Monday, May 14, 2012

UMNO PERGUNA SUNGGUH HASAN ALI!!! Patut la ceramah Hasan Ali ramai, angkut orang tua-tua dan mat bangla





Gua dapat gambar ini dari sahabat gua dari media pencacai UMNO. Member gua ni kerja dengan syarikat akhbar porno Melayu. Sekali-sekala bantai member apa salahnya. Gua bantai bukan sebab dia tapi sebab kerja dia dengan Utusan. Takpa nak buat macam mana, dah rezeki dia dengan Utusan. Lebih baik dari gua yang jual sayur ni.

Ada blogger UMNO Majusi kata hampir 2,000 orang datang namun member aku yang kerja dengan Utusan kata hampir 10,000 orang datang. Mana satu angka yang betul ni? UMNO menipu atau member aku yang kerja Utusan menipu? Rupa-rupanya dia berseloroh dan sindir-sindir aku rupanya.

Aku tanya dia, betul ke ramai yang datang? Dia kata ramai datang dan terserempak dibelakang khemah adalah puak-puak PKR. Patutlah ramai. Rupanya yang datang nak tengok Hassan Jati berceramah. Aku tanya lagi, takkan PKR je datang? Member aku kata ada 6 buah bas yang diguna untuk angkut orang.




Aku tanya lagi, biar betul engkau ni? 6 buah bas diguna untuk angkut orang. Patutlah ramai. Tanya aku lagi macam tak puas hati. Golongan mana yang ramai? Golongan tua-tua dan mat bangla. Terkejut aku dan aku terus tanya golongan muda mana perginya? Golongan muda ada dibelakang pakai baju PKR.

Takkan angkut je. Ada mereka hulur pape tak? Member aku kata mereka ada bagi beg kertas berisi bahulu gergasi dan air kotak. Patutlah ramai. Dah berapa banyak patutlah ramai yang gua sebut ni? Seluruuuuuhnya ramai. Golongan tua pun ada yang duk dengar macam kena tipu.


Member gua cakap, khemah dan program malam itu ditaja oleh MBMB (Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah) dan dianjurkan oleh Belia 4B Kawasan Bukit Katil. Bukan itu sahaja, Hassan Ali menyarankan jangan undi DAP kerana beliau kata DAP merosakkan Islam. 

Gua pun pelik, apa yang DAP rosakkan? Setahu gua, MCA yang menolak Islam. Hassan Ali juga banyak bercerita pasal seks dan kata-kata berbaur lucah. Mungkin ini budaya yang diterap oleh UMNO. Aku tanya member gua, apa yang engkau dapat dari program tu maka beliau berkata dapat Baulu gergasi dengan air kotak.

Terus aku bagi tau member aku untuk bank in duit bagi dia beli makanan dan sebagai bayaran untuk gambar yang aku post ini. Walau member gua kerja Utusan, hati beliau tetap mulia. Cuma Utusan itu sahaja yang buat taik dengan rakyat.Senyum Tangis Sendu

Read more ...

VIDEO KONSERT ULANG TAHUN UMNO!!!! Tidak ada upah , tiada penontonnya

Read more ...

PARLIMEN TAK BUBAR LAGI!!! kerana Najib mahu mengadakan pilihanraya serentak dengan Selangor


56 Pasukan Penguat Kuasa Pantau Pilihan Raya Di Selangor

SHAH ALAM: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menubuhkan Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya (PPKPR) di 56 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang.
Timbalan Pengerusi SPR, Datuk wan Ahmad Wan Omar berkata, penubuhan pasukan berkenaan bagi memastikan parti politik yang bertanding mematuhi peraturan pilihan raya.

Bagaimanapun katanya jumlah pasukan bagi setiap negeri seluruh negara kecuali di Sarawak bergantung kepada keperluan dan situasi politik.

"Tidak semua kawasan di seluruh negara kita tubuh PPKPR ikut DUN, ada negeri yang tak perlu ikut DUN sebaliknya hanya ikut kawasan Parlimen.

"Selangor ada negeri kedua yang kita tubuhkan pasukan ini selepas Pahang. Di Pahang kita tubuh mengikut kawasan Parlimen dengan pertambahan lapan pasukan.

"SPR akan lihat secara terpeinci daripada pelbagai sudut dan kepentingan, negeri mana yang akan kita lantik PPKPR ikut jumlah DUN," katanya pada sidang media selepas taklimat penubuhan PPKPR Selangor di sini, Isnin.

Mengulas lanjut Wan Ahmad berkata, keperluan pasukan PPKPR ditubuh bagi setiap DUN di Selangor berdasarkan ramalan ketegangan yang bakal berlaku di negeri itu.

"Ia terpulang kepada maklum balas Pegawai Pengurus pilihan raya. Tahap ketegangan itu ada, sebagai contoh di Selangor, parti kerajaan negeri sekarang ini nak pertahankan negeri ini daripada jatuh ke tangan BN (Barisan Nasional).

"BN pula sebagai parti Kerajaan Pusat akan melakukan sedaya mungkin untuk ambil alih Selangor, jadi bayangkan bagaimana permainan politik dan usaha parti-parti untuk menarik perhatian pengundi.

"Inilah betapa pentingnya peranan pasukan penguat kuasa kempen untuk pastikan mereka yang berkempen patuhi undang-undang," katanya.

Tambah beliau setiap pasukan tersebut akan diketuai oleh seorang pegawai SPR bersama seorang pegawai polis berpangkat inspektor dan ke atas, pegawai pihak berkuasa tempatan (PBT) serta wakil setiap calon yang bertanding.

Wan Ahmad berkata beliau menjangkakan urusan penubuhan PPKPR dijangka siap di seluruh negara pertengahan Jun ini.

Mengulas sama ada SPR bersedia mengadakan pilihan raya sekiranya Parlimen di bubarkan pada bulan ini, Wan Ahmad berkata: "Kita sempat nak buat persediaan. SPR rancang dah lama dengan pelbagai program taklimat...semua tengah buat.

"SPR buat perancangan ikut jadual. Tapi kalau Parlimen dibubarkan secara tak diduga, SPR tak boleh kata kami tak siap.

"Namun mengikut undang-undang SPR diberi kuasa 60 hari untuk tetapkan tarikh mengundi," katanya.

Ulasan GB

Pertama: Ramainya pasukan penguatkuasa pantau pilihanraya di negeri Selangor. Apakah sebenarnya tujuan diwujudkan pasukan ini? Mengapa begitu banyak untuk negeri Selangor?

Apakah ia sebenarnya untuk memberi escort khas kepada warga asing supaya tidak diganggu dan dikesani oleh rakyat nanti sewaktu mengundi sepertimana kes sebelum ini gerombolan bas membawa PATI untuk mendapatkan mykad tetapi dikatanya untuk menghadiri kursus keusahawanan?

Sepastinya kesemua ini sudah dirancang oleh Task Force yang didedahkan sebelum ini.

Kedua: Sekarang GB sudah tahu mengapa Najib tidak menghadap Yang Dipertuan Agong bagi membubarkan parlimen sepertimana yang ramai meramalkannya.

Ini adalah kerana Najib mahu Selangor mengadakan pilihanraya serentak dan tidak berasingan. Kenyataan MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim sebelum ini menyatakan Selangor tidak akan membubarkan Dun sebelum Jun 2012 kerana hanya selepas bulan tersebut Bajet Selangor 2012 akan mulai dirasai rakyat negeri.

Khalid beberapa kenyataan seolah-olah beliau bersedia mengadakan pilihan raya serentak sekiranya Parlimen dibubarkan pada Jun 2012 dan seterusnya.

Dan ini memberikan ruang kepada Najib untuk menstrategikan pembubaran parlimen mengikut kehendak Tan Sri Khalid iaitu pada atau selepas Jun 2012, supaya pilihanraya Selangor dapat diserentakkan dengan dengan negeri-negeri lain bagi mempastikan agendanya untuk merampas Selangor boleh menjadi kenyataan!

Dengar sini, GB ingin mengingatkan pihak-pihak yang terlibat, bahawa Allah sudah berfirman:


Sambil bersikap sombong di bumi dan berusaha merancangkan rencana jahat, dan tidak ditimpakan dengan rancangan yang jahat itu melainkan orang yang merancangkannya sendiri. Maka tiada yang mereka tunggu melainkan seperti berlakunya kebinasaan ke atas orang yang telah lalu. Kerana engkau tidak akan mendapati perubahan bagi Sunnatullah, dan engkau tidak akan mendapati Sunnatullah itu menyimpang. [Fatir: 43]


Laporan sebelum ini
klik untuk baca


Read more ...

DUDUK DIAM!!! Kalau tak tahu sejarah PAS


KUALA LUMPUR, 14 Mei — Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nuk Mat menggesa Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria agar tidak mencampuri urusan politik jika mengambil pendekatan serong terhadap pendirian dan matlamat perjuangan parti Islam yang diterajuinya.
Menteri Besar Kelantan itu juga menegaskan Harussani perlu berfikir secara rasional dan waras dan melihat kepada kebenaran.
Dalam laman sosial Facebook miliknya, Nik Aziz (gambar) berkata, “mufti sebaiknya tak payah masuk campur soal parti politik lah kalau begitu serong terhadap PAS. Bila nak nilai dasar dan perjuangan parti Islam seperti PAS, kena baca sejarahnya.
Kerana asal tertubuhnya PAS adalah terlibat sama ‘orang Umno’ yang melihat Umno tak mampu berjuang Islam.”
Harussani sebelum ini berkata perjuangan PAS kini sudah menyeleweng daripada matlamat asal serta menyalahgunakan agama Islam demi kuasa dan kerusi politik.
Dipetik Berita Harian Online, beliau bersedia mencadangkan kepada Majlis Fatwa Kebangsaan supaya mempertimbangkan saranan diadakan muzakarah bagi membincangkan kewajaran parti itu menggunakan perkataan Islam dalam nama parti.
“Perjuangan parti itu semakin jauh menyeleweng daripada matlamat asal untuk menegakkan Islam yang direncanakan sejak lebih enam dekad lalu,” katanya yang juga ahli Majlis Fatwa Kebangsaan.
Menurut Nik Aziz lagi, Harussani tidak memahami matlamat penubuhan dan perjuanagan PAS.
“Nampak sangat mufti tu tak baca sejarah,” katanya lagi.
Status dari Facebook milik Nik Aziz itu telah mendapat respon dan komen balasan dari 236 individu dengan 2,918 individu “suka” terhadap status tersebut.
Tambah pemimpin veteran PAS ini lagi, mufti Perlis itu juga perlu memahami kitab karya Ketua Majlis Ulama Sedunia, Dr Yusof Al-Qaradawi yang menyokong demonstrasi di Dataran Tahrir, Mesir walaupun mufti negara tersebut menentang penganjuran demonstrasi tersebut.
“Kemudian baca jugalah kitab Dr Yusof Al-Qaradawi, Ketua Majlis Ulamak Sedunia yang sering memberi pandangan menguntungkan perjuangan Islam.
“Sebagaimana perhimpunan rakyat Mesir di Medan Tahrir, Dr. Yusof Qaradawi menyokongnya bagi memerangi kemungkaran kerajaan walaupun ia ditentang oleh mufti Mesir sendiri,” tegasnya.
Justeru, beliau menuntut agar Harussani “berfikirlah dengan kebenaran bukan kewarasan tanpa kebenaran.”
Harussani dilihat mengeluarkan kenyataan tersebut ketika mengulas saranan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali yang mencadangkan Majlis Fatwa Kebangsaan mengadakan muzakarah untuk membincangkan kewajaran PAS menggunakan perkataan Islam pada nama parti itu.
Beliau turut menggesa ahli dan penyokong fanatik dan taksub PAS agar segera kembali kepada ajaran Islam sebenar dan berfikiran waras.
“Gunakan akal yang dianugerahkan Allah untuk berfikir... sama-sama memahami isi kandungan al-Quran, jangan hanya tahu mengutuk. Banyak sangat PAS menyalahgunakan Islam untuk kepentingan politik demi mendapatkan kuasa, pengaruh, kedudukan dan kerusi,” katanya.
Beliau juga melahirkan kebimbangan dengan perpecahan umat Islam kerana sifat dengki, tamak, mengejar pangkat dan kedudukan di kalangan pemimpin parti politik yang kononnya memperjuangkan Islam.
Mengulas keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan mengharamkan umat Islam menyertai perhimpunan Bersih 3.0, Harussani berkata, ia tidak dibuat sebelah mata seperti yang didakwa pemimpin pembangkang, termasuk Nik Aziz.
Sebaliknya, keputusan itu dicapai selepas perhimpunan Bersih 3.0 tidak lagi bersih kerana menceroboh kawasan larangan, selain mendatangkan kekacauan dan kecederaan kepada pihak berkuasa dan orang awam.

Read more ...

PAS CABAR !!!!“Najib dan seluruh kepimpinan Umno, kalau berani bubar Parlimen sekarang!” - Salahuddin Ayub







GUAR CHEMPEDAK - “Najib dan seluruh kepimpinan Umno, kalau berani bubar Parlimen sekarang!” demikian laung Naib Presiden Pas Pusat, Salahuddin Ayub, kepada lebih 10,000 penyokong dan jentera Pilihan Raya Umum (PRU) Pas Negeri Kedah dalam Himpunan Jentera PRU Pas Negeri Kedah yang diadakan di Stadium Mini Guar Chempedak, malam Sabtu lalu.

Laungan itu disambut seluruh jentera yang hadir dengan gema “Bubar! Kami sudah bersedia!” yang menunjukkan Pas Negeri Kedah sudah bersedia pada bila-bila masa untuk berjuang dalam PRU13 yang dijangka akan diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada bila-bila masa sahaja.

Himpunan yang bermula seawal jam 5 petang dan berlarutan hingga jam 12 tengah malam Sabtu lalu dihadiri lebih 10,000 penyokong dan jentera PRU Pas Negeri Kedah untuk mendengar amanat dan pesanan daripada kepimpinan tertinggi Pas Negeri Kedah dan Pas Pusat.

Amanat PRU13 disampaikan oleh Ketua Pemuda Pas Negeri Kedah, Ahmad Yahya; diikuti Ketua Muslimat Pas Negeri Kedah, Datuk Siti Ashah Ghazali; Ketua Dewan Ulama Pas Kedah, Syeikh Mohamad Abdullah; Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan Naib Presiden Pas Pusat, Datuk Mahfuz Omar.

Sementara itu, Azizan dalam amanatnya kepada jentera PRU Pas Negeri Kedah menyeru supaya ahli dan jentera PRU Pas Negeri Kedah untuk berjuang berhabis-habisan bagi mempertahankan kemenangan Pas di Negeri Kedah.

“Kita kena mempertahankan kemenangan, jika Pakatan Rakyat (PR) kalah, (jentera PRU Pas) tak buat kerja sungguh-sungguh, bila depa (Barisan Nasional) perintah depa ghonyeh (rosakkan) balik (pentadbiran Negeri Kedah)," katanya.

Walaupun waktu sudah 11.30 malam, namun semangat penyokong dan jentera PRU Pas Negeri Kedah tidak luntur malah semakin berkobar-kobar tatkala Salahuddin membacakan amanat Mursyidul Am Pas, Datuk Seri Nik Abdul Aziz.

Himpunan itu terus bergema dengan laungan pembakar semangat untuk menghadapi PRU13 sehingga majlis bersurai kira-kira jam 12.30 tengah malam.SH

Read more ...

JUAL MARUAH!!! Tiga artis penyokong tegar UMNO hina rakyat Malaysia cintakan keadilan

Tentu anda kenal tiga  artis ini!  Seorang dari nya pernah istihar diri sebagai ahli Umno. Tak kisahlah nak jadi ahli mana-mana parti  pun kerana itu hak masing-masing dan diperakui oleh perlembagaan.

Namun apa yang tiga artis ini dah lakukan, rasanya kurang wajar! Mereka terang-terang menunjukkan yang mereka anti himpunan “BERSIH 3”. Secara tak langsung semua rakyat akan faham bahawa mereka adalah penyokong tegar kerajaan UmnoBn. 
 
Kita boleh lihat sketsa pendek lakunan mereka dalam you tube video. Sungguh menjelikkan!  Kalian sedar atau tidak sebenarnya kalian sedang mengangkat Najib dan dalam masa yang sama kalian telah menghina rakyat ! Mengapa kalian memilih jalan ini wallahhualam Apakah kalian ditaja?  atau dibayar? Atau kalian secara sukarela berkempen untuk Umno?

Perbuatan kalian bertiga jelas menggambarkan yang kalian anti himpunan BERSIH. Tak sokong perjuangan NGO tak apa!  Tak sokong pembangkang pun tak apa, .. tapi tak sokong Himpunan Rakyat @ “BERSIH 3”  dengan mempersenda himpunan tersebut, adalah amat tidak wajar! walhal tujuan ‘BERSIH 3” amat murni – memperjuang dan menegakkan keadilan untuk rakyat termasuk membela nasib mahasiswa.

Amat malang,.. kalian seolah-olah  berbangga  mempersenda rintihan hati mahasiswa dan hati rakyat umumnya. Rakyat sedang bersusah-payah, berpanas, berhimpit dan menanggung derita menghadapi serangan pihak polis sedangkan kalian pula sewenang-wenang mentertawakannya ! Wajarkah? Orang berilmukah artis yang macam ini?  
 
Sebagai artis yang menjadi milik masyarakat,.. sepatutnya kalian mengambil jalan tengah,.. bukan memihak dengan membabi buta.

Lebih baik ikut contoh Bok Lokman, Aishah dan lain-lain

Ingat ! lakunan kalian mempersenda dan memperlekeh himpunan “BERSIH 3” seperti dalam you tube itu telah menyinggong perasaan rakyat Malaysia yang cintakan keadilan dan pembelaan!  Kalian pula dilihat seolah-olah bersekongkol dengan sebuah kerajaan yang zalim dan penuh rasuah.

Penulis nasihatkan lebih baik kalian berhenti jadi artis dan terjun dalam politik,..ikut contoh Bob Lokman & Aishah ,.. itu lebih baik. Kalau kalian meletakkan diri kalian separuh ahli politik, separuh artis, rasanya ia tidak berapa sesuai.   Kalian ada ramai peminat,..mereka terdiri dari berbagai gulungan dan  fahaman politik !  Kalau kalian ingin terus popular dan cari makan sebagai seorang artis hentikanlah kerja-kerja bodoh macam tu!  Tanya diri sendiri,.. adalah aku ini sama macam lembu Shahrizat atau seorang artis yang berilmu dan berakhlak mulia?  

Hari ini lakunan bodoh kalian sudah pun berlaku! dan dipertonton diseluruh dunia,  namun masih belum terlambat jika kalian mahu memohon maaf kepada rakyat Malaysia. Kalau tidak,.. bersedialah kalian,..Tidak mustahil ada rakyat Malaysia yang akan  memboikot kalian !!

Oleh : rahimothman

Read more ...

CEROBOH RUMAH ORANG!!! UMNO benarkan pencacainya langgar undang-undang?

Setelah memperkenalkan budaya fitnah dan video lucah, para pecacai UMNO semakin galak dengan perbuatan biadap dan kurang ajar dalam usaha memujuk rakyat supaya mengundi Barisan Nasional dalam pilihan raya umum akan datang.

Golongan itu telah mengadakan protes di luar rumah Pengerusi Bersama Bersih Datuk Ambiga Sreenavasan dan rumah Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng baru-baru ini.

Dalam protes terhadap Guan Eng, kumpulan yang membenci beliau telah menggantung bingkai gambar beliau yang dikalungkan dengan bunga sebagai tanda “mati” di pagar rumah keluarganya.


Dalam protes terhadap Ambiga, kumpulan yang terlibat itu mendirikan secara haram sebuah gerai burger untuk memasak daging yang kemudiannya digantung di atas pagar rumah peguam tersebut walau pun mengetahui beliau adalah seorang yang tidak makan daging (vegetarian) seperti mana sesetengah penganut agama Hindu.


(Malah, sebelum ini ada kumpulan pelampau yang membawa kepala lembu untuk dipijak dalam satu
memprotes pembinaan kuil Hindu di Shah Alam)

Kerajaan UMNO-BN dah halalkan ceroboh ruang peribadi?


Sejak bila undang-undang Malaysia membenarkan ruang peribadi dan kawasan rumah diceroboh dan dicabul sewenang-wenangnya oleh sesiapa sahaja?


Sejak bila pihak berkuasa mengambil keputusan untuk membiarkan sahaja tindakan yang liar dan melanggar undang-undang ini?


Sejak bila kerajaan UMNO-BN membenarkan sesiapa sahaja menceroboh kawasan persendirian tanpa dikenakan sebarang tindakan?


Mungkin ini budaya yang mahu dibawa oleh UMNO-BN jika para pengundi memberi mandat sekali lagi kepada pemimpin mereka untuk terus memerintah Malaysia.


Apakah ini bermakna UMNO-BN mahu rakyat Malaysia mengadakan perhimpunan beramai-ramai di hadapan rumah Perdana Menteri atau Timbalan Perdana atau mana-mana Menteri atau Ketua Menteri serta Menteri Besar jika tidak puas hati dengan apa-apa isu?


Apakah kerajaan UMNO-BN sudah rela dengan protes rakyat di hadapan rumah peribadi Datuk Bandar Kuala Lumpur atau mana-mana pemimpin, dengan jaminan tiada sebarang tindakan undang-undang akan dikenakan?


Golongan yang menyokong pencerobohan


Malah, ada pihak yang mengatakan “padan muka” Ambiga apabila kawasan rumahnya diceroboh kerana
  beliau telah menganjurkan perhimpunan aman Bersih 3.0 di ibu kota pada 28 April lalu.

Golongan yang cetek akal ini tidak faham atau jahil bahawa undang-undang membenarkan perhimpunan aman di kawasan awam. Mereka tidak sedar bahawa ruang peribadi dan persendirian adalah kawasan yang tidak boleh diceroboh, dan sesiapa yang mencabulinya boleh dan patut dikenakan tindakan undang-undang.


Namun, jika inilah caranya UMNO-BN mahu berkuasa, maka para pemimpin mereka tidak boleh menyalahkan mana-mana pihak selepas ini kalau ada orang yang mengikut jejak langkah tabiat buruk dan keji daripada kumpulan yang mengadakan bantahan di rumah peribadi.


Sebagaimana yang dikatakan oleh Ambiga, jika kumpulan yang memprotes di hadapan rumahnya mahu mendapatkan ganti rugi perniagaan sewaktu perhimpunan Bersih 3.0 kerana polis gagal mengawalnya dengan baik, malah bertindak ganas, mereka boleh membuat tuntutan di mahkamah.


Jika tiada tindakan undang-undang untuk menjamin hak peirbadi dan privasi, adakah ini budaya baru yang ditawarkan oleh UMNO-BN untuk rakyat Malaysia?

Adakah manifesto pilihan raya UMNO-BN akan menjanjikan kebebasan pornografi untuk media bagi menyiarkan gambar-gambar lucah dari pita video semata-mata untuk mengaibkan orang tertentu walau pun tanpa sebarang siasatan dan kesahihan?

Apakah fitnah sudah menjadi halal mengikut ajaran agama yang dianuti oleh para pemimpin UMNO-BN serta para pecacai mereka?

Maka kita harus bertanya kepada diri sendiri: Inikah sebabnya mengapa kita perlu undi Barisan Nasional dalam pilihan raya akan datang?

Read more ...

KES NFC!!! Orang awam berbakti didera , kroni UMNO belasah wang negara bermaharajalela




PETALING JAYA, 14 MEI: PKR akan memberi bantuan guaman kepada seorang bekas kerani bank yang disiasat oleh Bank Negara setelah beliau terlibat di dalam pemberian maklumat berkenaan skandal National Feedlot Corporation (NFC).

Johari Mohamad, bekas kerani Public Bank cawangan Jinjang, di dakwa menolong PKR di dalam pencarian maklumat berkenaan transaksi akaun kepunyaan pengarah NFC Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail.Dalam mengecam siasatan Bank Negara itu, Rafizi berkata agensi itu tidak sepatutnya tunduk kepada tekanan politik dan mengambil tindakan terhadap orang awam semata-mata untuk menutup penyelewengan.


Rafizi juga mendakwa Mohamad Salleh menggunakan agensi kerajaan demi menjejaki individu yang tidak bersalah dalam skandal yang dihadapi beliau.Katanya, tindakan ini nyata menjejaskan periuk nasi Johari sehingga beliau mengambil keputusan meletakkan jawatan.


“Tindakan bersifat dendam kesumat ini sudah tentu mendapat restu Datuk Seri Shahrizat Jalil selaku Ketua Wanita Umno.


“Sebelum ini apabila ditanya apakah tindakan yang bakal diambil terhadap mereka yang mendedahkan penyelewengan NFC, Salleh sendiri mengatakan bahawa beliau akan berbincang dengan keluarga.


“Tindakan dendam ini juga bertentangan dengan kenyataan beliau sebelum ini bahawa beliau tidak berdendam dengan sesiapa kecuali saya.


“Dan beliau tidak akan mengambil tindakan terhadap sesiapa kecuali saya,” Rafizi berkata di dalam satu sidang media di ibupejabat PKR di sini.


Mohamad Salleh sedang menghadapi kes di mahkamah seksyen atas tuduhan pecah amanah melibatkan RM49.7 million dalam pembelian dua unit kondominium.


Projek NFC yang mendapat pinjaman sebanyak RM250 juta daripada kerajaan pusat didakwa tidak mencapai sasarannya untuk membekal daging lembu kepada pasaran tempatan.


Sebaliknya, wang itu didakwa digunakan untuk membeli kondo mewah di Kuala Lumpur dan Singapura.


Johari yang hadir pada sidang media itu berkata beliau telah disiasat di bawah Akta Bank Negara dan Institusi Kewangan (BAFIA) dan diminta melaporkan diri kepada Bank Negara pada jam 2.00 petang ini.


Johari menerima surat daripada majikannya pada 24 April 2012 kerana didakwa melanggar tatacara disiplin tempat kerja berikutan satu aduan yang telah dibuat oleh Mohamad Salleh.


“Saya telah melalui satu proses perbicaraan disiplin di Public Bank. Akibat daripada tekanan di tempat kerja dan pelbagai tindakan yang diambil terhadap saya, saya telah membuat keputusan untuk berhenti kerja.


“Saya telah menyerahkan surat peletakan jawatan ekoran aduan yang dibuat oleh Datuk Seri Mohamad Salleh,” katanya.


Satu notis daripada Public Bank menyatakan, diantara 9.25 pagi dan 9.45 pagi pada 16 Febuari 2012, beliau telah mengakses sistem data bank pada komputer tempat kerja JJGWSSCN002.


Ini bagi menyemak dan mencetak penyata baki dan menyerahkan kepada pihak ketiga.


Empat akaun yang disyakki telah diakses adalah milik Datuk Seri Salleh Ismail, Agroscience Industries Sdn Bhd, National Meat and Livestock Corporation Sdn Bhd dan National Feedlot Corporation Sdn Bhd.


Rafizi berkata PKR akan menyediakan bantuan guaman kepada Johari yang melibatkan peguam N. Surendran, Lateefa Koya dan Fadiah Nadwa Fikri.

Read more ...

SPEKULASI TARIKH PRU 13!!! Najib dera rakyat, rakyat akan dera BN dalam pilihanraya

Oleh SELENA TAY

TERLEBIH dahulu penulis ingin menekankan di sini bahawa artikel ini bukanlah satu artikel untuk menyokong tabiat perjudian tetapi adalah bertujuan untuk menegaskan bahawa perjudian adalah satu maksiat yang harus dibanteras.


Tarikh Pilihan Raya Umum Ke- 13 (PRU13) negara kita bagaikan satu permainan daun terup sebab rakyat seolah-olah telah diberi peranan untuk meneka sama ada Perdana Menteri Najib Tun Razak mempunyai kad kemenangan ataupun tidak dan bilakah kad kemenangan itu akan digunakan.


Tarikh PRU13 ini bagaikan satu tarikh yang keramat untuk PM Najib, iaitu satu tarikh yang boleh memberikannya nasib 'ong' (dalam loghat masyarakat Cina: nasib yang amat baik).


Oleh itu, rakyat 1-Malaysia terpaksa menunggu dengan hati yang berdebar-debar untuk Parlimen dibubarkan dan tarikh PRU13 diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Iklim politik 1-Malaysia amat bergantung kepada tarikh ini dan rakyat seolah-olah telah dijadikan 'hostage' ataupun 'orang tebusan' oleh tarikh ini.


Ini juga telah membuat rakyat rasa marah terhadap kerajaan BN yang dilihat sedang mendera ataupun sedang perli rakyat dengan menyembunyikan tarikh ini bagaikan sesuatu rahsia yang tiada tolok bandingannya.


Dan ini juga adalah puncanya mengapa ramai rakyat Malaysia turun ke padang pada hari Sabtu 28 April lalu untuk menyatakan bahawa mereka tidak puas hati dengan layanan yang diberi oleh kerajaan BN kepada rakyat.


Sudah beberapa rakyat Malaysia telah diberi petunjuk bahawa PRU13 akan diadakan tetapi setiap kali ia hanya acah sahaja contohnya Mac 2011, Jun 2011, November 2011 dan akhir sekali Mac 2012. Rakyat 1-Malaysia telah dipermainkan oleh Kerajaan BN dengan permainan yang bodoh, gila dan membazirkan masa ini.


Kerajaan BN mesti menghentikan permainan tarikh PRU13 ini dengan serta-merta sebab rakyat sudah marah dan muak dengan 'game' seperti ini.


Cukuplah, BN. Nanti rakyat akan berkata "Game over, you have been terminated" (permainan tamat, anda telah disingkirkan).

Read more ...

UGUTAN PERKAUMAN 1511!!! Menteri takut berdebat, hanya tahu mengugut

Alahai pak menteri..diajak berdebat dgn Guan Eng dah jadi penakut diam membisu.. Surat berdebat pernah dihantar sendiri oleh AMK P.Pinang ke pejabatnya..tapi sayang..ku fikirkan ayam sabung..rupanya ayam piru..kah kah kah..SharpShooter

Guan Eng - Menteri dalam Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop tidak berbeza dengan Perkasa kerana menggunakan sahutan perkauman "Ketuanan Melayu" dengan ugutan dan taktik ketakutan bahawa Malaysia akan kembali kepada tahun 1511 jika BN kalah dalam pilihan raya umum ke-13. 1511 adalah tahun kejatuhan kesultanan Melaka kepada kuasa Portugis dan permulaan penaklukan kuasa asing di Malaya. 

Tan Sri Nor menggunakan tahun 1511 untuk menyokong dakwaan palsunya bahawa pembangkang tidak mempunyai kebolehan untuk menerajui agenda bumiputera. 

Perbandingan ini adalah salah kerana Portugis merupakan kuasa asing manakala pilihan raya umum ke-13 akan ditentukan oleh rakyat Malaysia. 

Ironiknya, sepatutnya PR yang menuduh BN dan Suruhanjaya Pilihan Raya atas kehadiran pengundi hantu yang diragui, termasuk warga asing yang didaftarkan sebagai pemilih, yang berupaya untuk memainkan peranan yang penting dalam pilihan raya yang akan datang. 

Adalah jelas bahawa sekiranya BN mengekalkan kuasa dalam pilihan raya umum yang akan datang, hitam akan menjadi putih dan putih akan menjadi hitam seperti yang ditunjukkan oleh New Straits Times dan Utusan Malaysia yang terpaksa meminta maaf kerana menyiarkan berita palsu. 

Dengan menggunakan agenda perkauman bumiputera dalam pilihan raya umum yang akan datang, Tan Sri Nor dan UMNO telah memberi isyarat yang kuat bahawa mereka tidak mempedulikan pengundi bukan Melayu. 

UMNO dan Tan Sri Nor menggunakan agenda bumiputera sebagai satu-satunya agenda untuk memenangi pilihan raya umum, dengan mengatakan bahawa Pulau Pinang adalah contoh di mana orang Melayu telah terpinggir. 

Cabar Tan Sri Nor Untuk Menyatakan Program-Program Apa Di Bawah Kerajaan Negeri BN Dahulu Untuk Orang Melayu Yang Telah Dibatalkan Oleh Kerajaan Negeri PR. 

Kerajaan negeri PR Pulau Pinang mencabar Tan Sri Nor untuk menyatakan jumlah orang Melayu yang telah terpinggir di bawah pentadbiran PR. Bolehkah Tan Sri Nor menyenaraikan program-program yang telah dilaksanakan oleh mantan Ketua Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon yang telah dibatalkan oleh kerajaan negeri PR? Sekiranya Tan Sri Nor gagal untuk membuat demikian maka beliau tidak berbeza dengan Perkasa kerana menggunakan taktik umpan-perkauman dan taktik ketakutan.

Hakikatnya bukan sahaja bantuan kebajikan diteruskan, malah PR telah meningkatkannya kepada tahap yang tidak pernah dicapai oleh kerajaan negeri BN selama 50 tahun. 

Lebih daripada RM50 juta telah dibelanjakan untuk melaksanakan dan meningkatkan bantuan kewangan daripada RM100 setahun untuk warga emas, OKU, ibu tunggal serta pelajar-pelajar Tahun 1 & 4, Tingkatan 1 & 4. 

Tambahan juga, kerajaan negeri PR memberi pinjaman mikro-kredit kepada golongan miskin dan ibu tunggal, serta bayaran RM1,000 sekali sahaja untuk waris warga emas dan pelajar-pelajar daripada isi rumah yang berpendapatan kurang daripada RM4,000 yang berjaya diterima IPTA serta RM200 untuk setiap bayi baru lahir. 

Yang paling mengkagumkan, Pulau Pinang telah berjaya membasmi miskin tegar dalam satu tahun, di mana BN telah gagal selama 50 tahun, dengan memastikan bahawa setiap isi rumah mempunyai pendapatan sekurang-kurangnya RM600 sebulan. Menjelang 2015, Pulau Pinang akan menjadi negeri pertama untuk membasmi kemiskinan sama sekali.

Walaupun apabila kontrak kerajaan negeri diberi melalui tender terbuka berdasarkan faktor-faktor harga paling baik, kualiti dan pengurusan, 70% daripada kontrak telah dimenangi kontraktor Melayu. 

Ini adalah pengurangan jika dibandingkan dengan 100% yang diberi kepada kroni UMNO, tetapi dari segi nilai, kontraktor-kontraktor Melayu yang tulen telah bermanfaat jika dibandingkan dengan kerajaan dahulu.

Sebabnya adalah kerana kerajaan negeri PR telah meningkatkan perbelanjaan untuk program-program sosial dan infrastruktur sebanyak 55% daripada RM1,387 juta selama 4 tahun 2004-7 kepada RM2,142 juta di bawah pentadbiran PR selama 4 tahun dari 2008-2011. 

Sebagai contoh, peruntukan negeri Pulau Pinang untuk projek jalanraya, di mana hampir 100% telah dimenangi oleh kontraktor Melayu, telah ditingkatkan daripada RM10.25 juta pada tahun 2007 kepada RM42.6 juta pada tahun 2012. Dan pada tahun 2012, peruntukan paling besar dalam sejarah Pulau Pinang untuk hal-ehwal agama Islam iaitu RM64 juta telah diluluskan.

Dengan bermain emosi dan sentimen dan mengabaikan fakta dan logik, Tan Sri Nor menunjukkan bahawa beliau tidak berbeza dengan Perkasa. 

Di Pulau Pinang, Perkasa dibenarkan untuk memukul dan mencederakan wartawan, bukan sekali tetapi dua kali di Jambatan Pulau Pinang pada bulan Julai tahun lepas dan pada 26 Februari semasa perhimpunan anti-Lynas di Padang Kota Lama. Tiada tindakan telah diambil ke atas ahli-ahli Perkasa dan UMNO yang ganas. Pada 10 Mei 2012, Perkasa telah dibenarkan oleh polis untuk melakukan upacara pengebumian Hindu di depan pintu rumah saya di Pulau Pinang.

Jika Tan Sri Nor berjaya untuk menggunakan ketakutan tahun 1511 dengan pendekatan perkauman agenda bumiputera dan ketuanan Melayu, maka ia akan menandakan penguburan demokrasi, harmoni kepelbagaian kaum dan budaya serta 1Malaysia!

Lim Guan Eng

Read more ...

KENYATAAN LING LIONG SIK!!! BN lupakan angan-angan nak tawan Selangor


Bekas Presiden MCA, Tun Dr Ling Liong Sik meramalkan BN tidak akan dapat menawan semula Selangor dalam pilihan raya umum akan datang kerana imej bersih pemimpin Pakatan Rakyat.

Selain Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng tidak pernah terlibat dalam rasuah dan penyalahgunaan kuasa, dan ia telah membantu mereka membina imej yang baik, kata Ling.


"Secara umumnya, orang Cina tidak memihak kepada BN, tetapi di Perak, tidak ada pilihan lain. Di Johor, (BN) mungkin kehilangan sesetengah sokongan tetapi tidak sampai hilang (kerajaan negeri).


"Pilihan raya umum kali ini adalah amat sukar bagi BN, sangat sukar. Saya fikir BN masih boleh menang kerana kerajaan telah membelanjakan wang bawah macam-macam nama. Ini tidak pernah berlaku sebelum ini," katanya dalam temubual eksklusif dengan akhbar berbahasa Cina,
Sin Chew Daily.

Ramalan Ling bercanggah dengan Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan, yang berkata minggu lepas bahawa BN bukan sahaja akan memperolehi semula majoriti dua pertiga di Parlimen, tetapi juga akan merampas Selangor, Kedah dan Kelantan.


Selepas menerajui MCA selama 17 tahun (1986-2003), Ling - yang paling lama menjadi presiden parti itu - berpendapat bahawa penanda aras bagi BN untuk mengisytiharkan kemenangan adalah dengan mendapatkan semula majoriti dua pertiga.


Berbeza dengan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Ling jarang mengulas mengenai politik dan hal ehwal parti itu sejak bersara daripada politik pada tahun 2003.


Ditanya pandangannya mengenai Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua

Soi Lek (kanan), Ling menyifatkan beliau sebagai seorang pemimpin yang bijak dan lantang tetapi malangnya dicemari oleh skandal DVD seks.

"Saya harap orang Cina boleh memberi respons yang positif kepada usaha Chua, tetapi dia mempunyai DVD...," Ling dipetik berkata.

Read more ...

Sunday, May 13, 2012

SENARAI KEMEWAHAN ANAK MENTERI !!! Wang rakyatlah menanggung gaya hidup mereka


Pemimpin BN diketahui umum mempunyai gaya hidup mewah.elaun ahli Parlimen mahu pun menteri tidak melayakkan mereka memiliki rumah atau kereta mewah.
~ apatah lagi individu yang memiliki kekayaan melampau itu bukan datang dari keluarga kaya atau telah mempunyai perniagaan sendiri sebelum menjadi ahli politik.kebanyakkannya jadi kaya setelah menang pilihanraya atau diberi jawatan parti.
- kini gaya bermewah yang dipertikai rakyat mula menular ke sebahagian besar anak anak pemimpin BN.
~ tidak masuk akal dgn gaji ahli parlimen RM4,000 sebulan, Senator Dewan Negara RM6,000, Timbalan Menteri RM10,847 atau Menteri Kabinet RM14,907 mereka mampu memiliki rumah berharga jutaan ringgit dan kereta brharga ratusan ribu ringgit. Persoalan yang lebih menarik,bagaimanakah mereka mampu membelikan kereta kereta mewah untuk anak-anak?
~tentukan sekali pemimpin BN mendapat wang sampingan dari pelbagai sumber. pendapatan mereka dikatakan brjuta juta ringgit stahun dan tidak menjadi masalah untuk membiayai kehidupan mewah. kemewahan itu membuat rakyat 
MELUAT!. dengan gelagat gaya hidup mewah keluarga dan anak beranak pemimpin BN yg tak sedar diri, melantak hasil titik peluh Rakyat, Jelas dengan sikap Keborosan mereka merakalah membuat ramai lagi nasib si miskin di Malaysia tidak terbela ...

KEKAYAAN ANAK ABDULLAH AHMAD BADAWI
~ kamaludin diisytiharkan sebagai salah salah seorg 10 tokoh peniagaan Melayu teratas dgn aset melebihi RM320 JUTA sebaik PAK LAH menjadi Perdana Menteri. kamaluddin didakwa merupakan org dibelakang syarikat Scomi walaupun namanya tidak ada di dalam senarai Lembaga Pengarah Scomi yg brjumlah 9 org.
~ pada 2006 akhbar The Star melaporkan Petronas Carigali Sdn Bhd telah memberi kontrak sekurang kurangnya RM2 BILLION bagi membina pelantar minyak dari 2004 hingga 2006 kepada SCOMI.

KEMEWAHAN ANAK NAZRI AZIZ
~ anak kepada Menteri di jabatan Perdana Menteri nazri abdul aziz, Mohamad Nediam dilaporkan menjadi bintang dikalangan anak2 menteri kerana dibelit kontroversi berkenaan paparan pelbagai fotonya di beberapa blop brsama gadis2 jelita 
~Nedim dilaporkan mempunyai sebuah kereta PORSCHE berharga sekitar RM700,000.beliau juga mempunyai pengawal peribadi yang sentiasa mengiringnya menaik kereta mewah.
~ baru2 ini pengawal peribadinya myerang seorg pengawal keselamatan kerana berlaku salah faham mendaftar masuk ke sbuah kondominium mount kiara.
~ Angkatan Muda Keadilan menuntut polis menyiasat Nedim yang pernah dikaitkan dalam 1 kes pembunuhan,Darren Kang di Sri Hartamas pada 2004.satu ironi, seorang anak menteri undang2 tidak faham undang2 dan trlajak ke dalam kes2 jenayah.

KEMEWAHAN ANAK LIM LEONG SIK
~ anak Dr. Ling leong sik,ling hee leong Menteri Pengangkutan dan Presiden MCA pada zaman Dr mahathir didakwa telah mengumpul kekayaan sebanyak RM 1.2 BILLION!.
~ hee leong yang baru berumur 27 thn ketika itu tidak selayaknya mengumpul kekayaan yang sebegitu banyak.
~ pemimpin DAP,Lim Kit siang pada 1997 telah membuat laporan kepada Badan Pencegah Rasuah agar kerajaan BN menyiasat skandal pengumpulan harta yng sebegitu besar dikhuatiri mengunakan kedudukan Lim Leong sik sbg menteri pengangkutan.namun sehingga ke hari ini tiada siasatan dijalankan.

KEMEWAHAN ANAK NAJIB RAZAK
~ ada beberapa org anak najib razak yg menjadi topik perbualan di internet.salah seorg dipercayai anak beliau bernama Ashman Najib,dan masih menuntut .foto dalam carian di beberapa blog mendedahkan gaya ashman yg mewah.
~ beliau didaka memiliki sebuah kereta mewah jenama Bantley yang tidak selayaknya dinaiki seorg remaja yang masih blajar.
~anak kdua najib bersama isteri pertamanya tengku puteri zainah tengku eskandar,mohd nazifudin najib merupakan salah seorg ahli lembaga pengarah syarikat Harvest Court Industries Bhd pada Oktober 2011.
~ beliau juga Pengerusi Sagajuta (sabah) Sdn Bhd, syarikat yang membangunkan 1 Borneo mall di Kota Kinabalu.mempunyai kepentingan sebanyak 13.83% selepas dilantik sbg ahli lembaga pengarah (BOD) Syarikat Harvest Court Industries Sdn Bhd.
~ pertunangan anak sulung najib bersama rosmah mansor,Nooryana najwa dengan warga kazakkhtan,Daniar nazarbayev,17 jun 2011.menelan pmbelanjaan RM79,053.
~ bil2 yang dikenal pasti sbg invois perbelanjaan jelas mengesahkan majlis itu ditanggung oleh kerajaan.sedangkan hanya majlis rasmi sahaja yang dibenar dari segi undang undang mengunakan wang negara.
 photo copy dari pmo
KEKAYAAN ANAK SHAHRIZAT JALIL
~ dua anak shahrizat jalil dalam usia 20-an ,wan shahinur izran dan wan izzana fatimah zabedah memegang saham syarikat NFC.
~ anak2 shahrizat memiliki saham dalam Global Biofuture Pte Ltd,meatwork (singpore) Ptd Ltd.kdua duj syarikat itu didakwa memiliki modal berbayar S$3.65 juta,atau RM8.85 JUTA.

KEKAYAAN ANAK TAIB MAHMUD
~ taib mahmud yang memerintah Sarawak sejak 1980-an dianggap jelmaan Raja brooke ( James Brooke) di Sarawak.adik. Bradik dan anak beranaknya di berikan kekayaan yang melimpah ruah.
~ salah seorg anak taib mahmud,jamilah taib memiliki kekayaan luar biasa.beliau menguruskan kekayaan taib di Kanada melalui Sakto Corporation yg nilainya menjangkau ratusan juta Dollar dibawah nama menantu lelaki beliau,sean murray.
~ jamilah memiliki rumah mewah di malaysia dan luar negara.keluarga taib juga memiliki perniagaan Sakti International yang berpusat di Amerika Syarikat.
~ seorg lagi anak taib,abu bekir taib abdul taib mjadi kontrolversi selepas tuduhan pnceraiannya berjumlah RM500 juta dimahkamah syariah.
~ abu bekir brkahwin kali kdua dengan wanita Russia. isteri pertamanya Shahnaz a.majid,memohon penceraian.dalam permohonan pembahagian harta sepencarian istrinya menuntut :
1) RM100 JUTA tuntutan mutaah
2) RM300 JUTA harta sepencarian
~ slain itu menurut Shahnaz, suaminya,mempunyai perniagaan berbillion ringgit, juga mempunyai kereta Mercedes Benz, Lamboghini,Murcielago,Ferrari Spider,Bentley New Continental GT,Maserati Quortoporudi dan Alphard

KEKAYAAN ANAK DR MAHATHIR MOHAMAD
~ Mirzan mahathir,menguasai beberapa syarikat peniagaan besar seperti Sunway Building Tecnologies berhad,Capetronic Consumer Electronics Holdings berhad,World wide holdings berhad,Artwright holdings berhad dan lain2 lg.
~ mirzan pada 2011 muncul sbg salah seorg pgarah syarikat San Miguel Corp,syarilat konglomerat makanan terbesar di Filipina yang juga trlibat dgn perniagaan Arak.
~ terbaharu,mirzan dinamakan dalam afidavit di mahkamah India brkaitan siasatan pembangunan pelabuhan kakinada di Andra Pradesh.kerja2 pembinaan itu terlewat beberapa tahun dan perbendaharaan negeri mendakwa kerugian kira2 RM 33 juta antara 1999 dan 2007 disebabkan kelewatan itu.
~ Mokhzani mahathir majalah perniagaan Malaysia Business pernah melaporkan Mokhzani mahathir sbg antara 3 tokoh perniagaan melayu terkaya di Malaysia.beliau memiliki syarikat Kenchana Petroleum dan menduduki tangga ke 19 dalam senarai majalah itu dgn memiliki kekayaan sbyak RM 1.6 BILLION selain itu Mokhzani juga memiliki saham di dalam THB Industries Berhad,Tongkah holdings berhad dan Pantai Holdings berhad.
SEBEGINILAH MANUSIA YG HDUP DIALAS WANG KERTAS DUIT RAKYAT, SEJAHTERA LAH MEREKA HIDUP DIDUNIA, DAN YANG AMAT PERIT SEKALI KETIKA MATI DALAM KEALPAAN, SEMOGA ALLAH MEMBERI HIDAYAH KESEDARAN KEPADA MEREKA DAN SEDIA BRTAUBAT MENERIMA HUKUMAN DIDUNIA. MESTI  DI BACA DAN HARUS DI TEKA, --> "HIDUP UMNO!" atau "HIRUP UMNO HIRUP!"...Tepuk dada tanyalah selera.....
anakmuaallaf

Read more ...

JAWAPAN!!! Kenapa Guan Eng dan DAP hina Islam?





[TVS] SHAH ALAM, 11 MEI: Seorang wartawan bangsa Cina pernah bertanya kepada Lim Guan Eng, mengapa Kerajaan Pulau Pinang memberi RM500 kepada pelajar Maahad Tahfiz yang menghafal Al-Quran 30 Juz?

Ketua Menteri Pulau Pinang itu menjawab: “Orang Islam yang pegang kepada ajaran Islam mereka tidak akan makan rasuah.”


Malah Kerajaan Pulau Pinang yang diterajui, DAP – parti yang dimomokan sebagai anti-Melayu dan anti-Islam – memperuntukan lebih dana bagi program pembangunan Islam di negeri itu berbanding dengan pentadbiran Umno-BN yang sebelumnya.


Menurut MP Shah Alam Khalid Samad, Kerajaan Pakatan Pulau Pinang meningkatkan bajet pembangunan dan pentadbiran Islam ke RM 24 juta setahun berbanding RM 12 juta semasa di bawah Umno-BN.

“Ini bukanlah retorik atau percakapan tetapi berdasarkan amalan dan dasar-dasar yang dilaksanakan Lim Guan Eng di Pulau Pinang,” Khalid berkata di dalam wacana bertajuk ‘Melayu, Islam dan DAP’ yang diadakan diBangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah semalam.

Khalid menambah, kehadiran wakil rakyat DAP dalam majlis berbuka puasa, pemberian sumbangan kepada surau dan masjid, kehadiran dalam majlis rasmi yang diadakan di Masjid dan Surau turut membuktikan bahawa DAP bukan sebuah parti yang anti Melayu-Islam seperti yang digembar-gemburkan oleh media pro-Umno-BN.

Ini dikuatkan lagi dengan amalan pemimpin dan perwakilan parti yang menggunakan Bahasa Malaysia ketika memberikan ucapan dalam perhimpunan parti.

“Bermula 2005, 2006 semenjak Lim Guan Eng menjadi Setiausaha Agung mengambil alih barisan kepimpinan DAP, sudah banyak perubahan yang dilakukan,” kata Setiausaha Politik Setiausaha Agung DAP, Zairil Khir Johari.

“Kita telah memahatkan perlembagaan kita kepada perlembagaan Malaysia termasuklah artikel 153 antaranya bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, kedudukan raja-raja Melayu dan keistimewaan orang-orang bumiputra,” ujar Zairil, seorang panelis di dalam wacana tersebut.

Manakala panelis dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Dr Maszlee Malik pula berkata persepsi yang ditanamkan oleh Umno-BN yang DAP anti-Melayu menyembunyikan hakikat bahawa parti komponen gagasan itu yang sebenarnya mengamalkan dasar perkauman.

Contohnya, MCA sendiri merupakan sebuah parti yang hanya membuka keahliannya ekslusif kepada masyarakat berbangsa Cina, manakala Umno dan MIC turut menghadkan keahlian parti mereka kepada orang Melayu dan India.

Sedangkan DAP merupakan sebuah parti yang terbuka kepada semua rakyat Malaysia.

Hujah ini disokong oleh Ketua Eksekutif Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS), Wan Saiful Wan Jan yang berpendapat DAP adalah sebuah parti yang lebih terkehadapan berbanding Umno, MCA dan MIC.

Menurutnya ketiga-tiga parti komponen utama BN itu masih lagi terperangkap dengan kepompong etnik berbanding memperjuangkan idealogi sosial demokrat yang dibawa oleh DAP.

Read more ...