Nampaknya Malaysia akan mendapat Perdana Menteri sebelum pilihan raya umum, yang dijangka akan diadakan pada bulan Jun. Perdana Menteri Najib Razak yang sedang menghadapi pelbagai tekanandijangka meletak jawatan tidak lama lagi untuk memberi laluan kepada Muhyiddin Yassin,atas sebab-sebab kesihatan, tetapi akhirnya, Najib yang berusia 59 tahun akan menjadi mangsa terbaru persengketaan parti Umno dan perasaan khuatir akan kehilangan kuasa terhadap kerajaan persekutuan kepada ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat.
Pada hujung minggu, khabar angin bertiup kencang menyatakan bahawa Najib akan membubarkan Parlimen pada 26 Januari dan ini antara usaha untuk mencari jalan agar Muhyddin dan bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad boleh menggulingkan Najib sebagai Presiden Umno dan Perdana Menteri negara sebelum PRU ke- 13 diadakan.




KUALA LUMPUR: Maklumat tidak rasmi diterima
Harakahdaily sebentar tadi memaklumkan pihak pengurusan Stadium Merdeka
membenarkan penggunaan stadium itu untuk Himpunan Kebangkitan Rakyat
pada 12 Januari ini.
