib terus memegangnya dan mengheret beliau keluar dari tempat tersebut dan diserahkan kepada anggota polis yang sedia berkawal.

Najib juga dilihat sempat melihat ke arah Zaki dan pergelutan yang berlaku yang hanya berjarak kira-kira satu meter darinya.

Seorang rakannya, Zulfikar pula ditahan apabila cuba menayakan kepada polis kenapa Zaki ditahan dengan cara kasar.

Ekoran itu kesemua mereka yang memakai baju kuning itu ditahan pihak polis.

Kesemuanya difahamkan dibawa ke Balai Polis Jalan Travers.

Read more ...