Monday, August 27, 2012

PRU 13!!! PAS mampu menang 16 Dun, PKR 12 Dun di Perak

Data di bawah hanya mengambilkira pengundi Melayu, Cina dan India. Undi Asli dan Pos tidak diambilkira. Setelah dikira  dari sentimen semasa secara keseluruhan iaitu Melayu 36%, Cina 80% dan India 40% (lebih cantik jika mampu dapat lebih) maka peratus keseluruhan adalah seperti di ruangan berwarna kuning.

Kekurangan dan kelebihan adalah berdasarkan % undi yang diperolehi BN dalam PRU 12.

PKR= 12 DUN
PAS= 16 DUN (jika DUN Lintang diandaikan sebagai DUN PAS)

Untuk PAS, jika dapat membaiki beberapa kesilapan yang telah di paparkan di SINI, kemungkinan untuk menang kemungkinan besar dapat mencecah 90%.
Untuk PKR, kemungkinan besar cuma 55% selagi tidak dapat menyelesaikan masalah-masalah di cabang-cabang (Masalah PKR tuan2 dipersilakan paparkan di ruangan komen. tq)

Semakin ke bawah, kerja-kerja yang perlu dilaksanakan semakin berat!
Akhirkata, “TEPUK DADA TANYA SELERA”. Kejayaan mendapatkan semula negeri terletak di tangan tuan-tuan! Jangan tamak mengejar jawatan seperti yang telah dipaparkan di SINI.
P/S: Untuk DUN2 yang tiada dalam senarai, hanya akan dimenangi sekiranya tuan2 dapat mentadbir negeri dengan baik sekiranya dapat berkuasa semula selepas PRU13 nanti! So, sila study bab pentadbiran yang baik dan berkesan mulai sekarang!The Sniper

Read more ...

BN 'SYAITAN'!!!Mahathir cepatkan kejatuhan BN


Bukan sekali mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad membuat kenyataan yang agak mengecutkan Umno-BN berdepan sebarang kemungkinan perubahan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Terkini, bekas Presiden Umno itu dalam blognya dan beberapa portal lain menyebut kononnya peralihan kuasa kerajaan pusat adalah sebesar-besar bahaya.


Lebih menghairankan, Mahathir seolah-olah sudah mula meroyan dan tidak segan menyatakan "Lebih baik syaitan yang anda kenali dari malaikat yang anda tidak kenal".


Pada penafsiran biasa, rakyat akan melihat bahawa syaitan yang dimaksudkan Mahathir mungkin sekali adalah BN kerana pada frasa ayatnya jelas menyatakan bahawa lebih baik memilih syaitan yang anda kenal daripada malaikat yang anda tidak kenal.


Rakyat tidak merasakan ia suatu yang sangat pelik kerana Mahathir juga pernah menyebut Umno itu busuk hingga ke ususnya.


Begitupun, perkembangan itu membawa kegusaran kepada Umno-BN.


Malah, Mahathir juga kini terdedah 'kulat-kulat' kronismenya yang diamalkan dizaman beliau yang membelenggu sistem pemerintahan hari ini.


Namun, Mahathir sentiasa bongkak dan hanya menyalahkan penggantinya, Tun Abdullah Abhmad Badawi kononnya zaman pemerintahan Ahli Parlimen Kepala Batas itu sebagai pemusnah kepada keyakinan rakyat terhadap BN khasnya Umno.


Namun bekas Perdana Menteri yang pernah menerajui negara selama 22 tahun itu tidak perasan akan kenyataan beliau itu juga penanda bahawa beliau akur dan mengakui trend sokongan rakyat tidak mampu dibendung lagi.


Keresahan Umno-BN melalui 'old-timer' mereka ini menggambarkan keresahan seluruh koloni Umno-BN yang mana kapal mereka kini semakin berat dan akan tenggelam bila-bila masa sahaja.


Telahan Mahathir ini ada benarnya kerana melihat kepada usaha rakyat yang meneruskan fasa kebangkitan tsunami 2008 yang menyaksikan empat buah negeri BN tumbang pada PRU-12.


Malah, kemaraan rakyat tidak mampu dibendung dengan 'gula-gula' Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M), bonus kakitangan awam dan segala jenis bantuan rakyat atau program turun padang babitkan Najib dan kabinetnya.


Ramai yang melihat bahawa keresahan Umno-BN ini bukan kerana bimbang akan masa depan generasi akan datang, namun mereka resah jika kes-kes penyelewengan, skandal dan segala jenis kronisme akan dibongkar lagi selepas mereka hilang kuasa.


Lebih-lebih lagi Mahathir kini terpaksa menelan malu kerana terdedahnya isu kaitan pembekal minyak kepada MAS yang dikaitkan dengan syarikat Petron-San Miguel yang sahamnya dimiliki Mirzan Mahathir.


Mahathir juga resah dengan kebangkitan rakyat di Sabah dan Sarawak dalam beberapa bulan kebelakangan ini setelah beberapa tokoh besar seperti bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Dato' Seri Lajim Ukim dan Ahli Parlimen Tawau, Wilfred Bumburing yang keluar BN dan menyokong Pakatan Rakyat.


Malah terdahulu, bekas orang kuat PBB di Sarawak suatu ketika dahulu, Dato' Salleh Jaafarudin telah menyertai PAS dan menyerahkan borang kepada Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menambah keresahan Umno.


Umum mengetahui, Sabah dan Sarawak adalah simpanan tetap BN yang berjaya mengekalkan BN berkuasa terus pada pilihan raya umum yang lalu meskipun hakikatnya BN tewas di Semenanjung.


Situasi inilah yang menjadikan Mahathir semakin resah dan gelisah apakah usia tuanya nanti akan tersembam di tirai besi setelah semua kes-kes yang berlaku dizamannya berkuasa akan didedahkan.


Maka terkeluarkan kenyataan berbaur ugutan dan cubaan menakutkan pengundi datang dari mulut seorang yang bernama Mahathir.


Bak kata Pegarah Propaganda Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Edy Noor Riduan, mungkin Mahathir terlupabahawa lima kerajaan negeri telah berubah pada Mac 2008 dengan peralihan kuasa kerajaan negeri ini berlaku dengan aman, tiada kucar-kacir.

Read more ...

PRU 13!!! Parlimen Alor Setar banyak kejutan.....




ALOR SETAR - Dijangkakan banyak kejutan bakal mewarnai kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Bakar Bata dan Alor Mengkudu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), berbanding Dun Kota Darul Aman dan kerusi Parlimen Alor Setar, yang dikatakan tidak banyak perubahan.


Bukan sahaja daripada pemilihan calon bertanding parti-parti terlibat, malah saingan sengit digembar-gemburkan akan berlaku di Dun Bakar Bata, yang menampilkan Pengerusi UMNO Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah manakala Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kedah yang juga Exco Kerajaan Negeri, Dr Ismail Salleh di Dun Alor Mengkudu.


Ini kerana masing-masing perlu mengekalkan kemenangan untuk terus kekal ‘berkuasa’ secara bermaruah, jika tewas, bagaimana nasib kedua-duanya selepas keputusan rasmi diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).


Keputusan PRU12 lalu, menyaksikan BN dan PR, sama gagah dan sama kuat, ekoran BN kekal pada kedudukan selesa memenangi kerusi Parlimen Alor Setar dan Dun Bakar Bata, manakala PR menawan Dun Alor Mengkudu dan Kota Darul Aman.


Namun sebarang kemungkinan boleh berlaku pada PRU13. Tidak mustahil keputusan kelak mengejutkan banyak pihak, ekoran sokongan rakyat kini dilihat tidak lagi sama ketika tahun 2008.


Bagi Parlimen Alor Setar, kemungkinan sudah ramai meramalkan ia kekal milik BN, sekiranya Datuk Chor Chee Heung terus diberi kepercayaan sebagai calon. Ini kerana beliau amat disenangi masyarakat pelbagai kaum di kawasannya, selain mendapat sokongan padu akar umbi.


Bagaimana pun, ada desas desus mengatakan Chee Heung berhasrat mengundur diri ekoran dikatakan tidak sebulu dengan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek. Ini bermakna Chee Heung terpaksa berkorban untuk terus kekal sebagai calon bagi pastikan kerusi itu tetap milik BN.


Tambahan pula, tiada pengganti yang layak menggantikan tempat Chee Heung, yang diyakini calon boleh menang.


PKR pula dijangka terus memberi kepercayaan kepada calon PRU12, Gooi Hsiao Leung bertanding sekali lagi, berikutan prestasi cemerlang pada PRU lalu yang hanya tewas tipis pada Chee Heung. Difahamkan, peguam muda ini antara pemimpin PKR berwibawa dan mendapat sokongan akar umbi.


Pada PRU12, Chee Heung (BN-MCA) menang dengan majoriti 184 undi, (20,741) menewaskan Hsiao Leung (PKR) yang memperoleh 20,557 undi.


Sumber berkata, kali ini dijangkakan berlaku tiga penjuru di Dun Bakar Bata, selain calon BN dan PKR, calon Bebas dikatakan berminat bertanding di situ, namun tidak dapat dipastikan sama ada ianya calon daripada parti Kita atau wakil rakyat Bebas yang juga bekas wakil rakyat PKR.


BN meneruskan tradisi mengekalkan Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah yang menang majoriti 358 undi menewaskan, Rohani Bakar (PKR) 7874 undi pada PRU12.


Ura-ura mengatakan kerusi ini menjadi rebutan antara PKR dan Pas, di mana sebelum ini Timbalan Yang Dipertua Pas Kawasan Alor Setar, Zulkifli Yahya mencadangkan agar kuota diberikan semula kepada calon Pas sekiranya PR mahu merampas Dun Bakar Bata. Nama Dr Ismail Salleh disebut-sebut untuk bersemuka dengan Ahmad Bashah, buat kali kedua selepas PRU11 (2004), di mana Ahmad Bashah menang (11,091) menewaskan Ismail (5,054).


Bagaimanapun nama calon PKR sebelum ini, Rohani dikatakan tidak disenaraikan semula, sebaliknya


dua muka baru, Bendahari PKR Kedah yang juga Timbalan Ketua Cabang I PKR Alor Setar, Che Mat Dzahir Ahmad dan Setiausaha Akhbar kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, Eekmal Ahmad antara nama disebut-sebut sebagai calon.

Difahamkan, akar umbi mahukan pemimpin setempat mewakili kawasan itu, berbanding orang luar kerana mahukan wakil rakyat yang sentiasa turun padang mendengar permasalahan rakyat.


Kerusi panas Pas


Bagi Dun Alor Mengkudu, dijangkakan laluan mudah bagi Pas untuk kekalkan kerusi ekoran bakal mengetengahkan calon ‘bersih’ dan berwibawa. Pas kemungkinan besar meletakkan muka baru menggantikan Dr Ismail Salleh untuk bertanding di situ, gara-gara krisis Exco menyebabkan akar umbi menolak kepimpinan Ismail.

Namun tidak pasti sama ada Ismail akan dicalonkan di kawasan lain atau langsung tidak

tersenarai sebagai calon. Ia umpama memilih calon paling layak dan boleh menang bagi mengisi kerusi panas ini.

Ketua Pemuda Pas, Ahmad Yahya dicanang bakal bertanding di Dun Alor Mengkudu untuk memastikan tidak wujud undi protes, sekaligus mengekalkan kemenangan. Sebelum ini, pada 2004, Pas mencalonkan Mohamad Sabu namun tewas pada Fadzil Hanafi
.

Lain pula dengan calon BN yang dikatakan akan berlaku perubahan besar, apabila calon sebelum ini, Mazlan Abd Rahman dikatakan tidak dicalonkan semula. Kemungkinan besar tempat itu diisi Ketua Wanita Umno Bahagian Alor Setar, Sharifah Maznah Syed Kassim Barakbah atau Timbalan Ketua UMNO Bahagian Alor Setar, Guntor Tobeng Mansor Tobeng.


Difahamkan, agak sukar untuk memilih calon paling sesuai di Dun Alor Mengkudu, walaupun ada ura-ura mengatakan akar umbi mahukan anak tempatan bertanding, iaitu bekas Exco Agama, Fadzil Hanafi.


Tidak mustahil jika Fadzil dicalonkan semula, peluang BN menang lebih cerah memandangkan pengundi di situ mahukan pemimpin yang berlatar belakangkan agama dan personaliti menarik. Walaupun pengaruh Pas agak kuat di sini, namun penentu kemenangan juga tertakluk pada siapa calon BN kali ini.



Dun Kota Darul Aman kini lebih sinonim dengan DAP, malah pengaruh parti itu semakin menular di sekitar kawasan ini, termasuk mendapat sokongan orang Melayu. Seperti lazimnya, semua dapat meneka siapakah calon DAP yang diketengahkan.

Pengerusi DAP Kedah, Lee Guan Aik dijangka dapat mengekalkan kerusi empuknya sekali lagi pada PRU13.

Pada PRU12, Guan Aik menewaskan Datuk Chong Itt Chew, yang juga Pengerusi MCA Kedah dengan majoriti 804 undi. Bagaimana pun pada PRU13, Itt Chew sudah awal-awal lagi mengumumkan pengunduran dirinya sebagai calon, atas faktor usia selain mahu memberi peluang kepada muka baru.


Setakat ini, belum pasti siapa calon layak menggantikan tempat Itt Chew untuk bersemuka dengan Guan Aik, yang pastinya calon itu perlu sehebat penyandangnya untuk merampas semula kerusi itu yang sebelum ini milik MCA.


Sehingga kini, belum ada pemimpin MCA yang benar-benar menonjol untuk diketengahkan, dan besar kemungkinan MCA mempertaruhkan calon muda atau muka baru. Pada era 80-an, Dun Kota Darul Aman merupakan kubu kuat MCA, dan parti itu tidak pernah kalah sehingga tahun 2008.


Namun kini pengaruh MCA dilihat semakin pudar, menyebabkan DAP berjaya mengambil alih sokongan rakyat apabila wakil rakyat DAP diterima baik oleh pengundi, termasuk Melayu.


Sebarang kemungkinan boleh berlaku jika MCA berjaya mengetengahkan calon disukai rakyat dan berpengaruh dalam usaha mengembalikan sokongan pengundi terutama dari kalangan masyarakat Cina.



INFO


Kerusi P9 (Alor Setar)

Gooi Hsiao Leung (PKR): 20,557
Chor Chee Heung (BN): 20,741
Jumlah pemilih: 58,957
Peratusan pengundi: 3.28 peratus
Majoriti: 184

Kerusi N12 (Bakar Bata)

Ahmad Bashah Md Hanipah (BN): 8,232
Rohani Bakar (PKR): 7,874
Jumlah pemilih: 22,695
Peratusan pengundi: 72.24 peratus
Majoriti: 358


Kerusi N13 (Kota Darul Aman)

Lee Guan Aik (DAP): 5,415
Chong Itt Chew (BN): 4,611
Jumlah pemilih: 15,087
Peratusan pengundi: 68.64 peratus
Majoriti: 804

Kerusi N14 (Alor Mengkudu)

Ismail Salleh (Pas): 9,208
Mazlan Abdul Rahman (BN): 6,961
Jumlah pemilih: 21,175
Peratusan pengundi: 77.73 peratus
Majoriti: 2,247

Read more ...

MAI BACA!!! Jawapan Tamrin Ghafar terhadap kenyataan adik ipar dan adiknya

 Jawapan En Tamrin Tun Ghafar...A'kum Zainun I ve read ur statement in Utusan. 

Its ok I understand. I hanya tukar party bukan tukar Agama. Tengku Abd. Rahman dan Tun Husain Onn keluar UMNO dan mati d luar UMNO. 


Tun M dan Sanusi pun pernah keluar UMNO zaman Dollah dan masuk semula zaman Najib. Begitu juga dng Rais , T. Razaleigh dan ramai lagi. 


May b u all r not aware Abah pun hampir2 tuboh party baru dlm zaman Dr. M / Dollah. U can check wit Dtk. Bahador Shah n Dtk. Rahman Yunus . cc all family members. Salam.


Mutaligat 

 
Mat Sabu: Saya memang ada lawat Tun Ghafar ketika sakit

SHAH ALAM – Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mempertahankan kenyataannya bahawa beliau pernah menziarahi bekas Timbalan Perdana Menteri, Allahyarham Tun Ghafar Baba ketika diserang strok.

“Saya menziarah Allahyarham (Tun Ghafar) di rumahnya di Damansara berhampiran dengan bangunan Parlimen beberapa tahun lalu dan ditemani oleh sahabat saya, bekas ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Ahmad Subky Abdul Latif.

“Ketika itu, tidak ada sesiapa di rumah kecuali isteri kedua Allahyarham, Toh Puan Dayang Heryati Abdul Rahim,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menyangkal kenyataan anak Tun Ghafar, Datin Zainon yang menafikan dakwaan Mohamad ada melakukan lawatan ke rumah bapanya ketika pemimpin itu sedang sakit teruk.

Tambah Mohamad, lawatan tersebut sekadar lawatan biasa kerana Allahyarham Tun Ghafar merupakan seorang negarawan dan pernah bersama-bersama beliau di Parlimen.

“Walaupun kami berbeza parti tetapi kami mempunyai hubungan yang baik,” jelas beliau yang juga bekas Ahli Parlimen.

Ketika diminta mengulas desakan ahli keluarga Allahyarham Tun Ghafar yang mahu beliau menarik balik kenyataannya yang mengatakan bekas Timbalan Perdana Menteri itu akan menyertai Pas sekiranya masih hidup, sama seperti anaknya Tamrin.

Bagaimanapun beliau enggan mengulas lanjut.
“Kali ini saya perlu berhati-hati sebelum mengulas apa-apa dan saya perlu meneliti kembali rakaman ucapan saya.

“Saya kena tengok dulu macam mana saya kata dan perkataan yang saya gunakan, mungkin ada perkataan ‘dan’ ke, ataupun ‘koma’, itu perlu diteliti,” tegas beliau, yang dipercayai merujuk kepada kontroversi berkenaan kenyataan menyentuh peristiwa Bukit Kepong.

Kes berkaitan sedang didengar di Butterworth.


Kenyataan terbaru didakwa dikeluarkan ketika menyampaikan satu ceramah di Bukit Katil, Melaka pada 12 Ogos lalu, dan kandungan ceramah itu turut disiar di laman blog bertajuk, 'Jika Tun Ghafar umur panjang, dia pun masuk Pas'.


Semalam, menantu Allahyarham Tun Ghafar yang juga Ahli Parlimen Jasin, Datuk Ahmad Hamzah berkata, beliau dan keluarga cukup sedih dengan kenyataan itu dan menganggapnya sebagai tidak bertanggungjawab.SH

Read more ...

Sunday, August 26, 2012

TERKINI PANAS!!! Akhbar di Singapura minta Najib bubar segera parlimen ?


Setelah 'panas telinga' dengan desakan demi desakan dari pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) termasuk bekas perdana menteri Mahathir Mohamad, perdana menteri Najib kini tertekan dengan satu lagi khabar cemas dari seberang tambak!

Akhbar perniagaan
The Business Times Singapura hari ini yang ditulis oleh S Jayasankaran dalam laporannya meminta supaya pentadbiran Najib supaya memanggil segera pilihanraya umum ke 13 kerana petunjuk prestasi ekonomi Malaysia semakin menampakkan ketidak tentutan sekiranya ia tidak diadakan dengan kadar segera.

Memetik laporan berkenaan bertajuk
PM Najib should not delay holding general election yang disiarkan hari ini dalam kolum Insight Malaysia, akhbar itu menambah bahawa Malaysia sebagai kuasa ekonomi ketiga terbesar di Asia Tenggara selepas republik itu dan Indonesia, tidak akan mampu bertahan lama dalam petunjuk ekonomi suku kedua dan ketiga kerana negara jiran tersebut akan terus jauh mendahului Malaysia dalam tempoh dua tahun akan datang.

Walaupun Malaysia mendahului dua negara tersebut tetapi pertumbuhan sebenar kedua-dua suku itu adalah disebabkan oleh permintaan domestik, yang meningkat oleh satu penyusutan 13,8 peratus berbanding 9.7 peratus dalam tiga bulan pertama tahun ini.


Ia menyatakan bahawa sementara perbelanjaan pelaburan melonjak kepada 26.1 peratus daripada 16.1 peratus pada suku pertama dan bahawa perbelanjaan kerajaan adalah 9.4 peratus berbanding 7.3 peratus sebelumnya, pertumbuhan eksport diunjur sangat perlahan, daripada 3 peratus pada suku sebelumnya, ia kini merekodkan hanya 2.1 peratus.


"Usaha pemberian bantuan kerajaan seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan perbelanjaan pelaburan yang lebih kukuh di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP) telah jelas membantu untuk merangsangkan pertumbuhan," akhbar itu menyatakannya dalam kolum Insight Malaysia yang, merujuk kepada pemberian tunai pelbagai Perdana Menteri Najib itu dan pembaharuan polisi di bawah program tersebut.


Semua sektor telah mendapat manfaat daripada program pemberian "one-off" Najib Altantuya, kata akhbar itu, selain rakyat yang menikmatinya pada awal tahun ini telah pun menghabiskannya.


Tetapi akhbar itu turut memberi amaran bahawa Najib telah mengambil "perjudian berisiko besar kata agensi penarafan, merujuk kepada ia telah sampai bernafas ke lehernya".


Ia berkata bahawa Bank Negara yang diterajui Zeti Akhtar Aziz terus mengharapkan permintaan domestik yang kukuh untuk memacu pertumbuhan ekonomi negara walaupun ia berkata "risiko yang berpunca daripada perkembangan luaran kekal".


Akhbar perniagaan berpengaruh di Singapura itu juga berkata bahawa keadaan akan menjadi lebih baik bagi Najib untuk memanggil pilihanraya terlebih dahulu dan bukannya menunggu mandat kerajaan BN tamat yang berakhir April tahun depan.


"Tetapi kebanyakan rakyat ssmakin bosan dengan karenah politiking yang berterusan.


"Mungkin Perdana Menteri tidak perlu menunggu lebih lama dan memanggil pilihan raya umum terlebih dahulu dan bukannya selepas itu," katanya, menunjukkan bahawa pertumbuhan ekonomi Malaysia tidak akan boleh bertahan sehingga tahun depan.


Ihsan The Business Times Singapore

Read more ...

APA CITE YB LENGGONG!!! "Ibarat Belanda Mintak Tanah",cara pemimpin UMNO menipu orang Melayu ?


(Tapak rumah ini diroboh kali pertama pada, 13 Ogos 2012.)

KG. LUAT - "Ibarat Belanda Mintak Tanah." Begitulah pepatah melayu yang layak diberikan kepada YB Lenggong.

Kata pemilik tanah, apabila tapak rumah yang dibina telah dirobohkan oleh pihak penguatkuasa pejabat tanah dan daerah Lenggong, pada 16 ogos lalu. Lihat Video Disini

(Tapak rumah musnah diroboh kali kedua pada 16 Ogos 2012)
Rentetan disebalik kejadian meroboh tapak rumah yang sedang dalam pembinaan itu, ianya menimbulkan banyak kontroversi diantara pemilik tanah dan pihak berkuasa. 
 
Berikutan status tanah pemilik asal (milik kekal) telah ditukarkan kepada tanah rizab kerajaan dalam jumlah yang luas dengan cara yang mengelirukan tuan tanah oleh campurtangan pihak ketiga.

Menurut tuan tanah, kontroversi ini bermula apabila arwah bapanya selaku pemilik tanah, menandatangani surat kebenaran bagi membolehkan kerajaan membina jambatan melintasi sungai Perak dan jalanraya menghubungkan kota Tampan, kg.Luat, kg.Beng dan kg.Chepor.
Menurut tuan tanah, perjanjian asal arwah bapanya sebelum menandatangani surat kebenaran untuk pembinaan jalanraya itu, hanyalah melibatkan sebahagian kecil jalan yang hendak dibina sahaja dan bukan sebahagian besar tanah milik beliau diambil menjadi tanah rizab kerajaan atau rizab jalan.

Tetapi apa yang berlaku selepas itu, 'khadam' atau penghantar surat pejabat tanah dan daerah disini, memanggil arwah bapanya kepejabat untuk menandatangani satu surat dihadapan pegawai daerah yang mengelirukan tuan tanah berkaitan kebenaran mengambil tanah untuk tujuan pembinaan jalanraya itu.
Menurutnya lagi, arwah bapanya yang sudah uzur pada ketika itu, tidak membaca isi kandungan surat perjanjian itu kerana, mengikut perjanjian bersama ketika majlis perundingan dengan jabatan-jabatan yang terlibat dengan pembinaan jalanraya itu, tuan tanah dengan jelas telah menyatakan bahawa hanya sebahagian kecil tanahnya (mengikut luas jalan sahaja) dibenarkan diambil pihak bertanggungjawab. Perkara ini telah disahkan oleh bapanya ketika bapanya masih hidup, semua surat serta gambar majlis perundingan dengan jabatan terbabit bersama tuan tanah pada masa itu masih ada dalam simpanan keluarganya.

Rentetan daripada peristiwa itu, campurtangan ahli politik. Wakil rakyat ahli Parlimen

Lenggong, bermula dengan tiket pembangunan diatas tanah yang menjadi kontroversi ini.

Selepas tamat pembinaan jalan dan jambatan sungai Perak, dua buah bangunan dewan dan sebuah padang futsal telah dibina diatas tanah yang tidak dibenarkan oleh tuan tanah. Sebelum pembinaan itu dimulakan, wakil rakyat berasal dari kg.Luat yang juga merupakan saudara-mara kepada waris pemilik tanah yang diambil itu, telah berjanji tidak akan mengambil atau membina apa-apa lagi diatas tanah itu dalam satu pertemuan pembinaan dua buah bangunan dewan dan sebuah padang futsal pada ketika itu.


Perundingan itu dibuat oleh ahli Parlimen dengan tuan tanah berikutan, status tanah berkenaan masih menjadi milik waris yang sah dan tuan tanah masih lagi membayar cukai hasil tanah berdasarkan perjanjian asal iaitu, tanah yang diserahkan kepada pihak kerajaan hanyalah sebahagian kecil untuk pembinaan jalanraya sahaja. Dan tidak melibatkan tanah yang hendak diambil oleh wakil rakyat untuk sebarang tujuan pembangunan.
 
Dan pada hari ini, wakil rakyat ini semakin ghairah untuk merampas kesemua tanah disepanjang jalanraya ini daripada tangan waris-waris yang berhak.

Buat kali keduanya, pihak pejabat tanah dan daerah kecil Lenggong meruntuh dan merampas sturuktur tiang tapak rumah pewaris tanah yang sedang dalam pembinaan setelah pihak berkenaan merobohkannya kali pertama pada 13 Ogos lalu.

Inilah usaha terakhir beliau sebagai ahli Parlimen sebelum BN tumpas dan rebah tersungkur disini.


Setelah tanah-tanah disini di gazetkan sebagai tapak warisan dunia, ada pihak yang sedang mengambil peluang dan mengidamkan prospek keuntungan melalui pembangunan bernilai berjuta-juta ringgit dengan mengenepikan perjanjian asal diatas tanah ini.

Pada hari ini juga rakyat disini dapat menyaksikan kerakusan sebuah kerajaan diwakili seorang wakil rakyat BN yang mendakwa rakyat didahulukan, juara rakyat, sebenarnya ialah pengkhianat rakyat, tidak menepati janji dan tidak dapat membela nasib bangsa dan saudara-maranya sendiri. 
 
Nantikan pendedahan seterusnya bersama bukti-bukti perjanjian diantara kedua-belah pihak mengenai pengambilan tanah yang menjadi kontroversi ini.

Mengapa dibangga tanah ini tapak warisan dunia sedang anak bangsa ditipu, ditindas dan dirampas hak mereka.

Ingatlah tapak warisan Akhirat, yang mana dari tanah kita dijadikan. Kedalam tanah juga kita akan dimasukkan.

Perjanjian ini telah tertulis oleh Malaikat yang sentiasa mencatitkan apa yang telah kita lafaz dan yang telah kita lakukan.

Kata mereka, UMNO/BN pejuang dan pembela melayu. Tapi, sebenarnya UMNO/BN ni sebuah parti penipu orang-orang melayu.
  Lenggongkite

Read more ...

MENANG PRU 13!!! Anwar Ibrahim tidak akan tinggal di Seri Perdana?


Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim menegaskan bahawa sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menjadi Kerajaan Persekutuan, dan beliau dilantik sebagai Perdana Menteri, beliau tidak akan tinggal di kediaman rasmi di Seri Perdana, Putrajaya.

Berucap di hadapan lebih 12,000 pengunjung rumah terbuka sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Bukit Gantang, Taiping, Perak, beliau menegaskan perkara itu bukanlah keutamaan baginya walaupun kediaman rasmi tersebut sudah mula diduduki sejak perdana menteri keempat, Mahathir Mohamad pada 1999.


Bagaimanapun, Anwar tidak menyatakan di manakah beliau dan ahli keluarganya akan menginap selepas mengumumkan perkara tersebut yang mendapat tepukan gemuruh hadirin yang gembira dengan keputusannya.


Kompleks Seri Perdana yang yang terletak di Presint 10 pusat pentadbiran kerajaan persekutuan itu menelan kos RM24.17 juta untuk dibina berasaskan ciri-ciri Islamik dan Timur Tengah mula didiami Mahathir dan keluarganya sehingga perdana menteri Najib Altantuya mula memasukinya pada awal April 2009.


Kini ia disewa dan diselenggarakan oleh Perbadanan Putrajaya, sebuah anak syarikat milik syarikat konglomerat kerajaan, Petroliam Nasional Berhad (Petronas).


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz yang mendedahkan kos sebenar pembinaan tersebut dalam sidang Parlimen pada 21 November 2005 menjelaskan bahawa ia bukanlah sesuatu yang membazir kerana kediaman rasmi untuk perdana menteri di Jalan Damansara yang dikosongkan sudah usang dan memerlukan pembaikan yang menelan kos lebih besar.


Keutamaan buat Anwar dan pasukannya yang akan mengemudi Putrajaya adalah meringankan beban rakyat di samping memajukan ekonomi negara yang terjejas teruk akibat rasuah dan pembaziran yang dilakukan semasa Barisan Nasional (BN) memerintah sejak negara ini mencapai kemerdekaan pada 1957.


Dasar-dasar Pakatan Rakyat seperti yang dipersetujui dalam Buku Jingga yang menggariskan isu kemiskinan dan mendepani cabaran masa depan selain memastikan tahap daya saing rakyat dan negara adalah antara penekanan khusus yang akan dilakukan Anwar dan barisan kabinetnya yang akan dilantik sebaik mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong kelak.


Perkara pertama adalah menurunkan harga minyak sebanyak RM0.50 sen daripada harga semasa iaitu RM1.90 bagi petrol RON95 buat permulaan dan akan diselaraskan secara berperingkat-peringkat sesuai dengan kedudukan ekonomi semasa kerajaan.


Anwar turut menempelak bekas perdana menteri Mahathir yang meminta supaya rakyat menyokong BN walaupun ia adalah syaitan yang nyata, sedangkan dalam agama Islam kata Anwar, ajaran agama menyatakan supaya hanya menyembah Tuhan dan tidak membenarkan penganutnya supaya menyembah syaitan.


Turut hadir dalam majlis tersebut, Naib Presiden PKR, Tian Chua, Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN), Dr Muhamad Nur Manuty, ahli majlis MPN Mustaffa Kamil Ayyub dan pimpinan Pakatan Rakyat dari seluruh Perak.


JALAN PULANG

Read more ...

KANTOI!!! The Guardian pecat Kolumnis Pro-Israel yang diupah Najib ?


Akhbar terkemuka British The Guardian telah menamatkan perkhidmatan kolumnis konservatif Amerika, Joshua Trevino sebagai koresponden Amerika Syarikat mereka kerana didakwa mempunyai hubungan dengan sebuah syarikat yang terbabit dalam kempen penetapan berita dibiayai oleh kerajaan Malaysia untuk menjalankan sebuah laman web yang menyerang Anwar Ibrahim dan kepentingan pembangkang lain di sini.

Dalam kenyataan pendek hujung minggu lalu, akhbar tersebut mengatakan bahawa baru-baru ini mereka mengetahui bahawa Trevino “adalah perunding bagi agensi yang mempunyai kepentingan perniagaan Malaysia dan bahawa dia menguruskan sebuah laman web yang dipanggil Malaysia Matters (Perihal Malaysia). Selaras dengan kod editorial Guardian, ini sepatutnya telah didedahkan.”


Trevino baru-baru ini telah diupah oleh The Guardian untuk menjadi kolumnis konservatif di Amerika Syarikat.


Pelantikannya menyebabkan bantahan daripada aktivis liberal selepas beliau menggesa Israel untuk menembak konvoi kemanusiaan pada tahun 2011 yang mahu memecahkan sekatan tentera laut Gaza.


Apabila bot yang membawa aktivis awam tidak bersenjata cuba pada bulan Jun 2011 untuk memecahkan sekatan Gaza, Trevino menulis di laman Twitter kepada tentera Israel: “Kepada IDF: Jika anda akhirnya menembak mana-mana rakyat Amerika yang berada dalam flotila Gaza baru — baik, kebanyakan rakyat Amerika tidak bermasalah dengan itu. Termasuk saya.”


Trevino juga dilaporkan menggelar flotilla tersebut sebagai “konvoi Nazi”.


The Guardian tidak menyebut apa-apa kritikan, sebaliknya menegaskan tentang hubungan Trevino dengan “agensi” yang tidak dinamakan tetapi dikatakan FBC Media, syarikat yang kini tidak lagi berfungsi di tengah-tengah skandal penetapan berita Malaysia melibatkan BBC dan CNBC tahun lalu.


“Di bawah garis panduan kami, hubungan antara Joshua dan agensi sepatutnya telah diberitahu sebelum tulisan diterbitkan dalam usaha untuk memberikan penjelasan penuh kepada pembaca kami,” kata Janine Gibson, ketua editor bagi The Guardian bagi rantau Amerika.


Sebagai tindak balas Trevino berkata: “Saya bersungguh-sungguh menegaskan bahawa tidak ada apa-apa yang tidak beretika dilakukan dan saya bersikap terbuka dengan Guardian dalam perkara ini. Walau bagaimanapun, garis panduan Guardian semestinya bersifat luas, dan saya bersetuju bahawa mereka mesti dihormati seperti itu.”


Trevino adalah pengulas konservatif terkenal dan bekas penulis ucapan semasa pentadbiran Presiden George W Bush.


Beliau telah melaporkan secara meluas beberapa tahun kebelakangan ini tentang perbicaraan Liwat II Anwar di laman web Malaysia Matters yang kini tidak berfungsi lagi.


Trevino juga kerap mengkritik Anwar di kolumnya dalam penerbitan lain seperti Huffington Post.


FBC Media, syarikat yang dikatakan dirujuk oleh The Guardian, telah membuat lapan program untuk BBC mengenai Malaysia gagal untuk mengisytiharkan ia telah dibayar £17 juta (RM82.6 juta) oleh kerajaan Malaysia bagi “komunikasi strategik antarabangsa” termasuk liputan positif tentang kontroversi industri minyak sawit Malaysia.


BBC juga menggunakan FBC untuk membuat dokumentari tentang kebangkitan “musim bunga” di Mesir tanpa mengetahui firma itu telah dibayar untuk melakukan kerja perhubungan awam untuk bekas rejim diktator Hosni Mubarak.


BBC telah dipaksa untuk membuat permohonan maaf mengenai perkara tersebut.


FBC juga telah didedahkan membesar sehingga dua kali ganda sebagai firma publisiti untuk kerajaan Najib Altantuya dan telah dibayar berjuta-juta pound untuk menjalankan “Kempen Komunikasi Strategik Antarabangsa”.


Tetapi kontrak RM94 juta di antara Putrajaya dengan FBC telah ditamatkan tahun lepas, yang bermula pada tahun 2007, selepas didedahkan pemimpin-pemimpin kerajaan Malaysia kerap muncul dalam program TV kerana membayar.


The Malaysian Insider telah melaporkan sebelum ini bahawa Perdana Menteri Najib Altantuya telah memberikan kontrak untuk strategi perhubungan awam, termasuk kepada APCO Worldwide, untuk menggilap imej peribadi beliau dan kerajaan di dalam negara dan seluruh dunia.


Akhir tahun lalu kerajaan berkata syarikat perunding imej FBC Media membantu meningkatkan kedudukan Malaysia sebagai destinasi pelancongan dan pelaburan semasa perjanjian RM94 juta untuk tiga tahun yang bermula pada 2007.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Nazri Aziz memberitahu Parlimen bahawa syarikat media berpengkalan di London, yang sedang menghadapi kebankrapan, “menyokong usaha pemimpin kerajaan dan menteri-menteri” untuk menaikkan imej negara di luar negara.


JALAN PULANG 

Read more ...

TU DIA!!! Seorang Prof dari UiTM di'belasah lumat' kerana kenyataan banggang

Dasar kerajaan negeri Selangor memberi bekalan air percuma sejak empat tahun lepas adalah langkah yang tidak bijak dan bukan bersifat lestari, kata seorang ahli akademik.


Prof Dr Suhaimi Abdul Talib berkata dasar itu menyebabkan hasil bagi kerajaan negeri terus merosot yang akan sebaliknya memberi manfaat atau berguna bagi meningkatkan kemudahan infrastruktur.


"Walaupun pemberian air percuma kelihatan baik dari segi faedah jangka pendek, tetapi dari segi jangka panjang kita tidak mendidik orang ramai untuk menghargai air," katanya dalam satu temu bual dengan Bernama hari ini.


Dr Suhaimi, yang juga Penolong Naib Canselor bagi Pembangunan, Pengurusan Kemudahan dan ICT Universiti Teknologi Mara (UiTM), memberi amaran," Kita tidak mempunyai limpahan bekalan air yang tidak terhingga. Kita perlu sedar bahawa sumber-sumber air semakin berkurangan berikutan peningkatan permintaan yang mendadak."


Beliau berkata negeri itu akan sampai pada satu peringkat di mana ia tidak lagi dapat menarik air mentah dari sumber luar dan sumber air yang baru akan perlu datang bergantung kepada bagaimana ia dapat menguruskan sumber dalamannya sendiri dengan cara yang terbaik.


Dr Suhaimi berkata beliau menentang dasar air percuma kerana persoalan berhubung kemampuan bukan satu isu di Kuala Lumpurr.


"Jika kita perlu membayar bil air kita sebanyak RM40 sebulan, apa sangat dengan RM40? Anak anda belanja lebih daripada RM40 ke atas (telefon bimbit) prabayar. Jadi, ia bukan satu persoalan mengenai kemampuan. Kita sepatutnya membayar bagi bil air kita." .... seterusnya baca lebih 250 komen 'membelasah lumat' terhadap kenyataan Prof tersebut disini

Read more ...

RUMAH TERBUKA MB KEDAH!!! Tiada sambutan menurut blogger UMNO ?





Oleh SITI ZALEHA ABDUL RAHIM

(Wartakedah.net)

ALOR SETAR – Kemeriahan sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Menteri Besar pada tahun ini amat terasa apabila menerima kunjungan orang ramai di luar jangkaan, dianggarkan lebih 40 ribu menghadirinya.


Jika sehari sebelum (Jumaat) sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Menteri Besar hujan di bumi Kedah begitu lebat dan berterusan selama sehari. Namun, dengan izin dan kurniaan Allah, pada hari Sabtu, cuaca amat baik tidak mengahalang rakyat Jelapang Padi menziarahi kediaman rasmi Menteri Besar ini.


Malah, kesesakan lalulintas juga tidak menghalang mereka untuk berkunjung ke rumah terbuka ini. Ada di kalangan mereka yang sanggup berjalan sejauh lima kilometer untuk ke Seri Mentaloon.



Orang ramai dari pelbagai kaum mula membanjiri Seri Mentaloon seawal jam 9 pagi walaupun masa yang dijadualkan bermulanya majlis sekitar 11 pagi bagi membuktikan kesejahteraan di kalangan rakyat Kedah. Walaupun terpaksa berasak-asak mereka tetap gembira dan berpuas hati kerana dapat berkunjung ke kediaman pemimpin yang dekat di hati rakyat. Hidangan yang disajikan juga disediakan seawal pagi untuk tidak membuatkan orang ramai menunggunya dengan lebih lama.

Majlis yang berlanjutan sehingga 5 petang menyediakan pelbagai menu makanan seperti nasi dagang, sate, murtabak, laksa, soto, lontong, bihun sup, mee goreng mamak, tapai, koey teow kerang, keropok lekor, kuih raya, buah-buahan, ketupat dan rendang dan lain-lain.


Seperti tahun-tahun sebelum ini, pihak penganjur memastikan makanan yang disediakan mencukupi dengan kehadiran orang ramai yang di luar jangkaan.


Kemeriahan majlis turut diserikan dengan keberangkatan Tunku Bendahara Kedah (Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah), Yang Teramat Mulia Dato’ Seri Utama Tan Sri Tunku Annuar Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Yang Amat Berbahagia Toh Puan Bendahara Kedah serta Ahli-Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah.


Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri serta Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri turut hadir bagi memeriahkan majlis ini sekaligus rakyat Kedah dapat melihat dengan lebih dekat pemimpin-pemimpin mereka.


Rata-rata pengunjung yang setiap tahun datang majlis ini merasakan tahun ini adalah yang lebih meriah dan mereka berpuas hati dengan layanan serta keadaan suasana yang terkawal sepanjang berlangsungnya majlis ini.


Para petugas juga tidak kenal erti penat lelah untuk melayan serta menyambut tetamu yang tidak henti-henti mengunjungi rumah terbuka ini.

Rumah terbuka tidak meriah jika tidak diserikan dengan kegembiraan dan keriuhan kanak-kanak untuk mendapat duit raya. Maka, pihak penganjur menyediakan puluhan ribu ringgit untuk diberikan kepada kanak-kanak.

Read more ...

Saturday, August 25, 2012

VIDEO !!! 8 perkara ajaib di dunia, ini salah satu daripadanya


Satu perkara yg amat ajaib dlm dunia hari ini apabila orang Islam sendiri yang mempertikaikan hukum hudud yang diturunkan oleh Allah SWT dengan pelbagai alasan dan syubahat agar Umat Islam tak mampu utk laksanakan syariat Islam... 

Jika ini berlaku maka ianya akan mendatangkan banyak kekeliruan dan boleh menyebabkan akidah umat Islam akan terjejas. ..

Take Note !!! : Anak muda pelik kenapa segelintir umat Islam mazhab Umno boleh percaya akan kewajipan utk menunaikan solat 5 waktu, puasa dibulan Ramadan, zakat dan haji tetapi tidak percaya dan yakin terhadap hukum-hukum Allah SWT???... 


Kalau dirumuskan tiada beza MCA dengan Umno seandainya Umno juga seiring dgn MCA banyak memikirkan pelbagai alasan dan mengkritik pelaksanaan hudud dalam masa yg sama tidak mahu mengerakkan kewajipan utk melaksanakan syariat Islam,...Jengzz Kremm....

[ Realisasikan Amar Makruf Nahi Mungkar ] ... ALLAH HUAKBAR !!!

Read more ...

MANDI AIR PARIT!!! Jika berlaku di negeri PR , 7 hari 7 malam RTM , TV3 akan putar

.tapi kerana isu takdak ayaq ni berlaku di negeri PM maka media depa buat pekak badak jerlah.

Read more ...

KANTOI!!! Koh Tsu Koon nak tutup kes RM100?


Penyakit flip-flop yang menyerang pemimpin Barisan Nasional (BN) kini datang lagi!

Kelmarin cakap lain, tapi semalam tiba-tiba pusing 180 darjah!


Kes cakap pusing-pusing kasi Najib pening ini berikutan pendedahan laporan semalam oleh portal berita The Malaysian Insider bahawa satu emel yang diterima daripada Jabatan Perdana Menteri (JPM) mengenai usaha mencari peserta sambutan Kemerdekaan ke-55 dari kaum Cina dan India yang dibayar RM100 semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Koh Tsu Koon menafikan ada usaha sedemikian dibuat.


Memetik laporan dari The Star Online hari ini, Koh yang juga Presiden Gerakan berkata sebenarnya peserta yang terbabit itu terdiri daripada anggota Jiran Muda, sayap pemuda Rukun Tetangga yang terletak di bawah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional.


Jabatan tersebut terletak di bawah pengawasan Jabatan Perdana Menteri yang diketuainya sendiri.


Sambil menafikan wujudnya emel sedemikian (mahasiswa kaum Cina dan India di universiti tempatan sahaja diberi RM100) Koh bagaimanapun tidak menafikan peserta tersebut diberi makan dan minum serta baju-T sepanjang raptai dan semasa sambutan tersebut yang akan diadakan di dua tempat, Dataran Merdeka pada sebelah pagi dan Stadium Nasional Bukit Jalil sebelah petang dan malamnya.


Polemik tersebut muncul ketika Pakatan Rakyat mula mempersoalkan kewajaran dan rasional pembayaran dilakukan hanya kepada peserta kaum Cina dan India serta menggalakkan penglibatan mahasiswa universiti di beberapa institusi pengajian tinggi awam (IPTA) sekitar Lembah Klang.


Selain itu ia juga menimbulkan persoalan mengapa peserta kaum Melayu tidak diberi keistimewaan serupa sedangkan ada juga peserta kaum terbesar di Malaysia itu yang turut mengambil bahagian dalam raptai yang bermula semalam.


Dijangka sekitar 1000 peserta kedua-dua kaum itu diperlukan bagi membuat formasi bendera dan logo yang mencetuskan kontroversi kerana diciplak dari pelekat kereta perdana menteri Najib  dan lagu tema yang melodinya juga diciplak dari sebuah lagu gospel gereja di Indonesia.


Mahasiswa universiti tempatan masih terbelenggu dengan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 yang melarang sebarang pembabitan mereka dalam kancah politik tempatan.


Bagaimanapun mahasiswa yang menuntut di luar negara tidak terikat dengan akta tersebut walaupun Najib sudah meminda seksyen 15 akta tersebut yang membolehkan mahasiswa universiti tempatan berkecimpung dalam politik tetapi mesti mendapat kebenaran Naib Canselor universiti masing-masing.


Persoalannya di sini bagaimana Jabatan Perdana Menteri boleh mengeluarkan arahan sedemikian dan dengan pantas pula menafikannya sedangkan emel tersebut sudah tersebar sejak beberapa hari lalu dan disahkan oleh seorang pegawai jabatan tersebut semalam?


Ternyata dengan acara sambutan kemerdekaan yang cuma tinggal empat hari saja lagi selain isu logo rasmi yang belum dimuktamadkan, BN bakal berdepan kecaman keras daripada rakyat yang kini semakin mempersoalkan satu-persatu tindakan rejim pemerintah itu.


JALAN PULANG

Read more ...

KERANA SHAHRIZAT!!! UMNO berisiko hilang undi wanita


Secara tradisinya, kaum wanita adalah sangat penting dalam demografi Umno dengan sayap Wanita parti dilihat sebagai tulang belakang kepada Barisan Nasional (BN) — memastikan undi dari suri rumah dan golongan wanita.

Akan tetapi terdapat kerisauan bahawa golongan ini semakin dipinggirkan oleh BN kerana terlalu memberi fokus kepada usaha mendapatkan undi orang muda.


"Terdapat keperluan bagi Wanita Umno untuk menggunakan kembali sistem lama untuk pulang ke kawasan masing-masing dan melawat dari rumah ke rumah. Ini sangat penting.”


"Ketika kami melakukan ini dulu, kita melihat dalam keputusan pilihan raya, hanya terdapat margin kesilapan yang kecil berbanding apa yang kami jangkakan, hanya berbeza 100 atau 200 undi,” kata ketua Wanita Umno bahagian Cheras, Faridah Abu Hassan.


Beliau berkata sayap wanita mendapati kaedah kempen tradisional dari rumah ke rumah yang bekerja begitu baik untuk parti sebelum ini semakin dipinggirkan.


"Mereka lebih suka menggunakan media dalam talian dan kehadiran besar 10,000 hingga 30,000 orang, tetapi tidak mempunyai apa-apa untuk menunjukkan hasil itu dalam pilihan raya, seperti apa yang berlaku pada tahun 2008," katanya.


Kedua-dua pemuda dan wanita telah dikenal pasti oleh pemerhati dan penganalisis politik sebagai kunci untuk menentukan yang mengambil Putrajaya, dengan BN dan Pakatan Rakyat (PR) sudah dikunci dalam apa yang dilihat sebagai perebutan yang paling berminat untuk sokongan dalam sejarah baru-baru ini di negara ini.


Penganalisis politik telah memberitahu The Malaysian Insider bahawa pengundi atas pagar - terutama wanita yang bekerja di rumah dan anak-anak muda - akan menjadi penting dalam menentukan keputusan pilihan raya yang mesti dipanggil oleh April depan.


"Wanita adalah sangat penting kerana mereka membentuk separuh pengundi dan mereka mengundi terutamanya mengenai isu-isu dan pengalaman ditubuhkan," Ibrahim Suffian dari Merdeka Center memberitahu The Malaysian Insider semalam.


"Mereka cenderung menjadi lebih tertumpu pada serahan bahawa parti-parti politik boleh menawarkan dan cenderung untuk menjadi lebih pragmatik serta."


Wan Saiful Wan Jan dari Institut bagi Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) berkata bahawa bagaimana wanita cenderung untuk mengundi adalah sukar untuk menentukan, menunjukkan bahawa mereka membuat sejumlah besar pagar dianggap kunci kepada kemenangan apabila pemilihan dipanggil.


"Undi mereka mempunyai sejarah menjadi sangat penting, terutama pada saat-saat akhir," katanya. "Mereka menjaga undi mereka kepada diri mereka hak untuk akhir sangat, oleh itu ia tidak mudah untuk menentukan siapa yang mereka akan mengundi, itulah sebabnya kedua-dua PAS dan Umno akan meneruskan kempen mereka hak untuk akhir," katanya.


Pemimpin akar umbi Wanita Umno dan Puteri Umno memberitahu The Malaysian bahawa demografi wanita lebih berminat dalam isu-isu yang melibatkan keluarga, seperti kos sara hidup, penjagaan kesihatan dan kemiskinan bandar.


Tetapi mereka mengakui bahawa sentuhan peribadi lama berkempen dengan pergi dari rumah ke rumah kini sebahagian besarnya digantikan dengan perhimpunan besar-besaran di mana pemberian wang tunai diberikan kepada keluarga yang kurang bernasib baik.


"Pengundi wanita Melayu muda membuat 13-15 peratus daripada pengundi Hulu Selangor, dan isu ini, khususnya di Hulu Bernam, isu kos sara hidup," kata Zahana Hamzah, ketua Puteri Umno Hulu Selangor.


Ketua Komunikasi Puteri Umno Selangor, Suhaila Md Zain menambah bahawa selain daripada keperluan untuk mengetatkan dompet kerana kos hidup yang tinggi, muda suri rumah telah menghadapi isu berkaitan penjagaan kanak-kanak. "Ibu muda kini berhenti kerja mereka kerana terdapat tiada siapa untuk menjaga anak-anak mereka di rumah." Beliau adalah antara beberapa pemimpin memberitahu The Malaysian Insider menegaskan kepentingan kempen mendekati pintu ke pintu. "Kami masih mempunyai untuk memenangi hati mereka selepas mereka telah membaca blog dan mendengar khabar angin."


Kedua-dua BN dan PR telah beralih perhatian mereka kepada ekonomi, dengan Perdana Menteri Najib Altantuya dijangka mengumumkan pusingan segar pemberian di bawah Rakyat inisiatif Bantuan 1 Malaysia (BR1M).


PR juga telah berjanji untuk cukai yang lebih rendah pada kereta dalam usaha untuk meningkatkan pendapatan boleh guna isi rumah. Ekonomi berkembang pada kadar yang mengejutkan sebanyak 5.4 peratus pada suku kedua, bertiup dari jangkaan ekonomi 'dan berpotensi menimbulkan faktor rasa-baik menjelang pilihan raya umum.


Tetapi berita baik adalah tidak dijangka untuk bertahan sebagai prospek global berkemungkinan untuk menjejaskan eksport Malaysia.


Menghairankan kuat Malaysia suku kedua pertumbuhan ekonomi walaupun eksport melemahkan adalah sebahagian besarnya disebabkan oleh penampan projek pembinaan yang berterusan dan peningkatan perbelanjaan disebabkan oleh kenaikan gaji penjawat awam dan pemberian tunai kerajaan, berkata ekonomi, yang boleh menunjukkan kepada pertumbuhan tidak sekata pada bulan-bulan akan datang.


Ini bermakna ramai rakyat Malaysia biasa tidak berasa kesan positif pertumbuhan ekonomi, membuat pemberian BR1M kedua perlu untuk terus mengekalkan mana-mana momentum ekonomi.


Dengan kenaikan kos sara hidup masih fokus utama bagi wanita, kedua-dua BN dan PR akan bekerja keras dalam kemenangan ke atas undi penting yang diperlukan untuk mengambil Putrajaya.


Wanita Umno berdepan tekanan untuk mengekalkan status qou mereka ekoran skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC) yang melibatkan keluarga Ketua Wanitanya, Shahrizat Jalil yang didakwa menyeleweng wang rakyat sebanyak RM250 juta seperti yang didedahkan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli hingga Shahrizat akhirnya tidak melanjutkan tempoh perkhidmatan senatornya yang berkahir 8 April lalu.


Shahrizat yang kini berdiam diri selepas skandal tersebut dikatakan tidak mampu menahan tekanan pimpinan Wanita walaupun Najib membelanya dengan meminta mengekalkan jawatannya dalam parti, sekaligus mengheret pergerakan itu terperangkap menghadapi kaum wanita untuk berkempen menghadapi pilihanraya umum akan datang.

Read more ...