Thursday, January 31, 2013

24 DAS TEMBAKAN!!! “Mengapa polis tembak mati isteri saya?”

KLANG 31 JAN : Seorang pemandu lori mahu Polis Diraja Malaysia berterus terang dan menyiasat bagaimana isterinya, Pua Bee Chun, 22, mati dipercayai ditembak anggota mereka.

Bee Chun dipercayai mati ditembak ketika berada di dalam sebuah kereta di Jalan Bendahara, Taman Sentosa, Klang pada 18 Januari.

Menurut Foo Voon Kong, 27, isterinya dipercayai mati selepas ditembak dari belakang badannya. Kereta tersebut dipercayai ditembak sebanyak 24 kali.


Read more ...

Wednesday, January 30, 2013

ALAHAI KAZIM ELIAS!!! Orang UMNO makin sayang, Orang PAS dah tak pandang

Sejak namanya disebut-sebut bakal jadi calon PRU akan datang, semakin galak mengila sasau Ust Kazim naik pentas ceramah  tajaan UMNO, dulu kata-nya tak moh (tak mau) terlibat dengan pentas politik,cuma nak cakap pasal Islam saja,tapi dalam dok kata tak mau sentuh politik selalunya auta Kazim saja,dia balun juga cakap politik.

Sekarang ni banyak tergantung banner-banner muka Kazim kat kawasan Larut,konon-nya ceramah Perdana pada 2hb ni...tapi hakikatnya ialah Ceramah Politik Perdana sebab memang sah dianjurkan oleh UMNO kat sini.

Ramai orang kat sekitar Sungai Tapah dan Sungai Bayor Selama kata Ceramah Kazim ni semata-mata nak balas balik ceramah-ceramah yang dibuat oleh PAS yang ahlinya ramai disini.

Read more ...

KENA BAYAR LAGI!!! Utusan sedia bagi gantirugi kepada Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail

KUALA LUMPUR 31 Jan: Keputusan kes saman fitnah Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail terhadap Utusan Malaysia ditangguh ke 5 Februari ini untuk menentukan sama ada diteruskan atau mencapai penyelesaian di luar mahkamah.

Kes yang bermula sejak 2010 itu sepatutnya diumumkan keputusan hari ini. Bagaimanapun Utusan sedia untuk membayar gantirugi.

Setelah berbincang, kedua-dua pihak juga bersetuju untuk menangguh kes sehingga tarikh tersebut.

Read more ...

SOKONG McD MALAYSIA!!! Pencacai wujudkan twitter palsu untuk fitnah Ust. Azhar Idrus


Pendakwah bebas yang cukup femes kini, Ustaz Azhar Idrus menjadi mangsa fitnah dari pihak tertentu bagi menjatuhkan imej dan pengaruhnya dengan membuat satu akaun twitter bertweet menyokong McD Malaysia atas alasan dimiliki 100% warga Malaysia.  Duit keuntungan tidak disumbangkan kepada Israel.

Read more ...

PERASMIAN GEMILANG KAMPUS KUIN!!! 5000 hadir walaupun dIboikot wakil rakyat UMNO/BN

Perasmian Kampus Induk KUIN di Kuala Ketil berlangsung dengan penuh gilang gemilang. KDYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong dengan berbesar hati merasmikan majlis berkenaan. Tuanku Permaisuri Haminah pun nampak manis comel bertudung. 

Raut wajahnya nampak lebih muda dari usia sebenar.Lebih 5 ribu hadir, dari yang pangkat besar-besar hinggalah ke rakyat jelata yang kerja kampung, kutip buah kelapa, kutip getah skrap, kutip tin dan botol, tak mahu lepaskan peluang bersejarah ini.

Terasa bangga orang-orang kampung Kuala Ketil dan Baling, Agong sanggup turun ke daerah mereka dan mereka juga boleh melihat wajah raja yang mereka sayangi dengan lebih dekat lagi, apatah lagi dengan penampilan baru Tuanku Permaisuri.

Read more ...

PANAS!!! Tan Sri Abu Talib Othman gesa tindakan tegas terhadap Brahim Ali


KUALA LUMPUR, 31 Jan – Pihak berkuasa harus mempercepatkan tindakan terhadap Datuk Ibrahim Ali berhubungan dengan gesaannya untuk membakar bible, kata bekas peguam negara Tan Sri Abu Talib Othman.Pemimpin Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang lantang itu dilaporkan menggesa agar kitab suci penganut agama Kristian itu dibakar dalam satu sidang media di Pulau Pinang pada 19 Januari.“Isunya bukan pembakaran bible. 

Apa yang menjadi isu adakah beliau mengucapkan kata-kata tersebut?” kata Abu Talib kepada The Malaysian Insider dalam satu temuramah baru-baru ini.

"Jika ya, sama ada kata-kata tersebut berunsur hasutan menurut Akta Hasutan dengan membacanya secara keseluruhan dan dalam konteks ianya dibuat. Jadi, sama ada bible telah dibakar adalah tidak ketara walaupun membantu dalam pendakwaan kes itu jika beliau didakwa,” katanya.

Bekas peguam tertinggi kerajaan itu berkata laporan polis yang dilakukan  pengadu terhadap kenyataan provokatif Ibrahim berkait dengan pertikaian mengenai penggunaan kalimah “Allah” yang masih belum selesai semenjak empat tahun lalu.

Read more ...

TU DIA !!! Blogger UMNO Kedah belasah Najib jangan jadi buta tuli


          
PRU 13 sudah hampir. Bila-bila masa dari sekarang Parlimen boleh dibubar. Kalau diperumpamakan pisang ianya sudah tersangat ranum dan bila-bila masa boleh diramas-ramas untuk dibuat cucor kodok.

Pengerusi BN negeri Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah dengan tegas memberi amaran pemimpin bahagian, cawangan dan Pusat Daerah Mengundi supaya berhenti mengadu domba, bercakaran dan berbalah sesama sendiri. 

Semua ini jelas membuktikan bahawa krisis dalaman bahagian-bahagian UMNO di Kedah masih berterusan, kritikal dan porak peranda. Ketua Bahagian, Timbalan Ketua Bahagian, Naib Ketua Bahagian, Ketua Penerangan, Ketua Pemuda, Ketua Wanita dan Ketua Puteri masing-masing sedang memasang angan-angan bercita-cita tinggi untuk menjadi wakil rakyat. 

Read more ...

Tuesday, January 29, 2013

200 AHLI BARU TERMASUK TOKOH TERKENAL!!! Bersama PAS di Himpunan Perdana Ummah


KUALA LUMPUR: Lebih 200 ahli baru PAS dari pelbagai latar belakang akan menyertai Himpunan Perdana Ummah Bersama PAS 3 Februari ini di Hotel De Palma, Ampang.

Mereka akan berhimpun sebagai tanda sokongan kepada perjuangan PAS bersama pimpinan parti menjelang pilihan raya umum akan datang ini.

Selain mereka yang telah lama menyertai PAS, himpunan yang akan diadakan di Hotel De Palma, Ampang ini akan memperkenalkan beberapa tokoh yang baru menyertai PAS.

Read more ...

TU DIA!!! 20OO hadir konsert muzik UMNO ganggu ceramah DSAI di Kuala Kangsar

http://sphotos-d.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/542510_437498679655070_519208764_n.jpg
UBN pada hari yang sama dengan ceramah DSAI semalam di Kuala Kangsar telah membuat provokasi dengan menganggu tapak ceramah di Chandan Putri sehingga terpaksa dipindahkan ke padang belakang surau. Tempat ceramah asal mereka telah melakukan senam aerobik pada petangnya dan pada malamnya mereka mendatangkan band musik untuk menganggu perjalanan program ceramah Pakatan Rakyat.

Read more ...

TAKUT KENA SAMAN!!! Blogger UMNO mengaku berbohong

Oleh: Kamera Kampung



(Baca link ini dulu bagi faham jalan cerita)

Akibat takut kena saman, akhirnya sebuah blog UMporNO dari Baling membuat pengakuan bahawa laporan yang dibuat oleh akhbar BN bahawa Tahak Lahamad memohon tanah di Gunung Inas adalah bohong. 


Macamtulah baru jadi Lelaki Gentel! Jelas blog tersebut, anak-anak Tahak yang sebenarnya memohon bukannya Tahak. Padanlah depa pi cari nama Tahak dekat Pusat Khidmat Cikgu Joe tak jumpa... 

Read more ...

ADA SIAPA KISAH?!!! Nasharuddin nak masuk UMNO , Jati, Perkasa atau Isma

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam seakan menunjukkan pintu keluar kepada Nasharudin Mat Isa supaya segera keluar meninggalkan parti Islam itu.

Maksud ini diperlihatkan menerusi kenyataannya bahawa Nasha kini sudah boleh memilih mana-mana parti yang mahu disertainya - seumpama seorang wanita yang sudah diceraikan.

"Selepas itu (diceraikan), mana-mana lelaki lain nak buat bini, ambillah ..." Demikian Nik Aziz dilaporkan berkata.

Meneliti perkembangan terbaru konflik dalaman parti itu, boleh disimpulkan bahawa perjuangan Nasha bersama PAS yang digelumanginya sejak zaman pelajar di Jordan, sudah hampir berakhir.


Read more ...

GADIS MELAYU DI GEREJA!!! Gambar kursus perkahwinan dioplah, diedit dan disuperimpose Pencacai UMNO



Akhirnya kebenaran terbongkar jua....Gambar gadis-gadis Melayu sedang asyik mendengar ceramah kursus pra perkhawinan didalam sebuah dewan telah dioplah, diedit dan disuperimpose dengan menambah salib besar oleh para gurkha siber berjiwa UMNO totok dengan memfitnah kononnya seorang Paderi Kristian sedang asyik memberikan kuliah dalam satu upacara "permurtadan" disalah sebuah gereja di Ipoh , Perak..

Ada fren Omakkau memberitahu bahawa setahu beliau belum ada salib diletakkan disebelah kiri maupun kanan dimana-mana gereja.  Pada lazimnya diletakkan ditengah-tengah.

Punyalah dahsyat dan jijik yang amat paling tanpa ada rasa takut pada dosa dijiwa.

Read more ...

BR1M , RM 100 !!! UMNO jadi semakin kuat?

Pemimpin UMNO sedang giat turun ke PDM (Pusat Daerah Mengundi) dan mengarahkan semua bilik gerakan dibuka. Tanda-tanda awal Pilihanraya umum sudah dekat. Semua masaalah awal di PDM diselesaikan teruatamanya bahan-bahan logistik PRU.

Banyak aktibiti yang melibatkan kewangan dirancang, terbaru pengagihan wang untuk pelajar yang dibuat dikawasan sekolah, itu pun dijadikan sebagai aktibiti PDM dan tentunya sebelum PRU nanti pembahagian BR1M akan dianjurkan secara besar-besaran bagi memikat rakyat supaya terus menyokong BN.

Sebelum wang BR1M dibagi-bagi kepada rakyat, pihak pemimpin UMNO akan mengambil kesempatan untuk memberi ucapan kepada yang hadir, sekurang-kurang 2 jam masa diambil untuk menjaja BN kepada rakyat, beri ucapan bagai-bagai pemalsuan akan direka untuk menfitnahkan PR kerana sekarang ini teramat susah rakyat untuk mempercayai kepada BN.

Read more ...

FITNAH KANTOI!!! Pencacai UMNO ambil gambar Gereja di Eropah, tuduh di Petaling Jaya

Tu dia ... fitnah terbaru .... dahlah ambik gambar kat internet lepas tu di editnya....dan kemudian nak war-warkan kononnya di Petaling Jaya walhal itu di Amerika....kan kantoi bodoh jer...

cuba tgk video ni untuk kepastian di manakah gereja tersebut : http://youtu.be/u868mLIvuD0

Read more ...

PARIT BUNTAR!!! Wacana Agenda Berkebajikan Wanita dapat sambutan

PARIT BUNTAR : Wacana Agenda Berkebajikan Wanita Malaysia anjuran Dewan Muslimat PAS Parit Buntar begitu berjaya dan mendapat sambutan baik dari golongan wanita di Parit Buntar 
 
Pengarah program Norijan Omar berkata,  program ini adalah usaha Dewan Muslimat PAS Parit Buntar merangka strategi untuk turun ke akar umbi bagi menjelaskan kandungan Agenda Berkebajikan Wanita Malaysia khususnya wanita di luar bandar.
 
“ Wacana hari ini bertujuan mengupas dan menghadam agenda tersebut sebelum meneruskannya di peringkat parlimen dan cawangan.
 
“Agenda Berkebajikan Wanita Malaysia mampu menyediakan program yang lebih berkesan khususnya terhadap wanita di luar bandar” katanya 

Read more ...